Saturday, May 16, 2009

study Group...

salam buat sahabat2 yg sentiasa gembira...

exam tinggal beberapa hari shj..kalau dikira masa, rasanya tak sempat nak study semua subjek...Alhamdulillah, ada study group yg membantu aku mencukupkan masa untuk study..rasanya kalau study sendiri agak payah untuk tidak melelapkan mata setelah hanya membaca satu muka surat...huhuhu...terima kasih kat shbt2 perempuan PISMP 1.03 yg amt sporting dan best2 sgt yg mencorakkan dan mewarnai study group kita sehingga kita berjaya menghabiskan study FPM bersama- sama...heheheh...


di entry kali ini, kalam mencari damai abadi ingin membawa sahabat2 sekalian tentang apa itu study group @ belajar berkumpulan..harap entri kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya..


........................................................

K = Kerjasama diperlukan

U = Untuk semua ahli

M = Mesra menjadi faktor penting

P = Prihatin kepada setiap ahli

U = Ulangkaji terlebih dahulu

L = Laksanakan sebaik mungkin

A = Anggapan antara ahli mestilah positif

N = Natijah cemerlang diperolehi

BELAJAR secara berkumpulan mampu mengurangkan rasa bosan malah boleh meningkatkan lagi daya ingatan. Walau bagaimanpun amalan ini perlu dilakukan mengikut peraturan yang dinyatakan di bawah agar usaha ini dapat memberi kesan kepada murid.

• Pemilihan rakan kumpulan: Sebaik-baiknya jumlah ahli kumpulan haruslah di antara 2 hingga 5 orang sahaja. Kumpulan yang kecil mudah berbincang serta mengurangkan pelbagai kerenah yang boleh menjejas perjalanan perbincangan. Ini memberi peluang setiap ahli mengambil bahagian. Setiap ahli haruslah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Ini merangkumi ketepatan masa, serta sifat bekerjasama yang baik.

• Pemilihan topik: Pemilihan topik dan mata pelajaran haruslah dipersetujui bersama. Ini untuk memastikan setiap anggota ahli kumpulan akan mengambil bahagian secara aktif dan bukannya sekadar berdiam diri sahaja.

• Persediaan tempat: Kesesuaian tempat merupakan faktor yang penting untuk menentukan keberkesanan proses belajar. Bilik darjah yang kosong, ruang perbincangan di pusat sumber atau di rumah rakan boleh dijadikan tempat belajar. Gangguan kebisingan haruslah dijauhi.

• Pemilihan waktu: Pemilihan waktu adalah bergantung kepada kesesuaian waktu anggota kumpulan. Walau bagaimanapun dicadangkan ia dilakukan pada cuti hujung minggu memandangkan masanya agak panjang. Agak memadai belajar secara kumpulan ini dilakukan dalam jangka masa tidak melebihi 3 jam pada satu-satu ketika. Adalah dikuatiri jika jangka waktunya terlalu lama, perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan pelajaran akan turut sama diperbincangkan.

• Bahan belajar: Anggota kumpulan harus bersedia dengan bahan belajar seperti buku teks, buku rujukan, nota guru, latihan dan lain-lain. Bahan latihan dari ADaP adalah contoh yang baik untuk murid berbincang. Kekurangan bahan akan menyebabkan kegagalan untuk berbincang.


Peranan Belajar Berkumpulan

1. Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk.

Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam

kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti

dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita

mempunyai peranan di dalam kumpulan.


2. Ahli mesti sehaluan.

Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu

cemerlang dalam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan

untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan

bukan hanya kerana ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama

ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai matlamatnya.


3. Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut.

Apabila kita telah menyediakan ahli dengan setiap tajuk, kita mestilah juga

memastikan bahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut.Ini sangat penting

kerana jika kita telah bersedia maka persoalan yang timbul hasil kemusykilan

dari ahli yang lain dapat kita jelaskan.


4. Berbincang dengan guru atau orang yang lebih arif.

Sebelum melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan

kalau-kalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang

dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian berbincanglah dahulu dengan guru.

Ini bertujuan untuk kita lebih mendalami tentang topik tersebut. Dengan yang

demikian kita akan lebih bersedia semasa perbincangan.


5. Penumpuan semasa ahli membentang.

Penglibatana semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yang

sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. janganlah ada dia antara kita

semasa ahli sedang membentang, kita tidak memberikan perhatian. Andaikan

apabila kita sedang bercakap, ada orang yang tidak memberi perhatian kepada kita.

Bagaimanakah perasaan kita ketika itu? Sudah tentu kita merasai kita tidak dihargai,

justeru itu berikan sepenuh-penuh penumpuan semasa rakan sedang membentang

dalam kumpulan. Pengormatan dan kesediaan mendengar pembentangan ahli lain

merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan ini.


6. Bersoal jawab.

Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya

perbincangan dan soal jawab. Semakin banyak perkara yang relevan

dibincangkan semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Ahli kumpulan bukan

sahaja mendengar kumpulan lain membentang semata-mata , tetapi sentiasa

bersoal jawab atas perkara yang menimbulkan ketidak fahaman. ini sebenarnya

membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang

dibincangkan. Ini menjadikan kita individu yang kritikal dan analitikal

dalam membincangkan tajuk tersebut.

Minda yang kritikal dan analitikal merupakan minda yang cemerlang. Galakkan

diri bertanya hal-hal yang berkaitan yang tidak difahami atau bercanggah

dengan pemahaman kita.


7. Agihkan bahan

Di dalam belajar berkumpulan lantik seorang ketua, setiausaha dan bendahari

secara bergilir-gilir, iaitu bagi mata pelajaran yang berbeza-beza mempunyai

ketua yang berbeza-beza. ini adalah untuk memberikan peluang dan

tanggungjawab kepada semua ahli. Maka laksanakanlah tugas seperti tugas

mengagihkan bahan-bahan kepada ahli-ahli di mana dilakukan oleh setiausaha.

Ketua akan menetapkan masa perjumpaan serta berbincang tentang pembahagian

tajuk-tajuk.


nilah antara pendua2 berguna untuk study group..semoga semua mendapat manfaat darinya...

artikel ini diambil dan diubahsuai dari:

http://www.usm.my/education/kaunseling/tips/Belajar%20Berkumpulan.doc
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia


p/s: nak lagi seronok time study group bawaklah makanan byk2....confirm smgt nak belajar naik...=)

0 comments: