Monday, July 20, 2009

salam ceria...


muda atau tua itu bukan bergantung pada tarikh, masa tetapi keadaan jiwa. Tugas kita bukan menambah usia kepada kehidupan kita tetapi menambah kehidupan pada usia kita...

Anda sebenarnya penzahiran keinginan yang tertanam jauh dalam diri. Keinginan menghasilkan kemahuan, kemahuan menghasilkan perbuatan. perbuatan mengahsilkan masa depan.

fikiran membawa kepada pekerjaan. pekerjaan membawa kepada kejayaan. kejayaan membawa kepada impian.

rahsia kemajuan diru terletak pada usaha memulakan sesuatu kerja. rahsia memulakan sesuatu kerja terletak pada tindakan membahagi - bahagikan tugas yang berat kepada tugas kecil yang mudah diurus dan memulakan kerja dengan tugas yang pertama.

perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini bukannya mencari- cari apa silapnya..

yang terbaik anatara kamu adalah orang yang mempelajari al- Quran dan mengajarkannya..(hadis riwayat Imam Al- Bukhari)

sumber : Br. Izu. (2008). Urus Masa Terus Jaya. Setapak : Al- Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd

0 comments: