Tuesday, September 29, 2009

Riang- Ria Raya 2009 =)






salam adilfitri...

Alhamdulillah, aidilfitri tahun ini tetap meriah seperti tahun-tahun yang lalu. bersyukur ke hadrat ilahi kerana Kasih sayang dan ukhuwah kekeluargaan semakin erat dirasakan. Rasa sungguh bahagia kerana masih diberi peluang untuk meraikan hari kemenangan ini bersama- sama keluarga dan sahabat2 tercinta.Alhamdulillah.Bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia dan sahabat 2 yg sentiasa ceria dan ada di saat tangis dan gembira. (takut juga bila kufur nikmat ini nanti ditarik Allah S.W.T- astaghfirullah, nauzubillah min zalik).

Semoga kehadiran aidilfitri ini mendekatkan kita lagi dengan Allah S.W.T. Aidilifitri merupakan hadiah oleh Allah S.W.T kepada umat Islam bagi meraikan fitrah manusia yang inginkan kegembiraan setelah mengharungi tempoh kepayahan dan kesukaran menghadapi sesuatu ujian / cubaan.

Setelah sebulan kita berada di madrasah Ramadhan mengharungi susah payah, jerih perih ujian di madrasah Ramadhan adakah kita telah benar- benar menerima ijazah taqwa yang sebenar?.fikir- fikirkan sahabat sekalian..

Walau sesukar manapun ujian dan dugaan di madrasah Ramdhan, walau sehebat mana kita berentap dalam berjuang, akhirnya kita tetap adalah insan yang bergelar manusia tidak menjadi sehebat malaikat yang tiada nafsu, juga tidak layak menjadi sehina binatang yang tiada akal yang mampu memikul risalah.

Maka aidilfitri itu Allah jadikan demi meraikan fitrah manusia yang tidak mampu lari dari sukakan kegembiraan, menjalinkan ukhuwah, fitrah menyintai keamanan dan membenci dendam. benarkan?..

Tapi kadang-kadang kita alpa dalam keseronokan dunia, adakah sepatutnya fitrah sebagai seorang hamba hanya berseronok- seronok sahaja, Duduk bermalas- malasan atau kembali menjadi hamba- hamba abdi di 'medan-medan suruhan' yang diciptakan manusia sendiri

Bila kita sedar kita adalah manusia,Khalifah di bumi ini, usahlah sekalipun kita leka bahawa 'jiwa hamba' kita inilah fitrah kita sebenar yang sepatutnya dirasai dengan nikmat iman dan Islam. Tapi ingatlah hamba ini bukan hamba yang hina, bahkan dirinya dimuliakan dengan risalah. Dengan fitrah (hamba yang memikul risalah) ini kita mampu menjadi setegar Bilal b. Rabbah ketika diseksa, seteguh Mus'ab b. Umair ketika menjadi duta ke Madinah, dan setegas Abu Bakar ketika menghadapi golongan murtad.

Hamba itu fitrahnya juga sentiasa penat, lelah, berpeluh, berterusan bekerja, buat kerja betul-betul dan kurang tidak seriusnya. Jadikan Rasulullah S.A.W sebagai model ikutan terbaik untuk kita, Rasulullah s.a.w adalah sebaik-baik manusia dan juga sebaik-baik hamba. Bagindalah orang yang paling penat dan paling letih hanya kerana besar dan agungnya tugas baginda menjadi pemimpin Umat Islam supaya risalah Islam itu untuk disampaikan ke generasi hingga ke hari Kiamat.

Sebagai manusia dan hamba kepada Allah S.W.T, jadikan Fitrah semulajadi kita ini untuk membina generasi- generasi yang mempunyai semangat jihad yang tinggi dan membentuk insan rabbani yang cemerlang di dunia dan di akhirat..Usah biarkan fitrah kita menjadi tuan pada diri kita, tetapi jadilah tuan kepada fitrah kita agar kita menjadi hamba-Nya yang soleh dan solehah.


Akhirul kalam, al- Quran dan as-Sunnah adalah jalan terbaik untuk kita kembali pada fitrah insani 'jiwa hamba yang sebenar'.Kembalikan fitrah pada landasan yang betul dan pada tempat yang benar agar ianya bergerak pada tempat yang sepatuntnya dan berakhir pada jalan yang diredai-Nya..Amin

...............
Renungkan sahabat2 sekalian,
Biar kulit segelap almond london, asalkan hati sesuci kuih bangkit
Biar Iman sekental dodol, jangan senipis rempenyek
Biar jiwa selembut bahulu, asalkan akhlak secantik biskut dahlia
Senyumlah semanis wajik agar lebaran lebih bermakna..

Seputih hati sebersih nurani
Sesuci jari menyuci diri
semoga ikatan terus bersemi
salam aidilfitri tulus dari hati...

.............











0 comments: