Sunday, June 19, 2011

Pelangi...



Bismillahirahmanirahim...



Pelangi @ Rainbow... cantikkan..saya suka dengan pelangi sebab pelangi cantik, berwarna warni dan pelangi ni unik sgt2...ada sesuatu dengan pelangi yang menyebabkan saya suka sangat dengan pelangi ni..tapi saya xdapat nak tafsirkan dengan kata- kata..

teringat zaman sekolah dulu, nak hafal warna- warna pleangi, macam2 keluar, yg pling saya ingat sampai hari ini adlah :

Mat - Merah
Jenin - Jingga
Ke- Kuning
Hutan - Hijau
Bawa - Biru
Ikan - Indigo
Ulam - Ungu

nilah, yang dihafal untuk pastikan dapat jawab warna pelangi ikut susunan...huhu...


P.E.L.A.N.G.I.

Kenapa saya suka pelangi..

kalau dilihat, pelangi akan muncul pada waktu- waktu tertentu sahaja, muncul di waktu pagi selepas hujan dalam keadaan yang dingin, bukan sepanjang waktu kita dapat lihat pelangi tu...itulah uniknya pelangi, walaupun ianya cantik, menenangkan tetapi tidak sentiasa menonjolkan dirinya.. MasyaAllah, itulah indahnya kejadian tuhan.. Allah menjadikan pelangi untuk kita berfikir bahawa sebagai hambaNya kita tidak boleh sentiasa meninggi diri atau sombong..lebih elok kita diam tetapi menghasilkan sesuatu yg sangat bermakna daripada sentiasa menonjol tetapi tak menghasilkan apa- apa...

Hakikat sang pelangi sangat indah tetapi tidak boleh disentuh apatah dipegang atau diambil dan disimpan di dalam balang kaca..saya selalu berangan- angan untuk memiliki pelangi kerana saya suka sangat pelangi..Namun hakikatnya, pelangi itu hanyalah indah untuk dilihat bukan untuk dipegang jauh sekali untuk disimpan sebagai barang peribadi.. Cuba kita bayangkan, andai pelangi itu boleh dijadikan barang simpanan peribadi atau hiasan, pasti ramai orang berebut- rebut mendapatkannya dan pasti harganya sangat mahal kerana pelangi tidak muncul selalu, maka proses mengambil pelangi pasti sukar dan akhirnya sesiapa yg meimiliki pelangi akan menjual dengan harga yang sangat- sangat tinggi ... erm.Alhamdulillah pelangi tidak boleh diambil, kerana kalaulah pelangi itu boleh diambil dan dijual, pasti keindahan dan kedinginan warna pelangi akan hilang...bila difikirkan Allah menjadikan pelangi itu hanya untuk dilihat kerana Allah ingin mengajar manusia sesuatu..mengajar erti kesyukuran dan kesederhanaan...Allah mengajar manusia bahawa, kadang- kadang memang sesuatu itu bukan diciptakan/ ditakdirkan untuk kita walaupun benda itu terlalu indah, perkara itu terlalu istimewa, barang itu sungguh berharga bagi diri kita.. Allah mengajar kita bersyukur dengan apa yang kita ada, bersedrhana dalam setiap perkara dan paling penting reda dengan setiap yang berlaku...Seperti hakikat pelangilah, indah dipandangan tetapi tidak sesiapa pun mampu memlikinya..hebatnya setiap kejadian Allah..SubhanaAllah..

Maka, sebagai hamba Allah, kita perlu sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang diberikan oleh Allah... bersikap sederhanalah dalam sesuatu perkara.. usah terlalu taksub dengan sesuatu perkara sehingga kita lupa bersyukur sehingga kita hilang pertimbangan diri apabila kita memilikinya dan sehingga menyebabkan kita berasa sangat kecewa, sangat berputus asa, sangat sedih apabila terlepas perkara/ benda tersebut... Sebagai orang Islam kita wajib percaya Rukun Iman yang keenam iaitu Percaya pada Qada' dan Qadar...dalam setiap perkara, berusaha dan bertawakal dan sulaminya dengan rasa ketaqwaan dan kesyukuran pada Allah, pasti kita akan dapat merasai nikmat dan keseronokan dengan perkara tersebut..InsyaAllah..

Akhirul Kalam..usah terlalu mengejar pelangi kerana pelangi itu hanya boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang..Bersyukur dan Bersederhanalah...Amin..



0 comments: