Wednesday, March 31, 2010

Kawan, teman, sahabat vs myself

Assalamualikum

dalam kehidupan seharian kita pernah nungkin tidak dapat lari dr seorang kawan, teman ataupun sahabat kerana we need them...

cuma bezanya penerimaan kawan, teman dan sahabat kita terhadap diri kita..

Satu persoalan yang terfikir di fikiranku kini,perlukah kita menangih simpati rakan2 untuk menerima kita..perlukah aku menagih persahabatan dripada rakan2ku???soalan yg aku tidak pasti jawapnnya

jujur aku rasakan kini, semakin hari, semakin aku rasakan aku kehilangan kawan, teman dan sahabat...adakah disebabkan diriku atau sememangnya aku hanya menjadi tempat untuk meluahkan perasaan tatkala mereka sedih dan apabila merasakan aku tempat terbaik untuk menolong mereka tatkala yang lain tidak mampu menolong mereka..sememangnya itulah yg aku rasakan, bila mereka sedih mereka dtg kepadaku, namun bila mereke gembira, tidak sedikit pun mereka teringat diriku dan bila diriku mohon pertolongan mereka sedikit amat sukar mereka untuk menolong..menolong tidak malah memeningkan adalah..

aku tak kata semua..aku tahu kawan2 aku semua baik, cuma ada segelintir yg sering mengambil kesempatan atas diri ini sehingga mencabar keegoanku..sudah lama aku cube untuk merendahkan egoku, namun untuk beberapa hari ini aku merasakan bahawa egoku sungguh tercabar dengan kelakuan- kelakuan mereka..sunguh aku ini hanya insan biasa punya hati, perasaan dan ego tersendiri..dan untuk kali ini amat sukar untukku merendahkan egoku tetapi aku akan cuba juga untuk menghilangkan egoku..untuk seketika ini biarkan aku begini mencari diriku....

....Life become more miserable, but the most important be yourself and trust ur heart SITI ATIQAH......

Saturday, March 27, 2010

no Title=)

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum

Dunia ini bulat, kehidupan umpama roda, sekejap di atas, sekejap di bwah, namun kenapa org tak perasan ye..masih ingin mengikut kepala masing2..tak nak mengalah n berlagak...
Walaupun kita punyai hak untuk mempertahankan diri tetapi cube pertahankan diri tanpa buat org marah, menyampah atu sakit hati...

wahai insan yg alpa, bangkitlah, jangan anggap anda akan selamanya berada di atas..satu hari nanti anda akan rasa ap yg anda buat..fikir la stp ap yg anda lakukan...jangan ingat dengan muka n jawatan anda yang besar, anda boleh menindas orang bawahan anda...respect orang lain dan jangan pertahankan benda yang salah...kalau tak nak buat sesuatu kerja, just say it, takyah nk berdolak dalih takpun, cakap biar baik, jgn buat orang geram...

YA Allah lembutkan hatiku untuk memaafkan insan itu...biarlah dia dgn cara dia..Ya Allah, kau berukanlah insan itu petunjuk...
SITI ATIQAH, be patient with that person,..u know what u do, so let her be in her way...lantaq pi la hang nak wat lagu apa pun tapi ingat dunia ini bulat..

Friday, March 26, 2010

Kemaafan...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah saya dan anda masih berpeluang untuk berada di bumi Allah ini....semoga nikmat ini sentiasa menjadikan diri kita bermuhasabah dan menjadikan ianya satu anjakan paradigma untuk kita menjadi yang lebih baik..

Andai hari ini kita berasa kita lemah, sebenarnya ada insan yang lain lebih berasa lemah dari kita,
andai kita rasa makanan yang kita nikmati hari ini tidak lazat, sebenarnya di satu kawasan ada yang menanti sesuap nasi ke mulut mereka
andai kita rasa hari ini kita sungguh penat, sebenarnya di satu tempat ada insan yang lagi penat dan terpaksa melupakan kepenatan demi mencari rezeki untuk keluarga mereka..
andai kita rasa hari ini kita cukup malang, tetapi ketahuilah di satu sudut ada insan yang lagi malang dari kita...

itulah kehidupan...takkan lari dari kesusahan kerana dari kesusahan itulah akan munculnya nikmat kesenangan yang akan membahagiakan diri kita selamanya...Bersabar dan berdoalh kepadaNya agar kesusahan yang kita terima menjadikan diri kita lebih dekat kepadaNya...

memberi Kemaafaan merupakan satu lagi perkara yang sering kita hadapi..kesukaran memberi kemaafan...sering terjadi di zaman ini, kemaafan sukar untuk diberi walhal kemaafan itu sungguh manis apabila diberikan..
Melafazkan kata maaf amat mudah tetapi memberi maaf sangat sukar untuk dilakukan..kenapa?
MAAF, SORRY it is a simple word but give a lot of meanings...

sejujurnya, sy juga begitu sukar untuk memberi maaf kepada insan2 yg telah membuat hati ini terasa, namun setelah difikr, kemaafan itu amat manis untuk dihadiahkan kepada insan lain...memang sukar untuk memaafkan, namun sebenarnya kemaafan itulah yang terbaik bagi segala masalah..sebagai hamba Allah kita memang tidak sempurna, nobody perfect, jadinya kita cubalah belajar untuk memaafkan sesiapa shj..singkirkan perasaan dendam turunkan ego dan wujudkanlah perasaan kasih sayang...maafkanlah insan yang memohon kemaafan kita..
pastinya satu hari nanti tidak mustahil kita akan membuat kesalahan kepada seseorng, jadilah pastinya kita inginkan kemaafan insan tersebut dan disitulah kita akan terfikir begitu indahnya kemaafan..biarlah apa yg org ingin lakukan kepada kita, biarlah ap yg org katakan kepada kita, percayala pada diri berdoala pada Allah untuk melembutkan hati kita memaafkan orang itu..

satu ketika dulu pernah saya berselisih faham dengan sahabat baik sy sendiri..disebabkan perselisihan faham itu, hampir 3 tahun kami tidak bertegur sapa, namun apabila masuk tahun keempat, kesedaran untuk berbaik timbul dalam diri saya, namun keegoan mengatasi segalanya...namun Alhamdulillah, Allah memberi petunjuk kepada saya untuk memperbaiki hubungan saya, berkat kasih sayangNya, Alhamdulillah saya dan dia terbuka untuk menyelesaikan perselisihan kami secara terbuka, kami akhirnya saling memaafkan kerana apabila diingatkan kembali peristiwa itu, masing2 punya salah tersendiri...ap yg ingin sya katakan, setelah kemaafan itu diberi, satu kelegaan di dalam hati yang tidak dapat digambarkan wujud di laman hati ini...betapa lapangnya hati ketika itu dan pada masa itu tiada kata2 yg dapat menggambarkan perasaan hati ini ketika itu, sungguh tenang...daripada itu, saya mengetahui bahawa sungguh mahal erti kemaafan itu tetapi hasilnya sungguh manis untuk dikenang..setelah kemaafan itu diberi dan diterima hubungan kami lebih rapat berbanding dulu dan tiada ap lg yang mampu memisahkan hubungn kami melainkan maut..InsyaAllah, semoga persahabatn kami sentiasa dirahmati Allah..

SAHABAT2, marilah kita bersama- sama memberi kemaafan dan saling bermaaf- maafan antara satu sama lain..=)..

Dengan ini SITI ATIQAH BINTI ALI, memohon maaf kepada sesiapa yang sy telah sakiti hatinya samada sedar atau tidak.sesungguhnya, tiada niat untuk menyakiti kalian..i love u all..=)

..Sesungguhnya tidak memaafkan itu kehinaan, tetapi memaafkan itu adalah kemulian..

Tuesday, March 23, 2010

Story of my heart...

Assalamualaikum ....

Pengalaman membuatkan diri kita lebih tabah, tetapi kdg2 sukar untuk ditafsirkan kata2 ini sebabnya, kadang2 kita alami pglmn pahit then kita ckp takpe sabar, jadikan pengalaman itu sebagai pengajaran dan lepas ni u will be more better...but its so difficult to realize that sentence...kita akan jdikan pglmn tu pengajaran pd masa akan dtg, tp kdg2 bila kita alami sekali lg benda itu, kita rasa so down walaupun kita dah pernah alami, realitinya memang begitu,sukar untuk kita melupakan yg pahit dan menjadikan ianya betul2 pengajaran yang bermakna dalam hidup ini..

Namun sebagai hamba Allah, kita perlu sentiasa berdoa agar apa yg telah berlaku sama ada pahit ataupun manis dapat dijadikan satu landasan untuk diri kita berubah menjadi yang lebih baik..Doa itu senjata orang mukmin, makanya BERDOALAH selalu agar kita sentiasa tenang dan berasa bersyukur dengan kehidupan kita...

Smile always, feel grateful with what we have in our life...bersyukur...

Biarlah dugaan datang menggunung, namun cekalkan hati, kuatkan semangat tingkatkan keimanan untuk menghalang dugaan itu daripada terus membelenggu diri kita...

Jadikan setiap apa yang berlaku sebagai satu pengajaran untuk kita menjadi yang lebih baik...Mencuba dan yakin untuk Mencuba dua perkara yang berbeza..maka, yakinlah pada diri untuk mencuba sesuatu yang bermanfaat untuk diri kita sendiri..

yesterday was yesterday
today is today
tomorrow will be to tomorrow...

TRUST YOUR HEART BE YOURSELF=)


-I LOVE MY PARENTS..THANKS MAK N ABAH FOR EVERYTHING-

Thursday, March 4, 2010

Hati berkata....

Assalamualaikum..

Ya Allah lembutkanlah hatiku untuk menerima perbuatan mereka..maafkan mereka andainya mereka tersilap..dan maafkan diriku andai diri ini yg bersalah...

Duhai hati, kau maafkan mereka..ku tahu amat sukar untuk menerimanya , namun mereka juga manusia..usahlah dilihat jawatan mereka yg tinggi tetapi lihat diri mereka seadanya...

Wahai hatiku, memaafkan bukanlah bererti melupakan tetapi memaafkan adalah memberi peluang kepada diri dan insan2 tersebut untuk bermuhasabah diri masing2...

Sabarlah....
Senyum seindah suria
yang membawa bahagia.....Makanya..Senyum=)

A moment To rEMemBer=)

assalamualaikum...



hari ini, cukup setahun kami ke sabah..i miss that moment. i really want to go there again...i promise to myself that, i must to go there again before i get married..hehehhehe.

bila dikenangkan kembali, tak sangka dh pernah menjejakkan kaki ke sabah.. bila diingatkan kembali jerit perih tak sangka kami berjaya jua untuk merealisasikan program ini...bila ditanya di mana kami dapat kekuatan untuk meneruskan projek ini setelah dihimpit pelbagai masalah, kmi tak ada jawpan untuk itu..tapi apa yg penting..KERJASAMA (VERSI wonder Pet..heheh)

Mag Sukul untuk semua yang menjayakan program INTEGRASI SABAH 2009..=)

SABAH, wait for me...=)