Salam Ramadhan...
alhamdulillah hari ni dah 13 hari kita semua berpuasa.. rasanya baru sekejap berpuasa tetapi sebenarnya kita dah menghampiri penghujung Ramadan... semoga kita semua memperbanyakkan amal- amal ibadat sepanjang bulan Ramadhan ini selagi masih diberi kesempatan untuk melakukannya.
Di kalam ini saya ingin berkongsi beberapa sms yang dikirim oleh sahabat saya di awal Ramadan hari itu..ayat-ayatnya ringkas namun mengandungi maksud yang cukup bermakna dan memberi nasihat yang amat penting pada kita semua.. semoga si pengirim dan diri saya serta semua mengamalkan apa yg telah dihantar dan diterima..InsyaAllah
...semoga kita semua jangan lupa renew lesen mulut, serviskan hati, kawal kadar pencemaran mata dan telinga, pelihara enjin mulut , tax minda dan cukai kesabaran selama bulan Ramadhan dan bulan- bulan yang lain..
(sms ini amat menyentuh jiwa sya dan menyedarkan saya bahawa diri ini penuh dengan kekhilafan....Semoga hari- hari yg mendatang membawa saya menuju ke jalan yang diredai Allah dan semoga hidup sy dan semua sentiasa di bawah payung Rahmat Allah S.W.T..-TERIMA KASIH PADA PENGIRIM SMS INI-syukran=))
...semoga 1 bulan mendatang penuh kesabaran, 4 minggu penuh keimanan, 30 hari penuh keberkatan, 720 jam penuh kasih sayang dan 43200 saat penuh senyuman...
... siang hari mencari keberkatan, malam mencari kerahmatan, dinihari mencari keampunan dan keinsafan, Lailatur Qadar menjadi impian..
semoga kedatangan ramadhan kali ini memberi erti yang cukup bermakna pada diri kita, memetik kata sahabat sya, semoga bulan ini segala amal disirami nur iman dan semoga maghfirah Allah membuat sinar Marjan buat kita semua..amin..
..SALAM RAMDHAN.....
Thursday, September 3, 2009
Ramadhan
Posted by Siti Atiqah Ali at 1:28 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment