Wednesday, May 23, 2012

~ Semester 7 ~

Bismillahirahmanirahim.. salam

` Semester 7 akan berakhir esok setelah tamatnya saya menjawab exam PSS3113 - PENYELIDIKAN TINDAKAN -KAEDAH ..

bila tamatnya semester 7, bermakna saya akan masuk ke semester 8 pada pertengahan bulan 6 nanti.. Masuk sem 8 bermakna saya berada di semester terakhir pengajian di bumi IPG Kampus Pendidikan Islam selama 5 tahun setengah..

~ Adakah saya sudah bersedia untuk meninggalkan alam belajar dan memasuki alam pekerjaan ??? - persoalan yang bermain di minda sekarang.. harapnya bila berakhirnya sem 8 nanti bermakna saya telah cukup bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan..

~  cerita semester 7 : suka, duka, gembira, sedih, gelak dan tawa bercampur dalam sebuah perasaan
 banyak yang berlaku sehingga kadang2 rasa terlalu lemah untuk terus bergerak... tetapi bila memikirkan ianya adalah tanda kasih sayang Allah pada saya, maka saya gagahkan diri untuk terus berjalan mencapai impian yang diimpikan.

~ semester 7 banyak mengajar saya erti menghormati..menghormati hak2 individu supaya tiada yang terluka dan tiada yang tertindas.. menghormati orang atasan dan menghormati orang bawahan. .. mengajar saya menghormati seorang 'GURU'  yang banyak menguji kesabaran,ketahanan mental dan kekuatan iman.. terima kasih puan, mungkin tanpa ujian puan, saya rasa saya lah paling mudah untuk mendekati seseorang.. tanpa amarah puan, mungkin saya rasa, sayalah yang tak pernah buat silap dan tanpa bebelan puan, sayalah orang yang paling angkuh yang tak pernah kenal erti gagal...Terima kasih puan..maafkan saya kerana sememangnya dalam mengharungi ujian demi ujian yang puan bagi saya, saya berdendam dengan puan.. tetapi Allah masih menyayangi saya, Allah membukakan pintu hati saya untuk melepaskan dendam itu puan.. Puan sebagai guru, saya sebagai murid.. mana mungkin Allah benarkan dendam itu terus beraja di hati saya..Terima Kasih Ya Allah... mungkin hanya saya yang tahu betapa sakitnya dan remuknya hati tatkala puan memarahi, buat berlaku  ................ pada saya, namun kini saya redha kerana Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik disebalik kedukaan ini.. Saya yakin dengan janji Allah kepada org2 yang sabar. Puan, maafkan saya atas rasa dendam itu...


~ Semester 7 juga mengajarkan saya  tentang erti 'PERSAHABATAN '.. semua orang mempunyai kawan.. daripada ikatan kawan yang biasa dan apabila hati antara kawan bertaut akhirnya ikatan persahabatan itu terjalin.. Ikatan yang terjalin kerana Allah ini, moga akan terus kekal dan terus dirahmati Allah.. terima kasih Siti Hajar Musa, Norhasiswana Jamhuri dan Hasnul Huda atas ikatan yang tulus ikhlas ini.

~ semester 7 jugalah menemukan saya dengan insan2 yang berhati mulia, Terima Kasih Mak Cik Hajah Tunisah, Pak Cik Haji Rodin, kak liza, cik Rashid dan keluarga yang sudi memberikan tempat berlindung panas dan hujan dan tempat menumpang manja sepanjang kami mengharungi dunia Praktikum.. semoga Allah merahmati kehidupan kalian.. Terima kasih pada Puan Warti, Ummi, pn Fazidah yang sentiasa memberikan motivasi, semangat tatkala ujian datang kepada diri ini dan sahabat2 saya.. yang menjadi tonggak kecemerlangan kami berempat.. terima kasih warga SK Jugra, anak2 murid yang disayangi...terima kasih...smoga ikatan yang terjalin akan kekal hingga akhirnya.. terima kasih juga untuk pensyarah2 subjek semester ini..thanks :) love all of u

~ Semester 7 juga membawa saya kepada satu kehidupan yang sangat matang.. kehidupan yang memerlukan saya tangkas membuat keputusan, kehidupan yang memerlukan saya mengawal emosi walaupun emosi saya diduga dengan begitu teruk... kehidupan yang mengajar saya bahawa perasaan iri hati trhadap org lain akan memusnahkan ikatan kawan...

~ di semester 7 ini juga saya kehilangan seorang rakan seperjuangan.. Semoga Allah merahmati kamu Wan Ahmad Hilmi..

~ sesuatu yang saya tidak capai adalah tentang ....................................... Ya Allah, semoga semester depan saya akan dapat capai pkr ini walaupun tidak 100 %. cukuplah saya dapat capai 50 %...

~ Tahun lepas, saya berangan- angan untuk berada di sem 7 dengan cepat, dan malam ni , malam terakhir semester 7 saya..itulah kuasa masa..~

~ terima kasih Allah kerana memberikan nikmat hidup ini sehingga detik ini.. terima kasih atas kasih sayangMu yang menguatkan diri ini untuk terus hidup di dunia ini..~

~ untuk kawan2 yang mengenali diri ini, saya memohon ampun andai pernah diri ini mengecilkan hati kalian, membuatkan kalian rasa marah..terima kasih atas rasa kasih sayang yang diberikan pada saya, halalkan segala yang termakan, terminum, terambil... dan saya SITI ATIQAH BINTI ALI dengan rasa rendah diri memaafkan kesalahan andai kalian terbuat salah pada saya dan saya menghalalkan segala apa yang saya berikan dan apa yang terambil, moga jalinan antara kita semua dirahmati Allah ~

~ Jaga diri , Jaga Iman ~

with love :

~ Siti Atiqah Ali ~



Monday, May 21, 2012

~ yiHaa..akhirnya ia hilang ~

Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum

~ akhirnya DENDAM itu terlerai ~

terima kasih Ya Allah..sesungguhnya hanya engkau yang mengetahui apa yang terbaik untukku...




mungkin apa yang terjadi masih tidak mampu dibuang dari hati ini, namun yang terbaik adalah menghilangkan rasa dendam itu dan memaafkan.. mungkin ini langkah pertama saya untuk menghilangkan segala yang pernah dirasai oleh hati ini..luka itu masih belum boleh untuk diubati tetapi, saya akan cuba supaya saya dapat mencari antibiotik yang terbaik untuk mengubati hati itu.. Dan antibiotik yang terbaik adalah MEMAAFKAN...Ya Allah berikanlah aku kekuatan yang engkau kurniakan kepadku hari ini pada hari esok dan seterusnya.. bantulah aku Ya Allah untuk berada di jalanMu yang lurus.. aku hambaMU yang sangat lemah yang boleh digugat kesabarannya dengan hanya peristiwa yang kecil..


~ melangkah ke hadapan dengan rasa dendam dan marah membuatkan saya tetap berjalan tetapi saya rasa saya merangkak tetapi   tanpa dendam dan marah membuatkan saya melangkah dengan lebih laju seakan- akan saya berlari pecut... ~
 

~ Terima Kasih Allah ~

~ Alhamdulillah, kini lebih tenang ~

~ Aishiteru : ~

Thursday, May 17, 2012

Indahnya Hidup berkawan ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani... Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi daan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Assalamualaikum.. semoga kita masih lagi dapat mengecapi indahnya nikmat iman dan islam..

~ indahnya hidup berkawan..ye.sesungguhnya alam belajar merupakan satu alam yang amat memeritkan..jauh daripada keluarga tercinta untk menimba ilmu..maka, kawanlah yang menjadi keluarga tika berjauhan dengan keluarga demi mengejar ilmu untuk kecemerlangan dunia dan akhirat..berkawan itu mudah,  hanya  dengan 'memberi salam' pada seseorang, belajar bersama di dalam kuliah yang sama, kita akan mendapat kawan.. namun, mengekalkan ikatan K.A.W.A.N itu amat payah..beruntunglah bagi mereka yang mampu berkawan hingga ke akhirnya...


~ sebagai seorang yang bernama manusia, normal berfikir, berperasaan dan bertindak, sejujurnya pasti kita perlukan kawan, we need a person tht we can called 'friends'... bukan untuk kepentingan peribadi tetapi untuk kepentingan semua,.. kawan la keluarga sewaktu belajar,  kawan la doktor semasa semasa kita sakit, kawan la peguam semasa kita menerima tuduhan, kawan la polis yang sentiasa mejaga keselamatan kita... itulah kawan dan kawanlah chef bila kita  nak makan dan kawan jugaklah bank andai kita kesepitan wang..


 ~ Kawan, sahabat, teman ---- > adakah berbeza, bagi saya ianya berbeza...namun pengertian itu tidak penting, tetapi penghayatan itu yang lebih penting..apa guna bersahabt andai bila kita susah, tiada siapa yang menolong, apa guna kawan , andai bila air mata bercucuran di pipi tiada yang mengelap dan apa guna teman andai bila kita terjatuh tiada yang menolong untuk kita berdiri kembali.. Carilah kawan, sahabat dan teman yang ramai untuk mewarna - warnikan lagi kehidupan..

~ saya bahagia punyai sahabat, kawan dan teman..menghabiskan masa bersama adalah saat terindah  dalam hidup saya... kita perlukan kawan.. daripada berkawan, banyak yang kita akan belajar, kita terokai dan  daripada kawan jugalah kita akan kenal erti kehidupan dan kematangan...


~ saya bukan kawan yang baik, jauh sekali sahabat yang terbaik, tetapi saya cuba menjadi yang terbaik...Dalam berkawan pahit manis pasti kita tempuhi.. bergaduh, bermasam muka, dengki mendengki pasti ada.. itu indahnya berkawan..daripada gaduh itu kita belajar bertolak ansur, daripada bermasam muka, kita tahu betapa cantiknya kalau kita senyum antara satu sama lain dan daripada dengki mendengki kita tahu indahnya bila kita dapat konvo bersama- sama... Ego semasa berkawan?? iya pasti semua orang ada ego, dan masa berkawan jujurnya masing2 akan cuba mempertahankan ego masing2 untuk mempertahankan diri sendiri.. seronok bila bermain dengan ego, sebab daripada sikap ego itulah kita akan jumpa keserasian dengan kawan kita dan daripada ego itulah akhirnya kita akan menitiskan air mata kekesalan kerana membiarkan hidup kita tanpa kawan..



 

~ berkawanlah slagi Allah bagi peluang kita untuk berkawan... carilah kawan selagi masih ada insan yang masih sudi berkawn.. berkawanlah sampai ke hati, berkawanlah sampai ke syurga.. untuk sahabat2 saya, kawan2 saya dan teman2 saya TERIMA KASIH ats peluang yang diberikan untuk saya berKAWAN dengan awak semua.. saya sayang kawan2 saya..

~ Sekian..JOM BERKAWAN ~




Friday, May 4, 2012

~ Noor Izzati Abdul Aziz ~

salam...



Noor Izzati Abdul Aziz : my sweet roomate since my foundation till semester 4... banyak benda yg kami kongsi bersama, byk kenangan yg xkan dilupakan bersama dia..walaupun ada ketikanya kami gaduh akhirnya kami tetap akan bergelak bersama...


- Izzatiqah --------> nama ni makcik zati yg bg utk kami masa first kami masuk bilik asrama..masa first jumpa zati, dalam hati xtau nk tegur kawan ni macam mana sebabnya, dia nangis masa parents dan family dia hantar..tapi lepas family dia blik, kami bertegur dan kenangan first masa orientasi kami xsempat mkn tgh hari tu then kami p masjid sama2 sebabnya kami dah lambat (selamat xkena denda)...dan sepanjang MPPB saya selalu makan dgn dia...dan lama lama kami tau apa persamaan dan perbezaan kami...



(time merdeka - guna hp baru zati..heheh)


Izzati @ Adik ----- > the best roomate forever..walaupun kami berlainan kos, walaupun dia ada kwan baik sendiri, saya ada kawan baik sendiri, tapi dalam bilik, dialah teman, dialah family saya, dialah tempat sy menangis, tempat mengadu segala macam hal... kami selalu bercerita dalam gelap (nak cover takut2 ad atr kami yg nangis)..... byk cerita yg kami kongsi bersama.... saya selalu kesian kt dia sebab setiap sem ada jek benda yg merugikan duit elaun dia (zati, hopefully dah xjd dah benda2 tu ye..hehe)... tapi dia tetap enjoy... pling best dia memang otak bisness la..sebab dia, bilik kami sentiasa dikunjungi org ramai sebab nk print la nak bind kkp... kdg2 sy rasa bilik kami tu mcm kedai photostat makcik lg2 time kemuncak assignment..kdg2 sebab malas nk layan client, di tutup pintu dan tutup lampu..tp jarang la sebab dia baik..banyak pahala dia buat kan... jujurnya kan zati, kdg2 aku bosan ngak ramai2 yekla xde privacy ngan rumate sdr tp xpelah yg ptg ko enjoy kan..kdg2 sy dpt upah hasil bisness dia sebab tlong dia bila dia xde dlm bilik..hehhe ...pling syok bila penyelia dtg , ingt bilik kami ada buat mesin photostat yg besar..masa ni zati boleh pulak buat tidur kan, xpasal2 aku la yg kena menjawab..tp syok ngak..hahahah.. kami pernah masak sama2 utk sahur dan buka sama2... masa nk masak mula2 dia cakap dia xpandai nk masan walaupun nasi goreng..masa tu memng tergelak besar la aku..hahah...tapi skrg ni aku tahu kau mahir giler masak nasi goreng dan lain2 kan.. miss moments kita masak2 sama2..heheh
 

- time sy jd JPP, dialah la sumber kekuatan saya, dialah bg semangat setiap kali sy tension dan lemah dalam menjalankan amanah...masa sy jd jpp, xbyk masa sy dgn dia tp once ada masa kmi akn berborak smpai xingt dunia...  lepas cakap ngan dia, saya mesti lega....saya akan ingat ayat dia  ' tiqah kan kuat'...dia byk jasa dgn saya, yg pling sy xlupa, dia bg saya duit suh sy beli lauk sebab dia kesian tgk saya asyik mkn megi dan bubur jek..thanks dear..aku ingt moment ni smpai bila2..love u..:)


- saya pernah gaduh ngan dia beberapa kali..first sy gaduh ngan dia sebab sy xbg dia kuar jumpa kawan dia tp dia tetap nk jumpa,sy xbg bukan sebab nk halang tp sebab time tu memang sgt busy ngan assignments, takut dia xsempat nk buat..tp akhirnya dia kuar jugak dan sy pun merajuk ngan dia..jap jek sy merajuk ngan dia, last2 sy yg mengalah sebab saya kesian tgk muka comel dia ..masa baik tu, sy bling dia bantal..hahah..sori wei, xniat nk bling bntal time tu..heheh

- Kami selalu lawan pointer, bila nak exam memang kami akan lawan sapa yg akn dpt pointer tinggi...satu bnda aku nk ko tahu zati, actually, ko la semangat utama aku nk baca buku bila exam sebab ko mmg akan baca buku..aku jd xsenang duduk bila tgk ko baca buku..dan sekrg bila nk exam, confirm aku teringat kat ko ..:(

- Masa berlalu dgn cepat, sedar xsedar kami terpaksa pisah sebab dah xboleh duk asrama..so kami pun dh xjd rumate lagi... tp kenangan duk bersama dia xkn dilupakan la..rasa nk borak2 tu tinggi sngt...tp masa utk kami berjumpa tu susah sgt...tp ap2 pun zati, aku tahu, hati kita tetap berbicara walaupun kita xduk sebilik lagi kan... rindu blok c blok d..rindu bilik kuning kita....bilik kuning yg kita cat dan hias sama- sama..xsangka bilik kita terpilih utk jd bilik contoh..hehhe..i really miss our yellow room...



- sekarang memang kami jarang jumpa, dia ada kawan dia sendiri, saya ada kawan saya sendiri, tapi zati, aku harap, aku tetap jd salah sorg kawan yg ko akan ingat kt hati ko...aku bangga dengan ko skrg, ko dah kuat, ko dah byk berubah, ko jd lebih yakin dan ko makin hebat.. i  really proud of u ...




To  Noor Izzati Abdul Aziz --- > post ni special utk ko, inilah yg aku mampu buat utk ckp kt dunia, aku ada roomate yg sgt best in the world...thanks for every single word that motivated me to be more strong.. thanks utk segala yg kita pernah kongsi bersama.. halalkan segala benda yg aku pernah terambil ye..Maaf sebab aku byk merajuk ngan ko... aku nk ko tahu aku sayang ko dan aku sayang kenangan kita bersama...tahun ni tahun last kita,memang kita akan jarang jumpa nk borak2 lagi macam masa kita kt bilik dulu...tapi apa2 pun bila ko kawen jgn lupa jemput aku tau..aku akan sts doakan hidup ko sentiasa bersinar dengan rahmat Allah ..