Bilangan Jurnal : 4
Minggu Praktikum : 4
Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 26 Julai 2011
T Tajuk Jurnal : Penggunaan gambar untuk menguji tahap penguasaan murid.
1.0 Masalah/ Peristiwa
Saya menjalankan aktiviti ‘Cepat dan tangkas’ dengan menggunakan gambar untuk menguji tahap penguasaan murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran bagi topik peluasan kuasa Melaka.
2.0 Analisis
Dalam topik peluasan kuasa Melaka, murid perlu mengingat nama- nama negeri yang ditakluk Melaka. Semasa sesi pembelajaran , murid akan merujuk nota untuk menjawab soalan guru. Namun, dalam sesi penutup, dengan menggunakan gambar, murid dapat menyebut nama- nama negeri dengan cepat tanpa merujuk nota lagi. Maka, dapat dilihat penggunaan gambar di akhir pengajaran dapat membantu guru membuat penilaian tentang tahap penguasaan murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.
3.0 Cadangan Tindakan Susulan
a) Penggunaan gambar boleh digunakan untuk topik- topik yang mempunyai kaitan dengan sesuatu bahan visual.
b) Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam sesi penutup sebagai penilaian kepada tahap penguasaan murid terhadap topik.
c) Masa aktiviti untuk menggunakan gambar perlu cepat dan tidak mengambil masa yang lama.
T.0 Tempoh Masa Tindakan Susulan
Penggunaan gambar di sesi penutup akan dilaksanakan untuk pengajaran dan pembelajaran kelas yang sama pada minggu hadapan.
0 comments:
Post a Comment