Friday, May 8, 2009

Amanat...

pada hari ini tanggal 08 Mei 2009, IPGM KPI telah menerima tetamu yang sangat istimewa dalam dunia pendidikan iaitu Tuan Pengarah KPM, Yang Berbahagia Dato' Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom.

kehadiran Dato' Alimuddin adalah bagi merasmikan perhimpunan khas IPGM KPI..
kehadirannya amat bermakna bg diriku.. banyak amanat yg disampaikan yg membantu aku untuk meningkatkan lagi prestasi untuk bergelar guru cemerlang satu hari nanti...walaupun semasa mendengar ucapannya, aku berada dalam keadaan yang cemas untuk menjawab UAK ELP, aku tidak melepaskan peluang untuk mendengar bait2 kata amanat daripada beliau..amanat yg diberikan amat berguna untuk bakal2 guru...

di sini aku kongsi beberapa isi ucapan amanat yang disampaikan oleh beliau untuk renungan bersama...

1) Ucapan pertama beliau adalah berkaitan kepentingan pendidikan dalam era penuh mencabar pada hari ini.. Belaiu mengatakan bahawa pendidikan adalah faktor penting dalam kemajuan negara..maka kita sebagai bakal penjawat awam perlulah sentiasa meningkatkan prestasi untuk mencapai kecemerlangan.

2) bersyukur
-beliau mengingatkan kami supaya bersyukur kerana kita berada di sektor awam yg menjanjikan jaminan kerjaya yang baik, tiada pemecatan berlaku secara tiba seperti yg berlaku pada sektor swasta..
- selain itu, beliau mengatakan guru2 pelatih perlu bersyukur kerana tidak semua org berpeluang untuk memasuki IPGM, kemasukan pd bulan jun nanti hanyalah seramai 6000 org shj berbanding 30000 yg memohon..(time ni memang rasa bersyukur sgt2..Alhamdulillah)..
- menunjukkan rasa kesyukuran dengan tindakan: belajarbersungguh, berusaha menjadi guru yg cemerlang.

3) tiada perkara yg kebetulan berlaku, semuanya memerlukan matlamat dan perancangan

4) confident..yakin kita adalah guru CEMERLANG.. (aku adalaah guru cemerlang...AMIN)

5) konsep one Malaysia: guru perlu sentiasa mendahulukan kepentingan murid

6) berusaha untuk mencapai matlamat pendidikan yg terkandung dlm FPK...

7) Meningkatkan prestasi

8) amalkan konsep bussiness life :
a) tepati masa
b) jaga penampilan dr segi pakaian, rambut dan juga cara memberi penerangan
c) mencari ilmu: membaca. internet,perbincangan, perbualan bg membina pemikiran yang
tinggi.
d) ada kemahiran lain: komunikasi, penguasaan bhs lain terutama English..
e) amalkan nilai2 yg baik: berani, rajin,sanggup menghadapi kegagalan, bekerjasama,
tlg menolong, menyokong ke arah kebaikan dan menentang kemunduran

9) Tips berjumpa GB pd hari pertama posting:
a) penampilan kemas kerana penampilan adalah perkara pertama yg dinilai oleh GB
b) confident @ yakin
c) minta tugas2 yg mencabar untuk menujukkan kita adalah terbaik cthnya, mintak mengajar kelas akhir..(cabaran ni.....InsyaAllah aku akan buat...)

10) Tugas guru adalah menyeronokkan...banyak perkara yg boleh dipelajari....aktifkan diri untuk mendapatkan sebanyak-banyak ilmu.

11) belajar untuk berhadapan dengan masalah dan menyelesaikannya.. (ni nampak cam nak bunuh diri sendiri kan..tapi think positive...ada hikmah disetiap kejadian...InsyaAllah kita semua akan buat...).

12) amanat akhir beliau: jadilah warga pendidik yg hebat dan memberi sumbangan kpd org lain

inilah antara amanat2 yg boleh dikongsi pada sahabat2 sekalian..apa yg baik jadikanlah teladan...
semoga dgn2 amanat ni aku dan semua sahabat2 sekalian dpt berusaha untuk meningkatkan prestasi kita semua...InsyaAllah..Kita semua adalah ..GURU CEMERLANG....

0 comments: