Tuesday, November 10, 2009

Warkah buat sahabat

Salam kebahagiaan khas untuk sahabatku yang dikasihi..

sahabat, kenangilah satu pertemuan kerana di situ adanya kasih sayang dan kenangilah satu perpisahan kerana di situ terciptanya satu kerinduan..

senyuman itu percuma tetapi amat berharga, ia memberikan kebahagiaan dalam sesebuah perhubungan , kebaikan dalam perjuangan dan persahabatan. Ia memberi kekuatan pada keletihan, memulihkan semangat yang kecewa dan ubat yang mujarab pada semua kerunsingan. Ia tidak boleh dibeli, dipinta dan dicuri kerana ianya terlalu berharga, ianya diberi sebagai hadiah untuk sebuah perhubungan..

sahabat, semoga tuhan memberi kamu pelangi untuk setiap hujan, senyuman untuk setiap tangisan, rahmat untuk setiap cubaan , lagu yang merdu untuk setiap arah dan memakbulkan untuk stiap doa. semoga Allah memberkatimu, memberkati keluargamu , memberkati harta pencarianmu dan semoga Allah memberikan balasan baik untuk engkau..Amin..

sahabat, akan kubiarkan kalam berbicara dan pena menulis untuk menentukan hala tuju persahabatan ini. Aku reda andai peristiwa itu menamatkan persahabatan yang telah lama terjalin. Biarkanlah segalanya berlalu di bawa angin agar apabila kita kembali bersama ianya tidak lagi berada di dalam hati kita berdua. Maafkan diriku kerana tidak lagi mampu mempertahankan hubungan ini dan semoga engkau berbahagia di samping sahabat barumu itu...terlalu banyak rahsia antara kita kini dan terlalu banyak perubahan dirimu menyebabkan diriku sukar untuk menerimanya... Biarlah masa menentukan, mungkin kita memang ditakdirkan untuk berjumpa dan bersahabat untuk seketika cuma, namun sahabat, ingin aku katakan aku amat menyayagi dirimu kerana engkaulah sahabat yang terbaik untukku... Mungkin memang sukar untuk diriku menjadi sahabat yang terbaik untukmu, ku doakan agar sahabat barumu itu mampu memberikan senyuman dan kebahagiaan kepada dirimu. Hanya kupohon pada Yang Maha Esa agar persahabatan ini membawaku lebih mengenali penciptaku dan mengenali erti kehidupan dan ku berharap kita akan bertemu kembali untuk menjalinkan kemabli persahabatan ini..Amin..

Wasalam..

Salam sayang dariku untukmu wahai sahabat yang dikasihi..

...............

Sahabat Sejati
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi



0 comments: