Friday, May 22, 2009

Guru perlu bina negara bangsa berteraskan perpaduan- Sultan Kedah

salam ceria..

Pagi2 td aku baca paper utusan secara online dan ada satu berita yang best untuk dikongsi bersama dengan sahabat2 semua...berita ni amat berguna dan sepatutnya dijadikan panduan kepada bakal2 guru..

.................................


Guru perlu bina negara bangsa berteraskan perpaduan- Sultan Kedah

ALOR SETAR 21 Mei - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah bertitah, golongan guru dan pemimpin negara perlu memikirkan mengenai pembinaan negara bangsa yang berteraskan perpaduan yang mendalam.

Baginda bertitah, pembinaan negara bangsa itu bukan sekadar bersifat lahiriah sahaja, namun ia mesti berdasarkan prinsip saling menghormati dan menghargai sesama sendiri.

''Bagi membina negara bangsa yang berdaulat dan merdeka, para guru perlu berani melakukan anjakan paradigma dari segi cara berfikir dan bekerja.

''Oleh itu, guru-guru perlu memperkasakan ilmu pengetahuan, kaunseling, kepimpinan dan pengurusan,'' titah baginda ketika berucap pada majlis perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Kedah di sini hari ini.

Tuanku Abdul Halim bertitah, guru-guru juga perlu kreatif dalam mengolah keperluan dan menyahut cabaran membudayakan jati diri pelajar.

Titah baginda, pemimpin yang sejati ialah pemimpin yang memberikan inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang hebat.

Selain itu, baginda bertitah, semua pihak perlu mempertahankan bahasa kebangsaan serta memupuk kecintaan kepada seni warisan kebangsaan.

''Guru juga perlu membantu pelajar untuk menambahkan minat mereka dalam seni warisan kebangsaan.

''Para guru juga perlu mengambil tindakan yang bijaksana dan bersabar dalam menghadapi segala cabaran dan halangan,'' titah baginda.

Baginda seterusnya menyeru semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan perlu bekerjasama untuk membina bangsa yang mampu mengisi kepimpinan negara pada masa akan datang.

''Para guru juga hendaklah berupaya mengimbangi keperluan komuniti dan tanggungjawab peribadi, peka kepada perubahan dan sentiasa menambah ilmu pengetahuan.

''Selain itu, mereka juga bertindak secara profesional dan ikhlas dalam setiap tugas yang diamanahkan,'' titah baginda.


...renung2kanlah sahabat2 insan guru....selamat beramal...=)

0 comments: