Tuesday, August 3, 2010

MQA...

Salam

minggu ni, IPG KPI telah dilawati oleh pegawai2 MQA untuk mengakreditasi program PISMP bagi Pengkhususan Pengajian Islam dan Bahasa Arab..

JPP tidak ketinggalan di MQA, dan saya merupakan salah sorg yg terpilih untuk di MQA, sungguh mendebarkan namun alhamdulillah, berkat kerjasama dan sokongan semua, kami team JPP berjaya untuk mengharungi MQA ni..

Pengalaman disoal siasat oleh MQA memberi pengalaman yang cukup bermanfaat..bagi sy MQA adalah satu proses ke arah perubahan mentaliti mahasiswa IPG...InsyaAllah pengalaman ditemu duga MQA akan dijadikan pengalaman yg terbaik untuk meningkatkan kecemerlangan diri....

sedikit perkongsian berkaitan MQA..


Majlis Agensi Kelayakan Malaysia



Majlis Agensi Kelayakan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679) mempunyai fungsi berikut:

1. meluluskan rancangan dan dasar bagi pengurusan Agensi;
2. meluluskan apa-apa pindaan atau pengemaskinian Kerangka Kelayakan Malaysia;
3. meluluskan dasar dan garis panduan yang berhubungan dengan akreditasi program, kelayakan atau pemberi pendidikan tinggi atau audit institusi;
4. meluluskan sebarang perkara yang berhubungan dengan fungsi, kuasa, kewajipan, saraan, elaun, honorarium, faedah dan tatakelakuan pegawai, pekerja, ejen dan pakar perunding Agensi;
5. menerima dan mengawasi laporan, penyata, pernyataan dan sebarang maklumat lain yang berhubungan dengan akreditasi, audit institusi dan penilaian;dan
6. melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan fungsinya di bawah Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007.

Keahlian Majlis MQA adalah seperti berikut:

1. Pengerusi;
2. Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia;
3. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi atau wakilnya;
4. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran atau wakilnya;
5. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia atau wakilnya;
6. Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam atau wakilnya;
7. Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Pendidikan Tinggi atau wakilnya;
8. seorang wakil pemberi pendidikan tinggi awam
9. seorang wakil pemberi pendidikan tinggi swasta; dan
10. lapan orang anggota lain yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengetahuan khas, pengalaman dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan tinggi atau pekerjaan, sekurang- kurangnya dua orang daripadanya hendaklah daripada badan profesional

Ahli-ahli Majlis adalah dilantik oleh Y. B. Menteri kecuali ahli di bawah perenggan (i) hingga (x).

SENARAI AHLI MAJLIS

Pengerusi
Tan Sri Dato’ Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yassin
Pengerusi
Agensi Kelayakan Malaysia

Timbalan Pengerusi
Professor Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Zawawi Ismail


Ahli-Ahli

1. Dato’ Dr. Syed Ahmad Hussein

Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia
2. Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan

Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi
3. Tan Sri Dr. Zulkurnain Hj. Awang

Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran
4. Dato’ Segarajah Ratnalingam

Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia
5. Tan Sri Ismail Adam

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam
6. Prof. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi

Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
7. Professor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abd Razak

Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia
8. Dr. Parmjit Singh

Presiden, Malaysian Association of Private Colleges & Universities
9. Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Judin Bin Abdul Karim

Ketua Pengarah Kerja Raya, Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya
10. Y. Bhg. Ir. Prof. Dato’ Dr. Chuah Hean Teik

Presiden, Universiti Tunku Abdul Rahman
11. Tan Sri Datuk Dr. Hj. Mohd. Ismail Merican

Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
12. Prof. Datuk Dr. Khaw Lake Tee

Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Malaya
13. Dato’ Dr. Mahani Zainal Abidin

Director-General, Institute of Strategic and International Studies (ISIS)
14. Tan Sri Dato’ Prof. Emeritus Dr. Gajaraj Dhanarajan

Naib Canselor & Ketua Pegawai Eksekutif, Wawasan Open University
15. Dato’ Dr. Adnan Alias

Managing Director/ Chief Executive Officer, Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn. Bhd.
16. Professor Robin Pollard

Pro Vice-Chancellor and President, Monash University
17. Prof. Zita Hj. Mohd Fahmi

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti), Agensi Kelayakan Malaysia

(Setiausaha)

0 comments: