Wednesday, May 23, 2012

~ Semester 7 ~

Bismillahirahmanirahim.. salam

` Semester 7 akan berakhir esok setelah tamatnya saya menjawab exam PSS3113 - PENYELIDIKAN TINDAKAN -KAEDAH ..

bila tamatnya semester 7, bermakna saya akan masuk ke semester 8 pada pertengahan bulan 6 nanti.. Masuk sem 8 bermakna saya berada di semester terakhir pengajian di bumi IPG Kampus Pendidikan Islam selama 5 tahun setengah..

~ Adakah saya sudah bersedia untuk meninggalkan alam belajar dan memasuki alam pekerjaan ??? - persoalan yang bermain di minda sekarang.. harapnya bila berakhirnya sem 8 nanti bermakna saya telah cukup bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan..

~  cerita semester 7 : suka, duka, gembira, sedih, gelak dan tawa bercampur dalam sebuah perasaan
 banyak yang berlaku sehingga kadang2 rasa terlalu lemah untuk terus bergerak... tetapi bila memikirkan ianya adalah tanda kasih sayang Allah pada saya, maka saya gagahkan diri untuk terus berjalan mencapai impian yang diimpikan.

~ semester 7 banyak mengajar saya erti menghormati..menghormati hak2 individu supaya tiada yang terluka dan tiada yang tertindas.. menghormati orang atasan dan menghormati orang bawahan. .. mengajar saya menghormati seorang 'GURU'  yang banyak menguji kesabaran,ketahanan mental dan kekuatan iman.. terima kasih puan, mungkin tanpa ujian puan, saya rasa saya lah paling mudah untuk mendekati seseorang.. tanpa amarah puan, mungkin saya rasa, sayalah yang tak pernah buat silap dan tanpa bebelan puan, sayalah orang yang paling angkuh yang tak pernah kenal erti gagal...Terima kasih puan..maafkan saya kerana sememangnya dalam mengharungi ujian demi ujian yang puan bagi saya, saya berdendam dengan puan.. tetapi Allah masih menyayangi saya, Allah membukakan pintu hati saya untuk melepaskan dendam itu puan.. Puan sebagai guru, saya sebagai murid.. mana mungkin Allah benarkan dendam itu terus beraja di hati saya..Terima Kasih Ya Allah... mungkin hanya saya yang tahu betapa sakitnya dan remuknya hati tatkala puan memarahi, buat berlaku  ................ pada saya, namun kini saya redha kerana Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik disebalik kedukaan ini.. Saya yakin dengan janji Allah kepada org2 yang sabar. Puan, maafkan saya atas rasa dendam itu...


~ Semester 7 juga mengajarkan saya  tentang erti 'PERSAHABATAN '.. semua orang mempunyai kawan.. daripada ikatan kawan yang biasa dan apabila hati antara kawan bertaut akhirnya ikatan persahabatan itu terjalin.. Ikatan yang terjalin kerana Allah ini, moga akan terus kekal dan terus dirahmati Allah.. terima kasih Siti Hajar Musa, Norhasiswana Jamhuri dan Hasnul Huda atas ikatan yang tulus ikhlas ini.

~ semester 7 jugalah menemukan saya dengan insan2 yang berhati mulia, Terima Kasih Mak Cik Hajah Tunisah, Pak Cik Haji Rodin, kak liza, cik Rashid dan keluarga yang sudi memberikan tempat berlindung panas dan hujan dan tempat menumpang manja sepanjang kami mengharungi dunia Praktikum.. semoga Allah merahmati kehidupan kalian.. Terima kasih pada Puan Warti, Ummi, pn Fazidah yang sentiasa memberikan motivasi, semangat tatkala ujian datang kepada diri ini dan sahabat2 saya.. yang menjadi tonggak kecemerlangan kami berempat.. terima kasih warga SK Jugra, anak2 murid yang disayangi...terima kasih...smoga ikatan yang terjalin akan kekal hingga akhirnya.. terima kasih juga untuk pensyarah2 subjek semester ini..thanks :) love all of u

~ Semester 7 juga membawa saya kepada satu kehidupan yang sangat matang.. kehidupan yang memerlukan saya tangkas membuat keputusan, kehidupan yang memerlukan saya mengawal emosi walaupun emosi saya diduga dengan begitu teruk... kehidupan yang mengajar saya bahawa perasaan iri hati trhadap org lain akan memusnahkan ikatan kawan...

~ di semester 7 ini juga saya kehilangan seorang rakan seperjuangan.. Semoga Allah merahmati kamu Wan Ahmad Hilmi..

~ sesuatu yang saya tidak capai adalah tentang ....................................... Ya Allah, semoga semester depan saya akan dapat capai pkr ini walaupun tidak 100 %. cukuplah saya dapat capai 50 %...

~ Tahun lepas, saya berangan- angan untuk berada di sem 7 dengan cepat, dan malam ni , malam terakhir semester 7 saya..itulah kuasa masa..~

~ terima kasih Allah kerana memberikan nikmat hidup ini sehingga detik ini.. terima kasih atas kasih sayangMu yang menguatkan diri ini untuk terus hidup di dunia ini..~

~ untuk kawan2 yang mengenali diri ini, saya memohon ampun andai pernah diri ini mengecilkan hati kalian, membuatkan kalian rasa marah..terima kasih atas rasa kasih sayang yang diberikan pada saya, halalkan segala yang termakan, terminum, terambil... dan saya SITI ATIQAH BINTI ALI dengan rasa rendah diri memaafkan kesalahan andai kalian terbuat salah pada saya dan saya menghalalkan segala apa yang saya berikan dan apa yang terambil, moga jalinan antara kita semua dirahmati Allah ~

~ Jaga diri , Jaga Iman ~

with love :

~ Siti Atiqah Ali ~



0 comments: