Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu....

selamat hari ibu...

selamat hari ibu untuk mak tercinta, kak long, kak ngah, kak picah, kak ipah dan kak haizan, mak ngah, mak usu, kak idah, kak zah, kak yanti dan kak zaidah, kak siti dan kak roza..

semoga kalian semua dirahmati Allah, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta ceria dan bahagia disamping anak2 dan keluarga tercinta.. sabar dan tabahla menghadapi kerenah anak2...

untuk mak tersayang..
terima kasih kerana telah mendidik ika sehingga ika berjaya ke tahap ini..terima kasih atas doa yg tidak putus dari mak untuk ika dan kami semua..Halalkan setiap titis susu mak yg ika minum dan halalkan semua makanan yang bagi pada kami semua..
maafkan kami jika kami semua ada menyakitkan hati mak dan mengguris perasaan mak atau mungkin kami kurang beri perhatian pada mak dan juga abah..
mak adalah mak yg terbaik untuk kami semua..
I LOVE YOU MAK..




Sempena hari ibu ini, aku ingin berkongsi sesuatu dengan sahabat2 sekalian tentang satu coretan bermakna…

Mungkin coretan dibawah ini, ramai sahabat2 dah pernah dengar, baca dan tahu..tetapi bagiku, aku ingin berkongsi sekali lagi coretan ini bersama sahabat2 dan aku ingin sahabat2 sekalian membacanya dan menghayatinya dengan seikhlasnya dan penuh penghayatan..semoga coretan ini memberi kesedaran pada kita semua tentang kepentingan MAK, IBU, MAMA,UMMI,MUMMY…….Bacalah…


Masa usia setahun , ibu suapkan makanan dan memandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Saat usia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang.Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan.

Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor.

Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke Tadika.Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit," Tak mahu! Tak mahu !".

Ketika usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah jiran.

Setelah usia 8-9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah.

Di usia 10-11 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk dengan kita, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain dengan kawan.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat, kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman.

Ketika menjangkau 18 tahun,ibu menangis apabila tahu kita di terima masuk universiti , kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

Menjelang usia 20 tahun, ibu bertanya apakah kita ada teman istimewa, kita katakan,...." itu bukan urusan Ibu.
Setelah usia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkawinan kita, ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita, tanda kita ucapkan terima kasih dengan pindah jauh darinya.

Ketika usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,... " itu dulu , sekarang zaman moden

". Ketika usia meningkat 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan tentang kenduri di kampung, kita berkata, " kami sibuk...tak ada masa nak datang ".

Menjelang usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya. Kita bercerita tentang kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban bagi anak-anak.

Dan kemudian suatu hari...kita mendapat berita ibu meninggal, khabar itu mengejutkan.... dalam linangan air mata, segala perbuatan terhadap ibu muncul dalam ingatan satu persatu....

Saat di taman kanak-kanak, ibu menghantar hingga masuk ke dalam kelas,ibu perlu menunggu di sebelah sana. Aku tak peduli sebanyak manapun pekerjaannya di rumah, aku tak perduli hujan, panas atau rasa
bosannya ketika menunggu. Aku senang ibu menungguku sampai lonceng berbunyi. Setelah besar, aku sering meninggalkannya bermain dengan teman-teman dan berseronok.Tak pernah aku menemani ibu ketika sakit, ketika ibu memerlukan pertolongan aku tak pernah ada. Masuk alam remaja, aku sering merasa malu berjalan bersama ibu. Pakaian dan dandananyaku anggap kuno dan tak serasi dengan penampilanku. Bahkan sering kali aku sengaja mendahuluinya berjalan satu dua meter didepannya agar orang tak menyangka aku bersamanya... malu!.. Padahal ibu yang menjagaku sejak kecil, tak pernah memikirkan penampilannya, tak pernah membeli pakaian baru , apalagi perhiasan baru untuknya tapi ibu gunakan untuk membelikanku pakaian yang bagus-bagus agar aku kelihatan cantik. Ibu mengangkat tubuhku ketika aku jatuh, membasuh luka di kaki dan mendekapku erat-erat saat aku menangis. Mulai masuk di Intitut pengajiaan tinggi, aku makin jauh dengannya. Aku pintar dan cerdas sering kali menganggap ibu orang bodoh dan tak mengerti apa-apa. Ibu yang ku anggap bodoh, tak berwawasan , tak mengerti apa-apa, dan bukan orang berpendidikan, doa di setiap sujudnya, pengorbanan dan cintanya tak pernah terhenti sedetikpun untuk anak-anaknya. Semua kenangan itu muncul satu persatu di fikiranku.

Dalam linangan air mata yang sudah terlambat, terus mengalir kedukaan dan penyesalan. Dan anda sekarang yang masih mempunyai ibu disamping jangan menjadi seperti aku....seperti ku dulu, memilih untuk memberikan perhatian padanya nanti,tapi sudah terlambat.Benar bahawa kasih Ibu kepada anaknya tak terbatas.....pengorbanan ibu jika dihitung takkan terbalas oleh seorang anak.

Untuk sahabat2 yg disayangi, hayatilah, selamilah apa yg tersirat dan tersurat dalam coretan tersebut, singkaplah setiap pengertian yg ingin disampaikan, selamilah bait2 kata yg dicoretkan…

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU2 DI DUNIA….HAPPY MOTHER’S DAY…

0 comments: