salam ceria untuk semua..
esok bermulalah cuti sem..tak sabar rasanya nak balik kg esok...
banyak peristiwa manis dan pahit sepanjang sem ni..dah saat yg paling manis sem ni adalah dapat ke Sabah..Namun kegembiraan yg lebih bermakna lagi pada sem ni adalah menjalani PBS..dapat anak murid first...
semoga pengalaman yang diperolehi sem ni dapat dijadikan sempadan dan tauladan untuk sy menjadi lebih baik...begitu juga sahabat2 sekalian..
untuk sahabat2 PISMP 1.03 dan semua, maafkan sy andai ada salah dan silap ...
untuk sahabat2 sekalian, sempena cuti 3 minggu ni manfaatkanlah cuti shbt2 sekalian dengan sebaiknya..gunakan waktu yg diberi untuk mempersiapkan diri supaya menjadi insan yg lebih cemerlang di sem depan dan juga meningkatkan keimanan kepada Allah..
cuti2 juga, keselamatan dan kesihatan jgn diabaikan ye...=)
.....SELAMAT BERCUTI SEMUA......JUMPA DI SEM DEPAN......
Friday, May 29, 2009
selamat Bercuti...
Posted by Siti Atiqah Ali at 11:29 PM 0 comments
jom ke Pontian pula..
salam cuti2 Malaysia..
tadi sy dah bawak anda semua melihat tpt2 menarik di Johor, sekarang sy nak bawak shbt2 ke Pontian pula, daerah saya...
Muzium Bugis
Bugis adalah salah satu rumpun Melayu yang berasal dari Sulawesi dan datang berhijrah ke Tanah Melayu pada lewat kurun ke-18 dan 19. Atas tujuan memperkenalkan dan mengabadikan budaya dan cara hidup komuniti Bugis di Johor, sebuah muzium telah dibina di daerah Pontian. Di Muzium Bugis ini, para pengunjung akan berpeluang melihat pelbagai artifak orang Bugis dan berbual dengan penjaga muzium yang berketurunan Bugis yang akan menceritakan tentang budaya dan adapt resam mereka.
Panduan: Jika pengunjung menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, sila ikut susur keluar Simpang Renggam dan ambil jalan ek arah Benut. Dari Benut, bergerak ke arah selatan jalan menuju ke Bandar Pontian. Dari Bandar Pontian, pengunjung terus bergerak ke selatan kira-kira 9km melewati Pantai Rambah. Di sana pengunjung akan melihat papan arah menuju ke Muzium Bugis yang tidak jauh dari Pantai Rambah.
Kukup
Kukup terkenal sebagai perkampungan nelayan. Ini kerana sejak pertengahan kurun ke 19, Kukup terdiri daripada petani dan nelayan yang kebanyakan terdiri dari keturunan Bugis.
Jika pengunjung datang ke sini, pastikan mencuba pelbagai masakan makanan laut terutama masakan Ketam Masak Sambal yang cukup sedap dan menyelerakan. Beberapa restoran adalah terletak berhampiran jeti di mana membolehkan pengunjung menjamu selera sambil menikmati keindahan permandangan laut yang terbentang luas. Selain itu, pegunjung boleh menyewa bot dan melawati kelong di mana terdapat pelbagai jenis ketam dan ikan dipelihara secara komersil di dalam sangkar. Kraftangan dan makanan seperti keropok, belacan dan cencaluk juga ada dijual di sini.
Panduan: Kukup terletak di bahagian barat daya Bandar Pontian dengan jarak kira-kira 20km. Jika pengunjung menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, ikut susur keluar Skudai dan terus menuju ke Pontian Kechil. Apabila tiba di Pontian Kechil, masuk simpang ke Kukup.
Muzium Nenas
Negeri Johor merupakan antara pengeluar utama nenas di Malaysia . Sehubungan itu, satu muzium diwujudkan bagi mendedahkan semua hal ehwal yang berkaitan dengan industri nenas di Johor.
Di muzium ini, terdapat sebuah seksyen muzium yang menumpukan kepada kaedah penanaman, pemprosesan, pengawalan dan penyelenggaraan nenas. Selain itu, ada seksyen di mana pengunjung juga boleh memperoleh maklumat berkenaan dengan sejarah perkembangan nenas di Malaysia . Di seksyen tersebut, terdapat pameran koleksi artifak, penerbitan dan maklumat paten.
Apa yang lebih menarik lagi adalah di seksyen yang memaparkan pelabagai jenis nenas yang di tanam di Malaysia .
Panduan: Muzium Nenas terletak di km 52 Jalan Utama Johor Bahru-Pontian-Kukup iaitu kira-kira 45 minit dari Bandar Johor Bahru.
Taman Negara Johor - Tanjung Piai
Tanjung Piai terletak di kawasan paling hujung di Benua Asia . Ianya amat terkenal sebagai syurga flora dan fauna yang cukup unik dan jarang ditemui. Tambahan pula, menjadi tumpuan utama bagi penggemar burung untuk melihat burung terutama ketika musim migrasi yang jatuh pada bulan September dan Mac.
Taman Negara Johor – Tanjung Piai meliputi kawasan seluas 926 hektar. Untuk masuk ke Tanjung Piai, pengunjung mempunyai dua pilihan sama ada melalui Sungai Belukang dan satu lagi melalui Desa Sri Piai.
Tiket Masuk
* Pelancong Malaysia ~ RM3
* Pelancong Luar Negara ~ RM5
Panduan: Setakat ini tidak ada bas yang menuju terus ke Tanjung Piai. Namun, pengunjung boleh menaiki teksi di Stesyen Bas Pontian dengan tambang dalam lingkungan RM15. Dicadangkan kepada pengunjung agar menempah teksi untuk pergi dan pulang.
Jika pengunjung memandu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, ikut susur keluar Simpang Renggam. Ambil laluan utama ke Pontian dan terus ke Kukup. Apabila tiba di Kukup, ikut papan tanda arah menuju ke Tanjung Piai.
Lembah Orkid
Lembah Orkid terletak di kaki Gunung Pulai, kira-kira 30 km dari Johor Bahru. Dengan keluasan 40 hektar, Lembah Orkid telah diiystiharkan sebagai ladang orkid tropikal yang terbesar di dunia. Di sini terdapat lebih dari 80 jenis orkid yang cukup cantik dan mengkagumkan.
Semenjak dibuka pada Februari 1996, Lembah Orkid semakin popular dikalangan pelancong yang menggemari orkid terutama pelancong dari Singapura. Apa yang lebih menarik adalh, pelancong atau pengunjung boleh memilih dan membeli pokok orkid dengan harga yang cukup berpatutan. Di samping menikmati udara segar dan permandangan lading orkid yang menarik.
Di Lembah Orkid bukan sahaja mengandungi bahagian penanaman orkid malahan koridor pendidikan, pusat perlancongan dan makmal kaji selidik. Kemudahan lain adalah restoran, taman permainan kanak-kanak dan tempat melihat permandangan ladan tersebut.
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Jika pengunjung dari Johor Bahru, ambil jalan utama ke Pontian. Simpang ke Gunung Pulai di mana Lembah Orkid terletak adalah kira-kira 19 batu dari jalan tersebut.
..selamat berjalan-jalan...
Posted by Siti Atiqah Ali at 11:13 AM 0 comments
Jom ke Johor...

salam bahagia...
sempena cuti ni, jom jalan2 ke Johor, negeri kelahiranku yang tercinta....
di sini di coretkan beberapa tempat yg menarik untuk dilawati di negeri Johor Darul Takzim..
1) TEMPAT MENARIK - Johor Bahru
GUNUNG PULAI
Satu-satunya hutan simpan yang terdekat dengan Johor Bahru ialah Hutan Simpan Gunung Pulai. Ia dibuka untuk orang ramai dan amat sesuai untuk aktiviti perkelahan ataupun bersantai bersama keluarga. Pokok-pokok yang tinggi melampai dan irama unggas rimba mengamit kedatangan para pengunjung di sini.. Keindahan air terjun Gunung Pulai merupakan tarikan utama hutan simpan ini. Air Terjun Gunung Pulai mempunyai 3 peringkat; yang terbesar ialah peringkat kedua setinggi 15 meter. Terdapat juga kolam buatan manusia yang sesuai untuk pengunjung bermandi-manda dan berkelah di peringkat pertama dan kedua.
Pengunjung yang cintakan kehijauan alam akan terpesona melihat keindahan alam semulajadi serta hidupan liar di Gunung Pulai. Dibajai oleh sungai dan tanpa ganguan manusia, flora dan fauna mewarnai kehidupan di Gunung Pulai.
Bagi mereka yang gemar berkhemah pula, kawasan perkhemahan juga disediakan. Bermula dari kaki gunung melalui peringkat pertama dan kedua air terjun, berjalan dicelah-celah hutan tropika dan berakhir di peringkat ketiga air terjun adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh mereka yang gemar merentas hutan. Setelah penat seharian meredah hutan, mereka bolehlah beristirehat di kawasan perkhemahan yang disediakan.
2) TEMPAT-TEMPAT MENARIK - Kluang
GUNUNG BELUMUT
Hutan Rekreasi Gunung Belumut terletak di bahagian utara daerah Kluang. Nama "Gunung Belumut" berasal dari keadaan gunung itu sendiri yang licin kerana batuannya yang belumut dan licin.
Perjalanan menuju ke puncak Gunung Belumut kini telah diperbaiki untuk memudahkan pendakian para pengunjung. Air terjunnya juga terletak di aras bawah gunung tersebut dan ia tidak terlalu tinggi. Ini memudahkan para pengunjung datang bersantai tanpa perlu mendaki tinggi.
Untuk para pendaki, jumlah masa yang diperlukan untuk tiba di puncak gunung pada ketinggian 1004m dibawah paras laut ialah 4 jam. Selepas dua jam pendakian, para pendaki sudah boleh melihat salah satu mercu tanda di daerah Kluang yang terkenal iaitu "Batu Mahkota". Batu Mahkota ialah sebiji batu yang berbentuk seperti sebuah mahkota raksasa.
GUNUNG LAMBAK
Hutan Rekreasi Gunung Lambak yang terletak hanya 5 km dari bandar Kluang telah menjadi kawasan rekreasi yang sering dilawati oleh pengunjung yang ingin melihat keindahan alam semulajadi. Terletak di kaki bukit Gunung Belumut, kawasan rekreasi ini amat sesuai untuk berkelah, mandi manda dan mendaki bukit. Di sini juga terdapat sebuah kawasan permainan kanak-kanak.
Berada pada 510m di bawah paras laut, Gunung Lambak ini dilengkapi dengan kemudahan lorong pejalan kaki dan jambatan kayu untuk memudahkan perjalanan ke puncak gunung. Selain daripada keindahan flora dan fauna nya, terdapat juga kawasan air terjun untuk para pengunjung menikmati kesegarannya. Rumah penginapan juga ada disediakan bagi mereka yang ingin bermalam di sini.
3) TEMPAT-TEMPAT MENARIK - Batu Pahat
PANTAI MINYAK BEKU
Walaupun Pantai Minyak Beku ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, ia amat sesuai untuk aktiviti memancing dan menikmati udara pantainya yang segar. Di sini terdapat sebuah perkampungan nelayan dan juga kuari untuk memproses batu dan pasir. Kawasan memancing paling sesuai dilawati di sini ialah Kampung Orang Asli dan Perkampungan Nelayan Cina Segenting.
Perigi Batu Pahat terletak di Pantai Minyak Beku, 8 km dari pekan Batu Pahat. Perigi ini dipercayai merupakan tempat Daerah Batu Pahat mendapat namanya
4) TEMPAT-TEMPAT MENARIK - Kota Tinggi
AIR TERJUN KOTA TINGGI
Air Terjun Kota Tinggi yang berketinggian 34 meter merupakan antara tempat pelancongan yang popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara. Keindahan dan kedinginan air yang datang dari atas gunung mendamaikan rasa para pengunjung. Terdapat beberapa buah chalet yang didirikan berhampiran dengan kawasan ini bagi memberi kemudahan kepada mereka yang ingin menginap serta menikmati keindahan waktu malam. Terdapat pelbagai restoran yang menyajikan hidangan makanan ala chinese dan barat serta gerai- gerai makanan yang lain. Selain daripada itu tapak perkemahan juga disediakan bagi mereka yang gemarkan dengan aktiviti perkhemahan.
DESARU
Desaru merupakan antara pantai yang popular di daerah ini. Ia terletak di sebelah timur Semenanjung Malaysia. Pantai yang bersih dengan hutan tropika yang subur sepanjang kira-kira 25 kilometer menjadikan Desaru pilihan pelancong tenpatan dan luar negara. Bagi memberi kemudahan kepada para pelancong, terdapat pelbagai resort dan hotel yang dibina dan ia menawarkan harga yang berpatutan kepada pengunjung.
Dibarisi dengan pokok ru dan air laut yang bersih membuatkan pelbagai aktiviti air dapat dijalankan di pantai ini antaranya menyelam, memancing, menaiki bot dan berkanu. Selain itu terdapat juga aktivi lain seperti menunggang kuda, bermain tenis, bermain golf atau merentas hutan.
5) TEMPAT-TEMPAT MENARIK - Mersing
TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN
Terletak di tengah-tengah sempadan negeri Johor dan Pahang, hutan yang wujud sejak berabad lamanya ini telah menjadi habitat kepada beberapa speisis flora dan fauna yang jarang ditemui. Hutan ini juga menjadi tumpuan pencinta alam yang sukakan hidupan liar dan hutan segar yang belum diterokai.
Hutan Simpan Endau-Rompin meliputi kawasan seluas 48,905 hektar (800 kaki persegi) merupakan hutan simpan kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara.
Terdapat dua jalan masuk untuk ke Hutan Simpan ini iaitu melalui Kampung Peta ataupun Nitar. Perjalanan selama lapan jam diperlukan untuk ke taman negara ini dengan menyusuri sepanjang Sungai Endau. Kampung Peta merupakan salah sebuah Kampung Orang Asli yang terpencil di Johor.
Antara tarikan Taman Negara Endau Rompin ialah cerita-cerita lagendanya yang telah wujud sejak dahulu lagi. Salah satu ceritanya adalah berkaitan Upih Guling yang terletak di Air Terjun Buaya Sangkut.
PULAU SIBU
Pulau Sibu Tengah terletak di bahagian timur laut daerah Mersing di Laut China Selatan. Terdapat lebih dari 20 buah resort di sini untuk kemudahan para pengunjung.
Pulau Sibu menyediakan penginapan yang berkonsepkan petempatan melayu asli. Terdapat banyak perkara menarik yang boleh dilihat dan dilakukan di sekitar pulau ini. Keindahan pantai dan hidupan lautnya memberi satu kenangan indah buat para pengunjung. Pastinya para pengunjung tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti snorkeling di pulau ini.
6) TEMPAT-TEMPAT MENARIK – Pontian
Tanjung Piai
Tanjung Piai, terletak di Mukim Serkat, Pontian dan ianya terletak di bahagian paling selatan mengikut peta Benua Asia. Tanjung Piai menyajikan pemandangan Selat Melaka yang indah. Menangkap ikan masih merupakan aktiviti utama penduduk di daerah ini. Kebanyakan kawasan di sini adalah terdiri daripada paya bakau. Tanjung Piai adalah satu kawasan yang mempunyai fenomena yang "spectacular" dengan kunang-kunang.
Beribu penduduk dari seluruh dunia telah melawat Johor. Sebagai laluan utama ke Malaysia, Johor mempunyai potensi untuk memenuhi percutian dengan penuh bemakna yang dapat diabadikan.
KUKUP
Kukup, terletak disebelah hujung barat daya Semenanjung Malaysia, 20km dari Pontian. Ianya juga dikenali sebagai perkampungan nelayan dimana kebanyakan rumah disana dibina di atas kaki bajang. Kukup cukup popular dengan penternakan ikan dan rangkaian restoran makanan laut yang dihidang dengan masakan tempatan seperti ketam, ikan dan udang.
Pelancong juga dapat mengikuti pakej perjalanan ke Pusat Akuakultur untuk melihat berbagai jenis ikan dan kehidupan laut yang lain yang dibiak dalam sangkar termasuk “Raja Ketam”. Pusat akuakultur adalah rumah kelong di atas air, dimana ianya dibina berdasakan stuktur rakit yang boleh terapung ditengah-tengah laut.
Selain itu pelancong juga boleh ke Pulau Kukup dengan menaiki bot yang akan membawa mereka ke Pulau Bakau dimana ianya juga sinonim dengan kawasan ekologi.
7) TEMPAT-TEMPAT MENARIK – Muar
Deretan bangunan yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua masih mewarnai senibina bandar ini. Bangunan tersebut menempatkan kedai-kedai di sepanjang Jalan Abdullah yang juga dikenali sebagai pusat dagangan Muar. Bangunan warisan yang ulung antara lain adalah Bangunan Abu Bakar (disiapkan pada 1929) yang menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran Daerah Muar dan Bangunan Kastam (disiapkan pada 1909). Umur bangunan-bangunan lama tersebut mudah untuk dikenalpasti kerana tarikh ianya disiapkan (di sekitar tahun 1930an hingga 1950an) tertera di bahagian luar bangunan. Bangunan ini adalah warisan yang amat berharga yang menggambarkan kemakmuran Muar di masa lampau dan menghargai keunikannya akan membuatkan mereka-mereka yang pernah dibesarkan di Muar terkenang kembali kenangan di zaman silam.
Tarikan lain di Muar ialah Taman Tanjung Emas, taman rekreasi bagi bandar ini, yang terletak di muara Sungai Muar. Tebing sungai di taman ini dihiasi dengan laluan siar kaki yang menyajikan pemandangan menarik Sungai Muar. Taman ini yang dikunjungi ramai sewaktu hujung minggu juga menempatkan padang golf 9-lubang. Terdapat perkhidmatan bot menyusuri Sungai Muar selama 45 minit hingga satu jam yang bertolak dari taman ini untuk memberikan peluang kepada pelancong menikmati pandangan bandar Muar dari sungai.
Mercu tanda terbaru bandar ini ialah Mesjid Sultan Ismail, terletak di tebing utara Sungai Muar. Ia adalah mesjid terbesar di Muar. Disiapkan pada 2002, ia menyajikan pemandangan indah bila dilihat daripada bandar Muar, seolah-olah ia terapung di atas sungai.
HUTAN REKREASI GUNUNG LEDANG
Gunung Ledang ialah merupakan rumah kepada lagenda seorang Puteri iaitu “Puteh Gunung Ledang” yang pernah memikat hati Sultan Melaka. Gunung ini menjadi antara gunung kegemaran pendaki tempatan yang yang mencari keseronokan dan cabaran. Air terjun Sagil yang terletak di bahagian bawah gunung merupakan tempat perkelahan yang popular. Sungainya yang bersih dan udara yang nyaman serta keadaan yang tenang. Ianya memberi isyarat kepada para pengunjung bahawa kawasan ini merupakan tempat bermandi-manda atau tempat rehat. Air Terjun Sagil dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awan termasuk tempat istirehat, bilik menyalin pakaian, tapak perkemahan, gerai makanan dan tempat letak kereta. Ianya juga menyediakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak gunung.
...selamat bercuti.....
Posted by Siti Atiqah Ali at 10:55 AM 0 comments
Shopping @ TAR & SOGO...=)
salam ceria..
hari rabu yg lepas, sehari selepas exam, sy, huda, zila, irma, chah , ras dan shima telah berkunjung ke jalan TAR & sOGO untuk bershoping sebelum balik kg..hehehehe...nak lepaskan perasaan penat exam sebenarnya..huhuhu...
masing2 memborong tudung dan juga kain...zila, huda beli baju raya terus...shima and ras beli tudung dan baju untuk ibu dan keluarga mereka...chah beli kasut dan selendang (confirm chah nampak comei pakai selendang tu nanti=))...sy pulak.....erm...sy beli 8 helai tudung...tapi sy punya sehelai shj..yg lain kakak2 sy punya..huhuhu...mula2 ingatkan nak beli beberapa helai tudung untuk diri sendiri, tapi bila dah pilih untuk kakak2 , jd lupa untuk diri sendiri..never mind la..nek sem boleh pergi lagi..huhuhu.InsyaAllah
masa kami nak balik, kami semua jadi pelari pecut negara..hehehe(hanya kami yg tahu betapa malunya berlari depan org ramai kerana mnegejar train...=))
gambar2 di bawah diambil semasa makan dan di dalam train..masa shoping lupa nak amik gambar..almaklumlah, sibuk shoping....tak ingat dah kamera...thanks to shima sebab kami amik gambar guna kamera dia la..heheheh..
...huda and zila, baju tu cepat2 hantar..nanti tukang jahit tak amik dah...hehehe
Posted by Siti Atiqah Ali at 10:12 AM 0 comments
Tuesday, May 26, 2009
Cara Menguruskan Kemarahan
salam Ceria..
Bagaimanakah perasaan anda hari ini? Adakah anda rasa marah? Gembira? Murung? Kecewa? Takut? Bersalah? Tersinggung? Hormat? Bertanggungjawab? Bolehkah anda mengenalpasti dengan tepat apa yang anda rasa? Bolehkah anda cari perkataan-perkataan lain untuk mencerminkan apa yang anda rasa? Kini manusia telah cipta lebih daripada 2000 perkataan untuk menerangkan jenis-jenis perasaan yang dialaminya. Kefahaman tentang tiap-tiap perkataan mengenai perasaan iaitu emosi manusia penting untuk mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain.
hari ini, sy nak kongsi tentang bagaimana kita ingin mengurus kemarahan
CARA MENGURUS KEMARAHAN
1. Memahami apa yang mencetusnya serta manfaat jangka pendeknya.
Kita perlu memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh jadikan kita hilang akal seperti kata-kata tertentu orang, tabiat orang, tidak bertoleransi dan sebagainya. Manfaat atau kebaikan yang boleh didapati daripada pelepasan kemarahan kita ialah mungkin seperti berikut: a) Saya rasa lega
b) Orang mendengar saya
c) Rasa seperti diri sebenar lepas marah
d) Jika tidak marah saya akan menangis sahaja
e) Melaui kemarahan orang tahu pendirian mereka
f) Kemarahan menghilangkan perasaan takut
g) Jika saya tak marah orang akan fikir saya lemah
Manfaat-manfaat kemarahan ini adalah jangka pendek sahaja. Sebenarnya ia boleh dicapai melalui cara lain yang lebih asertif. Melepaskan kemarahan membawa berkat yang sementara sahaja. Pada jangka panjang ia akan menjejaskan perhubungan kita.
2. Belajar menenangkan diri dalam situasi genting.
Bila perasaan marah timbul kita boleh
a) Gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan pada hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri sendiri atau membilang sampai 10.
b) Mengelakkan melalui atau meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir
c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman
d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat
e) Kecut dan regangkan otot selama 5 saat
f) Urut bahagian dada dan perut
g) Ubah cara duduk dan regangkan bahu
h) Berimaginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri sendiri kerana situasi itu
3. Belajar cara atau strategi untuk mengelak kemarahan kelak
a) Mengenalpasti samada kemarahan kita itu sihat atau tak sihat iaitu membina atau destruktif
b) Elak daripada menggunakan dadah atau alcohol untuk melupakan sesuatu
c) Baca dan menambahkan ilmu tentang pengurusan kemarahan
d) Bincang dengan orang lain yang berjaya menguruskan kemarahan mereka
e) Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kurang stress
f) Sentiasa menahan dan mencabar setiap pemikiran yang membawa kemarahan
g) Sedari tentang kemarahan yang tersembunyi dalam sindiran atau perli
h) Belajar menjadi lebih asertif atau hadiri kursus untuk menambah kemahiran asertif
i) Meneliti segala punca kemarahan dari dahulu
j) Berbincang dengan kaunselor atau pakar psikologi
k) Menghadiri kursus mengurus kemarahan
Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat. Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.
“Angry people are those who are most afraid” -Robert Anthony-
“Orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya” -Imam AL Ghazali-
http://www.iluvislam.com

Posted by Siti Atiqah Ali at 3:45 PM 0 comments
Mencari Damai Abadi
Mencari Damai Abadi
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.
Posted by Siti Atiqah Ali at 3:13 PM 0 comments
Monday, May 25, 2009
sambungan nota PPS..
Teori pembelajaran Kognitif Jean Piaget
1) Peringkat Deria motor (0-2 tahun)
- bayi mengkoordinasikan maklumat deria dgn kebolehan motor.
-kepuasan mengenakan tindakan terhadap objek
- konsep pengekalan objek
- permulaan pemikiran logik
- mula menggunakan imitasi memori dan pemikiran
2) Peringkat pra operasi (2 - 7 tahun)
- mula mewakili sesuatu dgn simbol mental spt bahasa
- berupaya mengingat semula peristiwa yg dialami
- permainan membayangkan (pretend play): mengambil watak superman
- memberikan ciri benda hidup kepada bukan hidup : hujan turun sebab hari nangis
- pemikiran bersifat intuitif
- bergantung pada ciri jelas dan nyata.
implikasi terhadap P&P
- gunakan bahan yg konkrit: guli untuk mengira
- beri arahan dgn pendek dan disertai dengan contoh
- berhati-hati dgn penggunaan perkataan
- gunakan pengalaman pembelajaran yg pelbagai : lawatan ke zoo
- beri peluang kanak2 melakukan hands on terhadapa aktiviti
3) Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)
- berkenolehan berfikir secara logik
- menguasai konsep pengekalan : identiti, ganti rugi dan keterbalikan
- menguasai konsep penyusunan bersiri
- menguasai konsep pengkelasan
- perubahan pemikiran egosentrik kpd decentered @ objektif
- belum mahir membuat hipotesis
- boleh menerima pendapat org lain.
implikasi terhadap P&P
- teruskan penggunaan bhn konkrit
- beri peluang kpd murid untuk memanipulasi dan menguji objek2 yg diajar
- bacaan hendaklah ringkas dan tersusun
- gunakan contoh yg sesuai dan berkaitan pengalaman pelajar : cth: rancangan TV
- beri soalan yg memerlukan penyelesaian masalah yg memerlukan pemikiran logik dan analitik.
4) Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)
-boleh melakukan proses mental ke atas idea2 dan membuat jangkaan dan andaian berdasarkan fakta.
- berfikir secara abstrak
- berfikir secara sistematik
- boleh membuat hipotesis
- egosentrik remaja muncul
implikasi terhadap p&p
- gunakan bhn konkrit untuk konsep yg lebih kompleks
- beri peluang kpd pelajar untuk meneroka alternatif penyelesaian masalah
- bimbing pelajar untuk membuat andaian dan penyelesaian masalah
- galakkan pemikiran kreatif dan kritis
- beri peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah dan memberi sebab
- kemukan konsep yg lebih luas dan tidak terikat dgn fakta
Kebolehan membuat generalisasi
- generalisasi : keupayaan minda untuk membuat kesimpulan am berdasarkan sampel dan maklumat yg menyeluruh dan konsisten.
tujuan generalisasi
- menggunakan smapel yg sesuai dgn objektif
- memilih sampel yg dpt mewakili kelompok benda atau manusia
- membuat generalisasi dgn lbh tepat
langkah2 membuat generalisasi
- kenal pasti generalisasi yg dicadangkan
- teliti sampel yg mencukupi yg dipilih secara rawak dan mewakili keseluruhan kelompok yg menjadi fokus
- teliti sampel yg ada, sama ada mencukupi atau tidak dan mewakili atau tidak
- kenal pasti sama ada generalisasi disokong atau tidak
konsep Spatial @ ruang : Howard Gardner
- keupayaan membuat imaginasi dalam bentuk gambar dan rajah.
- memrhati persekitaran dgn terperinci dan menghasilkan semula atau mengubah objek yg dilihat
- contoh : melukis
Pada pendapat anda, apakah kepentingan budaya atau adat resam ini kepada masyarakat dan negara kita.
Salah satu kelebihan negara kita ialah masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai kaum Melayu, Cina, India, dan berdozen-dozen kaum minoriti yang lain terutama di Sabah serta Sarawak. Situasi ini menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai adat atau budaya yang menarik untuk diperhatikan. Malah, adat atau budaya yang unik ini mempunyai banyak kepentingan jika dihargai dengan sewajarnya.
Sebenarnya, budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya inilah yang menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu kaum itu akan kehilangan identitinya buat selama-lama. Budaya yang diamalkan itu seperti memakai pakaian tradisional, makan menggunakan tangan, pergi ke kubur ketika hari raya dan sebagainya turut menimbulkan rasa bangga kepada pengamal budaya kaum itu. Individu yang terbabit akan berasa mereka telah berjaya mengekalkan budaya turun-temurun nenek moyang mereka selama ini.
Selain itu, tindakan individu tertentu menghargai budaya ini menjadi satu cara yang paling mudah untuk mempamerkan rasa mengormati generasi tua daripada generasi muda. Budaya memakai pakaian tradisional menjadi satu kaedah yang mudah untuk diamalkan oleh remaja dalam usaha mereka mengekalkan budaya tradisional ini. Remaja bukan sahaja mamu membuktikan rasa hormat mereka tetapi turut menerima penghargaan generasi tua lantaran sanggup mengekalkan budaya.
Salah satu kepentingan mengekalkan budaya ialah budaya mempunyai nilai-nilai murni dan sikap menghormati. Kedua-dua sikap ini sudah hampir terkikis daripada diri remaja negara ini. Remaja sudah mula memanggil ibu bapa mereka dengan nada yang kasar, lari dari rumah, dan suka memarahi orang tua. Jadi, pengekalan dan pengamalan budaya ini sudah pasti akan menonjolkan rasa hormat dan sikap atau jati diri remaja yang murni. Remaja akan menjadi individu yang terbilang.
Malah, sikap menghargai budaya memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan luput ditelan zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan kenduri sudah mula hilang sedikit demi sedikit lantaran masyarakat kita lebih suka menggunakan perkhidmatan katering. Atas alasan mudah, kita sudah melupakan budaya bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang mempunyai banyak impak positif tetapi penat itu. Usaha mengekalkan budaya kaum sudah pasti akan mengembalikan nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara meriah.
Tambahan pula, pengamalan budaya ini memastikan peraturan dan saling bergantung anggota masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua kaum harus mengekalkan budayanya kerana melalui budayalah kita bersatu. Sikap hormat antara satu sama lain menyebabkan kita tidak akan cuba menyakiti kaum lain atas perkara-perkara yang remeh. Sebaliknya, penghargaan terhadap budaya menguatkan semangat perpaduan kita.
Kesimpulannya, budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu khazanah yang arus dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu memandang ke arah kemodenan sehingga menganggap budaya sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus melihat budaya sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke arah kemodenan yang lebih baik lagi iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan. Mungkin selepas menguasai budaya barulah kita boleh menganggap diri kita sudah mencapai kemodenan hidup.
.............................
sumber:
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. (2009). Perkembangan Kanak-kanak
Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
K.Ramanathan. (1999). Asas Sains Politik. Shah Alam. Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Pengenalan Kepada Sains Sosial. (1999). Kuala Lumpur.
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
http://pmrbest.blogspot.com/2009/04/karangan-pmr-kepentingan-budaya.html
..................................................
...semoga sy dan semua shbt kos KS dpt menjawab soalan dgn baik esok...Good Luck...
Posted by Siti Atiqah Ali at 12:46 AM 0 comments