Thursday, September 22, 2011

Interaksi dan Kita

Bismillahirahmanirahim... Salam...semoga kita semua masih berada di dalam rahmat Allah S.W.T.

hari ini, jari- jari manis ini ingin menulis tentang manusia... dalam interaksi sosial kita hari in, pastinya kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia, pelbagai ragam dan peragai manusia... Sesungguhnya Allah itu Maha Besar kerana menciptakan manusia dari pelbagai jenis, kelompok dan ragam tidak lain dan tidak bukan kerana inginkan kita berfikir.. Berfikir bagaimana ingin berinteraksi dengan baik dengan setiap orang yang kita jumpa..

Pastinya, kita pasti tidak akan lari dari perasaan positif (gembira, suka) dan tidak kurang perasaan negatif (dendam, marah, geram) apabila berinteraksi dengan manusia lain.. Itulah kita..

Menulis berdasarkan pengalaman sendiri, saya merasakan sangat sukar untuk sentiasa mewujudkan interaksi yang sangat baik apabila berinteraksi dengan orang lain sebabnya, setiap manusia adalah berbeza.. Tak semua orang boleh berinteraksi seperti saya dan saya sendiri tidak mampu untuk berinteraksi dengan cara semua orang.. Akibatnya, wujudlah salah faham, xpuas hati dan marah pada orang tu..Ermm....atiqah oh atiqah..

Kadang- kadang rasa kecewa menjengah jiwa kecil ini apabila tidak dapat memuaskan hati semua orang dalam berinteraksi atau menguruskan sesuatu... Masa itulah kita ingat bahawa tiada yang sempurna di dunia ini.. .Walaupun kita rasa kita dah buat yang terbaik dan dah rasa sempurna dah cara berinteraksi, namun ada juga cacat celanya, itulah hakikatnya yang perlu diterima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada, dengan reda dan satu , jangan menyerah dengan cepat, jangan sedih dan jangn berputus asa untuk terus berinteraksi dan berurusan...

Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara.. Maka walau sesukar mana masalah yang dihadapi semasa berhubungan dengan manusia, maka sabarlah... jadilah insan yang sentiasa berfikiran positif walaupun saya akui ianya sukar dan saya pun masih mencuba untuk sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan masalah interaksi...
Lastly, sentiasa cuba untuk menerima pendapat orang lain supaya interaksi itu sihat dan harmoni...:) U can Siti Atiqah Ali if u Want ..Remember if u not the part of the solutions, u are the part of problem, so Think before act, dont be 'THE PART OF THE PROBLEMS''

0 comments: