Saturday, April 25, 2009

sambungan BIG fasa 1....

23/04/ 2009

aktiviti hari ketiga ialah kembara di hutan Tanjung Tuan..
kena mendaki bukit dan memasak @ ikhtiar hidup..
banyak pengalaman yg diperolehi semasa kembara ini...kami berpeluang melihat keindahan flora dan fauna ciptaan Allah s.w.t...
walaupun agak penat dan letih semasa mendaki bukit tapi semua tu hilang bila kami sampai tempat yang dituju..
kembara ini diketuai oleh Tuan Haji Rusli dan Puan Halizah(my naqibah). sepanjang kembara ini, tn haji Rusli banyak memberi penerangan tentang flora dan fauna yang dijumpai sepanjang kembara ini...kat sini nampak sangat la kami ni tak tahu ape2 pun tentang hutan
(nama pokok pun tak tahu......)....nilah anak merdeka....kata hj. Rusli..hehehe..kawan2 pasni kita sama2 wat research ttg nama2 pokok kat hutan tau....kang kita kena posting sabah or Sarawak or pedalaman ,tak la kita malu ngan anak murid kita yg tahu selok belok hutan ni....=)

kami ada 2 check point semasa kembara ni. check point 1 kat atas bukit...laluan ke atas ni memang mencabar ketahanan mental dan fizikal...walaupun dah bermandi peluh dan kaki macam nak tercabut, semua peserta tetap bersemangat untuk capai ke puncak....cayalah kawan2 ..... we are the winner..and semangat kita membuktikan kita ni tak manja.....=)

check point ke-2 ni adalah ikhtiar hidup... masa ni kami dikehendaki memasak dengan bahan2 yang telah dibekalkan iaitu :
1- 1 cawan beras
2-1 cawan tepung
3- 4 biji telur (seorang sebiji telur)
4- 1 tin sardin
5-2 biji kentang

masa yang diperuntukkan ialah 1 jam setengah..
masak ni satu kumpulan 3@ 4 orang.
kumpulan aku 4 orang iaitu me, azila, liyana and kak piqah
mula2 gelabah ngak r nak masak..macam tak sempat jek ..angin pun kuat sangat(maklumlah tepi pantai)...berkat keharmonian rakan sekumpulan kami...akhirnya kami berjaya juga memasak..
makanan yg kami masak ialah
1- nasi + kentang
2- sardin
3- telur rebus
4- roti lilit

special thanks to azila yang pandai hidupkan api and
special dedication to kak piqah and liyana yang menguli tepung menjadi roti....

kerjasama korang menjadikan masakan kita amat sedap (masakan group harmoni dapat 80 ke atas...hehehe)

komen Pn. Halizah kami ni dah boleh kawin tapi kawin ngan org Asli....hehe..
ayat tu dia bagi sebab tak nak bagi kami kahwin masa belajar...komen dia lg masakan kami nak bagi suami lepas la, tapi nak bagi mak mentua GAGAL.....ap2 pun masakan kami boleh dimakan .....


kawan2 marilah kita masuk kelas memasak okey.....


lepas ikhtiar hidup balik khemah.....

ptg ada LDK tentang mengenal diri sendiri,...
LDK ni nampak senang tapi nak jawab soalan yangdiberi garu kepala ngak la....mencabar...
sebabnya susah nak kenal diri sendiri dari kacamata diri sendiri....

malam ketiga adalah malam kesenian BIG...menghiburkan..
kat sini masing2 menunjukkan bakat yang terpendam...

persembahan:
amanah : drama
budiman: koir
cendekiawan:dikir barat
dedikasi : boria
gigih : rancangan TV
harmoni : pentomen

kumpulan gigih berjaya mendapat tempat pertama diikuti budiman, amanah,harmoni , cendekiawan dan dedikasi...

kawan2 aku memang semua berbakat dan kreatif.....
syabas dan tahniah atas persembahan yang menghiburkan..


malam ni kumpulan harmoni telah menyediakan hidangan istimewa iaitu wedges khas drpd KSC (kajian social club =))..wedges ni dipuji sebab sedap

wedges ni resepi shakirin and liyana...pandai korang masak kan...
group harmoni memang pandai masak..:

nadia : pakar buat air
kak piqah, hidayah dan kak mar: pakar bab menggoreng
sis and liyana : pakar bab menumis2 and memasak
aisyah :pakar masak nasi
kirin : pakar masak western food
zila : pakar masak telur
hajar : pakar bakar roti
aku : pakar merasa makanan...hehehehe

memang harmonilah kumpulan kitakan...
apa yang penting????????//...........IJTIMAI....

lepas makan wedges..time to sleep....gudnite to all...


24/ 04/ 2009

Hari last BIG, kami ada slot refleksi sahaja dan perasmian penutup..
slot refleksi dikelolakan oleh En. Roslam selaku kem komaden
masa slot refleksi, setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil untuk membuat refleksi bagi setiap aktiviti semasa BIG.. disebabkan syarat inilah , maka automatik aku terkeluar dari senarai untuk membuat refleksi..Alhamdulillah....
group harmoni diwakili oleh hidayah..
dalam slot ni, banyakla pengakuan2, faedah2 dan pengalaman2 pahit getir semasa BIG ni diluahkan oleh peserta2 semua...kira cam slot meluahkan perasaan la...apa2 pun slot ni banyak membantu aku dan peserta2 sedar diri akan apa objektif sebenar BIG ni....

lepas slot refleksi, aktiviti turunkan khemah dan mengemas dapur dan kawasan sekitar tapak perkhemahan...penat tau....

lepas bersihkan semua, aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta iaitu majlis penutup (almaklumlah tak sabar nak balik bilik..heheheh)

perasmian penutup dibuat oleh Datin Zaiton (kj maths)

atur cara majlis penutup BIG siri iv Fasa 1 PISMP Ambilan Januari 2009:

1) ketibaan tetamu VIP : Datin Zaiton
En. Sardi (pemantau)
En. Roslan (kem kom)

2) bacaan doa
3) ucapan : 1) Penghulu (dzul)
2) Kem kom (En. Roslan)
3) perasmian (Datin Zaiton)

4) penyamapai sijil dan cenderahati :

1) Malam kesenian BIG
2) Sijil kepada peserta BIG
3) Sijil dan cenderahati kepada Fasilitator BIG
4) cenderahati kepada Datin Zaiton.

5) majlis bersurai
6) jamuan

walaupun penat mengemas dapur, majlis perasmuian tetap meriah dengan sorakan dan tepukan para peserta.. peserta2 amat teruja dengan majlis ini... (teruja nak cepat habis.....)

keputusan malam kesenian BIG :

1) Gigih : rancangan TV
2) Budiman : koir
3) Amanah : Drama
4 ) Harmoni : Pentomen
5) Cendekiawan : dikir barat
6) Dedikasi : boria

tahniah buat semua..............


lepas habis majlis penutup, maka dengan rasmi BIG fasa 1 dah habis.............

sahabat2 sekalian...terima kasih atas kerjasama dan pertolongan korang semasa BIG ni berlangsung..

teristimewa buat kumpulan Harmoni....terima kasih dan maaf atas segala kekasaran....korang memang best and sporting sgt2....love you all

buat kumpulan gigih: walaupun kita sekelas, kita terpisah di BIG ni, namun.....pertolongan korang dan kerjasama korang pada kumpulan harmoni diucapkan bebanyak terima kasih..

(huda terima kasih teman aku ambil torchlight kat rumah puan malam tu...sayang hang..=))

buat kumpulan amanah, budiman, cendekiawan dan dedikasi:

terima kasih menerima kelas KS seadanya....maaf dan terima kasih atas segalanya dan
semoga ukhuwah yang dibina semasa BIG ini berkekalan hingga kita meninggalkan alam fana ini...
best BIG dengan kamu semua........

sekalung dedikasi buat semua fasilitator2 BIG siri IV fasa 1 ni:
En. Roslan
En. Mohd Zin
En. Baha
Tn. Hj. Rosli
Pn. Halizah
Umi Kay
Pn. Rahimah
Pn. Sharidah &
semua naqib dan naqibah

syukran jazilan...terima kasih...ma' sukul...nandre...shei-shei..aligato....

selamat tinggal BIG fasa 1......jumpa lagi di BIG seterusnya.....




0 comments: