Wednesday, April 27, 2011

Mencintai dia di dalam diam

“ Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa’: 32)

Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui, saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.

Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )

Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..

” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )

Cukup cintai dia dalam diam.

Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan.

Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan.

Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )

.

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)


Sumber: Mencintai Dia Dalam Diam | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/mencintai-dia-dalam-diam/#ixzz1KimA3KlZ..


- untuk diriku dan semua, semoga kita menjumpai jalan yang terbaik..-

Monday, April 25, 2011

Erti hidup kerana memberi..

Bismillahirahmanirahim...
salam..

erti hidup kerana memberi..inilah kata- kata yang sering diungkapkan oleh ustaz saya setiap kali usrah dan kata2 yg diungkapkan oleh Ydp saya..kata- kata inilah yang menguatkan semangat saya untuk terus berbakti..bila difikirkan semula secara mendalam, memang benar, erti hidup adalah kerana memberi kerana apalah ertinya kita hidup 10000 tahun sekali pun tapi dalam umur kita itu, xpernh sekali pun kita memberi manfaat pada orang lain..

''Dan apa (keberatan) bagi mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian dan menginfakkan sebahagian rezeki yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan Allah Maha Mengetahui keadaan mereka..(An-Nisa': 39)''

sememangnya kita ada hak untuk memberi pertolongan atau menolak untuk memberi pertolongan tetapi kita perlu ingat org yg meminta pertolongan itu juga ad hak untuk ditolong, hidup kita bukan sendirian tapi hidup kita bermasyarakat...

dalam hidup kita yg kita lalui pastinya kita akan berjumpa dengan org yg pentingkan diri, org yg tak nak amik kisah hal org lain, dan alhamdulillah kalau kita selalu jumpa org yg memang sgt baik , sgt suka menghulurkan bantuan berbanding sebaliknya..

sejujurnya saya pernah jumpa org yg sgt pentingkan diri, sampai sy terfikir xnk tgk muka dia,tapi difikirkan balik, bukan salah mereka sepenuhnya...faktor persekitaran dan faktor keluarga yg menjadikan mereka seperti itu..tapi satu jek yg sy selalu ingtkan pada diri saya dan kawan2, kita memang bukan org yang sempurna tapi kita boleh berusaha untuk menjadi sempurna..biarlah kita bukan sempurna di mata org lain, tetapi kita sempurna di depan Allah..bila kita dah rasa sempurna, semuanya akan menjadi lebih mudah..

erti hidup kerana memberi, jadinya mengapa kita perlu nk pentingkan diri dgn tidak membantu dan mengambil kesempatan atas kelemahan org lain?? iya kadang2 kita memang perlu pentingkan diri, tapi ikutlah situasi dan kesesuaiannya...kadang2 saya terasa dengan sikap org sebegini sebab bagi saya memang xpatut mereka pentingkan diri dalam keadaan genting dan gawat...bukan ke tangan yang memberi itu lebih mulia daripada yang menerima??



saya bukan sempurna, saya bukan baik, saya bukan pandai, saya bukan kaya untuk cakap semua org perlu membantu antara satu sama lain, tapi saya manusia, sy ada hati, saya ada perasaan dan saya ada agama yg menyuruh saya menyampaikan sesuatu yg baik untuk kebaikan semua org.. teringat satu hadis ;

''sampaikanlah walau satu ayat''

untuk diri saya sendiri dan kawan2, marilah kita saling bantu antara satu sama lain..apa yg kita ada, kita kongsilah pada yg memerlukan, buanglah sikap pentingkan diri pada situasi yg tak sepatutnya, belajarlah hidup bermasyarakat dengan baik, belajar untuk menyumbang sesuatu yg bermanfaat untuk org lain..belajar dan fahamilah ayat ini ''ERTI HIDUP ADALAH MEMBERI''

terima kasih untuk ustz yg memberi sy ayat ini..ayt ini sgt berharga dan sgt bernilai...iya kini sy faham mengapa ustz selalu bagi ayat ini..syukran ya ustaz..=)

Saturday, April 23, 2011

SK Bukit Tampoi (Asli)






Salam..

alhmdulillah Praktikum Fasa 1 telah berjaya ditamatkan dengan pelbagai cerita yang indah..

Cikgu Siti, panggilan keramat untuk diriku...mengajar di sebuah sekolah murid org asli mengajar diri ini banyak perkara..banyak cabaran untuk mengajar murid orang asli ni..pada awalnya, hampir menitis air mata setelah mengajar mereka..'susahnya nak ajar mereka ni', nilah ayat keramat yg terkeluar saat kali pertama mengajar mereka..namun, dengan ilham dan nikmat iman yg diberikan Allah S.W.T, alhmdulillah sy berjaya juga menamatkan praktikum ku di sekolah ini walaupun sukar..

mengajar anak- anak orang asli sememangnya agak sukar kerana mereka amat lemah dalam menguasai pelajaran...agak sukar untuk memahamkan mereka tentang satu- satu topik..saya mengajar subjek Kajian Tempatan yang sememangnya subjek fakta , makanya pelbagai kaedah perlu dilakukan supaya akhirnya murid- murid ini faham apa yg dipelajari..

saya akui, aktiviti hands-on amat berkesan untuk mereka, menggunting dan menampal amat menarik untuk mereka, tayangan video memberangsangkan mereka untuk terus belajar..bbm perlu banyak, menggunakan ICT perlu dengan benda- benda konkrit, benda2 konkrit ini perlu ada aktivti hands-on, barulah mereka akan faham apa yang diajar..

saya pernah melaksanakan PLBD untuk mereka kerana saya tahu murid org asli amat dekat dengan alam, tetapi saya tidak berjaya mendekatkan diri mereka dengan alam sambil belajar kerana mereka tidak mampu belajar secara auditori...mereka perlu lihat, dengar dan rasa, barulah mereka dapat menguasai topik itu..di sini saya sedar,mengajar murid org asli mempunyai banyak cabaran dan memerlukan guru kreatif dalam memilih kaedah yang sesuai untuk mengajar..

Di akhir pengajaran, saya sering meminta murid mengulangi apa yg saya ajar, namun kadang2 hampa, mereka tidak mampu mengulanginya dengan baik walapupun sepanjang pengjaran aktiviti soal jawab tidak henti sy lakukan untuk mengukuhkan ingatan mereka..namun, saya tidak boleh mengalah, saya tidak boleh terhenti kerana itu tugas saya dan saya ingat pesanan pensyarah saya 'awak tak perlu nak target tinggi, awak ajar mereka, mereka seronok, itu yg penting, saya nk tengok bagaimana awak berinteraksi dgn mereka'..

Kaedah yg terbaik yg berkesan untuk mereka adalah belajar melalui bermain,..saya buat roda impian, menembak, sukaneka untuk mereka, dan saya lihat mereka sangat seronok dan akhirnya mereka mampu menjawab segala soalan saya di akhir pengajaran..=)

walaupun sukar nk mengajar mereka, walaupun pening nk bagi aktiviti yg menarik untuk mereka walaupun xtidur malam untuk buat BBM untuk mereka, tetapi akhirnya saya puas mengajar mereka, kepuasan apabila murid tertanya- tanya 'bila cikgu nk masuk kelas kami lagi', 'boleh tak cikgu siti masuk kelas kami', 'cikgu siti, minggu depan nak main apa pulak'..itulah kepuasan mengajar, kepuasan apabila murid tertunggu- tunggu bila gurunya akan masuk mengajar mereka...

Saya sayang murid- murid saya,mereka ingin berubah, mereka ingin berjaya,.saya dapat lihat riak wajah di muka mereka amat dahagakan ilmu, mereka perlu bimbingan dan didikan yang berterusan dengan cara mereka sendiri..mereka perlu diajar dengan cara mereka belajar..mereka tidak boleh dipaksa menulis, membaca dan mengira sekiranya mereka tidak mampu, tetapi mereka boleh dipaksa untuk belajar dan terus belajar..mereka perlukan motivasi bimbingan dan sentuhan dan belaian seorg guru..




insyaAllah saya ingin kembali ke sekolah itu dengan menghasilkan satu kajian berkenaan pembelajaran mereka..


5 Dahlia