Bismillahirahmanirahim... Salam
Internship di SK
Jugra membawa saya ke sebuah kehidupan yang sangat bermakna..penuh
pengertian dan penuh dengan cerita yang membawa saya ke kehidupan
kedewasaan dan membawa saya mengenal erti pekerjaan GURU..
walaupun
pada saat ini, saya masih belum digelar guru sebenar, namun pengalaman
berintenrship menyebabkan saya merasakan bahawa saya telah menjadi
seorang guru yang sebenar...
Menjadi guru
menjanjikan kepuasan pada siapa yang benar- benar menghargai erti
menjadi guru... saya berasa sangat puas tatkala dipanggil 'cikgu atiqah'
oleh murid- murid saya..Alhamdulillah sehingga kini, saya tidak
menyesal memilih profesion keguruan sebagai kerjaya saya..Saya bangga
menjadi seorang CIKGU...
Projek- projek internship
sememangnya melatih saya menjadi seorang yang tabah, sabar dan mampu
untuk memipin dan mengurus sesuatu program...Ketahanan mental dan
fizikal sememangnya diperlukan.. minggu ketiga dan separuh minggu
keempat intership, saya jatuh sakit..namun dengan kasih sayang Allah,
sokongan dan dorongan sahabat2 internship, saya mampu mengagahkan diri
untuk meneruskan kerja2 untuk projek kami.. Alhamdulillah.. masa inilah
yang benar menghargai nikmat Sihat yang dikurniakan. Bukan hanya saya
yang jatuh sakit, tetapi pembantu utama saya turut sakit..Laptop
kesayangan mengalami sedikit masalah sehingga perlu dihantar selama 5
hari kepada yang lebih pakar...5 hari tanpa pembantu, amat membuatkan
hidup tidak keruan kerana semua kerja perlu dilakuka olehnya..Kita hanya
merancang, tetapi Allah yang menentukan..
Terima Kasih
SK Jugra, terima kasih mentor2 kak ana, kak adani dan kak ita kerana
membantu kami menyelesaikan projek2 kami dengan jayanya..
terima kasih cikgu2 SK Jugra yang percaya kepada kami untuk memberi bantuan kepada program- program kalian..
Semoga hidup kalian dirahmati Allah. semoga SK Jugra terus melangkah ke hadapan...
Saturday, July 21, 2012
Cerita Internship :~
Posted by Siti Atiqah Ali at 4:47 PM 0 comments
Tuesday, July 3, 2012
~ Perfectionisme
salam...
sy seorang yg perfectionisme, makanya memang saya akan sts mementingkan kesempurnaan dalam setiap tugasan yang saya dapat..and to be perfect, i will do something new,.. and i will fell down if someone do what i had done..
manusia diberikan akal fikiran..so can you think another idea than copy cat my idea..please la.. this is the intellectual era, so do something yg org lain still xbuat,dh tahu saya buat tajuk tu for my ar, so dont do it anymore. find another topic..please..
~ kamu faham tak, disebabkan kaedah dan tajuk kamu tu dh SAMA dengan saya, saya tension dan stress.. Bukan saya kedekut ilmu tapi fikir sendiri la.. tak ke susah time kena prsent nnti nk bezakan ... isy2....saya tak takut kalah tapi saya takut dengan rasa kesempurnaan saya akan sebabkan saya akan bermasalah dengan awak...
entahlah, saya xcri gaduh, tp kalau hang terbaca post ni, bagus jugak.. aku dh terus terang hari tu, but rupanya ko tak faham..xpe la..aku tahu ko memang terkenal, so apa yg ko buat, org akan sokong, lg2 budak kelas kan..so, aku tahu kalau aku lawan ngan ko, ko pasti dpt back up banyak..
but its okey, the war was start and we will see the winner..
~post ni beremosi, just for remind myself and others, dont be a copy cat person, Allah dah bagi akal pada kita, gunakan sebaiknya ~
Sekian.Terima Kasih :
Posted by Siti Atiqah Ali at 1:55 PM 0 comments
Friday, June 22, 2012
~ Hehehe :
salam..
~ saya tidak mahu menimbulkan masalah dan saya juga tak sangka akhirnya saya menjadi punca masalah ~
< mula- mula rasa tension, takut,gelisah, keliru dgn apa yg terjadi tapi akhirnya rasa macam kelakar la pulak..itulah yg dikatakan :
'bermain dgn masalah amat menyeronokkan'. >
` saya di tengah dan saya tidak tahu apa yg berlaku, apa yg sy tahu saya perlu pecut bukan lagi melangkah'
= kalau saya bermasalah, saya mintak maaf =
/ :: a problem is something fun, think positive and u will be happy and enjoy with what urlife are :: /
/ Allah tidak akan membebani hambanya melainkan kemampuanNya ::
Posted by Siti Atiqah Ali at 9:11 PM 0 comments
Wednesday, June 20, 2012
its about my keluarga ~
Bismillahirahmanirahim..Salam
Kayakah saya, atau miskin kah saya?
semuanya adalah berdasarkan tafsiran sy sendiri...
saya tidak kaya, saya juga tidak miskin, saya sederhana
keluarga saya juga tidak kaya, tidak mempunyai kebun berekar, apatah lagi rumah berunit- unit, jauh sekali kenderaan mewah..Tetapi keluarga saya sangat kaya dengan kasih sayang...itulah kaya keluarga saya...
Dulu, saya terfikir, kenapa keluarga saya xkaya?? namun semakin meningkat tua saya tahu, kaya material itu bukanlah kaya yang sebenar.
Seorang bapa saudara saya mengatakan kepada abah saya di depan saya ' Wak Sibek xpe, xde kebun, tapi anak2 semuanya berjaya dan berguna'.. terdetik di hati saya pada ketika itu, Alhamdulillah, betapa kaya keluarga saya selama ni.. Kami xperlu kebun berekar, rumah berunit - unit, kenderaan mewah, apa yng kami perlu untuk kaya adalah kasih sayang dan ilmu....Syukur..Terima kasih Allah..
Abah pernah mengatakan pada kakak2 saya yg disampaikan pada saya
'abah tangkap ikan senang kt laut, luas, xperlu nk gaduh2 dengan orang (setelah ditranslate dr bhs bugis)..
betul apa yg abah saya katakan, abah merancang yg terbaik utk kelangsungan hidup kami semua...
Anak- anak mak dan abah ramai..tapi Alhamdulillah walaupun kami tak kaya dari segi material,abah dan mak berjaya didik kami mempunyai kerjaya sendiri yang baik dan bermanfaat utk masyarakat.
jujurnya, saya tak mengalami kesusahan hidup walaupun hidup dalam adik beradik yang ramai..sy xpernah rasa tidur atas lantai tanpa bilik..dari kecik saya tidur dalam bilik..sy tak pernah rasa makan nasi dengan garam dan kicap sahaj jauh sekali hanya makan ubi kayu..Alhamdulillah..Allah berikan kami rezeki yang cukup sehingga hari ini.
Kakak2 dan abg merasainya..kakak saya bercerita, dulu mereka naik basikal sehingga basikal itu betul2 rosak atau istilah patah semuanya baru dikatakan rosak..mereka pernah bercerita ada jiran sekampung menegur kakak2 sy apabila bapa saya menyambungkan pedal basikal dengan kayu sahaja semasa pedal basikal mereka patah..bapa saya tidak mampu ketika itu...itu sahajalah yang mampu..Alhamdulillah, kini, setiap adik beradik saya mempunyai kenderaan masing- masing yang boleh bergerak di mana sahaja..
Hari ini, saya rasakan saya perlu untuk menjadikan keluarga saya lebih kaya..kaya dr semua aspek kehidupan...kaya kami kaya kasih sayang..kaya dengan ilmu, kaya dengan perasaan hormat- menghormati dan kaya adab...
mak & abah, terima kasih kerana menjadi ibu bapa yang terbaik utk kami ber10 ni..walaupun mak abah sekolah setakat darjah 3 dan kelas dewasa, tetapi ilmu didikan kepada kami sangat tinggi...
akhirnya : Family is first priority,saya sayang keluarga saya... :~
Posted by Siti Atiqah Ali at 10:06 PM 0 comments
Wednesday, May 23, 2012
~ Semester 7 ~
Bismillahirahmanirahim.. salam
` Semester 7 akan berakhir esok setelah tamatnya saya menjawab exam PSS3113 - PENYELIDIKAN TINDAKAN -KAEDAH ..
bila tamatnya semester 7, bermakna saya akan masuk ke semester 8 pada pertengahan bulan 6 nanti.. Masuk sem 8 bermakna saya berada di semester terakhir pengajian di bumi IPG Kampus Pendidikan Islam selama 5 tahun setengah..
~ Adakah saya sudah bersedia untuk meninggalkan alam belajar dan memasuki alam pekerjaan ??? - persoalan yang bermain di minda sekarang.. harapnya bila berakhirnya sem 8 nanti bermakna saya telah cukup bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan..
~ cerita semester 7 : suka, duka, gembira, sedih, gelak dan tawa bercampur dalam sebuah perasaan
banyak yang berlaku sehingga kadang2 rasa terlalu lemah untuk terus bergerak... tetapi bila memikirkan ianya adalah tanda kasih sayang Allah pada saya, maka saya gagahkan diri untuk terus berjalan mencapai impian yang diimpikan.
~ semester 7 banyak mengajar saya erti menghormati..menghormati hak2 individu supaya tiada yang terluka dan tiada yang tertindas.. menghormati orang atasan dan menghormati orang bawahan. .. mengajar saya menghormati seorang 'GURU' yang banyak menguji kesabaran,ketahanan mental dan kekuatan iman.. terima kasih puan, mungkin tanpa ujian puan, saya rasa saya lah paling mudah untuk mendekati seseorang.. tanpa amarah puan, mungkin saya rasa, sayalah yang tak pernah buat silap dan tanpa bebelan puan, sayalah orang yang paling angkuh yang tak pernah kenal erti gagal...Terima kasih puan..maafkan saya kerana sememangnya dalam mengharungi ujian demi ujian yang puan bagi saya, saya berdendam dengan puan.. tetapi Allah masih menyayangi saya, Allah membukakan pintu hati saya untuk melepaskan dendam itu puan.. Puan sebagai guru, saya sebagai murid.. mana mungkin Allah benarkan dendam itu terus beraja di hati saya..Terima Kasih Ya Allah... mungkin hanya saya yang tahu betapa sakitnya dan remuknya hati tatkala puan memarahi, buat berlaku ................ pada saya, namun kini saya redha kerana Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik disebalik kedukaan ini.. Saya yakin dengan janji Allah kepada org2 yang sabar. Puan, maafkan saya atas rasa dendam itu...
~ Semester 7 juga mengajarkan saya tentang erti 'PERSAHABATAN '.. semua orang mempunyai kawan.. daripada ikatan kawan yang biasa dan apabila hati antara kawan bertaut akhirnya ikatan persahabatan itu terjalin.. Ikatan yang terjalin kerana Allah ini, moga akan terus kekal dan terus dirahmati Allah.. terima kasih Siti Hajar Musa, Norhasiswana Jamhuri dan Hasnul Huda atas ikatan yang tulus ikhlas ini.
~ semester 7 jugalah menemukan saya dengan insan2 yang berhati mulia, Terima Kasih Mak Cik Hajah Tunisah, Pak Cik Haji Rodin, kak liza, cik Rashid dan keluarga yang sudi memberikan tempat berlindung panas dan hujan dan tempat menumpang manja sepanjang kami mengharungi dunia Praktikum.. semoga Allah merahmati kehidupan kalian.. Terima kasih pada Puan Warti, Ummi, pn Fazidah yang sentiasa memberikan motivasi, semangat tatkala ujian datang kepada diri ini dan sahabat2 saya.. yang menjadi tonggak kecemerlangan kami berempat.. terima kasih warga SK Jugra, anak2 murid yang disayangi...terima kasih...smoga ikatan yang terjalin akan kekal hingga akhirnya.. terima kasih juga untuk pensyarah2 subjek semester ini..thanks :) love all of u
~ Semester 7 juga membawa saya kepada satu kehidupan yang sangat matang.. kehidupan yang memerlukan saya tangkas membuat keputusan, kehidupan yang memerlukan saya mengawal emosi walaupun emosi saya diduga dengan begitu teruk... kehidupan yang mengajar saya bahawa perasaan iri hati trhadap org lain akan memusnahkan ikatan kawan...
~ di semester 7 ini juga saya kehilangan seorang rakan seperjuangan.. Semoga Allah merahmati kamu Wan Ahmad Hilmi..
~ sesuatu yang saya tidak capai adalah tentang ....................................... Ya Allah, semoga semester depan saya akan dapat capai pkr ini walaupun tidak 100 %. cukuplah saya dapat capai 50 %...
~ Tahun lepas, saya berangan- angan untuk berada di sem 7 dengan cepat, dan malam ni , malam terakhir semester 7 saya..itulah kuasa masa..~
~ terima kasih Allah kerana memberikan nikmat hidup ini sehingga detik ini.. terima kasih atas kasih sayangMu yang menguatkan diri ini untuk terus hidup di dunia ini..~
~ untuk kawan2 yang mengenali diri ini, saya memohon ampun andai pernah diri ini mengecilkan hati kalian, membuatkan kalian rasa marah..terima kasih atas rasa kasih sayang yang diberikan pada saya, halalkan segala yang termakan, terminum, terambil... dan saya SITI ATIQAH BINTI ALI dengan rasa rendah diri memaafkan kesalahan andai kalian terbuat salah pada saya dan saya menghalalkan segala apa yang saya berikan dan apa yang terambil, moga jalinan antara kita semua dirahmati Allah ~
~ Jaga diri , Jaga Iman ~
with love :
~ Siti Atiqah Ali ~
Posted by Siti Atiqah Ali at 11:45 PM 0 comments
Monday, May 21, 2012
~ yiHaa..akhirnya ia hilang ~
Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum
~ akhirnya DENDAM itu terlerai ~
terima kasih Ya Allah..sesungguhnya hanya engkau yang mengetahui apa yang terbaik untukku...
mungkin apa yang terjadi masih tidak mampu dibuang dari hati ini, namun yang terbaik adalah menghilangkan rasa dendam itu dan memaafkan.. mungkin ini langkah pertama saya untuk menghilangkan segala yang pernah dirasai oleh hati ini..luka itu masih belum boleh untuk diubati tetapi, saya akan cuba supaya saya dapat mencari antibiotik yang terbaik untuk mengubati hati itu.. Dan antibiotik yang terbaik adalah MEMAAFKAN...Ya Allah berikanlah aku kekuatan yang engkau kurniakan kepadku hari ini pada hari esok dan seterusnya.. bantulah aku Ya Allah untuk berada di jalanMu yang lurus.. aku hambaMU yang sangat lemah yang boleh digugat kesabarannya dengan hanya peristiwa yang kecil..
~ melangkah ke hadapan dengan rasa dendam dan marah membuatkan saya tetap berjalan tetapi saya rasa saya merangkak tetapi tanpa dendam dan marah membuatkan saya melangkah dengan lebih laju seakan- akan saya berlari pecut... ~
~ Terima Kasih Allah ~
~ Alhamdulillah, kini lebih tenang ~
~ Aishiteru : ~
Posted by Siti Atiqah Ali at 7:16 PM 0 comments
Thursday, May 17, 2012
Indahnya Hidup berkawan ~
Posted by Siti Atiqah Ali at 12:00 PM 0 comments



