Tuesday, July 28, 2009

catitan kehidupan..

salam ceria..

alhamdulillah, hari ini saya masih dapat menikmati indahnya hidup ini... masih dapat menghirup udara yang segar, menikmati lukisan alam ciptaan Allah dan masih dapat bersama bergelak ketawa, menuntut ilmu dan bermusyawarah bersama sahabat- sahabat sekalian..

hari ini saya rasa amat bahagia kerana jalinan ukhuwah antara sy dan adik usrah2 kumpulan semakin rapat... selama ni tidak pernah terlintas di layar fikiran dan benak sanubari saya akan menjadi Naqibah dalam masa 2 tahun saya berada di bumi IPGM KPI yang tercinta ini...
Dengan status pelajar Pengajian Sosial, saya rasa amat rendah diri untuk menerima tanggung jawab yang amat berat dirasakan. Tanpa pengalaman sedia ada dan kekhilafan yang ada dalam diri ini, saya rasa amat takut dan tatkala diberi surat pelantikan sebagai AJK MTEN... pada tika itu hanya Allah yang tahu perasaan yang wujud dalam diri..

setelah beberapa minggu berada di dunia ITC dan MTEN, sy semakin kuat dan semakin reda akan ketentuan ini...InsyaAllah dengan pertolongan dariNya dan sokongan sahabat2 sekalian, saya dapat menjalankan tugas ini dengan sebaik- baiknya...Amin..

..........

hidup ini memang ibarat roda, tak semua yang kita inginkan kita akan capai..adakalanya memang pengorbanan itu perlu untuk meneruskan 1 hayunan langkah menuju kecemerlangan duniawi dan akhirat..
menangis itu adalah perkara biasa dalam kehidupan...
seringkali kuterfikir untuk menjadikan kehidupan ku ceria walaupun dihimpit dugaan maha hebat dari Pencipta, namun kugagal..
bila masalah timbul, keceriaan hilang dalam sekelip mata...
wahai hakir yang tercinta, kuatkan semangat...
...TRUST YOUR HEART BE YOURSELF...


Hidup ini indah, penuh dengan warna- warna kehidupan yang ditentukan diri kita sendiri..
warna- warna inilah yang mencorakkan liku- liku perjalanan kita di muka Bumi ciptaan Allah ini..jika warna itu cantik maka cantiklah perjalanan kita ..jika tidak sebaliknya akan terjadi, namun sebagai hamba Allah, kita perlu sentiasa reda akan ketentuan yang ditetapkan.. Akal fikiran yang dikurniakan, gunakanlah sebaiknya untuk menentukan corak kehidupan dan juga menukar corak kehidupan kita....

wahai diri, kuatkan semangat , hayunkan langkahmu
usah biarkan langkahmu terhenti ahanya disebabkan batu- batu kecil...
teruskan wahai diriku...
...WE ARE WHAT WE THINK...

Ya Allah, aku memohon agar memilihkan yang baik menurut engkau ya Allah.
Dan aku memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahan Tuhan yang besar Agong...kerana sesungguhnya Tuhan yang berkuasa sedangkan aku tidak tahu dan Tuhanlah yang amat mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi..

Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa persoalan ini baik untukku, maka berikanlah perkara ini kepadaku dan mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikanlah keberkatan bagiku didalamnya..

Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa sesungguhnyahal ini tidak baik bagiku, bagi agamaku dan penghidupanku, dan tidak baik akibatnya, jauhkanlah dariku dan berikanlah kebaikan di mana saja kau berada...Jadikanlah aku orang- orang yang reda atas ketentuan dan AnugerahMU......

0 comments: