Tuesday, May 5, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

dah lama nak kongsi ngan semua tentang pengalaman aku bersama kawan2 ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan pada 17 - 26 April 2009 di PWTC tapi masa membataskan segalanya.....

Alhamdulillah impian aku untuk ke pesta buku akhirnya tercapai jua...dah lama aku impikan untuk ke pesta buku ini namun dulu tak berpeluang dan tidak berkesempatan...dulu aku sering berangan-angan untuk ke Pesta buku dan akhirnya semester ini aku berjaya untuk sampai ke pesta buku tersebut dan pergi dua kali lagi...itulah hikmahnya dulu tak pernah sampai..

mula2 aku pergi bersama cikgu wana, izzah dan ain serta dayah...masa first pergi memnag sangat teruja dan teramat gembira..tak tergambar dek kata2...smpai di pesta buku tersebut macam nak beli semua buku namun apakan daya, bilik kat asrama tak muat nak letak buku dan duit kat bank pun semakin susut....hehehe....so aku beli apa yang sepatutnya je la...yang penting aku dapat beli majalah2 yang selama ini aku tak dapat beli just baca kat library or pinjam orang...

banyak juga la buku yang dibeli.......huhuhu....time beli aku memang tak ingat apa....main amik jek...sampai bilik barulah aku sedar aku telah membeli lebih kurang 40 buah majalah berserta buku...mana aku beli tak bnyk harga majlah dewan masyarakat yg RM 5 lbh dijual RM 1.00...berbaloi sgt...buku2 pula dijual dengan diskaun yg best sgt...so borong sakan la...hehehe
aku paling gembira dapat beli buku Benarkah Iskandar bukan Zulkarnain tulisan Afareez Abd Razak Al- Hafiz...

time first pergi ni dapat jumpa Aina Emir (penulis novel), kumpulan In- Team dan Ramlee Awang Mursyid...Cikgu wanalah yang paling teruja berjumpa dengan insan2 ini terutama penulis novel kegemarannya iaitu Ramlee Awang Mursyid...Izzah lak terlalu teruja jumpa kumpulan In-Team terutama shah....aku tak rasa apa2 pun..biasa jek sebab aku minat biasa2 jek dengan insan2 ini...walau apa pun aku gembira melihat sahabat2ku yang terlalu gembira....

kali kedua aku pergi bersama my sisters : kak ima, kak echah and her husband, abg Helmi...masa sampai2 jek kt PWTC time aku pergi bersama my family, dapat jumpa ustazah Siti Nurbayah dan suaminya, ustaz Wan Akashah..macam disambut pulak...dapat la aku bersalaman dan bergambar dengan ustazah kegemaran mak aku dan bak Isah aku...

walaupun ini kali kedua aku pergi, aku tetap memborong buku sebb tak tahan tengok buku2 yang ada...huhuhu...time ni aku dapat beli buku motivasi Dr. Tuah yang aku lupa nak beli masa pergi ngan kawan2..selain buku kitaorang juga memborong kaset2 dan cd ceramah pendidikan dan ceramah agama serta motivasi daripada penceramah yg tak asing kat Malaysia seperti Dr. Sidek Baba, Ustzh Siti Nurbayah dan Dr. Fadzilah Kamsah...harga kaset2 dan cd2 ni murah sangat2 Rm 1 dan ke atas...kebanyakan yang aku beli cd rm2 kaset RM1.. amat berbaloi...banyak juga la kami membeli cd2 dan kaset ni...(tak tahula beli boleh habis baca)..heheh

apa2 pun sepanjang aku berkunjung di pesta buku ni, aku sedar sebenarnya rakyat Malaysia memang mempunyai budaya ilmu yang tinggi mungkin disebabkan masa membataskan rakyat2 Malaysia membaca dengan lebih baik...

nilah coretan semasa aku di pesta buku 2009 ni... tahun depan jom kita pakat2 pergi sebb harga buku memang murah dan harga kat pesta ni tak dapat kat kedai2 buku yang biasa kita beli buku..

kepada sahabat- sahabat sekalian, jomlah kita suburkan budaya membaca dalam diri kita kerana membaca dapat menambah pengetahuan kita dan hanya dengan pengetahuan yang tinggi kita akan dipandang mulia oleh masyarakat..

p/s: sapa nak baca majalah jemputlah dtg bilik aku D324...

0 comments: