Saturday, January 8, 2011

tentang BUSY or SIBUK

bismillahirahmanirahim..assalamualaikum

alhamdulillah, hari ini dilalui dengan baik nikmat kasih dan sayang Allah S.W.T

hari ni, saya nk menulis tentang BUSY atau Melayunya SIBUK..kenapa kita sentiasa busy dan sibuk ek??
ungkapan ni mesti biasa anda dengar kan

1) kenapa xdatang semalam ? ''maafla, saya sibuk la''
2) kenapa awak xsiapkan keja ni? ''maaflah, saya busy sgt2 smpai terlupa nk buat''
3) kenapa nk balik cepat sangat ? ''maaflah, sy tak ada masa la, hari ni sibuk sangat, jadinya nk blik awal siapkan keje yg tak siapkan lagi..
4) kenapa dah lama tak balik kampung? ''mintak maaf la mak, xdpt balik kg, nk balik tapi asyik sibuk jek, tu yang tak sempat nk balik tu, maaf ye mak..''

erm, mungkin ni sedikit jek la ungkpn ttg sibuk or busy..dunia semakin lama semakin sukar untuk kita teroka, masa semakin lama semakin pendek dirasakan sampai 24 jam yang dikurniakan oleh Allah S.W.T rasa memang tak cukup sampai kadang- kadang ada yang tak tidur or berehat untuk siapkan kerja yang bertimbun..

persoalannya, kenapa kita terlalu busy??? adakah kita segaja untuk menyibukkan diri atau benar- benar kita sibuk sehingga kita terlepas pelauang yang berharga, kita hilang masa senggang kita , kita hilang masa untuk diri kita dan hilang masa untuk keluarga dan mungkin ada yang sampai hilang masa untuk Alla S.W.T...(nauzubillah, moga2 walau sesibuk mana, kita masih ada masa untuk Allah S.W.T.)

Dunia semakin lama semakin menghimpit kita, kita sibuk kerana sebenarnya kita kurang mahir dalam pengurusan masa..kalau kita pandai uruskan masa, rasanya pasti takde istilah TAK ADA MASA dalam hidup kita..walaupun memang kadang2 kerja teramat lah banyak sampai tak terlarat nk buat tapi bila saya fikirkan kembali, kerja2 itu boleh diuruskan dengan baik sekiranya kita pandai uruskan masa..

contohnya, mungkin segala assignments kita boleh siap semua kalau kita planning betul2 untuk menyiapkannya dan buat dengan bersungguh- sungguh tanpa buat keje yang kurang berfaedah, macam main game or bermain Fb...bukanlah sy kata xleh main, sy pun ber facebook juga, tpi mungkin betullah, kalau sy tidak berfacebook ketika membuat assignments, mungkin kerja saya akan siap dengan baik..apa2 pun tanya diri anda sendiri 'kenapa saya sentiasa sibuk ye??'

kesibukan kita kdg menyebabkan kita takde masa untuk diri kita sendiri..sy dh alami benda ni, terlalu sibuk sehingga tiba2 sy rasa sy dh lupa untuk bg diri sy rehat, lupa untuk bergembira dgn rakan, apa yg sy tahu ketika itu, kerja saya siap...

namun sebenarnya kesibukan akan mengajar kita erti kematangan, erti kesungguhan dan erti ketaqwaan dan menguatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T..

bila kita terlalu sibuk, tidak dapat dinafikan, nak solat pun terkejar- kejar, nk baca quran pun kena amik masa yg betul2 relax, nk solat malam pun tak sempat- sempat..jadinya, bila kita seorang yang Muslim yang sebenar, kesibukan akan mengajar kita menyusun waktu untuk Allah S.W.T, menguatkan keimanan kerana bila kita sibuk kita antara dua nak atau xnak buat, jadinya ianya menguatkan keimanan kita sekiranya kita tetap melaksanakan perintah Allah S.W.T tak kira sesibuk mana pun kita. kita akan sentiasa mencari masa untuk membaca al- Quran dan kita sentiasa memperuntukkan waktu malam kita untuk beribadat kepada Allah S.W.T..insyaAllah sekiranya kita sentiasa bermuhasabah diri, kita pasti dapat apa yg kita inginkan..

kesibukan mengajar kita kematangan, kematangan berfikir untuk menyelesaikan tugas dengan cepat dan teratur..kesibukan menjadi suatu proses untuk kita belajar tentang hidup ini..belajar untuk mematangkan diri menerima apa jua dalam hidup ini...

kesibukan juga akan mengajar kita tentang kesungguhan, kesungguhan dalam hidup, mengejar kecemerlangan hidup dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan, kesungguhan menyelesaikan masalah dan kesungguhan mencari erti kepuasan dalam hidup..

apa pun, walau sesibuk mana pun kita jangan sampai kita lupa Allah , jangan sampai kita lupa mak ayah, keluarga dan jangan lupa hidup di dunia ini sementara sahaja, walaupun sesibuk mana kita mengejar dunia, ingatlah bahawa akhirat jua yang kekal abadi..

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)". (al-'Ankabut [29] : 64)

semoga masa- masa sibuk yang kita jalani bermanfaat dan diredai Allah S.W.T..insyallah

wallahualalam...

0 comments: