Thursday, February 11, 2010

Coretan HaTi

salam ceria..

Payahnya jika kita berjawatan...segala rasa indah terpaksa dikorbankan agar keindahan itu dapat dinikmati oleh org lain..

Senyum penawar duka..

senyum seindah suria
yg membawa cahaya
senyumlah dari hati
dunia kan tersenyum padamu...

ada apa pd jawatan sebenarnya? kenapa sukar sungguh untuk menjalankan tugas mengikut jawatan terseut..sungguh sukar..perlu sentiasa memahami...perlu sentiasa sabar, relax and be cool....

Namun sebagai org yg telah disandarkan satu jawatan, by hook or by crook i need to be seorang yg sungguh sabar dan amat sabar..sebabnya, kita tidak pernah boleh untuk jangka apa yg terjadi, ap respons, apa tindak balas terhadap ap yg kita rancang..memang benarlah kata- kata ini ' Kita ini hanya mampu merancang , namun semuanya ditentukan oleh Allah S.W.T..

Makanya, sandarkanlah sesuatu itu hanya pada Allah bukan pada manusia kerana manusia mungkin menyebabkan kita berasa kecewa, sandaran pada Allah akan membuatkan kita sentiasa berasa tenang dan senang..


hati ini sentiasa mengharapkan kebaikan, namun siapalah diri ini...diri ini hanyalah hamba Allah yang lemah yang masih tercari- cari erti kehidupan itu...kesempurnaan itu milik Allah, maka duhai hatiku, usahlah bersedih agar kebaikan itu tidak sentiasa bersama kamu..namun teruskan usaha kamu untuk mencari kebaikan dan kesempurnaan itu..

Ya Allah, andai kehidupan itu baik untukku, kau hidupkanlah aku
andai kematian itu lebih baik untukku , maka matikanlah aku..

Hati ini sebenarnya tidak lagi mampu untuk menempuh apa jua konflik, namun sokongan shbt2 sentiasa menjadi satu anjakan kepada diri ini untuk menempuhi segala konflik yang berlaku..melihat senyuman sahabt2 amat bermakna untuk diri ini..senyuman itu menguatkan diriku untuk terus tersenyum...

InsyaAllah senyumanku takkan hilang walau sebesar mana konflik yg berlaku kerana ku tahu Allah sentiasa bersamaku dan shbt2 ku akan sentiasa tersenyum...=)

Tuesday, February 9, 2010

i can Do It=)



Salam Ceria...

Hidup ini penuh ini dugaan dan cabaran yang mendatang. kadang2 perkara itu menjadikan kita tersangat tension...kehidupannku sebagai JPP menjadikan otak semakin berselirat, entahlah kenapa, tetapi bila watikah telah diserahkan, rasa berat sungguh untuk terima kenyataan memegang amanah ini..terus terang sy katakan, setelah dua minggu memegang jawatan naib ketua biro exco disiplin dan keselamatan JPP, rasanya i missing something...sy kehilangan nikmat masa lapang saya..

memang betullah apa yg dikatakan dalam sebuah hadis, dua nikmat yg selalu dilupakan oleh manusia adalah nikmat kesihatan dan masa lapang..time nilah rasanya rugi sgt apabila masa lapang yang diberi Allah sebelum sy memilih jalan ini tidak digunakan dengan sebaiknya..kini, kehidupan saya perlu disusun dengan lebih baik supaya tiada istilah STRESS dan PENING KEPALA dalam diri saya dalam menjalani kehidupan seharian saya..biarlah apa pun yang terjadi, sy perlu kuat dan tabah dalam menghadapinya...ini jalan yang saya pilih, so i must go on with this way, i believe i can do it...

semoga jalan ini memberi sy sebuah kehidupan yang lebih bermakna, ikatan persahabatan yang lebih erat dan ketabahan yang bermanfaat dan semoga setiap ilmu yg sy perolehi dapat sy gunakan dalam kehidupan seharian saya kini dan selamanya..InsyaAllah...Semoga Allah sentiasa memberi sy kekuatan dan memberi sy fikiran yg bernas untuk saya menjalankan amanah yang diberikan...

..dalam kehidupan ini, adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk ketawa, dan adakalany kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai air mata..Bersyukur pd org yg menyakitimu kerana dia yg menabahkan kamu, bersyukur pada org yang tak mengendahkan kamu kerana dia memupukmu berdikari, bersyukur pada org yang menjatuhkanmu kerana dia yg menguji kesabaran dan ketabahanmu...







- wAJAH Ketua dan Naib Ketua Biro Exco Disiplin dan Keselamatan JPP 2010/2011 -
- Hope we can do the best !!!!!!!-

Jalan- JAlaN rEHatkan MinDA..

Salam..

Jom jalan- jalan rehatkan minda=)






Friday, January 29, 2010

Tag from Wanti =)

Salam ceria buat semua..

kat bawah ni ada 5 tag soalan dr the mickey @ Syazwanti yg comel..dia yg suruh sy jawab, so syaz, these are my answers for your tagged k dear….hehehhe

5 tabiat buruk anda time sekolah..


I budak baik la syaz, takde tabiat buruk..hehehheeh tapi budak baik yg :
- malas nk buat kerja sekolah kecuali sejarah n bm
- suka menjerit bila kawan2 bising and
- ponteng kelas petang n sabtu..hheheheh

3 favourite subject anda...kenapa?
1) most favourite confirmlah sejarah: kenapa sebab sejarah membina jati diri..hehhehe..tapi rasanya masih tak berjati diri lagi…=)
2) BM sebabnya selalu dpt markah pling tinggi..kalau mark rendah dr prg lain confirm subjek nilah paling tidak disukai..hehehhe
Agama..sebabnya macam syazwanti (org yg suh jwb tag ni) kata, simple and mudah nak jawab..hehehhe

3 subjek yang anda tidak suke..kenape??

Semua subjek macam disukai tapi sebab benda tu susah jadi tk suka..antaranya:

-Biologi- byk sgt nama2 scientifik nk dihafal and byk sgt proses nk ingat..
-Add maths..markah mesti kurang dr 20 %…hahahhah
-Fizik – memeningkan kepala, tpi biologi lg pening la…


Menarik pada kamu???


sy seorng yg cute yg baik…hehehhe

Kamu paling suka??


-balik rumah
-balik bilik asrama
-tidur..best tau dpat tidur..rumete sy kata tidur baik untuk memperolehi tenaga yg cukup..hehehhe
-Dapt duit..macm2 boleh buat kalau ada duit…
-jalan2…jauh perjalanan luas pemandangan
-My laptop and handphone…
-assignment..i love assignment..wakakaka
-Makan… lagi best kalau org yg belanja makan tu..hehehhe
-KFC….most favourite food 4ever and ever=)
-Harry Potter=)

Anda tidak boleh hidup tanpa...??


1-my family…sapa nk bg support kalau dorg takde…Semoga family sy sentiasa dirahmati Allah s.w.t. Amin..=)
2-O2.. tekalah apa itu ….=)
3-Laptop…tak complete kalau takde laptop sehari..macam hilang arah tanpa laptopku yg tersayang
4-my handphone..pakwe nombor duaku..hehhe
5-my friends..spa nk tlg buat assignment kalau kawan2 takde..tq syaz be my friend…=)

Setiap malam sebelum tidur,,siapa yang anda hubungi???

ni n0mbornya : 24434 (carilah siapakah itu…)

tag 5 org rakan anda...

cikgu wana, chah, hana, mawa and quyah…=)

Wednesday, January 27, 2010

Bermula sebuah KomiTmen...

Assalamualaikum dan salam ceria semua..


alhamdulillah aku diberi jawatan sebagai naib exco DISPLIN DAN KESELAMATAN JPP bersama fudhail..i like this post..do not know why but i love it..


makanya,

bermulalah tugasku sebagai exco disiplin untuk membantu HEP dalam hal pengurusan disiplin institut but we are not HEP, we just help as we can...

bermulanya komitmenku sebagai exco yg memang memerlukan komitmen yg kuat dr diriku untuk diriku supaya amanah yang diberi dapat dilaksanakan dengan baik..InsyaAllah


bermulalah langkahku untuk membiasakan yang betul, membetulkan yang biasa...

bermulanya kesibukan dan ketimbunan kerja sebagai exco JPP..i hope not=)

bermulanya aku inginkan komitmen shbt2 ku....


i hope i can do this responsibilty ...

Actually, susah nk bina komitmen dalam diri sendiri dan dpt komitmen dr shbt2....

but its okey, kalau org tak nak tolong sy, sy akan cari org yg boleh tolong sy..its okey...biarlah..jgn sebab takde org yg sudi tolong kita, kite berasa lemah kerana sesungguhnya Allah itu sentiasa membantu hamba- hambaNya...

SITI ATIQAH,

anda diangkat menjadi pemimpin adalah disebabkan anda dipilih Allah s.w.t bukan sebab shbt2 yg undi kamu...berbahagialah dengan jawatan yang telah diberi,

usah mengharap pada bantuan org lain kerana teman waktu susah sukar untuk dicari...

Jangan bersedih andai anda tidak dibantu....ingat kata EN. MAT ZIN, org yg selalu jaga disiplin adalah org yg paling tidak popular and dibenci...

Bersedia dengan apa jua cabaran yg akan dihadapi...

Smile aways and dont crY even masalah itu besar sekali pun....

DUNIA INI BULAT...bersabar dan terus bersabar=)


Akhirnya..ingat Atiqah

.U ARE NOW ALONE....
INGAT, komitmen dan keikhlasan adalah penting dalam kita menjalankan tanggung jawab sebagai pemimpin.. Jangan disebabkan kita tak yakin dengan jawatan dan tugasan itu, kita menolak, ingat segalanya adalah satu proses..kita boleh belajar dan terus belajar..segala yg dipelajari mungkin akan berguna apabila kita bergelar cikgu satu hari nanti...usah menyesal dibelakang hari akibat tidak mahu menerima tugasan..Dunia ini bulat...

Berilah komitmen yg terbaik kepada pemimpin anda, jangan hanya tahu memilih tetapi mengabaikan tanggung jawab anda sebagai pengikutnya.. buang perasaan dendam, sakit hati, iri hati pada orang lain..belajar untuk mencuba sesuatu yang baru..Berani untuk menyahut cabaran dan

BIAR BADAN CALAR JANGAN MENTAL YANG CALAR...

ALL THE BEST SITI ATIQAH.

Tuesday, January 19, 2010

Solat dan Kita

Solat dan Kita
www.iluvislam.com
Aman Shah
Editor: arisHa27

Apabila solat itu sendiri tidak dapat menjadi pencegah maksiat kepada diri kita, maka benarlah Roh solat itu sendiri tidak dapat meresapi diri manusia yang mendirikan solat itu.

Seseorang muslim yang mengerjakan solat kebiasaannya menempuh tahap-tahap berikut :

1. Tahap ilmu:

Seorang muslim setelah mengetahui kewajipan solat, kemudian mempelajarinya dengan telilti melalui ilmu Fiqh iaitu syarat wajibnya, sahnya, rukun-rukunnya, sunat-sunatnya, perkara-perkara yang membatalkannya dan sebagainya. Tetapi ilmu mengenainya tidak memadai sekiranya tidak disertai keyakinan dan amal.

Ertinya ilmu hendaklah diselaraskan dan diselarikan dengan hati, akal dan perbuatan kita dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Apabila Allah memerintahkan kita mendirikan solat dan memberitahu kita bahawa kejayaan itu terletak pada solat, maka akal kita tidak boleh ragu dan was-was. Akal mesti mengakuinya. Tetapi bila akal sudah yakin, itu belum cukup. Kita mesti pergi ke tahap yang kedua.

2. Tahap kedua: Menundukkan hati

Sekiranya akal kita sudah tahu secara keseluruhan tentang kepentingan solat tapi hati kita masih berat untuk mengerjakannya seolah-olah menganggap solat itu tidak penting. Sebab itu tahap kedua ini dinamakan tahap mujahadah. Iaitu bermujahadah supaya apa yang diselaraskan oleh akal dan ilmu itu juga diakui oleh hati.

Kalau hati sudah tunduk, tandanya apa yang kita buat terasa lazat. Kalau tidak rasa lazat, kalau rasa menderita sahaja, terasa berat untuk mengadap Allah, maka hendaklah bermujahadah bersungguh-sungguh sehinggalah sampai ke peringkat ketiga.

3. Tahap ketiga: Menjadi tabiat dan istiqamah

Maknanya solat itu sudah menjadi amalan dalam hidupnya secara istiqamah. Tidak perlu dipaksa-paksa lagi. Sebab itu di dalam Islam, para ibubapa hendaklah mengajar anak-anak solat seawal umur tujuh tahun lagi dan anak-anak tadi boleh dipukul ketika umur sepuluh tahun dan ke atas sekiranya mereka cuai dan meninggalkannya.

Tujuannya supaya solat itu menjadi tabiat dan kebiasaannya sehingga ke akhir hayat. Kemungkinan juga saudara/ri terasa berat untuk mengerjakan solat kerana tidak merasai kebesaran dan keindahan solat itu sendiri. Bila membicarakan soal solat ini, kita tidak boleh menganggap bahawa kita sedang surut ke belakang semula. Sebenarnya tidak, kerana solat adalah perkara yang penting.

Kalau hendak dilihat pada kepentingan solat adalah seperti berikut :

Solat merupakan tiang agama:

Jika iman diibaratkan akar tunjang bagi pokok, solat pula ialah batangnya. Kalau hendak mendirikan sebuah rumah, perlu ada tapak dan tiang-tiang serinya. Rumah tidak akan dapat dibangunkan kalau tidak ada tiang serinya. Begitulah Islam, tidak akan dapat dibangunkan jika solat tidak didirikan. Sebab itu dikatakan, solat adalah tiang agama.

Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama. Jadi, sekiranya kita memperumpamakan Islam itu sebagai rumah, maka Islam yang global itu umpama rumah yang serba lengkap. Mempunyai atap,tiang, dinding dan ada segalanya, maka tiang kepada Islam itu adalah solat.

Sekiranya kita hendak membina Islam yang syumul, solat merupakan perkara pertama yang harus kita perkemaskan. Segala kerja kita dalam apa-apa bidang sekalipun sekiranya solat tidak kemas dan dicuaikan, maka kerja-kerja kita itu tidak membuahkan hasil yang baik. Kita sibuk dengan kerja, peranan dan khidmat sedangkan waktu itu kita semakin cuai dengan solat. Ertinya kita tertipu dalam hidup.

Solat merupakan amalan yang mula-mula dihisab di akhirat:

Solat merupakan perkara pertama yang diperiksa di akhirat. Jika solat baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi &ldots;.."
(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).

Mengandungi ikrar setiap hamba:

Di dalam solat ada ikrar yang dilakukan oleh setiap yang mengerjakannya kepada Allah SWT. Solat yang pertama adalah ikrar yang mula-mula sekali dibuat oleh hamba kepada Tuhannya. Solat yang kedua, ketiga dan seterusnya merupakan ikrar pembaharuan sahaja. Inilah kehebatan solat. Kerana sehari semalam ada 5 kali ikrar yang dibuat sebagai taat setia kepada Tuhan.

Ikrar itu jelas di dalam doa iftitah iaitu ketika mengucapkan :
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah Tuhan sekalian alam"

Menggambarkan amalan-amalan para malaikat:

Jumlah malaikat yang terlalu banyak itu beribadah kepada Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Ada yang asyik sujud, ada pula yang asyik rukuk dan lain-lain. Para malaikat ini kekal dengan satu-satu amalan itu dengan istiqamah. Yang takbir, takbir sahaja. Begitulah yang bertasbih, asyik bertasbih sahaja. Tetapi dalam solat, manusia telah melakukan berbagai-bagai amalan para malaikat. Di sinilah kehebatan manusia berbanding dengan malaikat. Amalan manusia walaupun tidak sebanyak para malaikat tetapi kepelbagaiannya mengatasi amalan malaikat.

Bermacam-macam bentuk ibadah:

Dilihat dari bacaannya sahaja, bacaan solat terdiri daripada pelbagai bentuk yang mengandungi zikir, selawat, ayat Quran, hadis dan lain-lain. Bacaan Fatihah, adalah ayat Quran. Bacaan tahayyat diambil daripada hadis. Dalam solat juga ada tasbih, tahmid dan doa.

Melibat seluruh anggota lahir dan batin:
Solat melibatkan banyak anggota lahir dan batin manusia. Rukun Qalbi, Qauli dan Fi'li telah melibatkan hati, akal dan anggota badan manusia. Rukun Qauli misalnya, melibatkan lidah dan akal. Lidah menyebutnya, akal memahaminya.
Glosari:
1. Mujahadah: perjuangan melawan hawa nafsu,semangat
2. Tabiat: perangai,tingkah laku,perkara yang selalu dilakukan
3. Istiqamah: taat melakukan sesuatu secara berterusan

Monday, January 18, 2010

yOu CaN Do iT=)

Assalamualaikum.....




..all the best SITI ATIQAH BINTI ALI...YOU CAN DO IT...

REMEMBER:
JAWATAN BUKAN ANUGERAH TETAPI SATU AMANAH...

insyaAllah sy akan tunaikan tanggung jawab saya sebaiknya

...INTEGRASI PENJANA KECEMERLANGAN...=)