Monday, January 3, 2011

Cerita Hari Pertama

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini sy masih diberi nikmat oleh Allah S.W.T untuk meneruskan pengajian saya di bumi IPG KPI yang tercinta..hari ini saya masih diberi ruang dan kesempatan untuk bertemu kembali sahabat sekuliah dan shbt2 lain di sini..

hari pertama semester ini sememangnya mencoretkan seribu cerita yang tak mungkin dilupakan, cerita ttg kuasa dan pengaruh, cerita ttg penindasan , perubahan, penambahbaikkan…

Saya menghadapi hari pertama sem ini dgn mencabar, berhadapan dgn insan yang menggunakan kuasa yg melulu, insan yang bagi saya tiada perasaan waima sekecil zarah, berdepan dengan insan yang hanya tahu kemenangan berpihak kepadanya jua berdepan dengan erti sebuah kelemahan dan keinsafan..namun saya sedar bahawa mencabarnya hari yang saya lalui ini, tak mungkin seperti mencabarnya zaman Rasulullah menyampaikan ajaran Islam..

hari ini dilalui dengan cerita yang membuatkan diri ini sedar bahawa kita hanya mampu merancang , Tuhan yang menentukan..insaf bahawa hanya kesabaran dan toleransi yang mampu menjadikan kita mampu untuk hidup bermasyarakat dan tahu bahawa kita perlu menerima qada’ dan qadar Allah dan meneyedari bahawa pentingnya Tawakkal setelah berusaha..

Walaupun penat dan letih sepanjang hari , namun berkat dipinjamkan kesabaran dan kekuatan dari Allah S.W.T. saya masih mampu untuk meneruskan perjuangan untuk hari esok..Saya sedar bahawa Allah adalah sebaik- baik tempat mengadu dan Allah jua la yang membantu kita dalam apa jua keadaan...Terima Kasih Ya Allah atas nikmat yang kau berikan ini...Usah mengeluh kerana saya perlu sedar bahawa ini hanyalah Ujian kecil yang diberikan kepada saya..

Ya Allah, kau lembutkanlah hatinya untuk mengubah apa yg dibuatnya..kau lembutkan hatinya untuk menerima pandangan kami ini, kau lembutkan hatinya untuk tidak sentiasa melakukan perubahan yang kami tak mampu untuk patuh dan Ya Allah kau tenangkan jua hati- hati kami supaya kami berjaya mencari penyelesaian terbaik untuk menerima arahannya, kau kekalkan di hati kami rasa hormat kepadanya sebagai guru kami…hanya Pada-Mu kami memohon pertolongan..Kau sabarkan kami dan berilah rahmat ke atas kami…

Ya Allah, kau tabahkan hatiku menerima kelemahan diri ini, kau insafkan diriku pada erti sebuah kelemahan ini..kau redakan diriku menerima ketentuan ini..Hanya Pada-Mu aku berserah Ya Allah..Jangan kau jadikan aku dari golongan yang tidak tahu bersyukur atas nikmatMu,

* semoga hari ini menjadi pemangkin diri untuk menuju ke sebuah destinasi yang penuh dengan rahmat Allah S.W.T *

0 comments: