Tuesday, October 12, 2010

Hidup ini...

salam..

Alhamdulillah syukur kerana sehingga saat dan ketika ini saya masih lagi diberikan peluang utk menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu Iman dan Islam...

hari demi hari sesungguhnya akan memberikan kita sesuatu yang sememangnya akan mematangkan kita...ap yg kita lihat, apa yg kita dengar dan ap yg kita rasai hari- hari itulah yg memberikan kita pengalaman yang tidak akan dirasai pada detik dan waktu yg lain kerana di dalam dunia ini perkara yang paling jauh adalah masa...seperti dalam soalan Imam al- Ghazali kepada muridnya...

'' Lalu Imam Al Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua,"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
murid2nya menjawab "negara china, bulan, matahari, bintang2.."
Imam AlGhozali menjelaskan "Benar, tetapi yang paling benar adalah 'MASA LALU' walau dengan apa sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. oleh itu kita harus menjaga hari ini dan hari 2 akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Pengalaman yang kita kutip setiap hari itu perlulah dijadikan pengajaran yang bermakna dalam hidup kita, pengalaman itu seharusnya menjadikan kita lebih dekat kepada Allah S.W.T...setiap apa yang kita lalui tak kira ianya sedih mahupun gembira, ingatlah pada Nya agar setiap detik yang kita lalui mendapat Rahmat dari-Nya kerana mungkin bila kita terleka walaupun setengah saat, mungkin saat itulah saat pengakhiran kita di dunia.. Sahabat ingatlah Allah dalam apa jua keadaan kerana perkara yang paling hampir dengan kita adalah MATI..teringat kepada Allahyarhamah Thaqifah Malik yang sudah seminggu meninggalkan kami akibat Lukimia..dia tidak pernah menyangka bahawa dirinya akan berjumpa TuhanNya dalam usia semuda 19 tahun, namun di saat- saat dia merasakan bahawa masanya sudah hampir, dia reda dengan apa yg dilaluinya, dia dengan hati yang tenang berkata ' Mama, adik reda dengan ujian ini, Allah pilih adik untuk terima ujian ini kerana Allah sayangkan Qifa'..Ya Allah kau tempatkanlah adikku ini di dalam kalangan orang- orang yang Solehah..AL-FATIHAH untuk allahyarhamah...Sesungguhnya pemergiaanNya memberi keinsafan pada diriku bahawa perkara yang paling hampir dengan kita adalah 'MATI'.. semoga kita semua akan mati dalam keadaan khusnul Kahtimah/ pengakhiran yang baik...Amin

...soalan pertama Imam Al- Ghazali kepada Muridnya..
"apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ini?"
murid2nya menjawab, "orang tua, guru, kawan dan sahabatnya"
Imam AlGhozali menjelaskan "Benar, tetapi yang paling DEKAT itu dengan kita adalah 'MATI' kerana itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati"...


dalam meniti kehidupan hari demi hari pastinya kita menginginkan sesuatu yang menggembirakan kita tak kiralah ianya berbentuk benda mahupun tidak... Manusia tidak pernah puas dengan apa yg dimiliki..setiap ketika ada shj perkara yg diingini dan diimpikan..kdg2 ianya sesuatu yg di luar jangkauan..bukanlah maksud saya, kita tidak boleh mencipta impian utk memiliki dan mencapai sesuatu namun biarkan ianya berpada - pada dan tidak mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri dan orang lain...Jangan pernah dalam diri merasakan dendam ataupun iri hati dengan orang lain..maafkan kesalahan orang lain dan mohonlah maaf kepada orang apabila kita melakukan kesilapan.. Jangan biarkan nafsu amarah dan dendam menghancurkan ikatan persaudaraan dan juga menghilangkan rasa kesopanan dan rasa malu dalam diri kita... Ciptalah impian dengan niat kerana Allah , binalah pulau cita dengan seikhlas semata- mata kerana Allah, usah biarkan perkara yang paling besar di dunia ini iaitu nafsu merajai hati kita kerana nafus itulah yang akan memusnahkan pulau cita dan impian kita.. hidup besederhanalah kerana pasti kita akan menikmati ketenangan yang abadi..

..soalam ketiga Imam Al- Ghazali...

Pertanyaan Imam Al Ghozali diteruskan dengan soalan ketiga,"apa yang paling BESAR didunia ini?"
Murid2nya menjawab,"gunung, bumi dan matahari."
"semua jawapan itu benar" kata Imam Al Ghozali "tetapi yang paling besar adalah dari yang ada didunia ini adalah 'NAFSU'. maka kita harus berhati2 dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mambwa kita ke neraka"


... bermuhasabalah sentiasa.....


0 comments: