Wednesday, July 29, 2009

Assabarakko...

salam penuh kasih sayang...

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang sentiasa memberi rahmat kepada hamba-hambaNya..sentiasa melimpahkan kasih sayangNya untuk kita semua...semoga diri hakir menjadi orang- orang yang bersyukur atas segala limpah kurniannya...Amin...

.....

pada hari ini, pastinya kita sentiasa sibuk dengan urusan duniawi ..belajar mahupun bekerja..Dlm kesibukan kita pasti kita kadang - kadang akan diuji dengan sesuatu perkara yang menguji kesabaran kita...

Allah pernah berfirman dalam Al- Quran yang bermaksud:

Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk berkata, "Kami percaya", dan tidak akan diuji? Surah al- Ankabut:2

Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (surah al- Baqarah:155)

berdasarkan ayat di atas, sememanganya sebagai hamba Allah, kita akan diuji dengan sesuatu perkara..ujian inilah yang akan membuktikan sejauhmanakah keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Ujian inilah juga menguji tahap kesabaran kita...
sesungguhnya apabila kita diuji, sabar adalah kunci kepada sebarang ujian itu...

Allah s.w.t. berfirman, maksudnya: “Allah sentiasa Mencintai orang-orang yang sabar” (surah Ali Imran, ayat 146), “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153)

Seterusnya Allah juga berfirman: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Sabar..
memang sukar untuk kita memupuk sifat sabar dalam diri..dengan godaan syaitan yang sentiasa ada, amat sukar untuk mempertahankan sabar dalam diri kita..

sifat sabar mudah diucap tapi sukar untuk dilaksanakan, namun Allah memberi ganjaran pahala berlipat ganda untuk orang- orang yang sabar sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira” (surah az-Zumar, ayat 10).

.........

sahabat- sahabat sekalian..bersama- samalah kita memupuk sifat sabar dalam diri kita, semoga kita dapat menasihati antara satu sama lain agar bersifat sabar dalam menghadapi segala masalah dan ujian di muka Bumi ini...semoga ukhuwah kita semua dapat mengukuhkan lagi sifat sabar dalam diri kita semua...Amin..

.........
assabarakko daing..masempajang sibawa ma'doa ko mega- mega ki Fuang ei, matenang hatikmu....Assabarak mua..engkau mua matuk ei ferolehi..Amin...

0 comments: