Monday, October 31, 2011

~ bahaGia ~

salam..

ababila berbicara tentang bahagia, semua org akan suka..sapa yang xsuka bahagia.. lagi2 merasai bahagia dengan insan- insan yang disayangi...

Bahagiakah kita apabila melihat org lain bahagia?
bahagiakah kita apabila melihat org lain derita?
bahagiakah kita apabila mmberi bahagia kita pada org lain?

jawapannya ada pada anda sendiri..

dalam hidup kita xperlu xtamak dengan bahagian yang kita ada.. Mungkin bahagia yang Allah bagi pada kita hanya pinjaman sementara...dan sememangnya bahagia di dunia adalah hanya sementara berbanding bahagia di akhirat..

Adakalanya, sebagai manusia kita akan rasa selalu ingin bahagia, bahagia itu perlu dicari bukan ditunggu.. carilah bahagia di tempat yang anda rasa anda boleh bahagia.. Bagilah diri anda bahagia dengan apa cara sekalipun.. berilah jua bahagia itu pada insan- insan yang selayaknya mendapat bahagia itu..

'When we love somebdy set them free'', maka apabila bahagia bercinta terputus di tengah jalan ingatlah pepatah inggeris ini dan ingat melepaskan insan yang disayangi bukanlah berakhirnya dunia..Kita masih ada Allah s.w.t yang xpernah memutuskna hubungan dengan kita, hanya kita shj yang sering memutuskan hubungan dengan Allah.. Ingat, apalah yang diharap pada manusia andai Allah punya segala..

'Cinta yang sebenar adalah melihat org yang anda cintai berbahagia dengan orang lain'... inilah cinta yang terbaik, namun apa2 pun cinta yang sebenar adalah cinta pada Allah.. Andai hati mencintai Allah, maka akan datanglah cinta sejati itu...Cinta Allah adalah cinta paling agung..Carilah cintaNya, cinta akan datang pada kamu..

' menjadi yang solehah untuk mencari yang soleh'... niatlah pada Allah, untuk menjadi solehah/ soleh..muhasabah diri setiap masa, dekatkan diri dengan Allah, pasti Allah akan bantu kita menjadi yang solehah/soleh... setiap perubahan perlu kerana Allah bukan kerana ingin mencari jodoh, mndapat kenalan, mendapatkan sesuatu.. sebaik- baik perancangan adalah perancangan Allah s.w.t.


Sebagai hamba Allah, berdoalah agar kita sentiasa diberikan kebahagiaan.. berdoalah dan teruslah berdoa supaya diri kita berbahagia dengan apa yang kita ada, dengan apa yang hadapi.

hidup bukan untuk kehidupan, tetapi hidup untuk Allah..Hidup untuk mati, Mati untuk kehidupan dan mati itu pasti...

hidup sememangnya tidak selaluny indah, namun yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

Ya Allah, andai bahagia masih belum mampu kumiliki, kau kuatkan hatiku untuk sentiasa mencari bahagia itu..Ya Allah, andai bahagia itu masih tidak dapat kurasai, kau berikanlah kebahagiaan itu pada org2 di sekelilingku, kau bahagiakanlah mereka, mereka lebih memerlukan bahagia itu drku.. bahagiaku kerana bahagianya mereka. Namun Ya Allah, satu yang kupinta padaMu, kau jadikan saat aku bertemuMu adalah saat paling bahagia dalam diriku...


~ bahagia melihat mereka bahagia~ (^_^)~

semoga kita berbahagia dengan hidup kita .....

0 comments: