Saturday, April 23, 2011

SK Bukit Tampoi (Asli)






Salam..

alhmdulillah Praktikum Fasa 1 telah berjaya ditamatkan dengan pelbagai cerita yang indah..

Cikgu Siti, panggilan keramat untuk diriku...mengajar di sebuah sekolah murid org asli mengajar diri ini banyak perkara..banyak cabaran untuk mengajar murid orang asli ni..pada awalnya, hampir menitis air mata setelah mengajar mereka..'susahnya nak ajar mereka ni', nilah ayat keramat yg terkeluar saat kali pertama mengajar mereka..namun, dengan ilham dan nikmat iman yg diberikan Allah S.W.T, alhmdulillah sy berjaya juga menamatkan praktikum ku di sekolah ini walaupun sukar..

mengajar anak- anak orang asli sememangnya agak sukar kerana mereka amat lemah dalam menguasai pelajaran...agak sukar untuk memahamkan mereka tentang satu- satu topik..saya mengajar subjek Kajian Tempatan yang sememangnya subjek fakta , makanya pelbagai kaedah perlu dilakukan supaya akhirnya murid- murid ini faham apa yg dipelajari..

saya akui, aktiviti hands-on amat berkesan untuk mereka, menggunting dan menampal amat menarik untuk mereka, tayangan video memberangsangkan mereka untuk terus belajar..bbm perlu banyak, menggunakan ICT perlu dengan benda- benda konkrit, benda2 konkrit ini perlu ada aktivti hands-on, barulah mereka akan faham apa yang diajar..

saya pernah melaksanakan PLBD untuk mereka kerana saya tahu murid org asli amat dekat dengan alam, tetapi saya tidak berjaya mendekatkan diri mereka dengan alam sambil belajar kerana mereka tidak mampu belajar secara auditori...mereka perlu lihat, dengar dan rasa, barulah mereka dapat menguasai topik itu..di sini saya sedar,mengajar murid org asli mempunyai banyak cabaran dan memerlukan guru kreatif dalam memilih kaedah yang sesuai untuk mengajar..

Di akhir pengajaran, saya sering meminta murid mengulangi apa yg saya ajar, namun kadang2 hampa, mereka tidak mampu mengulanginya dengan baik walapupun sepanjang pengjaran aktiviti soal jawab tidak henti sy lakukan untuk mengukuhkan ingatan mereka..namun, saya tidak boleh mengalah, saya tidak boleh terhenti kerana itu tugas saya dan saya ingat pesanan pensyarah saya 'awak tak perlu nak target tinggi, awak ajar mereka, mereka seronok, itu yg penting, saya nk tengok bagaimana awak berinteraksi dgn mereka'..

Kaedah yg terbaik yg berkesan untuk mereka adalah belajar melalui bermain,..saya buat roda impian, menembak, sukaneka untuk mereka, dan saya lihat mereka sangat seronok dan akhirnya mereka mampu menjawab segala soalan saya di akhir pengajaran..=)

walaupun sukar nk mengajar mereka, walaupun pening nk bagi aktiviti yg menarik untuk mereka walaupun xtidur malam untuk buat BBM untuk mereka, tetapi akhirnya saya puas mengajar mereka, kepuasan apabila murid tertanya- tanya 'bila cikgu nk masuk kelas kami lagi', 'boleh tak cikgu siti masuk kelas kami', 'cikgu siti, minggu depan nak main apa pulak'..itulah kepuasan mengajar, kepuasan apabila murid tertunggu- tunggu bila gurunya akan masuk mengajar mereka...

Saya sayang murid- murid saya,mereka ingin berubah, mereka ingin berjaya,.saya dapat lihat riak wajah di muka mereka amat dahagakan ilmu, mereka perlu bimbingan dan didikan yang berterusan dengan cara mereka sendiri..mereka perlu diajar dengan cara mereka belajar..mereka tidak boleh dipaksa menulis, membaca dan mengira sekiranya mereka tidak mampu, tetapi mereka boleh dipaksa untuk belajar dan terus belajar..mereka perlukan motivasi bimbingan dan sentuhan dan belaian seorg guru..




insyaAllah saya ingin kembali ke sekolah itu dengan menghasilkan satu kajian berkenaan pembelajaran mereka..


5 Dahlia





0 comments: