Thursday, May 17, 2012

Indahnya Hidup berkawan ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani... Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi daan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Assalamualaikum.. semoga kita masih lagi dapat mengecapi indahnya nikmat iman dan islam..

~ indahnya hidup berkawan..ye.sesungguhnya alam belajar merupakan satu alam yang amat memeritkan..jauh daripada keluarga tercinta untk menimba ilmu..maka, kawanlah yang menjadi keluarga tika berjauhan dengan keluarga demi mengejar ilmu untuk kecemerlangan dunia dan akhirat..berkawan itu mudah,  hanya  dengan 'memberi salam' pada seseorang, belajar bersama di dalam kuliah yang sama, kita akan mendapat kawan.. namun, mengekalkan ikatan K.A.W.A.N itu amat payah..beruntunglah bagi mereka yang mampu berkawan hingga ke akhirnya...


~ sebagai seorang yang bernama manusia, normal berfikir, berperasaan dan bertindak, sejujurnya pasti kita perlukan kawan, we need a person tht we can called 'friends'... bukan untuk kepentingan peribadi tetapi untuk kepentingan semua,.. kawan la keluarga sewaktu belajar,  kawan la doktor semasa semasa kita sakit, kawan la peguam semasa kita menerima tuduhan, kawan la polis yang sentiasa mejaga keselamatan kita... itulah kawan dan kawanlah chef bila kita  nak makan dan kawan jugaklah bank andai kita kesepitan wang..


 ~ Kawan, sahabat, teman ---- > adakah berbeza, bagi saya ianya berbeza...namun pengertian itu tidak penting, tetapi penghayatan itu yang lebih penting..apa guna bersahabt andai bila kita susah, tiada siapa yang menolong, apa guna kawan , andai bila air mata bercucuran di pipi tiada yang mengelap dan apa guna teman andai bila kita terjatuh tiada yang menolong untuk kita berdiri kembali.. Carilah kawan, sahabat dan teman yang ramai untuk mewarna - warnikan lagi kehidupan..

~ saya bahagia punyai sahabat, kawan dan teman..menghabiskan masa bersama adalah saat terindah  dalam hidup saya... kita perlukan kawan.. daripada berkawan, banyak yang kita akan belajar, kita terokai dan  daripada kawan jugalah kita akan kenal erti kehidupan dan kematangan...


~ saya bukan kawan yang baik, jauh sekali sahabat yang terbaik, tetapi saya cuba menjadi yang terbaik...Dalam berkawan pahit manis pasti kita tempuhi.. bergaduh, bermasam muka, dengki mendengki pasti ada.. itu indahnya berkawan..daripada gaduh itu kita belajar bertolak ansur, daripada bermasam muka, kita tahu betapa cantiknya kalau kita senyum antara satu sama lain dan daripada dengki mendengki kita tahu indahnya bila kita dapat konvo bersama- sama... Ego semasa berkawan?? iya pasti semua orang ada ego, dan masa berkawan jujurnya masing2 akan cuba mempertahankan ego masing2 untuk mempertahankan diri sendiri.. seronok bila bermain dengan ego, sebab daripada sikap ego itulah kita akan jumpa keserasian dengan kawan kita dan daripada ego itulah akhirnya kita akan menitiskan air mata kekesalan kerana membiarkan hidup kita tanpa kawan..



 

~ berkawanlah slagi Allah bagi peluang kita untuk berkawan... carilah kawan selagi masih ada insan yang masih sudi berkawn.. berkawanlah sampai ke hati, berkawanlah sampai ke syurga.. untuk sahabat2 saya, kawan2 saya dan teman2 saya TERIMA KASIH ats peluang yang diberikan untuk saya berKAWAN dengan awak semua.. saya sayang kawan2 saya..

~ Sekian..JOM BERKAWAN ~




0 comments: