Saturday, November 14, 2009

Secalit tinta untuk renungan bersama



Salam bahagia...

kenapa manusia suka mencari kesilapan orang lain tanpa menyedari kesilapan diri sendiri? kesempurnaan hanyalah milik Allah, maka, usahlah kita terus mencari dan menuding jari kepada orang lain sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yg tidak dikehendaki..janganlah kita mencari jalan untuk mencetuskan salah faham dan rasa tidak puas hati sesama kita...berusahalah untuk mencari kata sepakat dan bersatu hatilah antara kita untuk menyelesaikan sebarang permasalahan...Singkaplah tirai sejarah ISlam, kerana perpaduan ummat Islam yang utuh , ISlam mencapai zaman kegemilangannya..

memang benar, bila cakap semuanya senang nak dibuat, tapi nak laksanakan memang sukar..saya juga akui perkara itu disebabkan seringkali saya tersepit untuk membuat keputusan yg sebaiknya tanpa ada insan yg berkecil hati dan kadang2 sy juga buat perkara yang sama tapi sebagai insan yang menyedari tanggung jawab di muka bumi ini, marilah kita bersama- sama tingkatkan ukhuwah sesama kita dan jangan biarkan anasir2 luar menyebabkan kita berkonflik...jauhkan diri kita dari teori motivasi dissonansi kognitif yang menyebabkan kita terkeliru untuk membuat keputusan berdasarkan pendirian dan keputusan kita..

lagi satu perkara, adakah kita bersalah untuk mempertahankan hak dan pendirian kita dan mengapa kadang- kadang org lain sukar memahami pendirian kita? dan kenapa kadang2 org terlalu memaksa untuk kita menerima perubahan..kdg2 sy terfikir kenapa tapi tak pernah sy ketemui jawapan yg sebenarnya- benarnya, namun jawapn yg paling baik dan diterima oleh pemikiran saya adalah setiap manusia adalah berbeza.. takkan ada manusia yg mempunyai kehendak yg sama pada waktu yang sama kerana sebab itu kita memerlukan antara satu sama lain..wahai diriku dan sahabat2 sekalian,usahlah kita bersengketa hanya disebabkan perbezaan pendapat dan pendirian..terimalah sesuatu denga hati yg terbuka dan fikiran yang matang serta terimalah hakikat bahawa diri kita semua adalah berbeza...pertahankan hak dan pendirian kita sebaiknya dan berfikir dengan baik sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan hak dan pendirian kita..=)..buatlah apa yg kita kata jgn hanya pandai berkata- kata tanpa memikirkan kesan dan akibatnya wahai Atiqah...

wahai SITI ATIQAH dan sahabat2,

bermesyuaratlah kamu dgn sahabat dalam perkara yang tidak jelas. Terimalah nasihat daripada penasihat yang berwibawa.

Maka Allah telah mewasiatkan kepada Nabi-Nya, bermesyuaratlah dan bertawakal

sekiranya kamu menyukai sesuatu, janganlah terlalu menyukainya kerana takut suatu hari nanti kita perkara itu mungkin adalah perkara yg paling dibenci oleh kita..dan janganlah kamu terlalu membenci sesuatu perkara kerana mungkin suatu hari nanti ianya menjadi kesukaanmu..Berpada- padalah dalam sesuatu hal...

memang selalu terjadi dalam kita menempuh kehidupan, pasti banyak halangan yang selalu menganggu kelancaran hidup kita. Tuhan telah menganugerahkan kita nikmat akal fikiran untuk kita berfikir dan nikmat perasaan untuk kita memahami diri kita dan insan yang berada di sekeliling kita, terpulanglah pada kita untuk terus maju ke hadapan atau tercicir atau bergerak kehadapan namun pada hakikatnya kita tercicir atau sebagainya, we are what we think!..so do what u want to do and be what u want to be.. it'is a free country isn't it?...

semaikan Islam di hati, tanamkan iman nan suci, bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki..Islam itu indah, iNdahkanlah dirimu dengan Islam..
Islam is the best way of life..

sekian...

0 comments: