Tuesday, May 12, 2009

Peperiksaan @ Exam

Assalamualaikum sahabat2 yang cemerlang...

UAK TITAS dan Elp serta Gerko telah selamat aku dan sahabat di IPGM KPI duduki...apa yg kami boleh katakan.. Alhamdulillah kami dah berjaya menjawab soaln2 tersebut dgn jayanya..

minggu depan kami dah start peperiksaan akhir kursus bagi subjek2 utama sem ni iaitu Pengenalan Pengajian Sosial,Sosiologi, FPM dan PKK..

InsyaAllah aku akan berusaha untuk menjawab kertas pepriksaan ini dengan sebaiknya...aku harap aku dan juga sahabat2 sekalian dapat menjawab dengan jayanya dan beroleh kejayaan yang CEMERLANG..


kalau kita bercakap tentang peperiksaan atau exam, pelbagai jenis perasaan yg akan muncul dalam diri kita kan???..

TAKUT..BERDEBAR...CUAK...GEMBIRA (sebab hbs exam boleh balik kampung hehe)...semuanya ada kan..

pokoknya semua jenis perasaan ada...nak kata takde persediaan mungkin tapi kalau dah study betul2 pun perasaan ni kadang2 tak lari dari dalam kita..nak juga diaorg ni duk dalam diri kita...huhuhu

makanya, di kalam ni, aku ingin berkongsi tips2 untuk menghadapi pepriksaan dengan sahabat2 sekalian untuk dijadikan panduan sekaligus menghilangkan segala perasaan tadi...InsyaAllah

tips ni diperolehi dari http://ibnismail.wordpress.com

Antara tip2 yg boleh dilakukan untuk menghadapi peperiksaan adalah :

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.


3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.


4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan.

Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

................................................................................

ni antara tip2 lain yang juga boleh dibuat sebagai persediaan menghadapi peperiksaan...tip ni diambil dr http://www.sksenai.com..

1) Belajar Untuk Belajar

-Jangan Takut Pada Peperiksaan
-Semua Orang Perlu Menduduki Peperiksaan
-Sebenarnya, Kejayaan Dalam Peperiksaan Bergantung Kepada Rajin Dan Cara Belajar.
Kenal Pasti Cara Belajar
-Anda Perlu Memilih Masa Untuk Belajar@Mengulangkaji
-Berikan Tumpuan Kepada Semua Mata Pelajaran
-Disiplin Diri Anda, Lawan Kehendak Yang Negatif.

2)Teknik Belajar

-Jika Di Amalkan Secara Disiplin Akan Menjadikan Anda Seorang Pelajar Yang Bertanggung Jawab.
-Jika Anda Dapat Merancang Teknik Belajar Yang Berkesan Ia Akan Menghasilkan Sesuatu Yang Positif.
Sikap Di Dalam Kelas
-Pelajar Yang Berjaya,Adalah Mereka Yang Berkelakuan Baik Di Dalam Kelas, Terutama Semasa Cikgu Mengajar.
-Mereka Memberi Tumpuan Dan Tidak Menjadi Virus Kepada Orang Lain.
Masa Dalam Kelas Sangat Penting
-Tumpukan Sepenuh Perhatian Kepada Penerangan Guru.
-Sekiranya Guru Membuka Perbincangan Dalam Kelas, Ambil Bahagian.
-Kemukakan Masalah Terhadap Apa Yang Anda Tidak Faham

3)Buat Persediaan Sebelum Masuk Ke Kelas

-Baca Buku Sebelah Malam,Kerana Ia Akan Memudahkan Anda Memahami Apa Yang Di Terangkan Oleh Guru.
-Baca Bahan Bacaan Tambahan,Seperti Majalah Atau Bahan Dari Internet.
Bina Keyakinan Diri Semasa Didalam Kelas
-Kenalkan Diri Anda Dengan Guru
-Bersedia Untuk Mempelajari Sesuatu Subjek Itu.
-Jangan Lupa Bawa Buku Teks
-Bawa Buku Catatan Semasa Di Dalam Kelas.
-Buat Semua Tugasan Yang Di Berikan Oleh Guru Anda

4) Mendengar Secara Berkesan

-Mendengar Dan Memberi Perhatian Memudahkan Anda Mengingat Kembali Apabila Membuat Ulangkaji.
-Fokus Kepada Apa Yang Di Sampaikan Oleh Guru Anda
-Jangan Berangan-Angan Dalam Kelas.

5)Belajar Merancang Masa

-Jangan Pilih Mata Pelajaran Yang Di Gemari Sahaja.
-Jangan Habiskan Waktu Dengan Menonton Televisyen.
-Buat Jadual Belajar Yang Padan Dengan Kemampuan Anda.
Buat Jadual Waktu Belajar
-Cuba Kenalpasti Pelajaran Apa Yang Anda Lemah.
-Pastikan Setiap Hari Anda Belajar, Sekurang-Kurangnya Satu Jam Untuk Setiap Pelajaran. Dan Dalam Masa Seminggu Semua Anda Telah Pelajari/Buat Latihan

6) Bosan,Bosan Apa Ubat Nya

-Cuba Tanya Diri Anda, Mengapa Sering Rasa Bosan.
-Lawan Diri Anda Atasi Bosan.
-Jika Ada Masalah Peribadi Cepat-Cepat Selesaikan.
-Tanya Mengapa Anda Perlu Belajar.Untuk Motivasikan Diri Anda.

7)Strategi Ulangkaji

-Mulakan Ulangkaji Awal-Awal Lagi.
-Punca Malas Belajar Kerana Kita Tidak Faham
-Baca Berulang Kali, Baca Semua Buku Dan Baca Nota.
-Bincang Dengan Rakan-Rakan

8) Teknik Membaca

-Berlatih Baca Dengan Pantas, Supaya Anda Boleh Baca Berulang Kali.
-Catatkan Masa Yang Anda Ambil Untuk Membaca Sesuatu Topik.

9)Buat Nota Dengan Baik

-Buat Nota Atau Ambil Nota Di Dalam Kelas Secara Teratur.
-Tulis Nota Anda Supaya, Anda Minat Untuk Membacanya.
-Gunakan Pen Penanda Untuk Ayat Dan Perkataan Penting.
-Buat Nota Berasaskan Tajuk Dan Rajah Untuk Mudah Faham.

10) Manfaatkan Bahan Rujukan

-Gunakan Bahan Rujukan Lain Untuk Membantu Kefahaman Anda,Gunakan Kamus,Ensiklopedia Sains,Tata Bahasa Dewan, Ensiklopedia Britannica.
-Kamus Inggeris-Melayu Dewan

11)Persediaan Pada Hari Peperiksaan

-Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk.
-Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji
-Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham.
-Tidur Dengan Cukup

12) Menjelang Hari Peperiksaan

-Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul.
-Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan.
-Pastikan Anda Tiba Awal
-Elakkan Dari Berbual Kosong
-Pastikan Semua Keperluan Cukup

13) Persediaan Emosi

-Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan
-Menjaga Hati Ibu Bapa
-Tidak Bercinta
-Terlalu Yakin
-Prasangka Negatif Kepada Orang Lain

14) Persediaan Fizikal

-Mengutamakan Kesihatan Badan
– Tidak Tidur Larut Malam
– Menjaga Keselamatan Diri
– Makan Makanan Secukupnya
– Riadah Yang Ringan,Sekitar 20minit Sehari

15) Persediaan Mental

-Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa
-Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan
-Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan

16)Strategi Cemerlang Peperiksaan

-Mulai Sekarang Bersedia Untuk Belajar
-Buat Jadual Belajar Untuk Peperiksaan
-Mengingati Tajuk
-Buat Nota
-Latih Diri Anda Untuk Peperiksaan
-Latih Mengeluarkan Maklumat Dengan Banyak, Cepat Dan Tepat
-Latih Dalam Tempuh Masa Yang Ditentukan
- Mencari Sebab Tidak Tahu

17) Mengatasi Persoalan Seperti

-Saya Tidak Tahu Dimana Patut Bermula
-Terlalu Banya Untuk Dibaca Sedangkan Peperiksaan Makin Hampir
-Subjek Ini Cukup Membosankan
-Anda Baca Dan Faham, Tapi Tak Mampu Ingat

Persoalan - 2
-Anda Rasa Anda Faham Apa Yang Dibaca. Anda Rasa Anda Telah Mengingatinya
-Terlalu Banyak Untuk Dihafal
-Tadi Anda Masih Ingat Tetapi Kenapa Kini Anda Lupa
-Anda Suka Belajar Disaat-Saat Akhir

18) Kata Hikmat
-Keadaan Hidup Saya Tidak Akan Berubah Sekiranya Saya Tidak Berubah
-Jika Anda Gagal Merancang,Anda Merancang Untuk Gagal.Jadi,Rancanglah Kerja Anda Dan Laksanakan Rancangan Itu.
Kata Bestari
-Minda Kita Adalah Seperti Payung Terjun.Ia Hanya Berfungsi Sekiranya Ia Terbuka.


inilah antara tip2 yg boleh dibuat...tapi tip2 ni hanya panduan..kesasihan dan keberkesanan tip ni bukanlah seratus pertus betul..bergantung pada usaha2 individu sendiri...jangan terlalu percaya tip2 ni...mohonlah pada Allah kerana dialah yang Maha Berkuasa...inilah yg terbaik...semoga kita semua berjaya dengan cemerlang di dunia dan di akhirat...InsyaAllah...Amin...Ya Rabbal-alamin...

0 comments: