Wednesday, May 6, 2009

Abah..



my beloved abah: TUAN HAJI ALI BIN BEDILAH...







masa Isnin yang lepas, abahku yang tersayang datang melawatku di sini...aku rasa amat gembira pada hari tersebut...mak tak dtg sebab kena jaga husna dan arina...

aku rasa nak nangis bila abah aku sampai kat depan asrama aku...
''Alhamdulillah, sampai juga tempat ika..''...nilah ayat abah aku bila dia sampai jek maktab aku..
sayu sgt2...

dulu masa aku masuk sini, abah aku tak hantar sebab abah sakit teruk masa tu..masa tu mak dan kakak2 dan abg jek hantar...tulah kali pertama abah tak hantar anak dia pergi masuk u or maktab...selama ni abah akan hantar setiap anak2 dia yang dapat belajar kat maktab or u..

abah dtg sini sebab memang abah berhajat nak tgk kami adik beradik kat sini (aku, kak ima, kak Echah ). Untuk pengetahuan semua, abah aku baru sihat sekarang untuk berjalan jauh, selama satu setengah tahun abah tak jalan jauh disebabkab abah tak berapa sihat...sekarang Alhamdulillah abah dah bertambah sihat, maka beliaupun amiklah peluang untuk ke sini melihat kehidupan ank2nya di kota ini...

kami bawa abah pergi masjid putra malam tu, abah sangat teruja walaupun dah beberapa kali sampai...banyak juga la amik gambar abah berlatar belangkan masjid putra...

sekarang ni abah masih di sini (rumah kakakku)...tapi aku tak berkesempatan nak bersamanya sepanjang abah di sini disebabkan kedudukan sebagai pelajar...

terima kasih abah kerana mendidik kami semua menjadi insan yang berjaya pada akhir ini... terima kasih kerana memerah keringat, berpanas di bawah terik mentari mencari rezeki untuk membesarkan kami...

ika sayang abah.....

0 comments: