Friday, May 29, 2009

selamat Bercuti...

salam ceria untuk semua..

esok bermulalah cuti sem..tak sabar rasanya nak balik kg esok...

banyak peristiwa manis dan pahit sepanjang sem ni..dah saat yg paling manis sem ni adalah dapat ke Sabah..Namun kegembiraan yg lebih bermakna lagi pada sem ni adalah menjalani PBS..dapat anak murid first...

semoga pengalaman yang diperolehi sem ni dapat dijadikan sempadan dan tauladan untuk sy menjadi lebih baik...begitu juga sahabat2 sekalian..

untuk sahabat2 PISMP 1.03 dan semua, maafkan sy andai ada salah dan silap ...

untuk sahabat2 sekalian, sempena cuti 3 minggu ni manfaatkanlah cuti shbt2 sekalian dengan sebaiknya..gunakan waktu yg diberi untuk mempersiapkan diri supaya menjadi insan yg lebih cemerlang di sem depan dan juga meningkatkan keimanan kepada Allah..

cuti2 juga, keselamatan dan kesihatan jgn diabaikan ye...=)

.....SELAMAT BERCUTI SEMUA......JUMPA DI SEM DEPAN......

jom ke Pontian pula..

salam cuti2 Malaysia..

tadi sy dah bawak anda semua melihat tpt2 menarik di Johor, sekarang sy nak bawak shbt2 ke Pontian pula, daerah saya...

Muzium Bugis

Bugis adalah salah satu rumpun Melayu yang berasal dari Sulawesi dan datang berhijrah ke Tanah Melayu pada lewat kurun ke-18 dan 19. Atas tujuan memperkenalkan dan mengabadikan budaya dan cara hidup komuniti Bugis di Johor, sebuah muzium telah dibina di daerah Pontian. Di Muzium Bugis ini, para pengunjung akan berpeluang melihat pelbagai artifak orang Bugis dan berbual dengan penjaga muzium yang berketurunan Bugis yang akan menceritakan tentang budaya dan adapt resam mereka.

Panduan: Jika pengunjung menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, sila ikut susur keluar Simpang Renggam dan ambil jalan ek arah Benut. Dari Benut, bergerak ke arah selatan jalan menuju ke Bandar Pontian. Dari Bandar Pontian, pengunjung terus bergerak ke selatan kira-kira 9km melewati Pantai Rambah. Di sana pengunjung akan melihat papan arah menuju ke Muzium Bugis yang tidak jauh dari Pantai Rambah.
Kukup


Kukup terkenal sebagai perkampungan nelayan. Ini kerana sejak pertengahan kurun ke 19, Kukup terdiri daripada petani dan nelayan yang kebanyakan terdiri dari keturunan Bugis.

Jika pengunjung datang ke sini, pastikan mencuba pelbagai masakan makanan laut terutama masakan Ketam Masak Sambal yang cukup sedap dan menyelerakan. Beberapa restoran adalah terletak berhampiran jeti di mana membolehkan pengunjung menjamu selera sambil menikmati keindahan permandangan laut yang terbentang luas. Selain itu, pegunjung boleh menyewa bot dan melawati kelong di mana terdapat pelbagai jenis ketam dan ikan dipelihara secara komersil di dalam sangkar. Kraftangan dan makanan seperti keropok, belacan dan cencaluk juga ada dijual di sini.

Panduan: Kukup terletak di bahagian barat daya Bandar Pontian dengan jarak kira-kira 20km. Jika pengunjung menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, ikut susur keluar Skudai dan terus menuju ke Pontian Kechil. Apabila tiba di Pontian Kechil, masuk simpang ke Kukup.
Muzium Nenas

Negeri Johor merupakan antara pengeluar utama nenas di Malaysia . Sehubungan itu, satu muzium diwujudkan bagi mendedahkan semua hal ehwal yang berkaitan dengan industri nenas di Johor.

Di muzium ini, terdapat sebuah seksyen muzium yang menumpukan kepada kaedah penanaman, pemprosesan, pengawalan dan penyelenggaraan nenas. Selain itu, ada seksyen di mana pengunjung juga boleh memperoleh maklumat berkenaan dengan sejarah perkembangan nenas di Malaysia . Di seksyen tersebut, terdapat pameran koleksi artifak, penerbitan dan maklumat paten.

Apa yang lebih menarik lagi adalah di seksyen yang memaparkan pelabagai jenis nenas yang di tanam di Malaysia .

Panduan: Muzium Nenas terletak di km 52 Jalan Utama Johor Bahru-Pontian-Kukup iaitu kira-kira 45 minit dari Bandar Johor Bahru.
Taman Negara Johor - Tanjung Piai


Tanjung Piai terletak di kawasan paling hujung di Benua Asia . Ianya amat terkenal sebagai syurga flora dan fauna yang cukup unik dan jarang ditemui. Tambahan pula, menjadi tumpuan utama bagi penggemar burung untuk melihat burung terutama ketika musim migrasi yang jatuh pada bulan September dan Mac.

Taman Negara Johor – Tanjung Piai meliputi kawasan seluas 926 hektar. Untuk masuk ke Tanjung Piai, pengunjung mempunyai dua pilihan sama ada melalui Sungai Belukang dan satu lagi melalui Desa Sri Piai.

Tiket Masuk

* Pelancong Malaysia ~ RM3
* Pelancong Luar Negara ~ RM5

Panduan: Setakat ini tidak ada bas yang menuju terus ke Tanjung Piai. Namun, pengunjung boleh menaiki teksi di Stesyen Bas Pontian dengan tambang dalam lingkungan RM15. Dicadangkan kepada pengunjung agar menempah teksi untuk pergi dan pulang.

Jika pengunjung memandu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, ikut susur keluar Simpang Renggam. Ambil laluan utama ke Pontian dan terus ke Kukup. Apabila tiba di Kukup, ikut papan tanda arah menuju ke Tanjung Piai.
Lembah Orkid

Lembah Orkid terletak di kaki Gunung Pulai, kira-kira 30 km dari Johor Bahru. Dengan keluasan 40 hektar, Lembah Orkid telah diiystiharkan sebagai ladang orkid tropikal yang terbesar di dunia. Di sini terdapat lebih dari 80 jenis orkid yang cukup cantik dan mengkagumkan.

Semenjak dibuka pada Februari 1996, Lembah Orkid semakin popular dikalangan pelancong yang menggemari orkid terutama pelancong dari Singapura. Apa yang lebih menarik adalh, pelancong atau pengunjung boleh memilih dan membeli pokok orkid dengan harga yang cukup berpatutan. Di samping menikmati udara segar dan permandangan lading orkid yang menarik.

Di Lembah Orkid bukan sahaja mengandungi bahagian penanaman orkid malahan koridor pendidikan, pusat perlancongan dan makmal kaji selidik. Kemudahan lain adalah restoran, taman permainan kanak-kanak dan tempat melihat permandangan ladan tersebut.

Waktu Operasi
Dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang

Jika pengunjung dari Johor Bahru, ambil jalan utama ke Pontian. Simpang ke Gunung Pulai di mana Lembah Orkid terletak adalah kira-kira 19 batu dari jalan tersebut.


..selamat berjalan-jalan...

Jom ke Johor...



salam bahagia...

sempena cuti ni, jom jalan2 ke Johor, negeri kelahiranku yang tercinta....
di sini di coretkan beberapa tempat yg menarik untuk dilawati di negeri Johor Darul Takzim..


1) TEMPAT MENARIK - Johor Bahru

GUNUNG PULAI

Satu-satunya hutan simpan yang terdekat dengan Johor Bahru ialah Hutan Simpan Gunung Pulai. Ia dibuka untuk orang ramai dan amat sesuai untuk aktiviti perkelahan ataupun bersantai bersama keluarga. Pokok-pokok yang tinggi melampai dan irama unggas rimba mengamit kedatangan para pengunjung di sini.. Keindahan air terjun Gunung Pulai merupakan tarikan utama hutan simpan ini. Air Terjun Gunung Pulai mempunyai 3 peringkat; yang terbesar ialah peringkat kedua setinggi 15 meter. Terdapat juga kolam buatan manusia yang sesuai untuk pengunjung bermandi-manda dan berkelah di peringkat pertama dan kedua.

Pengunjung yang cintakan kehijauan alam akan terpesona melihat keindahan alam semulajadi serta hidupan liar di Gunung Pulai. Dibajai oleh sungai dan tanpa ganguan manusia, flora dan fauna mewarnai kehidupan di Gunung Pulai.
Bagi mereka yang gemar berkhemah pula, kawasan perkhemahan juga disediakan. Bermula dari kaki gunung melalui peringkat pertama dan kedua air terjun, berjalan dicelah-celah hutan tropika dan berakhir di peringkat ketiga air terjun adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh mereka yang gemar merentas hutan. Setelah penat seharian meredah hutan, mereka bolehlah beristirehat di kawasan perkhemahan yang disediakan.




2) TEMPAT-TEMPAT MENARIK - Kluang

GUNUNG BELUMUT

Hutan Rekreasi Gunung Belumut terletak di bahagian utara daerah Kluang. Nama "Gunung Belumut" berasal dari keadaan gunung itu sendiri yang licin kerana batuannya yang belumut dan licin.

Perjalanan menuju ke puncak Gunung Belumut kini telah diperbaiki untuk memudahkan pendakian para pengunjung. Air terjunnya juga terletak di aras bawah gunung tersebut dan ia tidak terlalu tinggi. Ini memudahkan para pengunjung datang bersantai tanpa perlu mendaki tinggi.

Untuk para pendaki, jumlah masa yang diperlukan untuk tiba di puncak gunung pada ketinggian 1004m dibawah paras laut ialah 4 jam. Selepas dua jam pendakian, para pendaki sudah boleh melihat salah satu mercu tanda di daerah Kluang yang terkenal iaitu "Batu Mahkota". Batu Mahkota ialah sebiji batu yang berbentuk seperti sebuah mahkota raksasa.



GUNUNG LAMBAK

Hutan Rekreasi Gunung Lambak yang terletak hanya 5 km dari bandar Kluang telah menjadi kawasan rekreasi yang sering dilawati oleh pengunjung yang ingin melihat keindahan alam semulajadi. Terletak di kaki bukit Gunung Belumut, kawasan rekreasi ini amat sesuai untuk berkelah, mandi manda dan mendaki bukit. Di sini juga terdapat sebuah kawasan permainan kanak-kanak.

Berada pada 510m di bawah paras laut, Gunung Lambak ini dilengkapi dengan kemudahan lorong pejalan kaki dan jambatan kayu untuk memudahkan perjalanan ke puncak gunung. Selain daripada keindahan flora dan fauna nya, terdapat juga kawasan air terjun untuk para pengunjung menikmati kesegarannya. Rumah penginapan juga ada disediakan bagi mereka yang ingin bermalam di sini.

3) TEMPAT-TEMPAT MENARIK - Batu Pahat

PANTAI MINYAK BEKU
Walaupun Pantai Minyak Beku ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, ia amat sesuai untuk aktiviti memancing dan menikmati udara pantainya yang segar. Di sini terdapat sebuah perkampungan nelayan dan juga kuari untuk memproses batu dan pasir. Kawasan memancing paling sesuai dilawati di sini ialah Kampung Orang Asli dan Perkampungan Nelayan Cina Segenting.

Perigi Batu Pahat terletak di Pantai Minyak Beku, 8 km dari pekan Batu Pahat. Perigi ini dipercayai merupakan tempat Daerah Batu Pahat mendapat namanya

4) TEMPAT-TEMPAT MENARIK - Kota Tinggi

AIR TERJUN KOTA TINGGI

Air Terjun Kota Tinggi yang berketinggian 34 meter merupakan antara tempat pelancongan yang popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara. Keindahan dan kedinginan air yang datang dari atas gunung mendamaikan rasa para pengunjung. Terdapat beberapa buah chalet yang didirikan berhampiran dengan kawasan ini bagi memberi kemudahan kepada mereka yang ingin menginap serta menikmati keindahan waktu malam. Terdapat pelbagai restoran yang menyajikan hidangan makanan ala chinese dan barat serta gerai- gerai makanan yang lain. Selain daripada itu tapak perkemahan juga disediakan bagi mereka yang gemarkan dengan aktiviti perkhemahan.


DESARU

Desaru merupakan antara pantai yang popular di daerah ini. Ia terletak di sebelah timur Semenanjung Malaysia. Pantai yang bersih dengan hutan tropika yang subur sepanjang kira-kira 25 kilometer menjadikan Desaru pilihan pelancong tenpatan dan luar negara. Bagi memberi kemudahan kepada para pelancong, terdapat pelbagai resort dan hotel yang dibina dan ia menawarkan harga yang berpatutan kepada pengunjung.

Dibarisi dengan pokok ru dan air laut yang bersih membuatkan pelbagai aktiviti air dapat dijalankan di pantai ini antaranya menyelam, memancing, menaiki bot dan berkanu. Selain itu terdapat juga aktivi lain seperti menunggang kuda, bermain tenis, bermain golf atau merentas hutan.

5) TEMPAT-TEMPAT MENARIK - Mersing

TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN

Terletak di tengah-tengah sempadan negeri Johor dan Pahang, hutan yang wujud sejak berabad lamanya ini telah menjadi habitat kepada beberapa speisis flora dan fauna yang jarang ditemui. Hutan ini juga menjadi tumpuan pencinta alam yang sukakan hidupan liar dan hutan segar yang belum diterokai.

Hutan Simpan Endau-Rompin meliputi kawasan seluas 48,905 hektar (800 kaki persegi) merupakan hutan simpan kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara.

Terdapat dua jalan masuk untuk ke Hutan Simpan ini iaitu melalui Kampung Peta ataupun Nitar. Perjalanan selama lapan jam diperlukan untuk ke taman negara ini dengan menyusuri sepanjang Sungai Endau. Kampung Peta merupakan salah sebuah Kampung Orang Asli yang terpencil di Johor.

Antara tarikan Taman Negara Endau Rompin ialah cerita-cerita lagendanya yang telah wujud sejak dahulu lagi. Salah satu ceritanya adalah berkaitan Upih Guling yang terletak di Air Terjun Buaya Sangkut.



PULAU SIBU

Pulau Sibu Tengah terletak di bahagian timur laut daerah Mersing di Laut China Selatan. Terdapat lebih dari 20 buah resort di sini untuk kemudahan para pengunjung.

Pulau Sibu menyediakan penginapan yang berkonsepkan petempatan melayu asli. Terdapat banyak perkara menarik yang boleh dilihat dan dilakukan di sekitar pulau ini. Keindahan pantai dan hidupan lautnya memberi satu kenangan indah buat para pengunjung. Pastinya para pengunjung tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti snorkeling di pulau ini.

6) TEMPAT-TEMPAT MENARIK – Pontian

Tanjung Piai

Tanjung Piai, terletak di Mukim Serkat, Pontian dan ianya terletak di bahagian paling selatan mengikut peta Benua Asia. Tanjung Piai menyajikan pemandangan Selat Melaka yang indah. Menangkap ikan masih merupakan aktiviti utama penduduk di daerah ini. Kebanyakan kawasan di sini adalah terdiri daripada paya bakau. Tanjung Piai adalah satu kawasan yang mempunyai fenomena yang "spectacular" dengan kunang-kunang.

Beribu penduduk dari seluruh dunia telah melawat Johor. Sebagai laluan utama ke Malaysia, Johor mempunyai potensi untuk memenuhi percutian dengan penuh bemakna yang dapat diabadikan.



KUKUP

Kukup, terletak disebelah hujung barat daya Semenanjung Malaysia, 20km dari Pontian. Ianya juga dikenali sebagai perkampungan nelayan dimana kebanyakan rumah disana dibina di atas kaki bajang. Kukup cukup popular dengan penternakan ikan dan rangkaian restoran makanan laut yang dihidang dengan masakan tempatan seperti ketam, ikan dan udang.

Pelancong juga dapat mengikuti pakej perjalanan ke Pusat Akuakultur untuk melihat berbagai jenis ikan dan kehidupan laut yang lain yang dibiak dalam sangkar termasuk “Raja Ketam”. Pusat akuakultur adalah rumah kelong di atas air, dimana ianya dibina berdasakan stuktur rakit yang boleh terapung ditengah-tengah laut.
Selain itu pelancong juga boleh ke Pulau Kukup dengan menaiki bot yang akan membawa mereka ke Pulau Bakau dimana ianya juga sinonim dengan kawasan ekologi.

7) TEMPAT-TEMPAT MENARIK – Muar

Deretan bangunan yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua masih mewarnai senibina bandar ini. Bangunan tersebut menempatkan kedai-kedai di sepanjang Jalan Abdullah yang juga dikenali sebagai pusat dagangan Muar. Bangunan warisan yang ulung antara lain adalah Bangunan Abu Bakar (disiapkan pada 1929) yang menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran Daerah Muar dan Bangunan Kastam (disiapkan pada 1909). Umur bangunan-bangunan lama tersebut mudah untuk dikenalpasti kerana tarikh ianya disiapkan (di sekitar tahun 1930an hingga 1950an) tertera di bahagian luar bangunan. Bangunan ini adalah warisan yang amat berharga yang menggambarkan kemakmuran Muar di masa lampau dan menghargai keunikannya akan membuatkan mereka-mereka yang pernah dibesarkan di Muar terkenang kembali kenangan di zaman silam.

Tarikan lain di Muar ialah Taman Tanjung Emas, taman rekreasi bagi bandar ini, yang terletak di muara Sungai Muar. Tebing sungai di taman ini dihiasi dengan laluan siar kaki yang menyajikan pemandangan menarik Sungai Muar. Taman ini yang dikunjungi ramai sewaktu hujung minggu juga menempatkan padang golf 9-lubang. Terdapat perkhidmatan bot menyusuri Sungai Muar selama 45 minit hingga satu jam yang bertolak dari taman ini untuk memberikan peluang kepada pelancong menikmati pandangan bandar Muar dari sungai.

Mercu tanda terbaru bandar ini ialah Mesjid Sultan Ismail, terletak di tebing utara Sungai Muar. Ia adalah mesjid terbesar di Muar. Disiapkan pada 2002, ia menyajikan pemandangan indah bila dilihat daripada bandar Muar, seolah-olah ia terapung di atas sungai.

HUTAN REKREASI GUNUNG LEDANG

Gunung Ledang ialah merupakan rumah kepada lagenda seorang Puteri iaitu “Puteh Gunung Ledang” yang pernah memikat hati Sultan Melaka. Gunung ini menjadi antara gunung kegemaran pendaki tempatan yang yang mencari keseronokan dan cabaran. Air terjun Sagil yang terletak di bahagian bawah gunung merupakan tempat perkelahan yang popular. Sungainya yang bersih dan udara yang nyaman serta keadaan yang tenang. Ianya memberi isyarat kepada para pengunjung bahawa kawasan ini merupakan tempat bermandi-manda atau tempat rehat. Air Terjun Sagil dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awan termasuk tempat istirehat, bilik menyalin pakaian, tapak perkemahan, gerai makanan dan tempat letak kereta. Ianya juga menyediakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak gunung.

...selamat bercuti.....

Shopping @ TAR & SOGO...=)

salam ceria..

hari rabu yg lepas, sehari selepas exam, sy, huda, zila, irma, chah , ras dan shima telah berkunjung ke jalan TAR & sOGO untuk bershoping sebelum balik kg..hehehehe...nak lepaskan perasaan penat exam sebenarnya..huhuhu...

masing2 memborong tudung dan juga kain...zila, huda beli baju raya terus...shima and ras beli tudung dan baju untuk ibu dan keluarga mereka...chah beli kasut dan selendang (confirm chah nampak comei pakai selendang tu nanti=))...sy pulak.....erm...sy beli 8 helai tudung...tapi sy punya sehelai shj..yg lain kakak2 sy punya..huhuhu...mula2 ingatkan nak beli beberapa helai tudung untuk diri sendiri, tapi bila dah pilih untuk kakak2 , jd lupa untuk diri sendiri..never mind la..nek sem boleh pergi lagi..huhuhu.InsyaAllah

masa kami nak balik, kami semua jadi pelari pecut negara..hehehe(hanya kami yg tahu betapa malunya berlari depan org ramai kerana mnegejar train...=))

gambar2 di bawah diambil semasa makan dan di dalam train..masa shoping lupa nak amik gambar..almaklumlah, sibuk shoping....tak ingat dah kamera...thanks to shima sebab kami amik gambar guna kamera dia la..heheheh..






















...huda and zila, baju tu cepat2 hantar..nanti tukang jahit tak amik dah...hehehe

Tuesday, May 26, 2009

Cara Menguruskan Kemarahan

salam Ceria..


Bagaimanakah perasaan anda hari ini? Adakah anda rasa marah? Gembira? Murung? Kecewa? Takut? Bersalah? Tersinggung? Hormat? Bertanggungjawab? Bolehkah anda mengenalpasti dengan tepat apa yang anda rasa? Bolehkah anda cari perkataan-perkataan lain untuk mencerminkan apa yang anda rasa? Kini manusia telah cipta lebih daripada 2000 perkataan untuk menerangkan jenis-jenis perasaan yang dialaminya. Kefahaman tentang tiap-tiap perkataan mengenai perasaan iaitu emosi manusia penting untuk mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain.

hari ini, sy nak kongsi tentang bagaimana kita ingin mengurus kemarahan

CARA MENGURUS KEMARAHAN

1. Memahami apa yang mencetusnya serta manfaat jangka pendeknya.

Kita perlu memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh jadikan kita hilang akal seperti kata-kata tertentu orang, tabiat orang, tidak bertoleransi dan sebagainya. Manfaat atau kebaikan yang boleh didapati daripada pelepasan kemarahan kita ialah mungkin seperti berikut: a) Saya rasa lega
b) Orang mendengar saya
c) Rasa seperti diri sebenar lepas marah
d) Jika tidak marah saya akan menangis sahaja
e) Melaui kemarahan orang tahu pendirian mereka
f) Kemarahan menghilangkan perasaan takut
g) Jika saya tak marah orang akan fikir saya lemah

Manfaat-manfaat kemarahan ini adalah jangka pendek sahaja. Sebenarnya ia boleh dicapai melalui cara lain yang lebih asertif. Melepaskan kemarahan membawa berkat yang sementara sahaja. Pada jangka panjang ia akan menjejaskan perhubungan kita.




2. Belajar menenangkan diri dalam situasi genting.

Bila perasaan marah timbul kita boleh
a) Gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan pada hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri sendiri atau membilang sampai 10.
b) Mengelakkan melalui atau meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir
c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman
d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat
e) Kecut dan regangkan otot selama 5 saat
f) Urut bahagian dada dan perut
g) Ubah cara duduk dan regangkan bahu
h) Berimaginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri sendiri kerana situasi itu

3. Belajar cara atau strategi untuk mengelak kemarahan kelak

a) Mengenalpasti samada kemarahan kita itu sihat atau tak sihat iaitu membina atau destruktif
b) Elak daripada menggunakan dadah atau alcohol untuk melupakan sesuatu
c) Baca dan menambahkan ilmu tentang pengurusan kemarahan
d) Bincang dengan orang lain yang berjaya menguruskan kemarahan mereka
e) Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kurang stress
f) Sentiasa menahan dan mencabar setiap pemikiran yang membawa kemarahan
g) Sedari tentang kemarahan yang tersembunyi dalam sindiran atau perli
h) Belajar menjadi lebih asertif atau hadiri kursus untuk menambah kemahiran asertif
i) Meneliti segala punca kemarahan dari dahulu
j) Berbincang dengan kaunselor atau pakar psikologi
k) Menghadiri kursus mengurus kemarahan

Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat. Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.


“Angry people are those who are most afraid” -Robert Anthony-


“Orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya” -Imam AL Ghazali-


http://www.iluvislam.com



Mencari Damai Abadi



Mencari Damai Abadi

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.

Monday, May 25, 2009

sambungan nota PPS..

Teori pembelajaran Kognitif Jean Piaget

1) Peringkat Deria motor (0-2 tahun)

- bayi mengkoordinasikan maklumat deria dgn kebolehan motor.
-kepuasan mengenakan tindakan terhadap objek
- konsep pengekalan objek
- permulaan pemikiran logik
- mula menggunakan imitasi memori dan pemikiran

2) Peringkat pra operasi (2 - 7 tahun)

- mula mewakili sesuatu dgn simbol mental spt bahasa
- berupaya mengingat semula peristiwa yg dialami
- permainan membayangkan (pretend play): mengambil watak superman
- memberikan ciri benda hidup kepada bukan hidup : hujan turun sebab hari nangis
- pemikiran bersifat intuitif
- bergantung pada ciri jelas dan nyata.


implikasi terhadap P&P
- gunakan bahan yg konkrit: guli untuk mengira
- beri arahan dgn pendek dan disertai dengan contoh
- berhati-hati dgn penggunaan perkataan
- gunakan pengalaman pembelajaran yg pelbagai : lawatan ke zoo
- beri peluang kanak2 melakukan hands on terhadapa aktiviti


3) Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)

- berkenolehan berfikir secara logik
- menguasai konsep pengekalan : identiti, ganti rugi dan keterbalikan
- menguasai konsep penyusunan bersiri
- menguasai konsep pengkelasan
- perubahan pemikiran egosentrik kpd decentered @ objektif
- belum mahir membuat hipotesis
- boleh menerima pendapat org lain.

implikasi terhadap P&P
- teruskan penggunaan bhn konkrit
- beri peluang kpd murid untuk memanipulasi dan menguji objek2 yg diajar
- bacaan hendaklah ringkas dan tersusun
- gunakan contoh yg sesuai dan berkaitan pengalaman pelajar : cth: rancangan TV
- beri soalan yg memerlukan penyelesaian masalah yg memerlukan pemikiran logik dan analitik.

4) Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)

-boleh melakukan proses mental ke atas idea2 dan membuat jangkaan dan andaian berdasarkan fakta.
- berfikir secara abstrak
- berfikir secara sistematik
- boleh membuat hipotesis
- egosentrik remaja muncul

implikasi terhadap p&p
- gunakan bhn konkrit untuk konsep yg lebih kompleks
- beri peluang kpd pelajar untuk meneroka alternatif penyelesaian masalah
- bimbing pelajar untuk membuat andaian dan penyelesaian masalah
- galakkan pemikiran kreatif dan kritis
- beri peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah dan memberi sebab
- kemukan konsep yg lebih luas dan tidak terikat dgn fakta

Kebolehan membuat generalisasi
- generalisasi : keupayaan minda untuk membuat kesimpulan am berdasarkan sampel dan maklumat yg menyeluruh dan konsisten.

tujuan generalisasi
- menggunakan smapel yg sesuai dgn objektif
- memilih sampel yg dpt mewakili kelompok benda atau manusia
- membuat generalisasi dgn lbh tepat

langkah2 membuat generalisasi
- kenal pasti generalisasi yg dicadangkan
- teliti sampel yg mencukupi yg dipilih secara rawak dan mewakili keseluruhan kelompok yg menjadi fokus
- teliti sampel yg ada, sama ada mencukupi atau tidak dan mewakili atau tidak
- kenal pasti sama ada generalisasi disokong atau tidak

konsep Spatial @ ruang : Howard Gardner
- keupayaan membuat imaginasi dalam bentuk gambar dan rajah.
- memrhati persekitaran dgn terperinci dan menghasilkan semula atau mengubah objek yg dilihat
- contoh : melukis


Pada pendapat anda, apakah kepentingan budaya atau adat resam ini kepada masyarakat dan negara kita.

Salah satu kelebihan negara kita ialah masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai kaum Melayu, Cina, India, dan berdozen-dozen kaum minoriti yang lain terutama di Sabah serta Sarawak. Situasi ini menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai adat atau budaya yang menarik untuk diperhatikan. Malah, adat atau budaya yang unik ini mempunyai banyak kepentingan jika dihargai dengan sewajarnya.
Sebenarnya, budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya inilah yang menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu kaum itu akan kehilangan identitinya buat selama-lama. Budaya yang diamalkan itu seperti memakai pakaian tradisional, makan menggunakan tangan, pergi ke kubur ketika hari raya dan sebagainya turut menimbulkan rasa bangga kepada pengamal budaya kaum itu. Individu yang terbabit akan berasa mereka telah berjaya mengekalkan budaya turun-temurun nenek moyang mereka selama ini.

Selain itu, tindakan individu tertentu menghargai budaya ini menjadi satu cara yang paling mudah untuk mempamerkan rasa mengormati generasi tua daripada generasi muda. Budaya memakai pakaian tradisional menjadi satu kaedah yang mudah untuk diamalkan oleh remaja dalam usaha mereka mengekalkan budaya tradisional ini. Remaja bukan sahaja mamu membuktikan rasa hormat mereka tetapi turut menerima penghargaan generasi tua lantaran sanggup mengekalkan budaya.

Salah satu kepentingan mengekalkan budaya ialah budaya mempunyai nilai-nilai murni dan sikap menghormati. Kedua-dua sikap ini sudah hampir terkikis daripada diri remaja negara ini. Remaja sudah mula memanggil ibu bapa mereka dengan nada yang kasar, lari dari rumah, dan suka memarahi orang tua. Jadi, pengekalan dan pengamalan budaya ini sudah pasti akan menonjolkan rasa hormat dan sikap atau jati diri remaja yang murni. Remaja akan menjadi individu yang terbilang.

Malah, sikap menghargai budaya memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan luput ditelan zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan kenduri sudah mula hilang sedikit demi sedikit lantaran masyarakat kita lebih suka menggunakan perkhidmatan katering. Atas alasan mudah, kita sudah melupakan budaya bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang mempunyai banyak impak positif tetapi penat itu. Usaha mengekalkan budaya kaum sudah pasti akan mengembalikan nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara meriah.

Tambahan pula, pengamalan budaya ini memastikan peraturan dan saling bergantung anggota masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua kaum harus mengekalkan budayanya kerana melalui budayalah kita bersatu. Sikap hormat antara satu sama lain menyebabkan kita tidak akan cuba menyakiti kaum lain atas perkara-perkara yang remeh. Sebaliknya, penghargaan terhadap budaya menguatkan semangat perpaduan kita.
Kesimpulannya, budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu khazanah yang arus dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu memandang ke arah kemodenan sehingga menganggap budaya sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus melihat budaya sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke arah kemodenan yang lebih baik lagi iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan. Mungkin selepas menguasai budaya barulah kita boleh menganggap diri kita sudah mencapai kemodenan hidup.

.............................


sumber:

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. (2009). Perkembangan Kanak-kanak
Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

K.Ramanathan. (1999). Asas Sains Politik. Shah Alam. Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Pengenalan Kepada Sains Sosial. (1999). Kuala Lumpur.
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

http://pmrbest.blogspot.com/2009/04/karangan-pmr-kepentingan-budaya.html

..................................................

...semoga sy dan semua shbt kos KS dpt menjawab soalan dgn baik esok...Good Luck...

Sunday, May 24, 2009

Pengenalan Pengajian Sosial..

salam untuk semua..

hari ni nak kongsi tentang Pengenalan pengajian sosial... (esok exam Pps..hehehe)

1) Definisi PPS

Dr Teh Yin Kun- Bidang pengetahuan yang mengkaji tingkah laku manusia dr aspek berkaitan kehidupan manusia dalam kelompok masyarakat.
PPS memberi tumpuan kepada sifat, fungsi dan perkembangan msyarakat.

PPS = sains semulajadi + sains kemanusiaan

NCSS - kurikulum bersepadu sains sosial yang menerapkan unsur sivik..

2) Matlamat PPS
1) membolehkan generasi muda untuk berfikir secara rasional
2) membolehkan pelajar mengadaptasi kemahiran sosialnya dalam interaksi dgn individu lain dan masyarakat disamping menerapkan nilai2 murni.
3) membantu pelajar menggunakan fakta,konsep dan pengetahuan dengan lebih meluas.
4) membuat ramalan tentang masa depan manusia.

3) Tujuan Am PPS
1) untuk memahami limitasi dan pencapaian manusia dan bagaimana untuk mempertingkatkannya.
2) untuk membuat ramalan tentang masa depan masyarakat.

4) Kemahiran2 PPS
1) pengetahuan asas tentang hubungan individu dan masyarakat
2) pembentukan sikap2 kesedaran dan nilai2 sivik.
3) kemahiran akademik
4) kemahiran sosial
5) kemahiran berfikir

5) Elemen Tematik

- usaha untuk mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran, nilai2 pembelajaran dan pemikiran kreatif dalam pembelajaran dengan menggunakan tema.

- pembelajaran menggunakan tema2 tertentu.

- elemen2 tematik PPS:
1) budaya
- gunakan pengalaman sedia ada murid.

2) masa, perubahan dan kesinambungan
-masa fresh pagi: nyayian
masa low fresh : lakonan

- perubahan
zaman dahulu :kapur dan papan hijau
zaman sekarang : teknologi moden (power point)

- Kesinambungan : pengalaman sedia ada murid

3) manusia, tempat dan alam sekitar
- manusia : perbezaan jantina, umur dan budaya
- tempat : dalam dan luar kelas
- alam sekitar : persekitaran yg kondusif

4) perkembangan individu dan identiti
- fzikal, kognitif, sosio emosi, kendiri

5) amalan baik sivik
- penerapan nilai2 murni

6) individu, kelompok dan institusi

7) kuasa, autoriti dan tadbir urus

Maksud kuasa :
* Max Weber : Sebagai peluang seseorang atau golongan manusia untuk mencapai cita- cita mereka dalam satu tindakan bersama walaupun tindakan itu ditentang oleh pihak lain.

Ciri2 kuasa
1) kuasa selalunya dipunyai oleh golongan memerintah
2) kuasa disahkan apabila tidak ada seorg pun yg membantah
3) membolehkan sesuatu dasar dilaksanakan
4) kuasa berpunca daripada hak da kedudukan untuk mengawal tabiat dan perlakuan manusia.
5) kuasa sentiasa berubah menurut nilai pemikiran manusia.

Cara mendapatkan kuasa :
1) secara kekerasan : peperangan
2) tanpa kekerasan : diplomasi

Maksud Autoriti:

Alan Renswick dan Ian Swinburn :
* Autoriti merupakan kebolehan seseorang untuk menyuruh kita untuk melakukan sesuatu kerana mereka berpendapat individu atau kumpulan harus mempunyai hak menyuruh seseorang melakukan sesuatu.

Ciri2 Autoriti
1) Autoriti tradisonal : diwarisi ; turun, temurun
2) Autoriti Karismatik : personaliti
3) Autoriti rasional/ undang2 : jawatan

Tadbir Urus
- Didefinisikan sebagai satu tindakan yang dilaksanakan oleh golongan yang mempunyai kuasa daripada pelbagai peringkat pengurusan untuk mencapai kecemerlangan, kecekapan, persamaan, penglibatan yang menyeluruh, ketulusan dan akauntabliti dalam pengurusan dan pentadbiran.


8) pengeluaran, pengagihan dan kepenggunaan

9) sains, teknologi dan masyarakat
- Power Point

6) Multidisiplin dalam PPS

a) Sosiologi
- socius : perhubungan
- logos : perkataan
- mengkaji masyarakat moden yg kompleks
- De Fleur, D' Antonio : satu percubaan untuk meneliti tingkah laku sosial manusia secara sistematis dgn tjuan untuk memahami, meramal tingkah laku dan berbuat sesuatu mengenainya.

tokoh sosiologi : August Comte, Herbert Spencer, Karl Marx

b) Antropologi
- mengkaji tentang manusia dan segala aspek kehidupan mereka.
- menumpukan kajian ke atas masyarakat lampau.
- cabang antropolgi

1) Antropologi Budaya
mengkaji tentang persamaan dan perbezaan masyarakat dan kebudayannya
ada 2:
a) etnografi : melibatkan kajian lapangan
b) etnologi : perbandingan silang budaya

2) Antropologi Fizikal
mengkaji tentang aspek biologi manusia, kelahiran dan perkembangan manusia, bagaimana manusia menyesuaikan diri dgn alam sekitar dan bagaimana manusia berbeza daripada aspek fizikal.

3) Antropologi Linguistik
mengkaji tentang kepelbagaian bahasa yg digunakan dan perkembangan pertuturan dalam masyarakat mengikut masa, zaman dan tempat.

4) AtropolOgi Arkeologi
-menilai dan membuat rumusan mengenai tabiat dan perlakuan manusia melalui tinggalan materia seperti fosil.
- Mengkaji bagaimana perubahan itu berlaku dan berubah.

5) Antropologi Gunaan
- menggunakan kepakaran antropologi untuk menyelesaikan masalah sosial
- cth : antropologi entnografipenting untuk menggubal dasar negara.

c) Sains Politik

* kajian saintifik atau empirikal menganai negara, kuasa, pembuatan keputusan, kebijaksanaan dan pembahagian nilai2.

* Peranan Kerajaan
- menggubal dan melaksanakan undang2
- memastikan keamanan dan permuafakatan
- menjamin keselamatan individu, nyawa dan harta benda rakyat
- memelihara kebebasab individu
- meninggikan taraf hidup rakyat


d) Ekonomi
- bagaimana individu mengagihkan barang2 material dan perkhidmatan dgn sumber yg terhad untuk keperluan individu itu sendiri.

- 3 peringkat pembangunan ekonomi : primitif (tradisional), perhambaan dan feudal

- pendekatan ekonomi makro
a) masalah ekonomi : apa brg yg hendak dikeluarkan, berapa hendak dikeluarkan , sumber yg digunakan, untuk sapa dikeluarkan.

b) Faktor2 Pengeluaran : Sumber semulajadi (tanah, pokok, air), sumber manusia (tenaga buruh) dan sumber modal (peralatan).

c) kelok kemungkinan pengeluaran (KKP)
- konsep kos lepas : melepaskan brg kedua penting untuk mendapatkan brg yg lebih penting.

- Pendekatan ekonomi Makro

a) Pendekatan bukan Islam
- 3 ideologi yg berkaitan ekonomi dan poilitik
1) nasionalisme : ekonomi berada di bawah untuk memnbian negara
2) Liberalisme : mengasingkan ekonomi dengan politik
3) Marxisme : tiada kelas yg membezakan masyarakat spt yg terdapat dlm sistem ekonomi.

- sistem2 Ekonomi
1) perancangan pusat : segala keputuan ekonomi dibuat kerajaan
2) pasaran Bebas : individu dan firma bebas untuk menjalankan kegiatan ekonomi.
3) Campuran : perancangan pusat + bebas

b) Pendekatan Islam
- menitikberatkan cara kegiatan ekonomi : jujur, amanah, adil
- baranagn dan perkhidmatan mempunyai unsur yg baik
- pengagihan dan pendapatan turut dititik beratkan.

e) Sejarah
- pembelajaran mengenai masa lampau terutama catatan bertulis.
- kaedah pengkajian sejarah : lisan, bertulis dan arkeologi

f ) geografi
-berasal dr perkataan Greek bermaksud diskriptif tentang bumi iaitu penerangan tentang bumida aspek2 berkaitan bumi

- wujud akibat :
1)keinginan mengetahui sst tpt yg jauh
2) keperluan politik untuk hidup
3) khayalan pengembaraan @ menjelajah

- Geografi tradisi
-konsep yg digunakan berorientasikan tnntg diskriptif sst wilayah atau kawasan.
- tokoh : Anaximander (menyatkan bumi adalah sebuah silinder yg terampai dlm 1 cakerawala).
: Phytagoras (bumi berbentuk sfera)
: aristotle (membahagikan bumi kpd hemisfera utara dan selatan yg ada zon iklim berasakan suhu)

- Geografi Moden : geografi fizikal dan manusia
: tokoh = Alexander Von Humbolt, Karl Ritter, Emanuel Kant
- Geografi Baru : menggunakan teknik kuantitatif moden spt kaedah statistik , model dan simulasi dan mengkaji kewujudan alam sekitar fizikal dan bagaimana manusia berinteraksi dgn alam sekitar fizikal.

Saturday, May 23, 2009

Sepetang bersama masyarakat Bugis Tawau..

salam untuk semua..

cikgu wana kata sy minah bunga..kelakar la..ap2 jek la...sebenarnya sy tak berapa suka bunga yg ada bunga ...pelik kan...mana ada bunga takde bunga..hehehe...adalah..kaktus kan sejenis bunga tapi dia takde bunga, kalau ad pun yg dah besar2...hehehe..

whatever pun, sy tak nak citer pasal bunga hari ini, tapi
kali ni sy nak kongsi pengalaman dgn kawan2 tentang masyarakat bugis tawau..tapi sy takkan cerita la..bagi tgk gambar jek...

sepetang bersama masyarakat bugis membawa sy menelusuri asal keturunan sy (saya org Bugis..walaupun sy org Bugis byk perkara yg saya tak tahu tentang masyarakat Bugis...yg saya tahu makanan jek la sebab keluarga saya masih kekal dengan makanan tradisi kami... bahasa Bugis pun kami masih amalkan ..cuma kami memang tak diperkenalkan dgn bahasa dan kesenian2 bugis...masa bersama masyarakat Bugis di Tawau inilah sy berpeluang untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang masyarakat bugis ini...

ni antara gambar2 yang sempat dirakamkan..

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5338994686605209842" />
alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5338994682476575522" />
alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5338994678015732306" />

WelCome To mY Life...MenCari Damai Abadi...

salam ceria...


welcome to my life...mencari damai abadi...

kenapa tetiba saya tukar nama blog ni???

jawapan sy, sy nak cube belajar untuk menerima dan berkongsi sesuatu dengan org2 yang hampir dengan saya dan sape2 saje la... selama ni sy rasa sy tak perlu semua itu...

InsyaAllah, kalam welcome to my life...mencari damai abadi akan berkongsi dengan sahabat2 sekalian tentang apa shj...

damai abadi..??

saya tak pernah citer kat org kenapa sy pilih mencari damai abadi first2 dulu..
mencari damai abadi nampak cam skema kan....mula2 fikir juga kalau sy letak mencari damai abadi mesti susah org nak bukak sebab mesti org fikir blog ni hanya akan membicarakan topik2 berbentuk islamik dan akademik..

namun disebabkan hati sy dah terpaut dgn nama ni,sy letak la nama blog sy MENCARI DAMAI ABADI...

Mencari damai abadi adalah impian semua org...msg2 ada konsep dan pegangan sendiri tentang konsep ni kan..sama cam sy...

bagi sy sy dpt mencari damai abadi bila saya dapat bantu org, berkongsi masalah, suka dan duka dengan org..bagi saya bila sy dapat buat semua ni, sy dapat rasa nikmat kehidupan yang diberikan oleh Allah kepada saya..terasa Allah amat dekat dengan saya...

walaupun susah nak bantu org (sebab kdg takut bantuan kita akan lg menyusahkan), nak memahami org (ni lagi susah sebab rambut sama hitam, hati lain2..), nak berkongsi sesuatu dgn orang lain .. Namun berkat pertolongan Allah dan keikhlasan yang ada dalam hati kita, InsyaAllah, kita akan dapat kepuasan merasai manisnya nikmat yang Allah kurnia pada kita...

saat paling indah jika senyuman terpancar di wajah mak abah, keluarga dan sahabat2...terasa kedamaiannya...

memetik kata2 cikgu wana..kejayaan adalah satu kepuasan...


kenapa saya menambah ayat welcome to my life?

sebabnya beberapa hari ini perkataan tu sering bermain di bibir sy, bila saya fikir2 kan, ayat tu memberi maksud yang amat mendalam..

sebagai seorang bakal guru, saya memang perlu untuk mengajak anak2 murid saya kelak masuk ke dalam diri saya...bukan mereka perlu menurut segala kemahuan sy tetapi sy ingin mereka berkongsi segalanya tentang hidup ini dengan sy..mengangap dunia sy adalah seperti mereka, menerima sy seperti keluarga mereka...mereka bebas untuk bercerita dan berkongsi suka duka dengan saya..mereka adalah insan yang akan mencorakkan dunia sy..jika mereka berjaya, maka kehidupan sy juga berjaya...


sebagai seorg teman juga , saya perlu untuk membenarkan dunia sy dikongsi dengan mereka agar sahabat2 sy tahu bahawa mereka bukan keseorangan..biarpun berjauhan, terpisah oleh jarak dan masa, namun sy nak jdikan kalam ni sebagai satu tempat di mana hubungan itu tak terputus malah semakin berkembang...=)

akhir sekali, kenapa sy tukar nama blog ni sebab sy nak wujudkan rasa silaturrahim yang bermakna dan menjadi satu perkara yang amat bermakna dalam diri kita selamanya...


untuk semua, kalam ini akan membicarakan apa shj topik yang menarik untuk dikongsi dan bermanfaat..kartun, cerpen, sajak, berita, nota dsb...shbt2 boleh mengemukan topik yg ingin dikongsi ....


........hidup ini adalah satu perkongsian.....


dan apa yang penting???............KERJASAMA...............

Friday, May 22, 2009

wajah2 sebelum exam...








Guru perlu bina negara bangsa berteraskan perpaduan- Sultan Kedah

salam ceria..

Pagi2 td aku baca paper utusan secara online dan ada satu berita yang best untuk dikongsi bersama dengan sahabat2 semua...berita ni amat berguna dan sepatutnya dijadikan panduan kepada bakal2 guru..

.................................


Guru perlu bina negara bangsa berteraskan perpaduan- Sultan Kedah

ALOR SETAR 21 Mei - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah bertitah, golongan guru dan pemimpin negara perlu memikirkan mengenai pembinaan negara bangsa yang berteraskan perpaduan yang mendalam.

Baginda bertitah, pembinaan negara bangsa itu bukan sekadar bersifat lahiriah sahaja, namun ia mesti berdasarkan prinsip saling menghormati dan menghargai sesama sendiri.

''Bagi membina negara bangsa yang berdaulat dan merdeka, para guru perlu berani melakukan anjakan paradigma dari segi cara berfikir dan bekerja.

''Oleh itu, guru-guru perlu memperkasakan ilmu pengetahuan, kaunseling, kepimpinan dan pengurusan,'' titah baginda ketika berucap pada majlis perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Kedah di sini hari ini.

Tuanku Abdul Halim bertitah, guru-guru juga perlu kreatif dalam mengolah keperluan dan menyahut cabaran membudayakan jati diri pelajar.

Titah baginda, pemimpin yang sejati ialah pemimpin yang memberikan inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang hebat.

Selain itu, baginda bertitah, semua pihak perlu mempertahankan bahasa kebangsaan serta memupuk kecintaan kepada seni warisan kebangsaan.

''Guru juga perlu membantu pelajar untuk menambahkan minat mereka dalam seni warisan kebangsaan.

''Para guru juga perlu mengambil tindakan yang bijaksana dan bersabar dalam menghadapi segala cabaran dan halangan,'' titah baginda.

Baginda seterusnya menyeru semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan perlu bekerjasama untuk membina bangsa yang mampu mengisi kepimpinan negara pada masa akan datang.

''Para guru juga hendaklah berupaya mengimbangi keperluan komuniti dan tanggungjawab peribadi, peka kepada perubahan dan sentiasa menambah ilmu pengetahuan.

''Selain itu, mereka juga bertindak secara profesional dan ikhlas dalam setiap tugas yang diamanahkan,'' titah baginda.


...renung2kanlah sahabat2 insan guru....selamat beramal...=)

Hari yang ceria.....

salam ceria untuk semua..

Persahabatan adalah anugerah, membuat kita tertawa, menangis, menerima, memberi dan yang paling penting, ia membuat kita menghargai hidup...

Pagi2 ni aku bangun dengan perasaan yg ceria...dua tiga hari ini aku pasti bangun disebabkan kedatangan mesej2 kawan2 yg disayangi...

malam td aku, sis, chah, yana,huda and irma keluar sama2 (ni semua sebab cikgu wana yg teringin sgt nak makan ABC, tak tahu la knp tetiba dia nak makan ABC, mungkin sebab hepi kot dpt bunga dr SA..hehehe)...seronok sgt sebab dah lama tak kuar malam sama2...konon2nya nak makan ABC jek,last2 makan berat juga.....hehehe...huhuhu

alangkah indahnya saat kami berjalan sehingga la di kedai makan itu, berjalan dikegelapan malam, hanya disuluhi cahaya sang bulan yang sungguh indah dan cahaya bintang yang berkerdipan....hehehe...rasa sungguh bahagia...

aku rasa sungguh gembira ...saat nak exam ni hubungan antara kami semakin erat ibarat seperti sebuah keluarga...ap2 shj kami boleh kongsi bersama..mungkin inilah sahabat2 yang memang sahabat yang aku cari selama ini...kak long hepi jd kakak korg...hehehe

untuk semua,...

Persahabatan Itu

persahabatan itu
augerah
persahabatan itu
persaudaraan
sesama insan

persahabatan itu
terjalin apabila terjadinya
pertemuan

persahabatan itu
adalah persaudaraan
yang akrab
atas dasar-dasar
ketulusan
keikhlasan
kejujuran dan erti persahabatan
yang tulus suci berpaksikan keimanan

dan persahabatan itu
adalah amanah
seorang sahabat
di dalam menjalinkan
persahabatan

sayang semua...

p/s....ni bukan kak long tulis tau....satu hari nanti pasti akan ada sajak dr kak long sendiri untuk korg semua..

Thursday, May 21, 2009

Aku...

Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai kemudian teriakku
Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar..
Bosan aku dengan penat
Enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih
Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai

Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri..

Wednesday, May 20, 2009

TINTA HIKMAH.....

Pesanan buat dirimu dan diriku..

Hamparkan masamu seluasnya untuk Allah s.w.t. Pasti Allah akan atur seluruh hidupmu sebaiknya..

Sama- sama renungkan dan fikirkan..kadang2 Allah hilangkan matahari sekejap,kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat, puas kita menangis mencari mana matahari..rupa-rupanya Allah nak hadiahi kita dengan pelangi yang indah...=)

Jika sendiri janganlah merasa sendiri, ada Allah sedang mengawasi,
Jika sedih janganlah dipendam dalam hati, ada Allah tempat mengadu,
jika susah janganlah menjadi pilu, ada Allah tempat mencurahkan
Jika bahagia janganlah lupa ada Allah tempat berkongsi kebahagiaan..

Dambakan air matamu di kaki sejadah,ubati jiwamu di dada solat, hilangkan resahmu di genggam doa, serahkan hatimu pada dia Yang Maha Esa..

Dalam kerendahan diri ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, dalam kesempitan hidup ada keluasan ilmu, hidup ini sungguh indah.. jika semua kerana Allah..

Adakala kita perlu menangis agar kita sedar dunia ini bukan sekadar untuk ketawa,
Adakala kita perlu ketawa agar kita tahu berharganya setitis air mata..
Adakala kita perlu teman untuk mengatasi kesunyian
adakala kita perlu kesunyian untuk mencari redanNya..



p/s: kata2 ini adalah koleksi sms yg dikirim oleh kawan2ku...

Saturday, May 16, 2009

study Group...

salam buat sahabat2 yg sentiasa gembira...

exam tinggal beberapa hari shj..kalau dikira masa, rasanya tak sempat nak study semua subjek...Alhamdulillah, ada study group yg membantu aku mencukupkan masa untuk study..rasanya kalau study sendiri agak payah untuk tidak melelapkan mata setelah hanya membaca satu muka surat...huhuhu...terima kasih kat shbt2 perempuan PISMP 1.03 yg amt sporting dan best2 sgt yg mencorakkan dan mewarnai study group kita sehingga kita berjaya menghabiskan study FPM bersama- sama...heheheh...


di entry kali ini, kalam mencari damai abadi ingin membawa sahabat2 sekalian tentang apa itu study group @ belajar berkumpulan..harap entri kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya..


........................................................

K = Kerjasama diperlukan

U = Untuk semua ahli

M = Mesra menjadi faktor penting

P = Prihatin kepada setiap ahli

U = Ulangkaji terlebih dahulu

L = Laksanakan sebaik mungkin

A = Anggapan antara ahli mestilah positif

N = Natijah cemerlang diperolehi

BELAJAR secara berkumpulan mampu mengurangkan rasa bosan malah boleh meningkatkan lagi daya ingatan. Walau bagaimanpun amalan ini perlu dilakukan mengikut peraturan yang dinyatakan di bawah agar usaha ini dapat memberi kesan kepada murid.

• Pemilihan rakan kumpulan: Sebaik-baiknya jumlah ahli kumpulan haruslah di antara 2 hingga 5 orang sahaja. Kumpulan yang kecil mudah berbincang serta mengurangkan pelbagai kerenah yang boleh menjejas perjalanan perbincangan. Ini memberi peluang setiap ahli mengambil bahagian. Setiap ahli haruslah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Ini merangkumi ketepatan masa, serta sifat bekerjasama yang baik.

• Pemilihan topik: Pemilihan topik dan mata pelajaran haruslah dipersetujui bersama. Ini untuk memastikan setiap anggota ahli kumpulan akan mengambil bahagian secara aktif dan bukannya sekadar berdiam diri sahaja.

• Persediaan tempat: Kesesuaian tempat merupakan faktor yang penting untuk menentukan keberkesanan proses belajar. Bilik darjah yang kosong, ruang perbincangan di pusat sumber atau di rumah rakan boleh dijadikan tempat belajar. Gangguan kebisingan haruslah dijauhi.

• Pemilihan waktu: Pemilihan waktu adalah bergantung kepada kesesuaian waktu anggota kumpulan. Walau bagaimanapun dicadangkan ia dilakukan pada cuti hujung minggu memandangkan masanya agak panjang. Agak memadai belajar secara kumpulan ini dilakukan dalam jangka masa tidak melebihi 3 jam pada satu-satu ketika. Adalah dikuatiri jika jangka waktunya terlalu lama, perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan pelajaran akan turut sama diperbincangkan.

• Bahan belajar: Anggota kumpulan harus bersedia dengan bahan belajar seperti buku teks, buku rujukan, nota guru, latihan dan lain-lain. Bahan latihan dari ADaP adalah contoh yang baik untuk murid berbincang. Kekurangan bahan akan menyebabkan kegagalan untuk berbincang.


Peranan Belajar Berkumpulan

1. Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk.

Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam

kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti

dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita

mempunyai peranan di dalam kumpulan.


2. Ahli mesti sehaluan.

Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu

cemerlang dalam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan

untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan

bukan hanya kerana ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama

ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai matlamatnya.


3. Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut.

Apabila kita telah menyediakan ahli dengan setiap tajuk, kita mestilah juga

memastikan bahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut.Ini sangat penting

kerana jika kita telah bersedia maka persoalan yang timbul hasil kemusykilan

dari ahli yang lain dapat kita jelaskan.


4. Berbincang dengan guru atau orang yang lebih arif.

Sebelum melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan

kalau-kalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang

dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian berbincanglah dahulu dengan guru.

Ini bertujuan untuk kita lebih mendalami tentang topik tersebut. Dengan yang

demikian kita akan lebih bersedia semasa perbincangan.


5. Penumpuan semasa ahli membentang.

Penglibatana semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yang

sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. janganlah ada dia antara kita

semasa ahli sedang membentang, kita tidak memberikan perhatian. Andaikan

apabila kita sedang bercakap, ada orang yang tidak memberi perhatian kepada kita.

Bagaimanakah perasaan kita ketika itu? Sudah tentu kita merasai kita tidak dihargai,

justeru itu berikan sepenuh-penuh penumpuan semasa rakan sedang membentang

dalam kumpulan. Pengormatan dan kesediaan mendengar pembentangan ahli lain

merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan ini.


6. Bersoal jawab.

Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya

perbincangan dan soal jawab. Semakin banyak perkara yang relevan

dibincangkan semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Ahli kumpulan bukan

sahaja mendengar kumpulan lain membentang semata-mata , tetapi sentiasa

bersoal jawab atas perkara yang menimbulkan ketidak fahaman. ini sebenarnya

membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang

dibincangkan. Ini menjadikan kita individu yang kritikal dan analitikal

dalam membincangkan tajuk tersebut.

Minda yang kritikal dan analitikal merupakan minda yang cemerlang. Galakkan

diri bertanya hal-hal yang berkaitan yang tidak difahami atau bercanggah

dengan pemahaman kita.


7. Agihkan bahan

Di dalam belajar berkumpulan lantik seorang ketua, setiausaha dan bendahari

secara bergilir-gilir, iaitu bagi mata pelajaran yang berbeza-beza mempunyai

ketua yang berbeza-beza. ini adalah untuk memberikan peluang dan

tanggungjawab kepada semua ahli. Maka laksanakanlah tugas seperti tugas

mengagihkan bahan-bahan kepada ahli-ahli di mana dilakukan oleh setiausaha.

Ketua akan menetapkan masa perjumpaan serta berbincang tentang pembahagian

tajuk-tajuk.


nilah antara pendua2 berguna untuk study group..semoga semua mendapat manfaat darinya...

artikel ini diambil dan diubahsuai dari:

http://www.usm.my/education/kaunseling/tips/Belajar%20Berkumpulan.doc
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia


p/s: nak lagi seronok time study group bawaklah makanan byk2....confirm smgt nak belajar naik...=)

MARAH SEORANG MURID..

PANTANG datuk nenek kalau sedang mengajar dengan penuh mood ada orang ganggu, walaupun dua kali ketukan pintu minta izin hendak masuk.

Pagi itu, walaupun udara amat sejuk dan lembab, tetapi sejuk yang aku rasa seperti diterajang keluar dan tiba-tiba darah radang meruap hingga ke kepala. Midun yang bibir mulutnya rabit dan air liurnya berlenja, dengan rambut bersikat sedikit rapi menyeringai giginya yang putih, mengetuk pintu dua tiga kali walaupun pintu kelas senantiasa terbuka. Midun mengesat cepat air liurnya yang berlenja sejak tiga tahun yang lalu.

"Selamat pagi, cikgu!" katanya dengan suara sengau seperti dahulu juga.

Aku yang sedang meradang kerana kebingungan tiga puluh sembilan murid-murid tentang hukum Mad Wajib Muttasil dapat kubendung pula oleh kesopanannya.

"Masuk!" kataku dengan menahan sabar.

Midun terus melangkah masuk dan datang dekatku, berdiri dan angguk kepala. "Maafkan saya, cikgu," katanya dan terus ke bangkunya di barisan belakang.

Semua murid-murid hanya melirik ekor mata melihat Midun yang entah kenapa datang lewat pagi itu.

"Faham semua?" jerkahku dengan kuat setelah mattan Mat Wajib Muttasil kuberi. Kemudian serentak pula semua murid berkata faham. Midun pun yang baru sahaja duduk, turut berkata faham. Itulah tabiat yang selalu aku meluat. Apabila ditanya sahaja faham atau tidak, semua kata faham. Tetapi apabila tanya balik, semuanya ternganga dan terkejip-kejip.

Aku sebenarnya bukanlah seorang guru yang baik dan rajin tetapi tidaklah pula seburuk dan pemalas seperti mereka yang buruk dan malas. Aku banyak duduk daripada mengajar. Tetapi apabila aku mengajar, aku mengajar sungguh-sungguh. Selalunya aku memberi sepuluh soalan dan waktu itulah aku berharap semua murid akan jadi lembab dan bingung mendapat jawapan. Lambat menjawab bererti lamalah aku berehat.

Tiga puluh sembilan orang murid-murid, kurenung satu demi satu. Baik yang lelaki mahupun yang perempuan. Baik dan hodoh mahupun yang tidak hodoh. Tetapi semua muridku boleh dikatakan bersih, segak, berpakaian rapi. lni kerana kebanyakan ibu bapa tinggal di dalam kawasan bandar. Sekolah aku mengajar ini pun sekolah pusat. Kalau ada juga yang selekeh atau miskin, itu tentunya sesat dari ladang getah dan petani.

Midun yang datang lewat tadinya, terus juga membuat jawapan. Kadang-kadang matanya terbeliak ke atas mencari jawapan di syiling dan kadang-kadang mencari jawapan pada peta-peta di dinding. Barangkali tadi dia tersilap berkata 'faham' tetapi itulah salah satu cara menyelamat daripada kena penamparku.

Antara 39 orang murid, Midunlah yang sekian lama kupacakkan kebencian dalam ingatanku. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku tersangat benci kepadanya. Hendak dikatakan perangainya, perangainya baik. Hendak dikatakan bodoh sangat, Midun bukanlah termasuk dalam kumpulan bodoh. Ketika di tahap satu tahun satu tiga tahun yang lalu, peristiwa aku terkena paku payung dan dia menziarahi aku di hospital, membawa sebiji limau mandarin hampir-hampir aku terlupa. Apabila dia berada dalam tahun dua, aku tidak mengajar di kelasnya. Tahun tiga juga aku tidak mengajar. Guru darjah tahun tiga Cikgu Juliana.

Tahun ini, Midun termasuk dalam golongan murid yang agak pandai, tetapi sengaja aku tempatkan di barisan belakang. Kerja rumahnya selalu beres dan jarang membuat kesalahan seperti kawan-kawannya yang lain. Bagaimanapun aku tetap meletaknya di barisan lembab, dalam senarai murid yang aku kurang berminat.

"Cikgu, buang air besar." Tiba-tiba Taha, murid yang duduk di tepi dinding minta izin hendak keluar. Taha kawan Midun sejak tahun satu lagi.

Aku angguk. Permintaan buang air besar adalah permintaan yang mesti ditunai. Jika tidak busuk satu kelas jadinya.

Tahun lalu Midun dalam tahun tiga. Seluruh sekolah dan masyarakat sekitar menjadi gempar apabila Midun didapati membakar bilik darjah. Semua orang tidak sangka Midun yang pendiam itu boleh melakukan kerja-kerja seperti itu. Sungguh di luar dugaan.

Semua guru termasuk guru besar hampir tidak percaya yang Midun membakarnya. Mujurlah api tidak merebak ketika itu. Mujurlah cara membakar itu cara yang bodoh. Menurut siasatan yang dilakukan, Midun hanya menyumbat beberapa helal surat khabar lama di jaring-jaring besi dan menyumbat di celah-celah kambe di sana sini, kemudian menyalakannya. Bagaimanapun api sempat juga menjilat dan ketika tukang kebun nampak, api sudah membakar sudut bilik. Midun bukan membakar satu tempat, tetapi tiga tempat. Bilik tahun dua dan bilk tahun enam juga terlibat. Bomba dipanggil tetapi tidaklah sampai menyembur air kerana api itu dapat dipadamkan dengan curahan air oleh tukang kebun.

Bagaimanapun kesan terbakar nampak hitam oleh jilatan pucuk api. Akibatnya tiga kelas tidak boleh dipakai selama tiga bulan kerana disiasat oleh Jabatan Bomba dan Jabatan Pendidikan. Apabila punca kebakaran itu jelas dan didapati Midunlah yang membakarnya, Midun tidak boleh didakwa kerana dia seorang murid di bawah umur. Kes itu ditutup begitu sahaja.

Menurut siasatan pelbagai pihak, pada suatu petang seorang murid nampak Midun tidak naik bas pulang. Midun didapati membawa tiga empat helai surat khabar lama. Apabila kawannya bertanya untuk apa, Midun memberitahu dengan suara sengaunya yang dia hendak bakar sekolah. Kawannya hanya ketawa. Kemudian apabila tukang kebun nampak asap berkelun-kelun, tukang kebun segera berlari ke tempat itu dan tukang kebun nampak Midun berlari meninggalkan kawasan sekolah. Ketika itu semua murid kokurikulum sudah pulang. Seorang penjaga kantin cuba mengejar Midun tetapi tidak berjaya. Penjaga kantin hanya dapat kotak mancis yang jatuh.

Aku sendiri tidak percaya yang Midun boleh melakukan perkara seperti itu. Guru-guru lain juga tidak percaya. Guru besar juga tidak percaya. Tetapi oleh sebab ada saksi seorang murid, tukang kebun dan penjaga kantin, Midun disoal siasat.

"Midun bakar bilik darjah?" tanya guru besar dengan nada yang lembut. Barangkali itulah psikologi. Kalau aku, aku akan menempek dan pipinya disinggah penampar. Biar mulut rabitnya berlenja air liur. Biar air hidung meleleh.

Midun yang diketahui seorang munid pendiam, hanya tunduk. Betisnya yang kurus bitam, nampak bercalar sedikit. Mungkin terkena rembatan daun lalang ketika bermain.

Sepuluh orang anggotajawatankuasa disiplin hanya menunggu jawapan. Tetapi Midun tidak menjawab. Bibir rabitnya seperti

hendak bercantum apabila mulutnya dikebam-kebam. Air liur herlenja meleleh panjang.

"Kamu bakar bilik darjah?" Aku cuba bertanya dengan lembut menahan perasaan.

Midun memanggung kepala dan memerhati aku. Matanya yang sedikit juling itik memberi makna yang dia tidak berapa takut kerana aku bukan guru darjahnya.

"Semua orang nampak kamu yang bakar, betul?" Aku menekan lagi dengan nada sedikit kuat.

Midun memandang aku sekali lagi. Tepat dan berani. Matanya terbeiak luas. Tunduk. Memanggung semula lalu mengangguk.

Semua guru disiplin menghela nafas. Guru besar seperti hendak panik. Pengakuan jtu sesungguhnya pengakuan kurang ajar walaupun itu yang dikehendaki. Aku nampak semua guru disiplin seperti hendak bangun menyepak dan menendang Midun.

"Kenapa?" Cikgu Jalal yang tembun dan sedikit botak bertanya. Dia juga nampak geram seperti aku.

Midun tidak menjawab dan cara dia berdiri, berdiam din sangat jelas yang dia tidak akan menjawab lagi apa-apa soalan. Sahlah sudah dia yang membakar. Tetapi untuk mengetahui sebabnya tentulah mustahil. Satu kajisiasat mesti dibuat.

Mesyuarat disiplin hari itu mengambil keputusan, Midun akan dihukum rotan di perhimpunan minggu hadapan. Jika ini menjadi kesalahan pihak atasan, semua guru disiplin akan bertanggungjawab. Surat menyatakan kesalahan dan hukuman akan dihantar kepada bapa Midun yang bekerja sebagai tukang sapu.

Sebelum tiba han perhimpunan, aku dan tiga orang guru lagi membuat penyelidikan. Guru besar yang melantik kami. Yang pertama kami menyoal ialah Cikgu Juliana, guru tahun tiga di mana Midun menjadi muridnya.

"Kerja rumah tak pernah buat, mana saya tak geram!" kata Cikgu Juliana yang tembam dan

berkaca mata dan sering memakai gincu bibir. "Saya tak pernah rotan, tak pernah pukul. Tapi saya dera berdiri di atas bangku

sampai dua tiga mata pelajaran," terang lagi Cikgu Juliana.

Guru mana pun akan geram jika kerja rumah tidak beres. Kalau aku sekalipun, murid seperti itu aku sepak sampai ternonong-nonong.

"Satu hari kerana terlampau lama, Midun terduduk. Bila saya suruh juga berdiri, dia berdegil. Saya tampar pipinya sekali. Midun tidak menangis dan melawan. Dia tersengih sehingga air liurnya berlenja," terang lagi Cikgu Juliana dengan sebak dan sayu. Perempuan, begitulah. Mudah terasa apabila disoal.

Memang, memang kami bersependapat yang Midun salah. Midun mesti dihukum sewajarnya.

"Dua hari selepas saya buat begitu, Salam, kawan yang duduk di tepi Midun memberitahu saya yang Midun ada membawa mancis api. Saya panggil Midun. Saya syak kalau-kalau Midun hisap rokok. Bila saya tanya, Midun dengan berani menjawab: 'Saya nak bakar sekolah!' katanya dengan geram. Dia sungguh berani nampaknya. Dia seperti hendak membalas dendam," beritahu Cikgu Juliana dengan esak tangisnya.

Kami menerima laporan itu dengan senyum. Lucu pun ada.

"Saya rampas mancis api itu dan saya anggap tak ada apa-apa lagi." Demikian Cikgu Juliana mengakhiri soal siasat kami.

"Anak saya tak pernah buat perangai macam itu. Dia baik. Malam-malam saya suruh dia ikut saya tolong jual barang di pasar malam," terang pula Hambali, bapa Midun, yang kerja sebelah malam menjual barang-barang runcit di pasar malam. "Kalau dia buat juga, cikgu buatlah, hukumlah apa pun, jangan buta dan capik cukuplah!"

Apalah yang kami hendak kata jika begitu pengakuan seorang bapa terhadap anaknya.

Pada hari perhimpunan pagi itu, kebetulan aku bertugas mengawas perhimpunan. Ketika murid-murid membetulkan barisan masing-masing aku dapati Midun berada di hadapan sekali. Midun terhenjak-henjak ditolak oleh kawan. Dia berdiri gagah, memandang jauh. Tangannya lurus di paha. Tegaknya bagai seorang askar menerima tabik.

Semua guru berdiri di hadapan. Guru besar di tengah. Ketika lagu Negaraku dinyanyikan, Midun begitu kuat suara sengaunya.

Jika pada hari-hari lainnya, Midun berdiri di belakang dan tidak membuka mulut pun waktu menyanyi.

"Hari ini kita adakan mahkamah kecil. Kita akan bicarakan setiap murid yang melakukan kesalahan, melanggar undang-undang sekolah!" Aku berkata lantang melalui pembesar suara.

Semua murid diam dan ada antara mereka kelihatan takut. Dan sebelum aku sempat menyambung ucapanku, Midun tiba-tiba melangkah ke hadapan dan berdiri menghadap banisan dengan sombong. Aku berasa hairan dan semua guru juga berasa hairan dengan perangainya itu. Dia seolah-olah tahu yang namanya akan dipanggil.

Aku meneruskan ucapan lagi. Midun mengasak dekatku, meluruskan tangan di paha seperti bersedia menerima perintah.

"Cikgu, saya sudah sedia!" katanya dengan suara bergetar dalam.

Alangkah biadapnya Midun! Jika dia menjadi murid kelasku, pasti dia akan menerlina hukuman di dalain kelas nanti. Tetapi apa boleh buat dia di dalam kelas Cikgu Juliana.

"Tengok semua! Midun ni bukan saja sanggup bakar kamu, tapi juga biadap dalam perhimpunan ini!" kataku dengan lantang.

Midun mendongak ke langit seperti menahan pedih sebatan rotan. Matanya terkejip-kejip seperti menahan hangat air mata.

Apabila guru besar mengambil alih dan melentur-lentur rotan yang dipegangnya, semua murid diam. Guru-guru berbisik sama sendiri. Cikgu Juliana yang mengajar Midun seperti tidak sanggup melihat hukuman yang akan dilakukan oleh guru besar.

"Murid-murid!" kata guru besar. "Setelah jawatankuasa disiplin meneliti, nyatalah Midun bin Hambali ini telah melakukan kesalahan yang sangat besar. Pihak sekolah tidak ada cara lain lagi untuk menghukum kesalahannya melainkan dengan sebat sebanyak enam kali!"

"Tuan, saya sudah bersedia!" kata Midun seakan-akan menjerit. Suara sengaunya bergetar tetapi tegas. Dia memandang jauh seperti seorang askar menunggu lawatan ketua ketika berbaris.

Sekali lagi guru-guru berasa hairan. Guru besar terpinga-pinga. Tidak seorang pun tahu mengapa Midun bersikap begitu, sewaktu bersoal jawab dahulu, Midun langsung tidak membantah.

Aku lihat guru besar tidak dapat menahan sabarnya kerana kebiadapan Midun. Itulah pertama kali dalam sejarah sekolah, dalam sejarah pengalamanku mengajar berpuluh tahun, seorang murid begitu berani menerima hukuman.

Ketika guru besar menyebat, Midun membongkok dengan patuh. Midun langsung tidak teragak-agak. Midun seperti unta di Makkah yang sedia disembelih. Apabila rotan hinggap di punggungnya tiga kali, Midun hanya mengerut muka sedikit menahan sakit tetapi tidak pula mengaduh. Dia memejam mata dan mengebam mulut. Aku nampak tangan Midun memegang kejap kepala lututnya. Kemudian apabila guru besar meminta Midun menyua tapak tangan, Midun menyua dengan penuh kerelaan. Bunyi sebatan amat menyayat. Semua murid gugup dan takut. Midun hanya mengalih muka seperti mencari di mana Cikgu Juliana.

"Cikgu, boleh saya ke tandas?" Tiba-tiba murid yang kutanam kebencian sekian lama, berdiri di hadapanku dengan sopan, meminta kebenaran dengan lembut sekali.

Lamunanku terhadap peristiwa Midun pada tahun lain terputus. Aku mengangguk.

Kini Midun bukan seperti dahulu lagi walaupun benciku masih seperti dahulu juga. Hingga kini aku melabelkannya sebagai murid biadap dan jahat. Sebagai murid kotor dengan bibir mulut rabit dan berlenja. Kepada kawan-kawannya, aku selalu menyindir supaya jangan jadi macam Midun yang membakar sekolah. Tetapi Midun sejak menerima hukuman sebat enam kali dengan rotan tahun lalu, serta-merta menjadi murid yang baik, patuh dan rajin membuat kerja rumah. Aku dapat tahu Midun tidak lagi ikut bapanya ke pasar malam tolong jual barang-barang. Sepanjang tahun ini aku dapati Midun semakin maju. Sikap dan perangainya cukup layak menjadi seorang pengawas. Tetapi sengaja dia tidak diberi peluang. Benciku tidak pernah susut.

Minggu pertama buka sekolah Midun sudah menunjukkan perangai yang berlainan sekali. Aku tidak tahu adakah dia senang dan suka kepadaku sebagai gurunya daripada Cikgu Juliana tahun sudah. Midun akan meminta izin apa sahaja yang hendak dibuatnya. Ucapan terima kasih tidak pernah dilupakannya jika aku memeriksa bukunya atau apa sahaja yang kubenarkan permintaannya.

Kadang-kadang dia menawarkan diri untuk mengambil beg, ringkasan atau bekalan yang aku suruh murid-murid lain mengambil.

Terasa baik hatinya seperti dia menghadiahi aku limau mandarin di hospital dahulu.

Semua kelakuan Midun, guru besar meminta aku melaporkan kepadanya. Guru besar juga meminta bapa Midun datang sebulan sekali lalu ditanya itu ini. Bapa Midun seperti dahulu juga. Katanya, buatlah apa-apa yang patut; jangan buta dan capik sudahlah! Kemudian kepada guru besar diberitahu pula, Midun tidak lagi mengikutnya ke pasar malam menolongnya menjual barang-barang. Dia tahu selama ini pelajaran Midun terganggu.

Minggu lalu, tiga hari berturut-turut, aku lihat Midun seperti menunjuk-nunjuk apa-apa yang dilakukannya. Midun seperti hendak memberitahu kepadaku yang dia rajin dan bertanggungjawab. Selalunya ketika aku hendak ke tandas pagi-pagi, Midun memungut sampah di tepi longkang dan dimasukkan ke dalam tong sampah, kemudian tersengih kepadaku.

Dialah yang menyapu habuk di meja. Dialah yang menyusun buku rampaian dan dialah yang mencuci papan tulis. Ada botol kecil tempat pokok bunga di mejaku. Awal minggu Midun akan meletak sekuntum bunga ros yang segar. Pada hari pertama aku berasa hairan.

"Siapa yang baik hati meletak bunga ros di meja ni?" Aku bertanya sebelum memulakan pelajaran.

Midun berdiri dan mengangkat tangan. Bibir mulutnya yang rabit terjuih.

"Kamu curi di mana?" tanyaku denganjijik.

Munid-murid lain ketawa terkekeh-kekeh. Midun termalu dan duduk perlahan-lahan. Air mukanya seperti hendak menjawab yang dia tidak pernab mencuri.

Tiba-tiba pintu diketuk. Aku sekali lagi terputus lamunan. Midun berdiri lurus menanti perintah masuk.

"Masuk!" kataku.

Midun terjengket-jengket masuk dan mendekati aku. Merapatkan tangan di paha. "Cikgu, saya jumpa duit sepuluh ringgit," katanya sambil meletak wang kertas sepuluh ringgit di atas meja. Bibir rabitnya mengorak senyum. Matanya bercahaya.

"Kamu jumpa di mana?"

"Dekat tandas," katanya dengan bangga.

"Haaa, terima kasih," kataku dengan bersahaja dan wang itu aku ambil untuk disimpan. Esok atau lusa akan kuhebahkan ke seluruh sekolah. Selalunya begitulah.

Ketika Midun balik ke mejanya, aku lihat dia cukup bangga. Ia tersenyum dan langkahnya mendada. Apabila kawan-kawannya memerhati Midun tersenyum sahaja.

Aku sengaja tidak ambil kisah. Kalau murid-murid yang lain, aku akan memberitahu semua bahawa inilah sikap yang baik. Aku akan suruh mengikuti contoh yang baik ini. Jika wang yang dijumpai agak banyak, seperti Midun jumpa tadi, guru besar akan rnemanggil murid tersebut di dalam perhimpunan dan memberi tahniah.

Perhimpunan hujung minggu pun tiba. Seperti hari-hari perhimpunan yang lalu, yang lalunya dan yang lalunya lagi, selain guru besar, guru-guru lain juga berucap. Guru sekolah sukan akan berucap tentang sukan. Guru kokurikulum akan bercakap perkaranya.

Pada pagi itu guru besar bercakap terlebih dahulu. Diperingatnya hari peperiksaan sudah dekat. Selepas itu guru besar pun berkata:

"Hari ini ada satu contoh yang baik saya nak tunjuk. Di minta murid yang berjumpa wang kelmarin sila ke depan. Beri tepukan kerana jujurnya!"

Semua murid-murid bertepuk tangan.

Midun keluar dan barisannya dengan megah. Dibetul-betulkan seluarnya yang terlondeh. Dia senyum bangga. Aku menjadi hairan. Bilakah Midun melaporkan yang dia jumpa wang kepada guru besar? Setahu aku wang sepuluh ringgit yang diberi kepadaku masih ada dalam dompetku dan sebenarnya aku terlupa hendak melaporkan kepada guru besar.

Apabila Midun berdiri di sisi guru besar, guru besar melihat hairan kepadaku. Suasana perhimpunan senyap. Semua tertumpu kepada Midun. Guru-guru yang lain, yang tidak tahu pucuk pangkal~ menunggu sahaja keadaan selanjutnya.

Aku jadi panik. Aku terasa satu pukulan malu dari Midun.

"Midun, sila masuk barisan semula. Saya tak bermaksud kamu!" kata guru besar.

Midun terpinga-pinga. Mukanya jadi merah padam. Semua murid-murid ketawa dan Midun melangkah masuk dengan menunduk muka.

Guru besar mengeluarkan secebis kertas dan saku bajunya. "Salman! Mana Salman, Darjah Lima Hijau?" kata guru besar dengan matanya melalak-lalak.

Murid yang bernama Salman keluar tersipu-sipu. Sekali lagi tepukan bergemuruh. Dan Midun yang berada di belakang terasa tepukan itu seperti menampar-nampar mukanya.

"Inilah rakan kamu yang saya maksudkan. Dia jumpa wang tujuh ringgit dan diserahkan kepada saya. Syabas!"

Bunyi tepukan bergemuruh lagi tetapi sebahagian muridmurid berpaling melihat Midun. Midun tunduk seperti tangkai bunga patah.

Aku menarik nafas lega. Kiranya kesilapan aku dapat ditudung. Aku meninjau melihat Midun yang tersorok di celah kawan-kawannya. Midun tidak panggung-pangguk kepalanya. Tetapi entah apa bahangnya, dalam dadaku tersimbah sedikit perasaan salah. Aku seperti membaca retak hati Midun.

Esoknya aku seperti tidak apa-apa. Peristiwa perhimpunan kelmarin tidak ada dalam ingatanku. Kepada Midun aku beritahu yang aku terlupa. Aku mengajar seperti biasa. Tetapi satu perubahan kepada Midun benar-benar nampak. Hari itu tiga kali sebelum rehat Midun keluar ke tandas atau ke mana, tanpa meminta izin kepadaku. Dan apabila masuk, Midun tidak lagi mengetuk pintu, tidak lagi datang kepadaku memberi terima kasih. Ketika aku mengajar Midun hanya tunduk dan menulis sesuatu tanpa menghiraukan ajaranku.

Esoknya begitu juga. Midun keluar tanpa meminta izin. Dia nampaknya sangat samseng. Tiga empat kali dia keluar ketika aku sedang menunjuk sesuatu kepada darjah. Dan pada han itu tidak ada bunga di atas meja. Buku rampaian tidak lagi tersusun. Papan hitam bercontengan sehingga aku terpaksa meminta ketua darjah memadamnya dengan lukisan kartun hodoh.

Tapi oleh sebab kebencianku, perubahan Midun aku tidak peduli. Sama ada dia semakin baik dan rajin atau memulakan semula perangainya, aku tidak ambil kisah.

Biar!

Tiba-tiba pada hari itu, lima belas minit lagi hendak pulang, Midun keluar tanpa izinku lagi. Aku yang sangat mengantuk sempat melihat Midun menggenggam sesuatu di tangannya. Selepas Midun, keluar lagi seorang murid minta hendak ke tandas juga.

Kubenarkan. Ketika murid-murid menyusun bangku kerana tiga minit lagi hendak pulang, murid yang keluar selepas Midun tadi masuk terburu-buru.

"Cikgu!" katanya dengan penat mengah. "Midun conteng dinding tandas!"

"Bila?" Aku membeliakkan mata.

"Tadi, waktu saya ke tandas!"

Belum sempat murid itu mengakhiri laporannya, Midun masuk. Masuknya pun tidak juga mengetuk pintu seperti hari-hari yang lalu. Midun terus ke bangku mengangkat kerusi dan berdiri menunggu loceng berbunyi. Mukanya kelihatan puas seperti baru hilang dahaga.

"Midun!" Aku memanggil kasar.

Midun tidak terkejut tetapi murid-murid lain tersentak. Semua diam kerana mereka sudah maklum panggilan dengan suara kasar tentu sekali aku meradang.

"Midun! Mari sini!"

Midun keluar dengan begnya dan jalannya macam koboi dalam TV. Dia sedikit pun tidak nampak cuak.

"Betul kamu conteng dindmg tandas?"

Midung mengangguk dan membeliakkan matanya. Tidak ada rasa takut.

"Kenapa?"

Midun tidak menjawab seperti jawapannya sudah aku maklum.

"Kamu conteng dengan apa?"

Mid√ľn mengeluarkan pensel warna daripada begnya. Sungguh berani Iagaknya.

Loceng pulang berbunyi. Ketua darjah memberi ucapan terima kasih dan semua murid keluar berbaris. Midun juga keluar tanpa pedulikan aku yang masih menjegil kepadanya.

Sebenarnya aku tidak patut geram kalau hanya sekadar menconteng dinding tandas. Bukan tidak ada dinding tandas yang diconteng oleh murid-murid lain. Tetapi oleh sebab aku mendapat tahu Midun yang menconteng, aku menjadi geram lebih daripada hadnya. Aku ingin mencari kesalahan Midun sahaja. Dan benarlah ketika aku masuk ke tandas, di belakang daun pintu aku dapati satu lukisan kartun yang terang sekali. Kartun itu menunjukkan seorang guru lelaki berwajah bengis, bercekak pinggang dengan mulut ternganga luas dan mata terbeliak.

Sepatutnya lukisan hodoh itu membuat aku ketawa. Tetapi tidak dengan lukisan kartun Midun ini. Semakin lama aku renung, semakin benci aku rasa. Apresiasi Midun nyata sekali. Kartun itu seolah-olah aku sedang marah dan lahir daripada seorang yang amat benci.

Aku menjadi bertambah marah kerana kartun itu dilukis dengan wajah panjang, mulut yang ternganga, dijolok pula dengan sebatang kayu dan digaris pula di sana sini menambahkan kehodohannya.

"Celaka!" Aku menyumpah sendirian. Aku berazam akan kuajar Midun esoknya. Akan kubelasah secukupnya sebelum aku membuat laporan kepada guru besar.

"Celaka!" Sekali lagi aku menyumpah serta menendang tayar keretaku apabila aku dapati di sebelah kanan kempis. Aku tidak syak orang lain, melainkan Midun. Pasti Midun. Midun tentunya Midun! Midun!

'Midun!' Aku seakan-akan berbisik hairan apabila aku ternampak Midun bercekak pinggang, berdiri memandang ke arahku di pintu pagar ketika aku sedang menukar tayar dengan susab payah. Guru-guru lain sudah pulang. Midun seperti hendak melihat apakah yang akan kubuat. Midun yang bercekak pinggang itu seperti orang yang sangat berani, seperti penjahat dalam cerita koboi yang sedia bertarung bila-bila masa sahaja.

Aku menaruh dendam untuk esok. Aku pura-pura tidak melihatnya lagi. Midun seperti puas apabila melihat aku bersusah payah menukar tayar dan kemudian dia pun beredar.

Pagi esoknya, aku datang ke sekolah dengan segantang darah singa lapar. Tidak seorang pun guru yang tahu. Kejadian menconteng dinding tandas tidak ada laporan. Mungkin juga murid-murid yang lain tidak perasan. Tetapi aku sedang menyimpan darah dendam bergantang-gantang.

Tetapi jadahnya Midun tidak datang. Sahlah! Sudah pukul lapan setengah pagi. Selalunya waktu ini dia sudah datang. Barangkali dia berpendapat, jika esok atau lusa, tegang marahku mungkin hilang. Mungkin juga aku lupa begitu sahaja. Tetapi aku tidak semudah itu. Dengan darah dendam singa lapar, aku berjanji aku akan menghukum Midun walaupun setahun akan datang.

"Cikgul" Tiba-tiba budak pejabat memanggil aku. Aku, yang sedang berangan-angan di meja ketika semua murid-murid menyalin, terkejut.

"Guru besar panggil," katanya.

"Bila ?"

"Sekarang!"

Aku segera meninggalkan bilik darjah.Ini tentu menguatkan lagi dendam dan marahku jika laporan dinding tandas sudah sampai ke pengetahuan guru besar. Tetapi alangkah terkejutnya aku apabila aku masuk bilik guru besar, kudapati bapa Midun dengan Midun ada bersama.

Guru besar menjemput aku duduk. Bapa Midun yang berseluar kotor, seperti baru sudah mengorek parit, bangun dan bersalaman denganku penuh hormat. Midun pula berdiri dengan sopan, senyum dan duduk semula sebaik-baik aku duduk.

"Cikgu, bapa Midun ni nak cakap sikit dengan cikgu," kata guru besar.

Aku sudah syak tentu sekali Hambali, bapa Midun, akan meminta maaf atas kurang ajar anaknya. Dan Midun tentu sekali takut hendak datang ke sekolah.

"Cikgu," kata Hambali, "Midun anak saya ni tak mau sekolah lagi di sini. Dia minta tukar ke sekolah lain."

'Bagus! Bagus sekali,' sungut hatiku. 'Baguslah kalau begitu,'

Aku berkata dengan bahasa mata dan merenung Midun.

"Saya nak minta nasihat cikgu, bolehkah?" tanya lagi bapa Midun.

Aku mendengar suara bapa Midun seperti satu irama yang amat lembut dan harmoni masuk ke dalam sanubariku. Amat jujur dan ikhlas rasanya. Aku tunduk. Aku tidak tahu apakah pandangan guru besar. Dan lebih aneh, aku tidak dapat menentang wajah Midun yang selama ini aku benci. Aku menjadi seekor kucing Siam yang manja.

"Setahu saya Midun sudah berubah perangainya sejak kena sebat tahun sudah. Dia tak lagi ikut saya ke pasar malam tolong saya berniaga."

Guru besar cuma angguk-angguk.

"Ya, Midun rajin dan kelakuannya sudah berubah," kataku tiba-tiba. Aku tidak tahu mengapa aku berkata seperti itu. Aku mengilas tanganku ke belakang kerusi. Tanganku terasa disentuh. Terasa diraba-raba. Aku dapati Midun sengaja menghimpitkan duduknya dekatku. Dan alangkah anehnya, tanganku digenggam erat dan kejap.

"Cikgu," kata lagi bapa Midun untuk meminta simpati. "Saya minta tolong cikgu, saya rayu kepada tuan guru besar, tolong jangan benarkan Midun tukar ke sekolah lain!" Dari matanya terkejip-kejip seperti hendak menangis. Kemudian dia beralih kepada Midun. Dia menjegil kepada Midun.

Midun memerhati aku agak lama. Tanganku masih terasa dalam genggamannya. Darah singa lapar yang kusimpan kelmarin, terasa susut sedikit demi sedikit.

"Kenapa Midun nak tukar sekolah?" tanya guru besar.

Midun tidak menjawab. Dia tunduk.

"Saya sayang sekolah ini, cikgu. Midun sudah jadi baik. Saya tak marah cikgu pukul dia. Dia betul-betul baik dan rajin!" kata Hambali.

"Bohongggg!'

Tetapi tempikan itu tidak keluar daripada mulutku, tidak terluah daripada kerongkongku. Tempikan itu mengalir deras hingga ke lubang duburku dan terus jadi angin yang kulepaskan amat perlahan.

"Midun belajar di sekolah ini saja ya!" kata guru besar memujuk.

Midun tunduk dan mengangguk kecil.

"Satu lagi, cikgu," tambah Hambali, bapa Midun. "Kelmarin, waktu hendak balik, Midun nampak paku karat tertikam di tayar kereta cikgu. Dia cabut. Tayar jadi kempis. Midun takut cikgu tuduh dia, dia pun lari!"

Guru besar tersenyum.

Midun mengesat lenja air liurnya yang meleleh. Bibir rabitnya nampak bergerak-gerak.

Aku terasa hendak pitam. Jiwaku menggelabah. Terasa tersepit antara dendam dengan penonjolan Midun yang ingin jadi baik. Midun yang kulihat tunduk di sisiku, melepas genggamannya sedikit demi sedikit. Aku tidak faham kenapa.

"O.K., Midun boleh ke kelas sekarang!" kata guru besar.

Midun teragak-agak hendak bangun.

"Midun boleh masuk kelas sekarang," kataku dengan lembut. Ya Tuhan, itulah pertama kali aku bersuara lembut kepada Midun.

Midun bangun, bersalaman dengan sopan.

"Cikgu," bapa Midun berkata lagi sebaik-baik Midun keluar. "Sedikit hari dulu, Midun minta sepuluh ringgit. Katanya dia nak derma tabung. Saya pun tak tahu tabung apa. Betulkah, cikgu?"

Aku tersentak seperti dikejut dengan kuasa elektrik. Aku teringat bagaimana pada suatu hari Midun dengan senyum bangga, dengan sinar mata yang bercahaya, menghulur. wang sepuluh ringgit kepadaku dan dengan bangga pula dia memberitahu yang dia jumpa dekat tandas.

Aku teringat bagaimana Midun keluar dengan bangga di perhimpunan apabila guru besar meminta murid yang terjumpa wang dan aku masih terbayang bagaimana Midun menahan rasa malunya ketika dia disuruh masuk semula ke barisan kerana bukan dia yang dimaksudkan terjumpa wang itu. Aku teringat, wang sepuluh ringgit masih ada dalam dompetku.

Aku teringat bagaimana perangai Midun menjadi pelik pula selepas kejadian itu. Midun bersikap seperti memprotes kerana dia tidak dihargai.

"Tidak, pihak sekolah tak minta sebanyak itu," kata guru besar.

Hambali jadi hairan. Dia bangun. "Cikgu, boleh tunggu saya sekejap," katanya dan keluar dengan terburu-buru. Mungkin dia hendak ke tandas.

Aku menjadi singa bodoh di hadapan guru besar sepanjang peninggalan bapa Midun.

Tiba-tiba Hambali muncul dengan muka bengis, menolak Midun masuk dengan kasar, bercekak pinggang, bagaikan singa lapar.

"Cakap kepada cikgu, apa pasal bohong?" tempik Hambali dan menolak kepala Midun.

Midun tidak menjawab.

"Abang, duduk dulu, sabar!" Aku memujuk. Sekali lagi aku hairan mengapa aku bersikap begitu, sepatutnya aku menempeleng Midun.

"Cikgu, saya bukan sayang sepuluh ringgit tapi saya mau dia jujur. Saya selalu suruh dia jujur kepada sekolah, kepada kawan-kawan dan kepada guru-guru," kata Hambali dengan kesal, seperti amat malu rasanya.

"Midun mari !" Aku menarik Midun keluar. "Abang, jangan kacau-kacau lagi pasal duit," kataku di pintu pejabat.

Guru besar dan Hambali tercengang.

Aku membawa Midun ke kantin. Midun menurut seperti anak kambing bodoh yang sakit.

"Midun nak minum apa?"

Midun menggeleng kepala. Dia tunduk seperti hendak menangis. Bibir rabitnya berlenja dengan air liur.

"Minum teh, kopi, milo?"

Midun menggeleng-geleng kepala. Jarinya mengerunas-runas meja.

"Midun!" Aku mengeluarkan wang sepuluh ringgit. "Ini duit Midun dulu. Maafkan cikgu kerana cikgu lupa."

Midun merenung aku cukup lama sehmgga air liurnya berlenja panjang. Di kelopak matanya ada air yang tergenang. Bibir mulutnya bergerak-gerak.

"Midun marah kepada cikgu?"

Midun menggeleng-geleng. Tunduk. Alangkah mulianya hati murid ini kerana di wajahnya tidak ada awan-awan dendam yang berarak!

"Maafkan cikgu, ya!"

"Cikgu," kata Midun dalam sebak. "Saya ... saya tak akan buka rahsia ini. Percayalah!" Kemudian dia mengesat-ngesat air mata. Dia tersedu-sedu.

Aku menjadi terkunci mulut. Dalam rongga dadaku kosong. Di mana darah singa laparku susut?

"Cikgu, saya nak masuk kelas." Midun bangun dan beredar. Setompok air liur lenjanya daripada bibir yang rabit, ditinggalkan di atas meja.

Aku hanya melihat langkah Midun yang terhincut-hincut. Dalam dadaku terlonjak satu keharuan. Aku sesungguhnya menyesal dan terasa kesal sepanjang hidup dalam profesion ini.

"Ya, Allah, jadikan muridku ini manusia yang berjaya"


penulis : Azizi Haji Abdullah