Friday, May 29, 2009

jom ke Pontian pula..

salam cuti2 Malaysia..

tadi sy dah bawak anda semua melihat tpt2 menarik di Johor, sekarang sy nak bawak shbt2 ke Pontian pula, daerah saya...

Muzium Bugis

Bugis adalah salah satu rumpun Melayu yang berasal dari Sulawesi dan datang berhijrah ke Tanah Melayu pada lewat kurun ke-18 dan 19. Atas tujuan memperkenalkan dan mengabadikan budaya dan cara hidup komuniti Bugis di Johor, sebuah muzium telah dibina di daerah Pontian. Di Muzium Bugis ini, para pengunjung akan berpeluang melihat pelbagai artifak orang Bugis dan berbual dengan penjaga muzium yang berketurunan Bugis yang akan menceritakan tentang budaya dan adapt resam mereka.

Panduan: Jika pengunjung menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, sila ikut susur keluar Simpang Renggam dan ambil jalan ek arah Benut. Dari Benut, bergerak ke arah selatan jalan menuju ke Bandar Pontian. Dari Bandar Pontian, pengunjung terus bergerak ke selatan kira-kira 9km melewati Pantai Rambah. Di sana pengunjung akan melihat papan arah menuju ke Muzium Bugis yang tidak jauh dari Pantai Rambah.
Kukup


Kukup terkenal sebagai perkampungan nelayan. Ini kerana sejak pertengahan kurun ke 19, Kukup terdiri daripada petani dan nelayan yang kebanyakan terdiri dari keturunan Bugis.

Jika pengunjung datang ke sini, pastikan mencuba pelbagai masakan makanan laut terutama masakan Ketam Masak Sambal yang cukup sedap dan menyelerakan. Beberapa restoran adalah terletak berhampiran jeti di mana membolehkan pengunjung menjamu selera sambil menikmati keindahan permandangan laut yang terbentang luas. Selain itu, pegunjung boleh menyewa bot dan melawati kelong di mana terdapat pelbagai jenis ketam dan ikan dipelihara secara komersil di dalam sangkar. Kraftangan dan makanan seperti keropok, belacan dan cencaluk juga ada dijual di sini.

Panduan: Kukup terletak di bahagian barat daya Bandar Pontian dengan jarak kira-kira 20km. Jika pengunjung menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, ikut susur keluar Skudai dan terus menuju ke Pontian Kechil. Apabila tiba di Pontian Kechil, masuk simpang ke Kukup.
Muzium Nenas

Negeri Johor merupakan antara pengeluar utama nenas di Malaysia . Sehubungan itu, satu muzium diwujudkan bagi mendedahkan semua hal ehwal yang berkaitan dengan industri nenas di Johor.

Di muzium ini, terdapat sebuah seksyen muzium yang menumpukan kepada kaedah penanaman, pemprosesan, pengawalan dan penyelenggaraan nenas. Selain itu, ada seksyen di mana pengunjung juga boleh memperoleh maklumat berkenaan dengan sejarah perkembangan nenas di Malaysia . Di seksyen tersebut, terdapat pameran koleksi artifak, penerbitan dan maklumat paten.

Apa yang lebih menarik lagi adalah di seksyen yang memaparkan pelabagai jenis nenas yang di tanam di Malaysia .

Panduan: Muzium Nenas terletak di km 52 Jalan Utama Johor Bahru-Pontian-Kukup iaitu kira-kira 45 minit dari Bandar Johor Bahru.
Taman Negara Johor - Tanjung Piai


Tanjung Piai terletak di kawasan paling hujung di Benua Asia . Ianya amat terkenal sebagai syurga flora dan fauna yang cukup unik dan jarang ditemui. Tambahan pula, menjadi tumpuan utama bagi penggemar burung untuk melihat burung terutama ketika musim migrasi yang jatuh pada bulan September dan Mac.

Taman Negara Johor – Tanjung Piai meliputi kawasan seluas 926 hektar. Untuk masuk ke Tanjung Piai, pengunjung mempunyai dua pilihan sama ada melalui Sungai Belukang dan satu lagi melalui Desa Sri Piai.

Tiket Masuk

* Pelancong Malaysia ~ RM3
* Pelancong Luar Negara ~ RM5

Panduan: Setakat ini tidak ada bas yang menuju terus ke Tanjung Piai. Namun, pengunjung boleh menaiki teksi di Stesyen Bas Pontian dengan tambang dalam lingkungan RM15. Dicadangkan kepada pengunjung agar menempah teksi untuk pergi dan pulang.

Jika pengunjung memandu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, ikut susur keluar Simpang Renggam. Ambil laluan utama ke Pontian dan terus ke Kukup. Apabila tiba di Kukup, ikut papan tanda arah menuju ke Tanjung Piai.
Lembah Orkid

Lembah Orkid terletak di kaki Gunung Pulai, kira-kira 30 km dari Johor Bahru. Dengan keluasan 40 hektar, Lembah Orkid telah diiystiharkan sebagai ladang orkid tropikal yang terbesar di dunia. Di sini terdapat lebih dari 80 jenis orkid yang cukup cantik dan mengkagumkan.

Semenjak dibuka pada Februari 1996, Lembah Orkid semakin popular dikalangan pelancong yang menggemari orkid terutama pelancong dari Singapura. Apa yang lebih menarik adalh, pelancong atau pengunjung boleh memilih dan membeli pokok orkid dengan harga yang cukup berpatutan. Di samping menikmati udara segar dan permandangan lading orkid yang menarik.

Di Lembah Orkid bukan sahaja mengandungi bahagian penanaman orkid malahan koridor pendidikan, pusat perlancongan dan makmal kaji selidik. Kemudahan lain adalah restoran, taman permainan kanak-kanak dan tempat melihat permandangan ladan tersebut.

Waktu Operasi
Dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang

Jika pengunjung dari Johor Bahru, ambil jalan utama ke Pontian. Simpang ke Gunung Pulai di mana Lembah Orkid terletak adalah kira-kira 19 batu dari jalan tersebut.


..selamat berjalan-jalan...

0 comments: