Sunday, August 15, 2010

Cipta SyurGa di HAti..

salam..

daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasullullah s.a.w. Bersabda:

'' dunia adalah penjara bagi orang MUkmin dan syurga bagi orang kafir''..hadis riwayat muslim..

sebagai orang mukmin kita perlu memahami bahawa kehidupan hari ini adalah ukuran kehidupan di akhirat nanti..sebgai org yang cemerlang, kita perlu melihat dunia ini sebagai positif dan melihat kehidupan ini berbeza dengan orang lain..

setiap musibah dan dugaan yang diterima dalam kehidupan ini pasti ada hikmah disebaliknya..tak usahlah kita sering mengeluh 'mengapa dan kenapa' setiap kali ujian diturunkan kepada kita, tak usahlah kita bersusah payah memikirkan kenapa ianya terjadi namun, teruskanlah usaha untuk memperbaiki kehidupan kita teruskan mencari penyelesaian masalah kita kerana ganjaran Allah terhadap org2 yg bersabar pasti ada untuk hamba2Nya...

Nabi S.A.W bersabda,

'tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang mneyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa- dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunya (pada musim luruh)...
- Abdullah bin Mas'ud r.a.

maka , shbt2 sekalian positif diri dan minda kita ..fahami tujuan dan eri hidup yang sebenarnya, tinggalkan sikap mengeluh,yakin dengan pendiran bahawa Allah akan sentiasa ada untuk hamba- hambaNya dan ganjaran Allah sentiasa melimpahi kepada hamba2Nya yang bertaqwa kepadaNya.. Percayalah dan yakinlah bahawa apa jua kesusahan yang dilalui hanya sekadar dugaan di dunia sahaja untuk mendapat yang terbaik di akhirat kelak.. Sesungguhnya Allah Maha Adil, Maha Bijaksana , Maha Pemurah dan MAha Penyayang....usah lah kita masih mengesalkan ttg nasib yang menimpa diri kerana kita tidak akan tahu ap yang bakal berada di akhir penantian kita...

ciptalah syurga di hati dan minda kita kerana itulah kunci kebahagian kita..ciptalah syurga di hati kerana ianyalah yg memandu kita ke arah syurga yang kekal abadi...InsyaAllah..semoga kita bersama- sama mendapat pengakhiran yang terbaik...Amin..

I LOVE MYSELF THE WAY I AM.....=)

0 comments: