Sunday, January 8, 2012

Solat Sunat Dhuha :: ~

Salam..

"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


Solat Sunat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan ketika matahari sedang naik iaitu antara jam 8.00 pagi hingga jam 11 pagi. Jumlah rakaat tidak terbatas sehingga 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam..

Lafaz Niat :


"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Bacaan dalam solat :

Rakaat pertama : Surah Al- Fatihah dan Surah ad-Dhuha
Rakaat Kedua : Surah al- Fatihah dan Surah As-Syams

Pada sujud terakhir bacalah :


Maksudnya :

Kurniakanlah aku ilmu dan hikmah wahai oemberi kurnia. Kurniakanlah aku rezeki wahai oemberi rezeki dan permudahkanlah yang demikian itu untukku.

Selepas memberi salam berdoalah :



Maksudnya :

Ya Allah Bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, Kecantikan ialah kecantikanMu, Keindahan itu keindahanMu, Kekuatan itu kekuatanMu, Kekuasaan itu KekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, jika di dalam bumi keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, Berkat waktu Dhuha, keagunganMu, keindahanMu,kekuatanMu, KekuasaanMu, limpahkanlah kami segala apa yang telah engkau limpahkan kepada hamba- hambaMu yang Soleh...

Manfaat Solat Sunat Dhuha :

'' Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi).

” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.”(HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim.

sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :

"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)



~ Jom Solat Dhuha ~ (^_^) ~