Friday, January 29, 2010

Tag from Wanti =)

Salam ceria buat semua..

kat bawah ni ada 5 tag soalan dr the mickey @ Syazwanti yg comel..dia yg suruh sy jawab, so syaz, these are my answers for your tagged k dear….hehehhe

5 tabiat buruk anda time sekolah..


I budak baik la syaz, takde tabiat buruk..hehehheeh tapi budak baik yg :
- malas nk buat kerja sekolah kecuali sejarah n bm
- suka menjerit bila kawan2 bising and
- ponteng kelas petang n sabtu..hheheheh

3 favourite subject anda...kenapa?
1) most favourite confirmlah sejarah: kenapa sebab sejarah membina jati diri..hehhehe..tapi rasanya masih tak berjati diri lagi…=)
2) BM sebabnya selalu dpt markah pling tinggi..kalau mark rendah dr prg lain confirm subjek nilah paling tidak disukai..hehehhe
Agama..sebabnya macam syazwanti (org yg suh jwb tag ni) kata, simple and mudah nak jawab..hehehhe

3 subjek yang anda tidak suke..kenape??

Semua subjek macam disukai tapi sebab benda tu susah jadi tk suka..antaranya:

-Biologi- byk sgt nama2 scientifik nk dihafal and byk sgt proses nk ingat..
-Add maths..markah mesti kurang dr 20 %…hahahhah
-Fizik – memeningkan kepala, tpi biologi lg pening la…


Menarik pada kamu???


sy seorng yg cute yg baik…hehehhe

Kamu paling suka??


-balik rumah
-balik bilik asrama
-tidur..best tau dpat tidur..rumete sy kata tidur baik untuk memperolehi tenaga yg cukup..hehehhe
-Dapt duit..macm2 boleh buat kalau ada duit…
-jalan2…jauh perjalanan luas pemandangan
-My laptop and handphone…
-assignment..i love assignment..wakakaka
-Makan… lagi best kalau org yg belanja makan tu..hehehhe
-KFC….most favourite food 4ever and ever=)
-Harry Potter=)

Anda tidak boleh hidup tanpa...??


1-my family…sapa nk bg support kalau dorg takde…Semoga family sy sentiasa dirahmati Allah s.w.t. Amin..=)
2-O2.. tekalah apa itu ….=)
3-Laptop…tak complete kalau takde laptop sehari..macam hilang arah tanpa laptopku yg tersayang
4-my handphone..pakwe nombor duaku..hehhe
5-my friends..spa nk tlg buat assignment kalau kawan2 takde..tq syaz be my friend…=)

Setiap malam sebelum tidur,,siapa yang anda hubungi???

ni n0mbornya : 24434 (carilah siapakah itu…)

tag 5 org rakan anda...

cikgu wana, chah, hana, mawa and quyah…=)

Wednesday, January 27, 2010

Bermula sebuah KomiTmen...

Assalamualaikum dan salam ceria semua..


alhamdulillah aku diberi jawatan sebagai naib exco DISPLIN DAN KESELAMATAN JPP bersama fudhail..i like this post..do not know why but i love it..


makanya,

bermulalah tugasku sebagai exco disiplin untuk membantu HEP dalam hal pengurusan disiplin institut but we are not HEP, we just help as we can...

bermulanya komitmenku sebagai exco yg memang memerlukan komitmen yg kuat dr diriku untuk diriku supaya amanah yang diberi dapat dilaksanakan dengan baik..InsyaAllah


bermulalah langkahku untuk membiasakan yang betul, membetulkan yang biasa...

bermulanya kesibukan dan ketimbunan kerja sebagai exco JPP..i hope not=)

bermulanya aku inginkan komitmen shbt2 ku....


i hope i can do this responsibilty ...

Actually, susah nk bina komitmen dalam diri sendiri dan dpt komitmen dr shbt2....

but its okey, kalau org tak nak tolong sy, sy akan cari org yg boleh tolong sy..its okey...biarlah..jgn sebab takde org yg sudi tolong kita, kite berasa lemah kerana sesungguhnya Allah itu sentiasa membantu hamba- hambaNya...

SITI ATIQAH,

anda diangkat menjadi pemimpin adalah disebabkan anda dipilih Allah s.w.t bukan sebab shbt2 yg undi kamu...berbahagialah dengan jawatan yang telah diberi,

usah mengharap pada bantuan org lain kerana teman waktu susah sukar untuk dicari...

Jangan bersedih andai anda tidak dibantu....ingat kata EN. MAT ZIN, org yg selalu jaga disiplin adalah org yg paling tidak popular and dibenci...

Bersedia dengan apa jua cabaran yg akan dihadapi...

Smile aways and dont crY even masalah itu besar sekali pun....

DUNIA INI BULAT...bersabar dan terus bersabar=)


Akhirnya..ingat Atiqah

.U ARE NOW ALONE....
INGAT, komitmen dan keikhlasan adalah penting dalam kita menjalankan tanggung jawab sebagai pemimpin.. Jangan disebabkan kita tak yakin dengan jawatan dan tugasan itu, kita menolak, ingat segalanya adalah satu proses..kita boleh belajar dan terus belajar..segala yg dipelajari mungkin akan berguna apabila kita bergelar cikgu satu hari nanti...usah menyesal dibelakang hari akibat tidak mahu menerima tugasan..Dunia ini bulat...

Berilah komitmen yg terbaik kepada pemimpin anda, jangan hanya tahu memilih tetapi mengabaikan tanggung jawab anda sebagai pengikutnya.. buang perasaan dendam, sakit hati, iri hati pada orang lain..belajar untuk mencuba sesuatu yang baru..Berani untuk menyahut cabaran dan

BIAR BADAN CALAR JANGAN MENTAL YANG CALAR...

ALL THE BEST SITI ATIQAH.

Tuesday, January 19, 2010

Solat dan Kita

Solat dan Kita
www.iluvislam.com
Aman Shah
Editor: arisHa27

Apabila solat itu sendiri tidak dapat menjadi pencegah maksiat kepada diri kita, maka benarlah Roh solat itu sendiri tidak dapat meresapi diri manusia yang mendirikan solat itu.

Seseorang muslim yang mengerjakan solat kebiasaannya menempuh tahap-tahap berikut :

1. Tahap ilmu:

Seorang muslim setelah mengetahui kewajipan solat, kemudian mempelajarinya dengan telilti melalui ilmu Fiqh iaitu syarat wajibnya, sahnya, rukun-rukunnya, sunat-sunatnya, perkara-perkara yang membatalkannya dan sebagainya. Tetapi ilmu mengenainya tidak memadai sekiranya tidak disertai keyakinan dan amal.

Ertinya ilmu hendaklah diselaraskan dan diselarikan dengan hati, akal dan perbuatan kita dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Apabila Allah memerintahkan kita mendirikan solat dan memberitahu kita bahawa kejayaan itu terletak pada solat, maka akal kita tidak boleh ragu dan was-was. Akal mesti mengakuinya. Tetapi bila akal sudah yakin, itu belum cukup. Kita mesti pergi ke tahap yang kedua.

2. Tahap kedua: Menundukkan hati

Sekiranya akal kita sudah tahu secara keseluruhan tentang kepentingan solat tapi hati kita masih berat untuk mengerjakannya seolah-olah menganggap solat itu tidak penting. Sebab itu tahap kedua ini dinamakan tahap mujahadah. Iaitu bermujahadah supaya apa yang diselaraskan oleh akal dan ilmu itu juga diakui oleh hati.

Kalau hati sudah tunduk, tandanya apa yang kita buat terasa lazat. Kalau tidak rasa lazat, kalau rasa menderita sahaja, terasa berat untuk mengadap Allah, maka hendaklah bermujahadah bersungguh-sungguh sehinggalah sampai ke peringkat ketiga.

3. Tahap ketiga: Menjadi tabiat dan istiqamah

Maknanya solat itu sudah menjadi amalan dalam hidupnya secara istiqamah. Tidak perlu dipaksa-paksa lagi. Sebab itu di dalam Islam, para ibubapa hendaklah mengajar anak-anak solat seawal umur tujuh tahun lagi dan anak-anak tadi boleh dipukul ketika umur sepuluh tahun dan ke atas sekiranya mereka cuai dan meninggalkannya.

Tujuannya supaya solat itu menjadi tabiat dan kebiasaannya sehingga ke akhir hayat. Kemungkinan juga saudara/ri terasa berat untuk mengerjakan solat kerana tidak merasai kebesaran dan keindahan solat itu sendiri. Bila membicarakan soal solat ini, kita tidak boleh menganggap bahawa kita sedang surut ke belakang semula. Sebenarnya tidak, kerana solat adalah perkara yang penting.

Kalau hendak dilihat pada kepentingan solat adalah seperti berikut :

Solat merupakan tiang agama:

Jika iman diibaratkan akar tunjang bagi pokok, solat pula ialah batangnya. Kalau hendak mendirikan sebuah rumah, perlu ada tapak dan tiang-tiang serinya. Rumah tidak akan dapat dibangunkan kalau tidak ada tiang serinya. Begitulah Islam, tidak akan dapat dibangunkan jika solat tidak didirikan. Sebab itu dikatakan, solat adalah tiang agama.

Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama. Jadi, sekiranya kita memperumpamakan Islam itu sebagai rumah, maka Islam yang global itu umpama rumah yang serba lengkap. Mempunyai atap,tiang, dinding dan ada segalanya, maka tiang kepada Islam itu adalah solat.

Sekiranya kita hendak membina Islam yang syumul, solat merupakan perkara pertama yang harus kita perkemaskan. Segala kerja kita dalam apa-apa bidang sekalipun sekiranya solat tidak kemas dan dicuaikan, maka kerja-kerja kita itu tidak membuahkan hasil yang baik. Kita sibuk dengan kerja, peranan dan khidmat sedangkan waktu itu kita semakin cuai dengan solat. Ertinya kita tertipu dalam hidup.

Solat merupakan amalan yang mula-mula dihisab di akhirat:

Solat merupakan perkara pertama yang diperiksa di akhirat. Jika solat baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi &ldots;.."
(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).

Mengandungi ikrar setiap hamba:

Di dalam solat ada ikrar yang dilakukan oleh setiap yang mengerjakannya kepada Allah SWT. Solat yang pertama adalah ikrar yang mula-mula sekali dibuat oleh hamba kepada Tuhannya. Solat yang kedua, ketiga dan seterusnya merupakan ikrar pembaharuan sahaja. Inilah kehebatan solat. Kerana sehari semalam ada 5 kali ikrar yang dibuat sebagai taat setia kepada Tuhan.

Ikrar itu jelas di dalam doa iftitah iaitu ketika mengucapkan :
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah Tuhan sekalian alam"

Menggambarkan amalan-amalan para malaikat:

Jumlah malaikat yang terlalu banyak itu beribadah kepada Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Ada yang asyik sujud, ada pula yang asyik rukuk dan lain-lain. Para malaikat ini kekal dengan satu-satu amalan itu dengan istiqamah. Yang takbir, takbir sahaja. Begitulah yang bertasbih, asyik bertasbih sahaja. Tetapi dalam solat, manusia telah melakukan berbagai-bagai amalan para malaikat. Di sinilah kehebatan manusia berbanding dengan malaikat. Amalan manusia walaupun tidak sebanyak para malaikat tetapi kepelbagaiannya mengatasi amalan malaikat.

Bermacam-macam bentuk ibadah:

Dilihat dari bacaannya sahaja, bacaan solat terdiri daripada pelbagai bentuk yang mengandungi zikir, selawat, ayat Quran, hadis dan lain-lain. Bacaan Fatihah, adalah ayat Quran. Bacaan tahayyat diambil daripada hadis. Dalam solat juga ada tasbih, tahmid dan doa.

Melibat seluruh anggota lahir dan batin:
Solat melibatkan banyak anggota lahir dan batin manusia. Rukun Qalbi, Qauli dan Fi'li telah melibatkan hati, akal dan anggota badan manusia. Rukun Qauli misalnya, melibatkan lidah dan akal. Lidah menyebutnya, akal memahaminya.
Glosari:
1. Mujahadah: perjuangan melawan hawa nafsu,semangat
2. Tabiat: perangai,tingkah laku,perkara yang selalu dilakukan
3. Istiqamah: taat melakukan sesuatu secara berterusan

Monday, January 18, 2010

yOu CaN Do iT=)

Assalamualaikum.....




..all the best SITI ATIQAH BINTI ALI...YOU CAN DO IT...

REMEMBER:
JAWATAN BUKAN ANUGERAH TETAPI SATU AMANAH...

insyaAllah sy akan tunaikan tanggung jawab saya sebaiknya

...INTEGRASI PENJANA KECEMERLANGAN...=)

Saturday, January 16, 2010

TanDA-tanDa MemiLiKi SiFAt SOmBonG

Assalamualaikum..salam ceria=)

PRK is end...just waiting for the result..quite afraid to know the result..i'm not hopping that i win the election..just i want the best for me...hope the result make me more matured and still be myself..,sincerly, i don't want it,.....i'm afraid i can't do the responsibilities....Ya Allah give me the best ..

menjadi pemimpin merupakan tugas yg mudah tetapi melaksanakan tugas sebagai pemimpin yang telah diamanahkan Allah dengan tanggung jawab itu amat berat untuk dilaksanakan dengan betul. menerima, menjaga dan melaksanakan amanah ini perlu dilaksanakan dengan bersungguh- sungguh kerana tugas ini sgt berat dan akan dipersoal kelak...

Ya Allah, dengan ilmu kepimpinan yg kau anugerahi kepadaku, jaganlah kau jadikan aku seorang yg sombong di muka bumi ini..kau bimbinglah aku menggunakan sedikit ilmu yang kau berikan kepadaku ke jalan yang diredaiMu...


Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong?



1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya
merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya.
Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang
yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur,
pangkat atau lain-lain lagi.
2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan
dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada
orang tersilap atau tersalah.

3.. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang
yang satu 'level' atau sama taraf dengannya. Manakala
dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya,
dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status
atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level
dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka
dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati katakatanya.
Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk
sama atau semajlis dengannya.

4. Memandang hina pada golongan bawahan.

5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka
meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada
yang diperlukan.

6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil
perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah
untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak
prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut
cakap orang lain.

7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap
dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain
bercakap.. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong
percakapan orang itu.

8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan
keras terhadap pengikut-​pengikutnya atau orang bawahannya.
Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada
perikemanusiaan​.​ Kalau dia menjadi pengikut, susah pula
untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.

9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap
dengannya. Bahkan ditengking-​tengking,​ diherdik,
dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpatumpat.

10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta
maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf.
Bahkan dia tidak mengaku bersalah.

11.. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi
dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang
lain.

12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila
orang itu tersilap.

13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara
halus.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana
perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat,
memfitnah serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai
pemberian orang lain.

17. Suka mengangkat-​angkat diri atau menceritakan kelebihan
diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan
orang lain.

19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada
makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan
yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok
dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian
yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang
yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada
memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.

20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan
diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan
suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentakhenta​k
kaki atau berjalan membusung dada.

21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang
lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut
dengan orang itu.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu
orang.

23. Tidak suka menyebut kelebihan-​kelebihan orang lain kerana
takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan-​kesalahan orang lain dibesar-​besarkan sedangkan
kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat
tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang
menganggap dia tidak bersalah.

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang
lain.

26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau
menyebut kelebihan-​kelebihan orang lain di hadapannya.
Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa
bangga dan senang hati..


...syukran shbt2 yg sentiasa mempercayai saya.....=)

Friday, January 15, 2010

Thursday, January 14, 2010

thE Win-Win SituatiOn

Assalamualaikum...salam ceria...

alhamdulillah, the issue settel in the win- win situation..alhamdulillah
i'm very happy with the result...insyaAllah everything will be fine....alhamdulillah...
berkat kerjasama dan integrasi dan integriti semua calon2, membolehkan issue ini diselesaikan dengan sebaiknya....thanks to our Pengarah 4 the rundingan bersama tadi...
i get many knowledge today...

special thanks to all my friends yg tegakkan hak kita bersama td:
ustaz Bukhari, ustaz Fudhail, ustaz Hakim, Ustaz Amir, Ustaz Khairul Qamar and all the calon2....

insyaallah, i will use this knowledge and experience the best i could...dan saya akan berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan saya dalam bidang kepimpinan untuk menjadi yang lebih baik...insyaAllah=)

CeriTa kebenaran Dan Hak



Assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah, hari ini sya masih dikurniakan nikmat ilmu yg dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada sy untuk menilai apakah sebenarnya hak dan kebenaran...

semalam berlalu dengan keletihan berfikir ...i admit that, i'm so tired to think about the issue...i do not want to blame anyone..just i want everyone understand the issue than make ur own decision....

although , i'm so tired and so angry with the issue , i very gratefuL that i had learned something yesterday..i got the experience that i never experience before...

insyaAllah with the knowledge, i will try to help as i could to fight for the right...
and insyaAllah i will use this experience to be a better person..insyaAllah..

i want to advise to myself and to all:

if we do not know about something, dont do it..u need a knowledge to do want you want to do..and think carefully the effects from every action you take...dont make a trouble to others and be moderate...and the most important, respect each other

to a future teacher and leader,
be moderate....lengkapkan diri anda dengan ilmu yang sebaiknya ...carilah ilmu itu...dengan ilmu shj la kita mampu melaksanakan tugas kita dengan sebaiknya..

i hope everything will settel in a harmony situation...and to all..think before act...

Tuesday, January 12, 2010

My ViEws=)

SALAM ...

alhamdulillah, nikmat iman dan Islam masih bersama saya...Subhanalallah...

Semulia- mulia manusia adalah sesiapa yang mempunyai adab, merendahkan diri semasa berkedudukan tinggi, memaafkan semasa berdaya dan bersikap adil semasa kuat...

tidak memaafkan itu kehinaan tetapi memaafkan itu adalah kemuliaan....

kamu tidak dapat menguasai ataupun mempengaruhi org lain dgn banyaknya harta kekayaanmu, tetapi kamu boleh mempengaruhi mereka dengan bermuka manis dan berbudi bahasa..

dan hanya trun ke jurang derita, kita dapat memungut semula permata hidup, di mana kau tersadung jatuh disitulah letaknya permata kesayanganmu..gua yg kau takut memasukinya rupa2nya tempat wujud apa yg kau cari itu....

Monday, January 11, 2010

Andai Itu Takdirnya...

Salam...



subhanallah, maha suci Allah, sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hamba-hambanya...

Andai itu yg terbaik, bukakanlah hatiku untuk menerimanya..sesungguhnya kita ni memang hanya mampu merancang bukan mampu menentukannya..hanya Allah yg selayaknya menetapkan apa yg terbaik untuk kita...

teringat kata ustaz rashidie..

hidup jasad kerana roh
hidup roh kerana akal
hidup akal kerana ilmu
hidup ilmu kerana amal
hidup amal kerana ikhlas..

Makanya wahai SITI ATIQAH BINTI ALI

ikhlaskan diri anda dalam menerima apa jua tugasan dan apa jua cabaran, berlapang dadalah dalam sesuatu hal..

u need to be strong, u can do it, u have to accept the decision..that we called the democration...it not a fault to you to go for the election this sem..its not mean if you have been choosing to the election , you will win the election too..its just the 'pemilihan calon' only..go for it...maybe you will learn something that u can't learn in the class..this is one of the challenge that u must face in this semester...
insyaAllah if u help them, u will happy...just think positive that it is the best to you to make your friends happy..but, the real, till now i hope i'm not the person..hahahha.........

PUteRi Islam and Me

salam puteri2 sekalian..

hari ini, keputusan rasmi unit uniform yg perlu disertai telah pun keluar..the result sedikit mengecewakan because tak dpt apa yg diidamkan...apa2 pun reda la untuk menerimanya..mungkin dah jodoh sy dan PPIM or Puteri Islam terlalu kuat sehingga sy tak mampu untuk berpisah dengan persatuan ini..apa2 pun i'm happy with the result..mungkin ada sesuatu yg boleh sy sumbangkan dlm PPIM ini..insyaALlah..

dari sekolah rendah hinggalah ke institut ni, hidup dengan PPIM jek..seronok sebenarnya PPIM ni, macam2 kita boleh buat..dr memasak, jahit baju, menghafaz , sukan dan semua la, kita boleh buat...mulanya bukanlah tak nak pilih PPIM ni,just nk daptkan pglaman baru di persatuan lain..n nak jugak la praktik apa yg pernah belajar kat kem2 belia yg pernah disertai..namun takpelah, biarlah ilmu itu dipelajari di tempat lain..mungkin ap yg kita tak sukai itulah terkandung pelbagai kegembiraan..

PPIM, nantikan kemunculanku menggegarkan bumi IPIS dengan mu..hehehhe

to all my friends yg juga tak dpt uniform yg dipilih, redalah ye...insyaAllah kita mampu untuk menghadapinya...=)

Friday, January 8, 2010

LiFe is hapPy =)

Salam keceriaan..





...kenduri rumah baru kak long....


...TASIK Y, BP.




azam, razin, auni n nina...


.










"VALUE HAS A VALUE ONLY IF ITS VALUE IS VALUED"

Thursday, January 7, 2010

the New StOries

Salam ceria..

alhamdulillah, sy masih berpeluang untuk menikmati damainya nikmat kehidupan , iman dan islam yg dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada saya...Alhamdulillah sy masih dapat meneruskan perjuangan menuntut ilmu di institut tercinta ini..mungkin masih tidak terlewat untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010 kepada semua..semoga kehadiran tahun baru membawa kita lebih mengenali Pencipta kita dan meningkatkan keimanan kita semua..InsyaAllah...

,,STORIES OF MY LIFE''''

nama blog sy telah ditukar buat kali kedua...why?...

it is because, i want something more simple and relax but still informative..
the concept is still like the 'welcome to my life..mencari damai abadi', nothing changed just the title...i will share what i read, what i learn in or outside the class and my experience doing something..i'm trying to use both malay and english language in this site, but not the proper english because i'm no so good in english..maybe there will be a lot of grammar mistakes but it is the best way for myself to improve my english..i want to be more confident using english language...InsyaAllah..
..........

'''''PSV.....PENDIDIKAN SENI VISUAL.....

i'm so suprise to know that my second minor is PSV or PendidikaN sENI vISUAL...I do not know how the institite give us the subject as our second minor..so blur and quite afraid to face this subject..lama dah tak melukis,...but just think positive that PSV not just to draw but there are many type of art that we will learn, so go on with PSV...huhuu

semoga , sy diberi kekuatan untuk menempuh PSV ini..AMIN..YA ALLAH REDAKANLAH HATI INI SEKIRANYA INILAH YANG TERBAIK UNTUKKU...