Friday, March 26, 2010

Kemaafan...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah saya dan anda masih berpeluang untuk berada di bumi Allah ini....semoga nikmat ini sentiasa menjadikan diri kita bermuhasabah dan menjadikan ianya satu anjakan paradigma untuk kita menjadi yang lebih baik..

Andai hari ini kita berasa kita lemah, sebenarnya ada insan yang lain lebih berasa lemah dari kita,
andai kita rasa makanan yang kita nikmati hari ini tidak lazat, sebenarnya di satu kawasan ada yang menanti sesuap nasi ke mulut mereka
andai kita rasa hari ini kita sungguh penat, sebenarnya di satu tempat ada insan yang lagi penat dan terpaksa melupakan kepenatan demi mencari rezeki untuk keluarga mereka..
andai kita rasa hari ini kita cukup malang, tetapi ketahuilah di satu sudut ada insan yang lagi malang dari kita...

itulah kehidupan...takkan lari dari kesusahan kerana dari kesusahan itulah akan munculnya nikmat kesenangan yang akan membahagiakan diri kita selamanya...Bersabar dan berdoalh kepadaNya agar kesusahan yang kita terima menjadikan diri kita lebih dekat kepadaNya...

memberi Kemaafaan merupakan satu lagi perkara yang sering kita hadapi..kesukaran memberi kemaafan...sering terjadi di zaman ini, kemaafan sukar untuk diberi walhal kemaafan itu sungguh manis apabila diberikan..
Melafazkan kata maaf amat mudah tetapi memberi maaf sangat sukar untuk dilakukan..kenapa?
MAAF, SORRY it is a simple word but give a lot of meanings...

sejujurnya, sy juga begitu sukar untuk memberi maaf kepada insan2 yg telah membuat hati ini terasa, namun setelah difikr, kemaafan itu amat manis untuk dihadiahkan kepada insan lain...memang sukar untuk memaafkan, namun sebenarnya kemaafan itulah yang terbaik bagi segala masalah..sebagai hamba Allah kita memang tidak sempurna, nobody perfect, jadinya kita cubalah belajar untuk memaafkan sesiapa shj..singkirkan perasaan dendam turunkan ego dan wujudkanlah perasaan kasih sayang...maafkanlah insan yang memohon kemaafan kita..
pastinya satu hari nanti tidak mustahil kita akan membuat kesalahan kepada seseorng, jadilah pastinya kita inginkan kemaafan insan tersebut dan disitulah kita akan terfikir begitu indahnya kemaafan..biarlah apa yg org ingin lakukan kepada kita, biarlah ap yg org katakan kepada kita, percayala pada diri berdoala pada Allah untuk melembutkan hati kita memaafkan orang itu..

satu ketika dulu pernah saya berselisih faham dengan sahabat baik sy sendiri..disebabkan perselisihan faham itu, hampir 3 tahun kami tidak bertegur sapa, namun apabila masuk tahun keempat, kesedaran untuk berbaik timbul dalam diri saya, namun keegoan mengatasi segalanya...namun Alhamdulillah, Allah memberi petunjuk kepada saya untuk memperbaiki hubungan saya, berkat kasih sayangNya, Alhamdulillah saya dan dia terbuka untuk menyelesaikan perselisihan kami secara terbuka, kami akhirnya saling memaafkan kerana apabila diingatkan kembali peristiwa itu, masing2 punya salah tersendiri...ap yg ingin sya katakan, setelah kemaafan itu diberi, satu kelegaan di dalam hati yang tidak dapat digambarkan wujud di laman hati ini...betapa lapangnya hati ketika itu dan pada masa itu tiada kata2 yg dapat menggambarkan perasaan hati ini ketika itu, sungguh tenang...daripada itu, saya mengetahui bahawa sungguh mahal erti kemaafan itu tetapi hasilnya sungguh manis untuk dikenang..setelah kemaafan itu diberi dan diterima hubungan kami lebih rapat berbanding dulu dan tiada ap lg yang mampu memisahkan hubungn kami melainkan maut..InsyaAllah, semoga persahabatn kami sentiasa dirahmati Allah..

SAHABAT2, marilah kita bersama- sama memberi kemaafan dan saling bermaaf- maafan antara satu sama lain..=)..

Dengan ini SITI ATIQAH BINTI ALI, memohon maaf kepada sesiapa yang sy telah sakiti hatinya samada sedar atau tidak.sesungguhnya, tiada niat untuk menyakiti kalian..i love u all..=)

..Sesungguhnya tidak memaafkan itu kehinaan, tetapi memaafkan itu adalah kemulian..

0 comments: