Thursday, February 11, 2010

Coretan HaTi

salam ceria..

Payahnya jika kita berjawatan...segala rasa indah terpaksa dikorbankan agar keindahan itu dapat dinikmati oleh org lain..

Senyum penawar duka..

senyum seindah suria
yg membawa cahaya
senyumlah dari hati
dunia kan tersenyum padamu...

ada apa pd jawatan sebenarnya? kenapa sukar sungguh untuk menjalankan tugas mengikut jawatan terseut..sungguh sukar..perlu sentiasa memahami...perlu sentiasa sabar, relax and be cool....

Namun sebagai org yg telah disandarkan satu jawatan, by hook or by crook i need to be seorang yg sungguh sabar dan amat sabar..sebabnya, kita tidak pernah boleh untuk jangka apa yg terjadi, ap respons, apa tindak balas terhadap ap yg kita rancang..memang benarlah kata- kata ini ' Kita ini hanya mampu merancang , namun semuanya ditentukan oleh Allah S.W.T..

Makanya, sandarkanlah sesuatu itu hanya pada Allah bukan pada manusia kerana manusia mungkin menyebabkan kita berasa kecewa, sandaran pada Allah akan membuatkan kita sentiasa berasa tenang dan senang..


hati ini sentiasa mengharapkan kebaikan, namun siapalah diri ini...diri ini hanyalah hamba Allah yang lemah yang masih tercari- cari erti kehidupan itu...kesempurnaan itu milik Allah, maka duhai hatiku, usahlah bersedih agar kebaikan itu tidak sentiasa bersama kamu..namun teruskan usaha kamu untuk mencari kebaikan dan kesempurnaan itu..

Ya Allah, andai kehidupan itu baik untukku, kau hidupkanlah aku
andai kematian itu lebih baik untukku , maka matikanlah aku..

Hati ini sebenarnya tidak lagi mampu untuk menempuh apa jua konflik, namun sokongan shbt2 sentiasa menjadi satu anjakan kepada diri ini untuk menempuhi segala konflik yang berlaku..melihat senyuman sahabt2 amat bermakna untuk diri ini..senyuman itu menguatkan diriku untuk terus tersenyum...

InsyaAllah senyumanku takkan hilang walau sebesar mana konflik yg berlaku kerana ku tahu Allah sentiasa bersamaku dan shbt2 ku akan sentiasa tersenyum...=)

0 comments: