Monday, July 12, 2010

PerjaLAnaN

Perjalanan…

tika dan saat ini
aku masih dalam perjuangan ini
yg masih panjang dan entah bila kan berakhir

tika perjalanan ini masih kuharungi
aku terpedaya dgn keasyikan pelangi
hingga aku terlupa bahawa
aku masih di dalam perjalanan

dalam perjalanan yg penuh onak dan duri ini
aku seringkali lemah dek panahan matahari
yg menyebabkanku hampir tersungkur
di medan perjuangan ini

namun
kubersyukur kerana
bulan dan bintang sering berbisik kepadaku
agar aku terus dalam perjalanan ini
mengharungi sisa-sisa perjalanan ini
dengan ceria dan bahagia kerana
perjalanan ini
perlu kutamatkan dengan
sebuah citra yang indah…


9.58 a.m
Saturday=)
mustika aleya...

Saturday, July 10, 2010

SyukUR..;

assalamualaikum...salam ceria utk semua

Alhamdulillah hari ini Allah masih mengurniakan nikmat Iman dan Islam pada diri ini dan sahabat2 sekalian...Syukur alhamdulillah

Dalam kehidupan seharian kita, seharusnya kita perlu sts bersyukur dgn apa yg kita perolehi..Bersyukur dan berterima kasih adalah atr sifat beradab dan santun kpd org yg memberi nikmat, berlaku baik dan memberikan pengorbanan... Konsep syukur bukanlah menerima apa sahaja yg berlaku dlm hidup kita, namun bersyukur dgn apa yg diperolehi setelah berusaha dgn baik dan bertawakkal kepadanya...

Firman Allah s.w.t dalam Surah An- nahl:78

''Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan ia memberi kepadamu pendengaran dan penglihatan dan hati agar kamu bersyukur''


berdasarkan ayat ini, sy boleh nyatakan disini Allah sts memberikan bantuan dan nikmat pada org2 yg bersyukur setelah berusaha..kita perlu berfikir dgn baik menggunakan segala nikmat yang ada untuk memperolehi sst dan bersyukurlah di akhirnya itu...Allah menjanjikan akan menambahkan kurnia Nikmat kpd org yg bersyukur dan merugikan org yg engkar dan tidak beryukur.ayuh kawan2 kita bersyukurlah dgn nikmat yg kita perolehi pada hari ini..

ingatlah, andai hari ini kita merasakan susah, sebenarnya di hujung sst kawasan ada insan yg lebih susah dr kita,
andai kita rasa begitu kecewa dgn sst, ada insan yg lebih kecewa drpd kita
andai kita berasa gagal, ada insan lain yg lebih gagal dr kita
andai kita berasa kitalah insan terpandai, ada insan lain yg lebih3 pandai dari kita
andai kita rasa kita yg paling dihormati, sebenarnya ada insan lain yg paling dihormati oelh masy.

syukurlah dgn apa yg kita ada, namun jgn menyerah sebelum kalah,,berusaha utk mencapai yg lebih baik, berdoa dan bertawakkal kepadanya agar kita menjadi org yg benar2 bersyukur dgn Nikmat-Nya..


- semoga diri ini menjadi org yg bersyukur dgn nikmat-Nya-

Sunday, July 4, 2010

Laut terbelah di Korea


Laut terbelah di Korea
Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my
2010/07/04

Keajaiban di Pulau Jindo bentuk laluan sementara 2.8 kilometer selama sejam

APA saja yang disebut sebagai keajaiban memang tidak pernah gagal menarik perhatian orang ramai. Lebih-lebih lagi apabila kisah di sebaliknya sukar dijelaskan. Malah, banyak sebenarnya fenomena menakjubkan berlaku di dunia ini yang kurang diketahui ramai biarpun berlaku hampir saban tahun.
Salah satu fenomena yang tidak kurang menariknya adalah kejadian laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo. Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.
Kejadian itu pasti mengingatkan kita terhadap kisah Nabi Musa yang ‘membelah laut’ bagi membawa pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kekejaman Firaun.

Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.

Ini menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Ia juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo.
Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April.

Acara itu juga membolehkan pelancong menikmati pelbagai pengalaman di laut dan menyaksikan pemandangan unik serta budaya Jindo. Pesta itu diserikan dengan lagu rakyat Jindo dan tarian khas Korea, Ganggangsullae, turut dipersembahkan. Tarikan lain sepanjang pesta itu termasuk pertunjukan bunga api, pertunjukan laser, persembahan muzik tradisional serta permainan dram.

Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya sama ada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu.

Malah, siapa yang mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu dan meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain.

“Inilah keajaiban yang tidak mungkin disaksikan di tempat lain. Dalam sekelip mata, laut terbelah dan mendedahkan dasarnya. Tiada perkataan dapat menggambarkan ketakjuban melihat hidupan laut seperti kerang, kepah dan hidupan marin yang sebelum ini hidup di dasarnya, tiba-tiba timbul,” kata pelancong tempatan, Cho Eun-Jun yang dipetik media tempatan, baru-baru ini.

Hakikatnya, tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan fenomena itu sehinggalah pada 1975, apabila seorang duta Perancis ketika itu, Pierre Randi, melawat Korea Selatan dan menulis mengenainya dalam sebuah akhbar negaranya.

Namun, seperti juga banyak kejadian aneh lain, ada kisah atau kepercayaan rakyat tempatan di sebalik fenomena itu. Ia dikaitkan dengan sebuah kampung di Jindo yang diserang harimau yang menyebabkan penduduk berlari ke pulau Modo untuk berlindung. Malangnya, seorang wanita tua, Pong, yang tidak berdaya tertinggal. Dalam keadaan serba tersedak dia memohon bantuan Dewa Laut, yang kemudian memisahkan laut dan membantu wanita malang itu lari daripada haiwan liar berkenaan.

Apabila laut itu terbelah, ramai penduduk yang berlari ke Modo, memainkan gong dalam usaha mereka mencari wanita berkenaan. Dia, bagaimanapun meninggal dunia tetapi sebelum mati, wanita berkenaan sempat membisikkan: “Doaku dimakbulkan. Laluan laut terbuka dan aku dapat melihat kamu semua. Kini, harapanku sudah terlaksana. Aku boleh meninggal dengan tenang.”

Nama asal daerah itu, Hodong, kemudian ditukar kepada Hoedong, bermakna ‘Kampung Orang yang Kembali’, bagi mengingati kisah Pong.

Selain di Korea, kejadian itu turut dipopularkan di Jepun, selepas penyanyi wanitanya, Dendo Yomishi, menghasilkan lagu fenomena Jindo itu pada 1996.

Kisah Nabi Musa belah samudera

Fenomena laut terbelah dua bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku pada zaman Nabi Musa yang ketika membawa pengikutnya yang taat kepada Allah melarikan diri daripada kekejaman Firaun, pemerintah Mesir.

Namun begitu, besar perbezaan dengan apa yang berlaku di Korea Selatan kerana perkataan terbelah dan membelah itu sendiri membawa makna berlainan. Kejadian laut terbelah di Korea Selatan berpunca daripada faktor saintifik sedangkan keupayaan Nabi Musa membelah Laut Merah pada tanggal 10 Muharam dengan tongkatnya adalah disebabkan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda.


Kekejaman Firaun yang mengaku dirinya Tuhan sudah sampai di kemuncak, menyebabkan Nabi Musa membawa pengikutnya lari untuk mengelak daripada diseksa.
Pelarian membawa mereka ke tepi Laut Merah. Sekali pandang, Nabi Musa dan pengikut baginda bakal menjadi habuan kebuasan Firaun kerana terperangkap - di depan laut dan di belakang pula tentera Firaun semakin mendekati.

Namun Allah SWT mempunyai perancangan tersendiri untuk menyelamatkan Rasul serta makhluk-Nya yang beriman. Allah mengarahkan Nabi Musa mengetuk tongkat baginda, yang sebelum itu berjaya membuatkan ahli sihir Firaun ketakutan selepas menjelma menjadi ular besar menelan semua ular yang dijelmakan ahli sihir berkenaan, ke laut.

Dengan izin-Nya, Laut Merah itu terbelah dua, menyediakan laluan untuk Nabi Musa dan pengikut baginda menyeberang dengan selamat.

Firaun dan bala tenteranya yang ghairah mahu membunuh Nabi Musa dan pengikut baginda akhirnya masuk ke dalam perangkap maut apabila laut kembali bersatu sebaik mereka berada di tengah-tengah dan selepas Nabi Musa dan pengikut baginda sudah selamat tiba di tebing.

Bukti kejadian itu diungkap oleh seorang pakar arkeologi, Ron Wyatt, yang mendakwa menemui beberapa roda kenderaan perang purba di dasar Laut Merah. Katanya, ia mungkin sebahagian sisa kenderaan perang tentera Firaun yang tenggelam ketika mengejar Nabi Musa.

Katanya, selain roda kenderaan perang berkuda, Wyatt bersama pasukannya turut menemui tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama. Penemuan itu mengukuhkan dakwaan ia adalah sisa tulang tentera Firaun apatah lagi hasil kajian yang dilakukan di Universiti Stockholm ke atas tulang berkenaan mengesahkan ia berusia sekitar 3,500 tahun, sama waktu kejadian Nabi Musa membelah Laut Merah berlaku.

Apapun, kedua-dua kejadian itu berlaku atas kehendak Allah SWT yang cuma mengarahkan laut terbelah mengikut jadual, dan itulah yang akan terjadi.

INFO: Laut terbelah Jindo
# Berlaku dua kali setahun iaitu sama ada Mac atau Mei serta Julai.
# Secara saintifik, kejadian itu disebabkan penurunan mendadak paras air laut akibat pertembungan air pasang dan surut secara serentak.
# Ia juga disebabkan tarikan graviti antara bulan dan matahari.
# Fenomena itu berlaku selama sejam dan mendedahkan sebahagian dasar lautannya yang membentuk laluan menghubungkan daratan Jindo dan pulau sekitarnya.
# Menjadi antara acara tarikan utama pelancong ke Korea Selatan, setiap tahun.

Saturday, July 3, 2010


aku insan biasa..

Mungkin mereka alpa bahawa aku ini hanyalah insan biasa
yang masih mempunyai sekeping hati dan juga sekelumit perasaan
mempunyai kelemahan dan kekurangan yang pasti...

mungkin mereka lupa bahawa
aku masih berusaha untuk memperbaiki diri
kerana bukan mudah ingin beristiqamah dalam ibadah
apatah lagi dalam akhlak
kerana...
aku hanya insan biasa yang belajar untuk menjadi yang terbaik
aku tiada daya..aku hanya berusaha dan berdoa serta bertawakkal
keran ku tahu yang mengizikan apa sahaja hanyalah Allah S.W.T..

Friday, June 4, 2010

bismillahirahmanirahim...assalamualaikum..

alhamdulillah, today is the last day of this semester..rasanya sem inilah aku rasa sungguh berharga, sungguh bernilai dan sangat menyeronokkan walau ada kalanya aku rasa amat lemah dgn ujianNya.. namun itulh kemanisan dalam perjuangan..betullah kita gagal bukanlah kerana kita terjatuh mahupun tersungkur tapi sebenarnya kita adalah orang yang gagal apabila kita gagal membangunkan diri kita selepas kita terjatuh..sesungguhnya amat manis untuk dikenang apabila kita mampu untuk membangunkan diri kita sekiranya kita terjatuh dalam medan perjuangan..,itulah pengajaran yang diri ini perolehi sepanjang semester ini...

Jawatan yang dipegang memberi diri ini satu kekuatan yg entah dimana ianya dtg,,tapi itulah hakikat dalam perjuangan..bersemangat dan perlu kuat dalam menghadapi apa jua cabaran..Jujurnya, ada ketikanya, diri ini merasa amat lemah untuk meneruskan tanggungjawab yg digalas...adakalanya langkah seakan tidak bergerak dan adakalnya diri ini merasakan seperti tidak ada lagi hati dan perasaan,,bergerak seakan patung bergerak..Namun Alhamdulillah, dgn keyakinan bahawa Allah itu sts ada, dan dorongan kawan2, diri ini mampu untuk meneruskan langkah yg kaku tadi....Alhamdulillah..dan sesungguhnya pelangi itu hanya untuk dilihat bukan dipegang..

segala yg berlaku sepanjang sem ini moga2 mempunyai hikmah yg terbaik...insyaAllah semoga sem hadapan menjadi lebih baik bg diri ini dan semuanya..

semoga segala ilmu, pglmn dan kemahiran yg diperolhi sepanjang sem ini menjadi anjakan pradigma untuk perkembangan intelektual diri ini dan semuanya...

to all my firends, thanks for the support and always be wih me...=)

AKU DAN DUNIA =)

Dunia Ini Bukan Untukku
Yang Leka Saat Terbitnya Sang Fajar
Yang Alpa Saat Munculnya Sang Bulan
Yang Lemah Bila Dipanah Matahari
Yang Asyik Bila Hadirnya Pelangi

Dunia Ini Bukan Untukku
Sekadar Membaca Dan Menulis
Sekadar Melihat Dan Mendengar
Sekadar Berhibur Dan Berlibur
Sekadar Tertawa Mahupun Menangis

Dunia Ini Untukku
Berpuisi Dan Berdrama
Berkata- Kata Dan Membelai
Berdoa Dan Mengucap Syukur
Membantu Dan Berkasih Sayang

Dunia Ini Untukku Jua
Sedar Dari Lena Yang Panjang
Bangkit Untuk Terus Berjuang
Membina Kekuatan Dan Impian
Mengorak Langkah Menuju Kecemerlangan


-mustika aleya-