Thursday, May 14, 2009

Teman yang paling mulia..

Salam buat sahabat2 yang semakin luar biasa cemerlang…

Peperiksaan akhir PISMP sem 1 semakin hampir seperti kata pepatah bahasa Inggeris exam is just around the corner..

Pasti masa ini masing2 sedar diulit dengan buku dan sudah jelas lagi nyata buku pasti menjadi sahabat sejati kita sekarang…kerana sudah termaktub bahawa jawapan2 bagi soalan2 peperiksaan kita nanti ada di dalam buku2 tersebut..

Pada hari ini, kalam mencari damai abadi akan mencoretkan artikel mengenai teman yang paling mulia…siapakah teman paling mulia sebenarnya…semalam kita telah berbicara tentang sahabat dan hari ini sekali lagi kalam mencari damai abadi ingin berkongsi dengan sahabat2 sekalian tentang teman paling mulia pula…apa perbezaannya?...nak tahu kena bacalah tulisan di bawah ini….=)

…………………………………………………………………………………………

Iqra...

Detik awal kemunculan Islam bermula apabila turunya wahyu Allah ' IQRA ' yang membawa maksud BACALAH..

Bacalah dalam konteks ayat ini adalah merangkumi makna membaca, mengkaji, menyelidik dan berfikir yang melambangkan ilmu. Istilah ilmu menduduki tempat yang tinggi dalam peradaban Islam dengan menjadikan ‘BUKU’ sebagai wadah pengumpulan ilmu.

Bacalah sahabat2 sekalian..tak semestinya membaca buku, tapi bacalah ..yang utama sekali bagi Umat Islam, bacalah Al- Quran kemudian kitab2 hadis dan seterusnya sirah2 Nabi..

Takkan korannya saja sahabat, Al- Qurannya mana? Ingat sahabat2 Islam sekalian, Koran enggak dibaca enggak apa, tapi al- Quran wajib dibaca sahabat2 ye…

Kita boleh mulakan minat membaca dengan buku yang ringan2, berbentuk cerita, novel atau artikel2 yang menarik ..bagi pembaca2 tetap koran @ surat khabar, lanjutkan pembacaan pada buku pula..

Dalam peradaban awal Islam, BUKU merupakan ‘ TEMAN ‘ yang paling mulia, paling baik dan sejati dalam memimpin seseorang kea rah kebenaran. Sikap orang Islam pada masa itu dilihat amat mencintai buku bahkan jelas kelihatan dalam kehidupan seharian mereka. Membaca bagi mereka diibaratkan seperti sedang berinteraksi dengan teman yang paling setia yang sedia mendengar segala luahan perasaan.

Profesor Ahmad Shalaby dalam bukunya yang bertajuk Sejarah Pendidikan Islam menyatakan dalam sejarah Islam pernah diriwayatkan apabila seseorang berbicara tentang buku, maka pendengarnya bagaikan berbicara tentang seorang yang setia dan jujur, seorang kekasih yang sudah lama tidak berjumpa atau seorang pemimpin yang memimpin ke jalan kebenaran..

Bagi pencinta ilmu, buku merupakan teman yang paling setia. Al- Jahiz seorang ulama besar Islam yang memberi komitmen tinggi terhadap ilmu dan pembacaan pernah berkata, ‘ buku itu akan diam apabila engkau menyuruhnya diam’. Buku tidak akan menganggu engkau bekerja tetapi apabila engkau diulit kesepian , dialah teman yang paling mulia.

Professor Dr. Syed Muhammad Naquib Al- Attas dalam bukunya A Commentary On The Hujjah Al- Siddiq Of Nur- Din Al- Raniri menyatakan bahawa :

Sumbangan abadi yang dapat diberikan oleh seseorang dalam keadaan seumpama ini adalah menulis sebuah buku, kerana sebuah buku dapat kekal lama selepas kerajaan, manusia, Negara, catatan pemikiran dan tindakan manusia lupus…

Tentu sukar untuk kita untuk menghsilkan buku kan?..jadilah kalau kita tak mampu nak menjadi penulis buku, jadi pembaca buku yang paling setia pun cukupla..

Nilai yang terkandung dalam sesebuah buku dapat mencorakkan kehidupan manusia. Sikap mementingkan ilmu melalui pembacaan boleh memacu kecemerlangan manusia dalam segala aspek kehidupan.

Mungkin susah untuk kita mengelurkan duit untuk membeli apa2 bahan bacaan, tapi cuba kita fikir , kalau kita beli sebuah buku kemudian sama ada kita habis baca atau tidak,kita sedekahkan buku yang kita beli itu di perpustakaan atau kat kawan2 kita..apa jadi..tentulah kita dapat pahala yang berpanjangan kan sebab sedekah tu dah kira amal jariah…betul tak sahabat2?..inilah nilai yang tak ternilai yang tersembunyi di sebalik sebuah bahan bacaan tak kira buku, majalah atau surat khabar..

Budaya ilmu tidak hanya terbatas di sekolah, universiti, IPGM, kolej ,malahan ianya merupakan budaya yang perlu diamalkan sepanjang hayat kita..budaya ilmu ini dapat meningkatkan corak pemikiran atau intelek sebagai satu keperluan dalam menghadapi cabaran hidup..

Setimba ilmu tak mencukupi untuk dijadikan bekal. Hidup pada zaman ini perlukan ilmu yang banyak dan kalau kita dapat menguasai ilmu yang banyak, lagilah bagus.

Al-Mutanabi, penyair terkenal zaman Abasiyyah berkata:
TEMAN YANG PALING MULIA SEPANJANG ZAMAN ADALAH BUKU……


Akhir kalam, buai laju-laju, sampai pokok sena,wahai kawan bacalah buku, baca buku jadi bijaksana…

Artikel ini diambil dan diubahsuai daripada majalah Dewan Masyarakat Februari 2009 dan Buku Biar Betul- Betul (Dr. H.M Tuah Iskandar Al- Haj)


p/s: buku FPM adalah teman yang paling setia untuk aku pada hari ini…=) jom kawan dengan teman aku ni…

0 comments: