Wednesday, November 4, 2009

Teori Pembelajaran Behavioris dan Sosial

salam kecemerlangan..

A)Teori Pembelajaran Behavioris
-Behaviorisme melihat tingkah laku sebagai satu proses yang boleh dijelaskan melalui pengalaman yang diperhatikan.

1)Teori Pelaziman Klasik Pavlov
-Kajian: Pengeluaran Air Liur Anjing
a) Lampu suluh (R neutral) = air liur anjing tidak keluar
b) Lampu suluh + Daging (R semula jadi) = air liur anjing keluar
c) Lampu suluh + tanpa daging = air liur anjing keluar (G terlazim)

-Pelaziman Klasik merupakan satu proses pembelajaran apabila individu mampu membuat perkaitan antara rangsangan neutral dan rangsangan semula jadi. Rangsangan ini akan menghasilkan gerak balas yang serupa atau terlazim.

-Jenis- Jenis Rangsangan:
oRangsangan neutral : R yg tidak mempunyai hubungan dengan objek/ organisma dan tidak menghasilkan G.
oRangsangan Semulajadi : R yang mempunyai hubungan semula jadi dengan objek/ organisma dan menghasilkan G.
oRangsangan terlazim : R neutral yang wujud bersama R semula jadi menghasilkan G terlazim.

-Jenis- jenis Gerak Balas
oGerak balas Semulajadi : G yang berlaku secara semulajadi/ reflektif
oGerak balas Terlazim : G yang terhasil daripada perkaitan R neutral dan R Semula jadi

-Konsep- konsep:
oGeneralisasi : memberikan G terhadap semua R
oDiskriminasi : memberikan G terhadap R tertentu
oPenghapusan : proses melemahkan G terlazim dengan meniadakan R semulajadi
oPembelajaran semula : Pembelajaran selepas berlaku proses penghapusan

2)Teori Pelaziman Klasik J.B Watson
-Kajian : Kanak- Kanak Albert dan tikus putih
a)Albert dibiarkan bermain dengan tikus
b)Ketukan yang kuat dilakukan
c)Gandingan kedua- dua dilakukan (Tikus dan ketukan yang kuat)
d)Albert terkejut dan takut kepada Tikus putih
e)Akhirnya, Albert takut pada semua benda putih yang berbulu

-Kanak – kanak mempunyai 3 jenis emosi yang utama iaitu sayang, marah dan takut yang boleh dilazimkan.

3)Teori Pelaziman Operan
-Merupakan satu bentuk pembelajaran hasil atau kesan tingkah laku terdahulu yang membentuk tingkah laku yang baharu.

4)Teori Pelaziman Operan Thorndike
-Kajian : Kucing
a)Kucing yang kelaparan diletakkan di dalam sangkar
b)Ikan diletakkan di luar sangkar.
c)Pintu sangkar boleh dibuka sekiranya tuil selak sangkar ditekan.
d)Kucing membuat cubaan rawak (cuba jaya) untuk keluar dari sangkar sehinggalah kucing tertekan tuil sangkar dan dapat keluar.
e)Pada kali kedua dan seterusnya kucing dapat keluar dengan mudah dari sangkar dan akhirnya apabila kucing dimasukkan, kucing dapat keluar dengan dengan menekan tuil sangkar.

-Hubungan antara R-G akan menjadi kukuh apabila kesan tingkah laku adalah memberangsangkan.
-Prinsip Pembelajaran anjuran Thorndike;
oHukum Kesediaan : mental, afektif dan psikomotor
oHukum latihan : Manusia belajar melalui proses membuat dan lupaan berlaku sekiranya pembelajaran tidak digunakan lagi.
oHukum kesan : Kesan positif memungkinkan tingkah laku diteruskan dan sebaliknya.

5)Teori Pelaziman Operan Skinner
-Kajian : Peti Skinner
a)Tikus putih diletakkan di dalam peti skinner
b)tikus hanya dapat makanan sekiranya tuil ditekan
c)Tikus melakukan cubaan rawak sehingga tikus menekan tuil
d)Cubaan menekan tuil dilakukan untuk mendapat makanan
e)Seterusnya, cahaya lampu dinyalakan apabila tuil ditekan sebelum bijirin dikeluarkan
f)Nyalaan lampu mendahului keluarnya bijirin.
g)R terlazim : Nyalaan lampu= keluarnya bijirin.

-Konsep Peneguhan
oPeneguhan Positif
peneguhan yang menjadi R untuk tingkah laku seterusnya berlaku. Cthnya: pujian, ganjaran dan galakan.

Kategori Peneguhan Positif
i.Peneguhan positif berterusan : peneguhan pada semua jenis tingkah laku.
ii.Peneguhan positif berkala : peneguhan pada situasi- situasi tertentu sahaja
1.Peneguhan positif berkala selang masa
a)selang masa tetap : Ujian akhir bulan
b)Selang masa berubah : Pop Kuiz

2.Peneguhan positif berkala nisbah
a)Nisbah tetap : 1 peneguhan untuk 5 soalan yang dijawab betul.
b)Nisbah berubah : Dalam sesi soal jawab (angkat tangan), murid yang dapat menjawab soalan diberi peneguhan.

oPeneguhan Negatif
peneguhan yang memungkinkan tingkah laku diteruskan sekiranya R yang tidak selesa disingkirkan. Cthnya: Bebelan, leteran dan teguran.

-Konsep Hukuman
oHukuman Beri (persembah)
-Hukuman yang mengurangkan tingkah laku diteruskan kesan atau hasil R yang diberikan. Cthnya: Hukuman rotan, sebat, tampar

oHukuman Tarik (Singkir)
-Hukuman yang mengurangkan tingkah laku diteruskan kesan atau hasil R yang selesa ditarik balik. Cthnya: Larangan menonton TV, Keluar rumah, keluar malam.


B)Teori Pembelajaran Sosial/ Sosial Kognitif

-Proses pembelajaran melibatkan individu melihat dan meniru tingkah laku orang lain.

1.Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura
-Kajian : Patung Bobo
a) Kumpulan 1: Kanak- kanak menonton video orang dewasa melakukan perbuatan ganas terhadap patung Bobo dan diberi peneguhan
b) Kumpulan 2: Kanak- kanak menonton video orang dewasa melakukan perbuatan ganas terhadap patung Bobo tanpa peneguhan.
c) Kumpulan 3: Kanak- kanak menonton video orang dewasa yang tidak melakukan perbuatan ganas terhadap patung Bobo.
d) Kemudian, kanak- kanak dibawa masuk kedalam bilik yang terdapat patung Bobo
e) Kumpulan 1: melakukan perbuatan ganas terhadap patung Bobo
f) Kumpulan 2: kurang melakukan perbuatan ganas tetapi selepas diberi peneguhan, mereka melakukan perbuatan ganas terhadap patung Bobo.
g) Kumpulan 3: Tidak melakukan apa- apa terhadap patung Bobo.

-3 bentuk peniruan
oPeniruan secara langsung
-peniruan berlaku secara langsung apabila melihat tingkah laku model

oPeniruan sekat laluan dan tidak sekat laluan
-sekat laluan : pada situasi tertentu. cthnya: panggilan kakak dan abang tidak sesuai digunakan di Sekolah.
-tak sekat laluan : pada semua situasi : cthnya: panggilan kakak dan abang boleh digunakan di pasar dan di rumah.

oPeniruan elisitasi
-melibatkan emosi dan keinginan
-Cthnya: apabila melihat orang lain menjual pisang goreng dan mendapat keuntungan, timbul keinginan untuk membuka kedai pisang goreng.

-Langkah- langkah peniruan
1.Tumpuan Pemerhatian : Melihat tingkah laku
2.Penyimpanan dalam ingatan : Melibatkan proses mental , mengekod, menyimpan dan mendekod.
3.Pengeluaran : dikeluarkan dalam bentuk perlakuan
4.Motivasi dan peneguhan : supaya tingkah laku diteruskan.

-Jenis- jenis model
a) Model sebenar : tingkah laku orang, haiwan atau objek yang ditiru. Cthnya : Guru
b) Model simbolik : prosedur dan langkah kerja (resepi masakan).

0 comments: