salam 1 Malaysia...
Alhmdulillah, detik untuk kita bercuti dah tiba..sy ucapkan selamat bercuti pd semua sahabat2 PISMP 2.03, guru pelatih Pengajian Sosial di semua IPGM Malaysia dan semua guru pelatih IPGM KPI dan IPGM seluruh Malaysia.. semoga setahun ini, kita semua memperolehi ilmu yg sebaiknya untuk bekalan kita bergelar guru pada masa yg akn dtg..InsyaAllah..jadikanlah ap yg terjadi di sem ni sebagai satu cabaran untuk kita menempuhi segala cabran yg mendatang..
for my class, let by gone be bygone okey..jadikan ap yg berlaku kt kelas kita tahun ini sebgai cara untuk kita lebih rapat..next year, semoga hubungan kita rapat dan kita lebih memahami perbezaan individu..Amin..bak kata sis, ukhuwah itu pengikat orang2 mukmin di syurga..semoga ukhuwah antara kita semua dirahmati Allah dan berkekalan walaupun kdg2 kalah perbezaan itu wujud antara kita..whatever pun , we are the best =)..Maafkan sy andai terkasar bahasa, termarah, termerajuk, terpaling muka dan selalu moody..i'm so sorry...syg korg semua=)
to my adik- adik usrah, semoga usrah kita memberikan kita sedikit ilmu untuk diamalkan...mungkin interaksi kita kurang namun, jadikan yg sedikit itu sebagai sesuatu yg bermakna..maafkan akak kalau ada teguran dan nasihat akak buat adik- adik terkecik hati. selamat bercuti adik- adik..love you all..=)
to all my batch, tq atas komitmen jamuan akhir masa tu, maafkan kalau sepanjang saya dan pimpinan batch tahun ini tidak menjalankan tugas yg sebaiknya, namun kami dah cube yg terbaik...semoga pimpinan batch tahun depan lebih baik dan cemerlang dr kami...
to my ITC Sem 2/2009, terima kasih kerana menerima saya sebagai sahabat dlm ITC, maaflah sebab kehadiran sy ke ITC tu tak penuh..InsyaAllah tahun depan sy cuba untuk lebih dekat dgn ITC ini..saya perlukan sahabat2 ITC semua... semoga tahun depan ITC berwajah baru dan bertambah ceria..InsyaAllah..
to my sahabat PPISMP 05, tq very2 much atas reunion yg sgt best minggu lepas..semoga ukhuwah yg dibina berkekalan hingga ke akhirnya..maafkan saya , sis, chah n yana sebab tak berada di reunion hingga ke akhirnya..apa2 pun happy sgt2 jumpa korg..05 tetap dihati forever and ever...
to my beloved roomate, Izzati, slmt bercuti okey..sorry for everything i did...tahun depan bilik kita berwajah baru okey=)....
sayang ko...
to my study group..sorry kalau presiden byk marah and paksa2 ye..huhu..InsyaAllah tahun depan kita lantik preseiden baru ye..Sy nak pencen dah..hehehhe..i' m very happy dgn study group kita kerana ianya sgt membantu sy dan semua menjawab exam dgn baik...syg sgt kt korg=) tahun depan budget makanan study group kena ada..Tq to chah untuk air teh yg sedap dan kak mar untuk air milo yg best, kirin untuk donut yg big sgt2, hajar, sis, huda, kak piqah, dayah, zila, yana, kak isma, irma untuk makanan2 yg dibawa, halalkan semua ye..=)...
untuk Hasiswana aka Cikgu Wana , happy becoming birthday -23/11..
sis, semoga umur yg dilalui sepanjang 20 tahun ini diberkati oleh Allah..Tq byk tolong n nasihat aku ye...May All bless ur life forever..Dah besar dah sis, no more teen okey ty jek..hehhe..May all ur dreams come true okey...semoga jd cikgu yg cemerlang untuk anak2 murid=)
dan untuk semua yg mengenali diri ini, SELAMAT BERCUTI, HAPPY HOLIDAY...
jaga diri elok2..bawak motor, bawak kereta, elok, jaga kesihatan...dan manfaatkan cuti sebaik- baiknya ye...jumpa tahun depan dgn semangat baru dan kehidupan yg lebih ceria..
cuti2 ni contact la ye=).
16 Dis jgn lupa..hehehe
wassalam =)..
Thursday, November 19, 2009
HappY HoliDAY
Posted by Siti Atiqah Ali at 10:01 AM 0 comments
Saturday, November 14, 2009
Reunion PPISMP 05 =)
Salam kasih sayang..
Alhamdulillah reunion kita berjalan dengan lancar walaupun dirancang di saat- saat akhir..kita semua memang the best=)-
- kami yang riang dan gembira sentiasa-
- dhil, man, zila, sis, yana, chah, huda and me-
- wajah2 ceria pasukan pemenang bowling :mat, chai, iz, farah, jaja, nadia and riza- congratulations guys-
- Izzah, ain, faqih, up, safuan and zarul-
- bowling dan kami-
- geng2 Johor-05- -
- geng2 utara -05- -
- geng2 Pantai Timur-05- -
- Ex- penghuni blok C/07-08 -
- Ex- Blok E/07-08 - (except zila and Huda)-
-Ex- blok D/07-08 -
-Ex-blok B/07-08 - (except dhil n man)
- Ex-blok A/ 07-08-
-Mohammad Club-=)
-geng2 cermin mata- =)
...............................
khas untuk PPISM 05- 07/08
Kau, Kawan, Sahabat & Teman
Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama
Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku
..love you all...InsyaAllah reunion akn lebih meriah tahun hadapan =)...
Posted by Siti Atiqah Ali at 7:37 PM 0 comments
Majlis Sedekad Bersama Seabad Terasa
Salam kasih sayang..
setelah 5 tahun lebih mengerah keringat menuntut ilmu di bumi IPGM KPI ini, maka kini tibalah saat untuk kekanda- kekanda PISMK-OUM yg tercinta untuk meninggalkan bumi bertuah IPGM ini.. Semoga kekanda- kekanda sekalian ditempatkan di tempat posting yg dipilih dan terimalah dengan hati yg terbuka andainya tpt posting tu bukanlah pilihan yg dikehendaki kerana di situlah khidmat akak- akak diperlukan
Syukran atas segala tunjuk ajar yg diberikan kepada kami semua..terima ksih atas bimbingan dan nasihat yang berterusan yg diberikan kepda kami semua sepanjang kakak- kakak berada di sini. InsyaAllah segala nasihat dan teguran serta bimbingan akan kekal terpahat di ingatan kami...
Sayonara buat kakak- kakak semua..InsyaAllah perpisahan ini bukanlah penamat ukhuwah yang telah lama terjalin..sedekad bersama, biarlah ke ahirnya terasa..Love u all=)
Selamat maju jaya dan selamat menempuhi alam kerjaya, jadilah cikgu yg cemerlang...
- kekanda2 PISMK Blok Siti Aisyah-
- kami bersama-..
- Kak Dayang, yana and me-
...3 tahun lagi kami akan menyusul =)...
Posted by Siti Atiqah Ali at 7:22 PM 0 comments
Secalit tinta untuk renungan bersama
Salam bahagia...
kenapa manusia suka mencari kesilapan orang lain tanpa menyedari kesilapan diri sendiri? kesempurnaan hanyalah milik Allah, maka, usahlah kita terus mencari dan menuding jari kepada orang lain sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yg tidak dikehendaki..janganlah kita mencari jalan untuk mencetuskan salah faham dan rasa tidak puas hati sesama kita...berusahalah untuk mencari kata sepakat dan bersatu hatilah antara kita untuk menyelesaikan sebarang permasalahan...Singkaplah tirai sejarah ISlam, kerana perpaduan ummat Islam yang utuh , ISlam mencapai zaman kegemilangannya..
memang benar, bila cakap semuanya senang nak dibuat, tapi nak laksanakan memang sukar..saya juga akui perkara itu disebabkan seringkali saya tersepit untuk membuat keputusan yg sebaiknya tanpa ada insan yg berkecil hati dan kadang2 sy juga buat perkara yang sama tapi sebagai insan yang menyedari tanggung jawab di muka bumi ini, marilah kita bersama- sama tingkatkan ukhuwah sesama kita dan jangan biarkan anasir2 luar menyebabkan kita berkonflik...jauhkan diri kita dari teori motivasi dissonansi kognitif yang menyebabkan kita terkeliru untuk membuat keputusan berdasarkan pendirian dan keputusan kita..
lagi satu perkara, adakah kita bersalah untuk mempertahankan hak dan pendirian kita dan mengapa kadang- kadang org lain sukar memahami pendirian kita? dan kenapa kadang2 org terlalu memaksa untuk kita menerima perubahan..kdg2 sy terfikir kenapa tapi tak pernah sy ketemui jawapan yg sebenarnya- benarnya, namun jawapn yg paling baik dan diterima oleh pemikiran saya adalah setiap manusia adalah berbeza.. takkan ada manusia yg mempunyai kehendak yg sama pada waktu yang sama kerana sebab itu kita memerlukan antara satu sama lain..wahai diriku dan sahabat2 sekalian,usahlah kita bersengketa hanya disebabkan perbezaan pendapat dan pendirian..terimalah sesuatu denga hati yg terbuka dan fikiran yang matang serta terimalah hakikat bahawa diri kita semua adalah berbeza...pertahankan hak dan pendirian kita sebaiknya dan berfikir dengan baik sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan hak dan pendirian kita..=)..buatlah apa yg kita kata jgn hanya pandai berkata- kata tanpa memikirkan kesan dan akibatnya wahai Atiqah...
wahai SITI ATIQAH dan sahabat2,
bermesyuaratlah kamu dgn sahabat dalam perkara yang tidak jelas. Terimalah nasihat daripada penasihat yang berwibawa.
Maka Allah telah mewasiatkan kepada Nabi-Nya, bermesyuaratlah dan bertawakal
sekiranya kamu menyukai sesuatu, janganlah terlalu menyukainya kerana takut suatu hari nanti kita perkara itu mungkin adalah perkara yg paling dibenci oleh kita..dan janganlah kamu terlalu membenci sesuatu perkara kerana mungkin suatu hari nanti ianya menjadi kesukaanmu..Berpada- padalah dalam sesuatu hal...
memang selalu terjadi dalam kita menempuh kehidupan, pasti banyak halangan yang selalu menganggu kelancaran hidup kita. Tuhan telah menganugerahkan kita nikmat akal fikiran untuk kita berfikir dan nikmat perasaan untuk kita memahami diri kita dan insan yang berada di sekeliling kita, terpulanglah pada kita untuk terus maju ke hadapan atau tercicir atau bergerak kehadapan namun pada hakikatnya kita tercicir atau sebagainya, we are what we think!..so do what u want to do and be what u want to be.. it'is a free country isn't it?...
semaikan Islam di hati, tanamkan iman nan suci, bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki..Islam itu indah, iNdahkanlah dirimu dengan Islam..
Islam is the best way of life..
sekian...
Posted by Siti Atiqah Ali at 6:15 PM 0 comments
Tuesday, November 10, 2009
Warkah buat sahabat
Salam kebahagiaan khas untuk sahabatku yang dikasihi..
sahabat, kenangilah satu pertemuan kerana di situ adanya kasih sayang dan kenangilah satu perpisahan kerana di situ terciptanya satu kerinduan..
senyuman itu percuma tetapi amat berharga, ia memberikan kebahagiaan dalam sesebuah perhubungan , kebaikan dalam perjuangan dan persahabatan. Ia memberi kekuatan pada keletihan, memulihkan semangat yang kecewa dan ubat yang mujarab pada semua kerunsingan. Ia tidak boleh dibeli, dipinta dan dicuri kerana ianya terlalu berharga, ianya diberi sebagai hadiah untuk sebuah perhubungan..
sahabat, semoga tuhan memberi kamu pelangi untuk setiap hujan, senyuman untuk setiap tangisan, rahmat untuk setiap cubaan , lagu yang merdu untuk setiap arah dan memakbulkan untuk stiap doa. semoga Allah memberkatimu, memberkati keluargamu , memberkati harta pencarianmu dan semoga Allah memberikan balasan baik untuk engkau..Amin..
sahabat, akan kubiarkan kalam berbicara dan pena menulis untuk menentukan hala tuju persahabatan ini. Aku reda andai peristiwa itu menamatkan persahabatan yang telah lama terjalin. Biarkanlah segalanya berlalu di bawa angin agar apabila kita kembali bersama ianya tidak lagi berada di dalam hati kita berdua. Maafkan diriku kerana tidak lagi mampu mempertahankan hubungan ini dan semoga engkau berbahagia di samping sahabat barumu itu...terlalu banyak rahsia antara kita kini dan terlalu banyak perubahan dirimu menyebabkan diriku sukar untuk menerimanya... Biarlah masa menentukan, mungkin kita memang ditakdirkan untuk berjumpa dan bersahabat untuk seketika cuma, namun sahabat, ingin aku katakan aku amat menyayagi dirimu kerana engkaulah sahabat yang terbaik untukku... Mungkin memang sukar untuk diriku menjadi sahabat yang terbaik untukmu, ku doakan agar sahabat barumu itu mampu memberikan senyuman dan kebahagiaan kepada dirimu. Hanya kupohon pada Yang Maha Esa agar persahabatan ini membawaku lebih mengenali penciptaku dan mengenali erti kehidupan dan ku berharap kita akan bertemu kembali untuk menjalinkan kemabli persahabatan ini..Amin..
Wasalam..
Salam sayang dariku untukmu wahai sahabat yang dikasihi..
...............
Sahabat Sejati
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini
Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi
Posted by Siti Atiqah Ali at 4:23 PM 0 comments
Selamat Berjaya =)
Salam imtihan untuk semua sahabat.
Semoga kita semua diberi kemudahan untuk menjawab setiap kertas peperiksaan yang diduduki. Hope all of us will pass with flying colour... All the best =)..
Utuk shbt2 study group, semoga usaha kita semua berbaloi dan dirahmati Allah hendaknya..Semoga kita semua beroleh kecemerlangan..Amin..
Posted by Siti Atiqah Ali at 4:11 PM 0 comments
Friday, November 6, 2009
Wednesday, November 4, 2009
Teori Pembelajaran Behavioris dan Sosial
salam kecemerlangan..
A)Teori Pembelajaran Behavioris
-Behaviorisme melihat tingkah laku sebagai satu proses yang boleh dijelaskan melalui pengalaman yang diperhatikan.
1)Teori Pelaziman Klasik Pavlov
-Kajian: Pengeluaran Air Liur Anjing
a) Lampu suluh (R neutral) = air liur anjing tidak keluar
b) Lampu suluh + Daging (R semula jadi) = air liur anjing keluar
c) Lampu suluh + tanpa daging = air liur anjing keluar (G terlazim)
-Pelaziman Klasik merupakan satu proses pembelajaran apabila individu mampu membuat perkaitan antara rangsangan neutral dan rangsangan semula jadi. Rangsangan ini akan menghasilkan gerak balas yang serupa atau terlazim.
-Jenis- Jenis Rangsangan:
oRangsangan neutral : R yg tidak mempunyai hubungan dengan objek/ organisma dan tidak menghasilkan G.
oRangsangan Semulajadi : R yang mempunyai hubungan semula jadi dengan objek/ organisma dan menghasilkan G.
oRangsangan terlazim : R neutral yang wujud bersama R semula jadi menghasilkan G terlazim.
-Jenis- jenis Gerak Balas
oGerak balas Semulajadi : G yang berlaku secara semulajadi/ reflektif
oGerak balas Terlazim : G yang terhasil daripada perkaitan R neutral dan R Semula jadi
-Konsep- konsep:
oGeneralisasi : memberikan G terhadap semua R
oDiskriminasi : memberikan G terhadap R tertentu
oPenghapusan : proses melemahkan G terlazim dengan meniadakan R semulajadi
oPembelajaran semula : Pembelajaran selepas berlaku proses penghapusan
2)Teori Pelaziman Klasik J.B Watson
-Kajian : Kanak- Kanak Albert dan tikus putih
a)Albert dibiarkan bermain dengan tikus
b)Ketukan yang kuat dilakukan
c)Gandingan kedua- dua dilakukan (Tikus dan ketukan yang kuat)
d)Albert terkejut dan takut kepada Tikus putih
e)Akhirnya, Albert takut pada semua benda putih yang berbulu
-Kanak – kanak mempunyai 3 jenis emosi yang utama iaitu sayang, marah dan takut yang boleh dilazimkan.
3)Teori Pelaziman Operan
-Merupakan satu bentuk pembelajaran hasil atau kesan tingkah laku terdahulu yang membentuk tingkah laku yang baharu.
4)Teori Pelaziman Operan Thorndike
-Kajian : Kucing
a)Kucing yang kelaparan diletakkan di dalam sangkar
b)Ikan diletakkan di luar sangkar.
c)Pintu sangkar boleh dibuka sekiranya tuil selak sangkar ditekan.
d)Kucing membuat cubaan rawak (cuba jaya) untuk keluar dari sangkar sehinggalah kucing tertekan tuil sangkar dan dapat keluar.
e)Pada kali kedua dan seterusnya kucing dapat keluar dengan mudah dari sangkar dan akhirnya apabila kucing dimasukkan, kucing dapat keluar dengan dengan menekan tuil sangkar.
-Hubungan antara R-G akan menjadi kukuh apabila kesan tingkah laku adalah memberangsangkan.
-Prinsip Pembelajaran anjuran Thorndike;
oHukum Kesediaan : mental, afektif dan psikomotor
oHukum latihan : Manusia belajar melalui proses membuat dan lupaan berlaku sekiranya pembelajaran tidak digunakan lagi.
oHukum kesan : Kesan positif memungkinkan tingkah laku diteruskan dan sebaliknya.
5)Teori Pelaziman Operan Skinner
-Kajian : Peti Skinner
a)Tikus putih diletakkan di dalam peti skinner
b)tikus hanya dapat makanan sekiranya tuil ditekan
c)Tikus melakukan cubaan rawak sehingga tikus menekan tuil
d)Cubaan menekan tuil dilakukan untuk mendapat makanan
e)Seterusnya, cahaya lampu dinyalakan apabila tuil ditekan sebelum bijirin dikeluarkan
f)Nyalaan lampu mendahului keluarnya bijirin.
g)R terlazim : Nyalaan lampu= keluarnya bijirin.
-Konsep Peneguhan
oPeneguhan Positif
peneguhan yang menjadi R untuk tingkah laku seterusnya berlaku. Cthnya: pujian, ganjaran dan galakan.
Kategori Peneguhan Positif
i.Peneguhan positif berterusan : peneguhan pada semua jenis tingkah laku.
ii.Peneguhan positif berkala : peneguhan pada situasi- situasi tertentu sahaja
1.Peneguhan positif berkala selang masa
a)selang masa tetap : Ujian akhir bulan
b)Selang masa berubah : Pop Kuiz
2.Peneguhan positif berkala nisbah
a)Nisbah tetap : 1 peneguhan untuk 5 soalan yang dijawab betul.
b)Nisbah berubah : Dalam sesi soal jawab (angkat tangan), murid yang dapat menjawab soalan diberi peneguhan.
oPeneguhan Negatif
peneguhan yang memungkinkan tingkah laku diteruskan sekiranya R yang tidak selesa disingkirkan. Cthnya: Bebelan, leteran dan teguran.
-Konsep Hukuman
oHukuman Beri (persembah)
-Hukuman yang mengurangkan tingkah laku diteruskan kesan atau hasil R yang diberikan. Cthnya: Hukuman rotan, sebat, tampar
oHukuman Tarik (Singkir)
-Hukuman yang mengurangkan tingkah laku diteruskan kesan atau hasil R yang selesa ditarik balik. Cthnya: Larangan menonton TV, Keluar rumah, keluar malam.
B)Teori Pembelajaran Sosial/ Sosial Kognitif
-Proses pembelajaran melibatkan individu melihat dan meniru tingkah laku orang lain.
1.Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura
-Kajian : Patung Bobo
a) Kumpulan 1: Kanak- kanak menonton video orang dewasa melakukan perbuatan ganas terhadap patung Bobo dan diberi peneguhan
b) Kumpulan 2: Kanak- kanak menonton video orang dewasa melakukan perbuatan ganas terhadap patung Bobo tanpa peneguhan.
c) Kumpulan 3: Kanak- kanak menonton video orang dewasa yang tidak melakukan perbuatan ganas terhadap patung Bobo.
d) Kemudian, kanak- kanak dibawa masuk kedalam bilik yang terdapat patung Bobo
e) Kumpulan 1: melakukan perbuatan ganas terhadap patung Bobo
f) Kumpulan 2: kurang melakukan perbuatan ganas tetapi selepas diberi peneguhan, mereka melakukan perbuatan ganas terhadap patung Bobo.
g) Kumpulan 3: Tidak melakukan apa- apa terhadap patung Bobo.
-3 bentuk peniruan
oPeniruan secara langsung
-peniruan berlaku secara langsung apabila melihat tingkah laku model
oPeniruan sekat laluan dan tidak sekat laluan
-sekat laluan : pada situasi tertentu. cthnya: panggilan kakak dan abang tidak sesuai digunakan di Sekolah.
-tak sekat laluan : pada semua situasi : cthnya: panggilan kakak dan abang boleh digunakan di pasar dan di rumah.
oPeniruan elisitasi
-melibatkan emosi dan keinginan
-Cthnya: apabila melihat orang lain menjual pisang goreng dan mendapat keuntungan, timbul keinginan untuk membuka kedai pisang goreng.
-Langkah- langkah peniruan
1.Tumpuan Pemerhatian : Melihat tingkah laku
2.Penyimpanan dalam ingatan : Melibatkan proses mental , mengekod, menyimpan dan mendekod.
3.Pengeluaran : dikeluarkan dalam bentuk perlakuan
4.Motivasi dan peneguhan : supaya tingkah laku diteruskan.
-Jenis- jenis model
a) Model sebenar : tingkah laku orang, haiwan atau objek yang ditiru. Cthnya : Guru
b) Model simbolik : prosedur dan langkah kerja (resepi masakan).
Posted by Siti Atiqah Ali at 4:40 PM 0 comments