Saturday, July 21, 2012

Cerita Internship :~

Bismillahirahmanirahim... Salam

Internship di SK Jugra membawa saya ke sebuah kehidupan yang sangat bermakna..penuh pengertian dan penuh dengan cerita yang membawa saya ke kehidupan kedewasaan dan membawa saya mengenal erti pekerjaan GURU..

walaupun pada saat ini, saya masih belum digelar guru sebenar, namun pengalaman berintenrship menyebabkan saya merasakan bahawa saya telah menjadi seorang guru yang sebenar...


Menjadi guru menjanjikan kepuasan pada siapa yang benar- benar menghargai erti menjadi guru... saya berasa sangat puas tatkala dipanggil 'cikgu atiqah' oleh murid- murid saya..Alhamdulillah sehingga kini, saya tidak menyesal memilih profesion keguruan sebagai kerjaya saya..Saya bangga menjadi seorang CIKGU...

Projek- projek internship sememangnya melatih saya menjadi seorang yang tabah, sabar dan mampu untuk memipin dan mengurus sesuatu program...Ketahanan mental dan fizikal sememangnya diperlukan.. minggu ketiga dan separuh  minggu keempat intership, saya jatuh sakit..namun dengan kasih sayang Allah, sokongan dan dorongan sahabat2 internship, saya mampu mengagahkan diri untuk meneruskan kerja2 untuk projek kami.. Alhamdulillah.. masa inilah yang benar menghargai nikmat Sihat yang dikurniakan. Bukan hanya saya yang jatuh sakit, tetapi pembantu utama saya turut sakit..Laptop kesayangan mengalami sedikit masalah sehingga perlu dihantar selama 5 hari kepada yang lebih pakar...5 hari tanpa pembantu, amat membuatkan hidup tidak keruan kerana semua kerja perlu dilakuka olehnya..Kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan..

Terima Kasih SK Jugra, terima kasih mentor2 kak ana, kak adani dan kak ita kerana membantu kami menyelesaikan projek2 kami dengan jayanya..

terima kasih cikgu2 SK Jugra yang percaya kepada kami untuk memberi bantuan kepada program- program kalian..

Semoga hidup kalian dirahmati Allah. semoga SK Jugra terus melangkah ke hadapan...















0 comments: