Wednesday, May 13, 2009

Erti sahabat..

Salam buat sahabat yang sentiasa cemerlang...

Alhamdulillah pagi ini kita sama2 berpeluang untuk melihat kembali matahari, menyedut udara yang segar dan masih berpeluang untuk duduk di kelas untuk menuntut ilmu...dan yang paling penting kita masih berpeluang untuk melihat wajah2 sahabat kita yang sama2 berjuang dengan kita untuk mencari ilmu pengetahuan..

bila kita berbicara tentang sahabat, pasti banyak yang ada di fikiran kita kan...kita pasti teringat sahabat kita yang paling kita sayang..tak kurang juga pasti ada di antara kita masih tercari cari siapa sahabat yang boleh berkongsi segala rasa..masam, manis, pahit, tawar dan ap2 rasalah yang ada kat dunia ni..hehehe..apa perlunya sahabat dalam hidup kita sebenarnya??? dulu hampir setiap hari aku terfikir perlu atau tidak kita punya sahabat...hari ini apa yg aku boleh tafsirkan,aku memang perlu sahabat kerana hanya sahabatlah yang mampu menghilangkan kekusutan yang berasarang di hati ini..walaupun tidak semua sahabat boleh bantu kita, sekurang- kurangnya sedikit sebanyak boleh lah bantu kita semampunya...

pada kalam mencari damai abadi kali ini, aku ingin berkongsi dengan sahabat2 sekalian tentang SAHABAT untu sahabat2 sekalian menilai adakah kita layak menjadi sahabat kepada seseoarng..adakah kita sudah cukup untuk digelar SAHABAT SEJATI...renung- renungkanlah..

artikel ini diperoleh dari http://abahmuizz.blogspot.com

Apakah itu persahabatan? [Dipetik dari wikipedia]

Persahabatan adalah istilah yang menggambarkan perilaku kerja sama dan saling mendukung antara dua atau lebih entitas sosial. Istilah "persahabatan" menggambarkan suatu hubungan yang melibatkan pengetahuan, penghargaan dan afeksi. Sahabat akan menyambut kehadiran sesamanya dan menunjukkan kesetiaan satu sama lain, seringkali hingga pada altruisme. Selera mereka biasanya serupa dan mungkin saling bertemu, dan mereka menikmati kegiatan-kegiatan yang mereka sukai. Mereka juga akan terlibat dalam perilaku yang saling menolong, seperti tukar-menukar nasihat dan saling menolong dalam kesulitan. Sahabat adalah orang yang memperlihatkan perilaku yang berbalasan dan reflektif. Namun bagi ramai orang, persahabatan seringkali tidak lebih daripada kepercayaan bahwa seseorang atau sesuatu tidak akan merugikan atau menyakiti mereka.

Nilai yang terdapat dalam persahabatan seringkali apa yang dihasilkan ketika seorang sahabat memperlihatkan secara konsisten:

* kecenderungan untuk menginginkan apa yang terbaik bagi satu sama lain.
* simpati dan empati.
* kejujuran, barangkali dalam keadaan-keadaan yang sulit bagi orang lain untuk mengucapkan kebenaran.
* saling pengertian.


Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? [Dipetik dari Nurjeehan Wordpress]

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


namun, apalah ertinya kita mempunyai sahabat dan menjadi sahabat andai diri kita sendiri tidak mahu menjadikan hubungan persahabatn itu satu titik tolak untuk kita berubah ke arah kebaikan untuk mendapat keredaanNya..

seperti firman Allah dalam surah al- Ra'du : 11 yang bermaksud...

Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri..

Renung2 kan..selamat beramal...(hehehe)

teristimewa buat Nor Hamizza Jasman, terima kasih kerana menjadi sahabat yang paling setia untuk diri ini..

untuk teman2 PISMP 1.03, semoga ukhuwah yang terbina ini berkekalan selamanya...

buat kawan2, teman2 di SK SERI SINARAN, SMK BENUT, 05 IPIS (2007/2008),walaupun kita berjauhan ukhuwah kita tetap berdiri teguh seperti teguhnya tembok besar China sehingga hari ini..=)

untuk rakan seperjuangan di IP Tawau, IPTI,IPBM,IPBA,..semoga ukhuwah ini membantu kita menjadi guru yang cemerlang..

buat semua insan2 di luar yang pernah bertemu, berbicara dan bergelak ketawa..teruskan hubungan yang telah bermula....


terima kasih kerana sudi menerima huluran ikatan persahabatan dariku...
semoga ukhuwah terbina abadan abada dan mendapat RahmatNya...

0 comments: