Perintah mencegah kemungkaran
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
http://www.utusan.com.my
SHEIKH Muhammad Abu Zahrah berkata: "Selepas Allah SWT mengarahkan orang Islam supaya berpegang dengan tali Allah SWT iaitu al-Quran al-Qarim dan jangan berpecah-belah lantas Allah menerangkan jalan dan cara untuk berpegang iaitu kesatuan dan juga pelaksanaan amar makruf nahi mungkar." Oleh yang demikian Allah SWT fardukannya dengan ayat di atas.
Iktibar dan fiqh ayat:
i. Kalimah lam (pada perkataan waltakum adalah lam perintah). Yakni hendaklah terdapat di kalangan kamu satu kumpulan yang menyeru ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.
Ayat ini mengandungi perintah menyeru kepada kebaikan. Ditafsirkan oleh sebahagian ulama seperti berikut. Kalimah man di dalam ayat ini dinamakan litab'ngid ertinya untuk sebahagian.
Jelasnya perintah menyeru kepada kebaikan di sini bukanlah ditumpukan hanya kepada sebahagian umat Islam sahaja, tetapi ditumpukan kepada setiap umat Islam yang mukalaf berdasarkan firman Allah SWT (Terjemahan: surah al-Imran: 110) Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
Maka berdasarkan ayat ini wajiblah atas setiap umat Islam yang mukalaf itu melaksanakan al-Amr Makruf al-Nahi al-Munkar iaitu menyuruh mengerjakan kebajikan dan melarang berbuat kejahatan.
ii. Adapun cara melarang berbuat kejahatan atau mungkar itu sama ada dengan tangannya yakni tindakan keras, atau lisannya dengan memberikan nasihat atau sekurang-kurangnya mengingkarkan dengan hati.
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya. Yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman. (riwayat Muslim )
iii. Cara mengubah mungkar ada tiga jenis:
l-Mengubah dengan tangan iaitu menggunakan kekuatan atau kekuasaan orang menurut cara yang lebih berkesan. Bukan dengan cara yang membawa pertumpahan darah atau menimbulkan kekacauan yang lebih dahsyat bencananya dari perbuatan mungkar itu sendiri.
2-Mengubah dengan lidah setelah tidak dapat gunakan tangan. Ini dibolehkan jika ada faedah atau kesannya kerana dapat diterima dan dipatuhi nasihat atau tunjuk ajar kemudian perkara mungkar itu dihentikan.
3-Mengubah dengan hati setelah kedua-dua cara yang diterangkan tadi gagal dan tidak memberi kesan. Ini dikenali sebagai tanda selemah-lemah iman.
Namun demikian, ia adalah fardu ain ke atas tiap-tiap orang Islam. Ertinya wajib atas mereka mengingkari perkara yang mungkar itu dengan hati. Hal ini pernah dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabda-Nya yang bermaksud: "Apabila dikerjakan kejahatan dalam permukaan bumi, maka orang yang menyaksikannya tetapi dia membencinya seperti orang yang tidak melihat perbuatan tersebut. Dan barang siapa yang tidak melihat kejahatan itu tetapi dia suka akannya maka dia seperti orang yang menyaksikan perbuatan tersebut".
Maka di atas tafsiran ayat dan hadis yang disebutkan itulah membawa pengertian hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru orang supaya berbuat kebajikan dan mencegah orang daripada mengerjakan kejahatan
iv. Al-Maraghi berkata: "Mereka yang melaksanakan dakwah ini harus memenuhi syarat-syaratnya agar dapat mencapai matlamat dengan baik dan teladan dalam aspek ilmu dan amalan:
lMemahami isi kandungan al-Quran, sunnah dan jejak langkah Nabi SAW serta para Khalifah al-Rasyidin.
2-Peka dengan keadaan masyarakat yang menjadi sasaran dakwah, dari aspek selok-belok masalah, kesediaan, tabiat, akhlak dan pergaulan mereka dengan masyarakat.
3-Menguasai bahasa masyarakat yang menjadi sasaran dakwahnya. Nabi SAW pernah menyuruh beberapa orang sahabatnya mempelajari bahasa Ibrani bagi kemudahan berkomunikasi dengan bangsa Yahudi yang menjadi jiran Baginda dan mengetahui mereka yang sebenar.
4-Mengetahui agama dan tradisi serta berbagai-bagai aliran di kalangan pelbagai umat demi memudahkan dirinya mengetahui mana yang batil dari yang betul.
v. Al-Sonhadji berkata: "Kita mendapati bahawa ayat ini ditujukan kepada setiap umat Islam bertanggungjawab dengan tidak ada kecualinya bahkan semuanya hendaklah menyeru kepada kebaikan, caranya dengan menyuruh manusia berbuat kebajikan dan menegah kejahatan.
Tanggungjawab untuk melaksanakan
"Masing-masing mengikut taraf dan kemampuannya. Hendaklah mereka melantik sekumpulan umat yang dapat menjalankan kewajipan itu, manakala sesuatu kesalahan atau penyelewengan segeralah memperbaikinya supaya tidak menimbulkan kebinasaan terhadap umat tadi".
vi. Sayid Qutub dalam tafsirnya berkata: "Penggunaan dua kata yang berbeza itu menunjukkan keharusan adanya dua kelompok dalam masyarakat Islam.
"Kelompok pertama yang bertugas mengajak dan kelompok kedua bertugas memerintah dan melarang. Kelompok kedua ini tentulah memiliki kekuasaan di bumi.
"Ajaran Ilahi di bumi ini bukan sekadar nasihat, petunjuk dan penjelasan. Ini adalah salah satu tanggungjawab untuk melaksanakan pemerintahan dan menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran".
Akhir kata penulis meminjam kata-kata Dr. Aid al-Qarni berkenaan dengan nasihatnya melalui buku Ihfazillah Yahfazka yang menyebut: "Dan para ulama Ahli Sunnah wa al-Jamaah dan para wali Allah itu adalah orang yang bergelut dan bergaul dengan masyarakat yang luas.
"Di dalam Islam, tidak ada seorang alim yang menutup dirinya hanya di dalam rumah dan tidak keluar ke khalayak ramai untuk menyebarkan manfaat ilmunya kepada mereka. Orang seperti ini bukan Ahli Sunnah wal-Jamaah.
"Kamu akan mendapati para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah di masjid, di tempat terbuka, di jalan raya, di forum-forum, di tempat perkumpulan manusia dan di kampus-kampus universiti dan sebagainya.
"Mereka sentiasa mengajar manusia dan menginfaqkan sebahagian rezeki yang Allah anugerahkan kepada mereka dan tidak kedekut terhadap ilmunya".
Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan kita semua harus mencontohi dan meneladani pendirian dan peranan Ahli Sunnah wal-Jamaah. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah yang melayakkan untuk menghuni syurganya. Amin.
Sunday, July 26, 2009
Perintah mencegah kemungkaran
Posted by Siti Atiqah Ali at 9:53 AM 0 comments
Friday, July 24, 2009
hakir....
salam ceria dan bahagia..
Alhamdulillah hari ini, hakir masih diberi peluang untuk menikmati udara yang segar dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah... Untungnya dirasakan...Alangkah indahnya hidup ini jika kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada... alangkah manisnya hidup ini jika kita sentiasa mengingati Allah...Alangkah nikmatnya hidup ini...Semoga nikmat iman dan Islam sentiasa wujud dalam diri hakir yang kekurangan ini...Amin..
Ikhlas
Keikhlasan nan tercalar
Pabila kesabaran mula menghindar
Lemah dan tunduk tanpa sedar
Bisikan syaitan nan tak pernah pudar
Menawan kalbu hamba nan ingkar
Keikhlasan nan terhakis
Kerana hati tak bisa menangis
Pujukan dan rayumu wahai sang iblis
Ketipisan iman tak bisa menepis
Lalu…
Lerailah budi,lenyaplah jasa
Segunung budi selaut jasa
Ganjaran dinanti tak kunjung tiba
Ganjaran melayang di tingkap terbuka
Dosa menerpa di hati bertakhta
Budi dan jasa sia-sia semata
Ibadat dilaksana jerih segala
Aduhai…
Sukarnya mencari keikhlasan
Perit dan getirnya menebal keimanan
Lalu aku kembali kepada pokok pangkal dan dasarnya
Di sinilah…
Kupohon pada-Mu walau dalam susah
Kupohon pada-Mu walau dalam payah
Ikhlas itu rahsia Allah
Mudah-mudahan padaku
Rahmat-Mu tercurah.
www.iLuvislam.com
Mahawa Pilus
Editor : kasihsayang
Posted by Siti Atiqah Ali at 8:07 AM 0 comments
Thursday, July 23, 2009
kenangan terindah...
salam kasih dan sayang..
semester satu bermula sebuah catitan kenangan yang terindah...
semester dua, jalinan persahabatan antara kita semakin erat..gelak tawa, tangis dan duka bersatu...
semester tiga menjalin ikatan yang tak mampu lagi dipisahkan...sebuah persahabatan yang terjalin yang memberi makna pada kita semua...pahit manis kita harungi bersama..manis persahabatan itu moga kekal di sanubari kita semua... 




at first kita jumpa, langsung tak kenal, bila da mesra perangai makin nakal, asal berbual kecoh tak terkawal, bila dah tak bersua, harap tetap kekal persahabatan biar sampai ajal...miss PPISMP 05...
Posted by Siti Atiqah Ali at 1:59 AM 0 comments
Monday, July 20, 2009
salam ceria...
muda atau tua itu bukan bergantung pada tarikh, masa tetapi keadaan jiwa. Tugas kita bukan menambah usia kepada kehidupan kita tetapi menambah kehidupan pada usia kita...
Anda sebenarnya penzahiran keinginan yang tertanam jauh dalam diri. Keinginan menghasilkan kemahuan, kemahuan menghasilkan perbuatan. perbuatan mengahsilkan masa depan.
fikiran membawa kepada pekerjaan. pekerjaan membawa kepada kejayaan. kejayaan membawa kepada impian.
rahsia kemajuan diru terletak pada usaha memulakan sesuatu kerja. rahsia memulakan sesuatu kerja terletak pada tindakan membahagi - bahagikan tugas yang berat kepada tugas kecil yang mudah diurus dan memulakan kerja dengan tugas yang pertama.
perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini bukannya mencari- cari apa silapnya..
yang terbaik anatara kamu adalah orang yang mempelajari al- Quran dan mengajarkannya..(hadis riwayat Imam Al- Bukhari)
sumber : Br. Izu. (2008). Urus Masa Terus Jaya. Setapak : Al- Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd
Posted by Siti Atiqah Ali at 8:19 PM 0 comments
Friday, July 3, 2009
Definisi Geografi
salam bahagia untuk semua..
sem ni sy belajar subjek geografi..subjek yg seronok tapi agak sukar. walaupun dah pernah dipelajari semasa di sekolah menengah,namun ianya tetap sukar seperti tak pernah belajar atau istilah yg kmi gunakan dalam kelas ..LOST...huhuhu
antara topik yg kami belajar dlm subjek ini adalah berkaitan dengan kemahiran dalam geografi seperti membaca peta (agak pening untuk melihat peta..huhuhu.tapi best sgt3), buat skala,ukur jarak, kaitan geografi fizikal dengan manusia dan juga kaitan geografi dengan ruang spatial manusia..
di sini, sy nak berkongsi tentang beberapa definisi geografi yang diberikan oleh beberapa tokoh geografi..(tugasan ISL..=))
Menurut Erastothenes, geografi berasal dari kata geographica yang berarti penulisan atau penggambaran mengenai bumi.
* Menurut Claudius Ptolomaeus, geografi adalah suatu penyajian melalui peta dari sebagian dan seluruh permukaan bumi.
* John Mackinder (1861-1947) seorang pakar geografi memberi definisi geografi sebagai satu kajian mengenai kaitan antara manusia dengan alam sekitarnya.
* Ekblaw dan Mulkerne mengemukakan, bahwa geografi merupakan ilmu pengetahuan yang mempelajari bumi dan kehidupannnya, mempengaruhi pandangan hidup kita, makanan yang kita konsumsi, pakaian yang kita gunakan, rumah yang kita huni dan tempat rekreasi yang kita nikmati.
* Bintarto (1977) mengemukakan, bahwa geografi adalah ilmu pengetahuan yang mencitra, menerangkan sifat bumi, menganalisis gejala alam dan penduduk serta mempelajari corak khas mengenai kehidupan dan berusaha mencari fungsi dari unsur bumi dalam ruang dan waktu.
* Preston E. James mengemukakan geografi berkaitan dengan sistem keruangan, ruang yang menempati permukaan bumi. Geografi selalu berkaiatan dengan hubungan timbal balik antara manusia dan habitatnya.
* Menurut Ullman (1954), Geografi adalah interaksi antar ruang
* Maurice Le Lannou (1959)mengemukakan bahwa Objek study geografi adalah kelompok manusia dan organisasinya di muka bumi
* Paul Claval (1976) berpendapat bahwa Geografi selalu ingin menjelaskan gejala gejala dari segi hubungan keruangan
* Suatu definisi yang lain adalah hasil semlok (seminar dan lokakarya) di Semarang tahun 1988. Geografi adalah ilmu yang mempelajari persamaan dan perbedaan fenomena geosfer dengan sudut pandang kewilayahan dan kelingkungan dalam konteks keruangan.
* UNESCO (1956) mendifinasikan geografi sebagai:
1. satu agen sintesis
2. satu kajian perhubungan ruang
3. sains dalam penggunaan tanah
...tak sabar nak buat lawatan ke pusat Meteorologi Malaysia dan buat kajian lapangan untuk subjek ni...=)
Posted by Siti Atiqah Ali at 5:41 PM 0 comments
Thursday, July 2, 2009
Sebuah renungan
Salam..
JAWATAN BUKAN SATU ANUGERAH TETAPI SATU AMANAH....
Bergaullah kamu dengan manusia bagaikan sebatang pokok, meskipun dilontarkan batu kepadamu tetapi kamu membalasnya dengan buah- buahan ranum untuk mereka nikmati
... As- Shahid Imam Hassan Al- Banna...
sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur rapi seakan- akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh
(surah As- Saf : 4)
Posted by Siti Atiqah Ali at 2:12 AM 0 comments