salam..
esok peperiksaan terakhir untuk semester 8..tak sangka akhirnya saat itu muncul jugak..11 sem di IPG KPI, 11 kali exam..huhu..tapi itu pilihan yang telah sy buat 5 tahun setengah yang lalu..
5 tahun setengah yg lalu, saya nekad untuk memilih bidang keguruan sebagai masa hadapan saya tanpa merasakan ianya akan merugikan.. Alhamdulillah, saya tidak menyesal..
Walaupun tempoh 5 tahun setengah merupakan tempoh yang agak lama dan boleh dikatakan proses pengeraman di mktb, namun saya tidak pernah sedikit pun menyesal memilih title Cikgu sebagai kerjaya saya...walaupun berbagai dugaan untuk mendapat title cikgu tetapi saya tetap tidak menyesal memilih bidang ini..Alhamdulillah..terima kasih Allah meletakkan saya di bidang ini..moga perjalanan menjadi guru yang sebenar akan dipermudahkan..
Saya terkedu apabila seorang shbt baik sy (seorng jurutera) menyatakan pada saya 'ak menyesal tak jd cikgu skrg', 'aku baru sedar skrg knp mak aku suruh sgt aku jd cikgu'...dengan alasan 'duit dan masa, masa itu lagi penting, walaupun most of the time, duit itu sgt penting tapi apa2 pun masa tu lg penting.' bila shbt sy katakan ayat2 ini, saya rasa, sgt betullah dengan pilihan yg sy buat 5 tahun setengah yang lalu...
Tapi saya nyatakan kepadanya, jgn pernah menyesal dgn apa yg kita buat..go on..sebab bila fikir kalau semua org nk jadi cikgu sapa nk jd engineer dll...Apa2 pun sy tahu sahabat saya seorng yg cemerlang dan dia mampu untuk menjadi lebih baik daripada seorg guru untuk menyumbang sesuatu pd negara...dan walaupun dia bukanlah seorang guru formal skrg tetapi sekurang-kurangnya dia akan menjadi guru pada anak-anaknya nanti dan rakan-rankanya nanti..Ameen..Gudluck friend...Allah nk bg yang lebih baik tu..:)
...Pilihan itu hak kita.....
Pilihan di tangan kita, kita yang menentukan apa yang kita nak jadi.. Pilihlah yang terbaik, supaya kita takkan menyesal dengan apa yang kita pilih..
Belajarlah dengan pilihan yang kita suka, bukan apa yang disuruh oleh orang lain..Tetapi bila ada keadaan yang mendesak untuk kita memilih sesuatu, maka fikirkanlah juga, mohon pada Allah supaya Allah memberikan kita petunjuk yang terbaik untuk membuat pilihan..
Kadang-kala pilihan yang kita buat bukanlah yang terbaik, tetapi kita perlu ingat, apabila kita dh buat keputusan, teruskan dan bina diri anda untuk pilihan yang telah dibuat.. xperlulah pusing ke belakang dan membuat keputusan yang lain...tak salah melihat ke belakang tetapi pastikan ianya tidak merugikan diri anda sendiri..
Andai pilihan yang dibuat menyebabkan org lain tidak dapat menerima keputusan itu, maka, anda perlu melakukan sesuatu...bukan mengikut kehendak sndiri semata-mata tanpa mengira pendapat org lain atau menerima kehendak org lain tnpa memikirkan pilihan sendiri tetapi sesuaikan keadaan pilihan dengan situasi yang wujud.. Jika memang kita perlu memilih dengan pilihan yang telah dibuat, teruskan dan kuatkan hati, bulatkan tekad..biarkan apa org fikir kerana dalam situasi tertentu hanya kita yang tahu kenapa kita perlu dan boleh membuat sesuatu keputusan itu..Tetapi pastikan kita berusaha untuk mengharmonikan keadaan...
Masa sering berjalan dan tidak akan menunggu kita walaupun kita menjerit sekuat mana pun...sebab tu masa dan pilihan pasti berkait rapat...membuat pilihan bukan sesuatu yg sekejap. Tetapi, kita perlu pastikan masa untuk memilih tak mengambil masa yang lama supaya tak menganggu kerja2 yg lain...
~berbahagia dengan pilihan yg dibuat, mohon pada Allah~ :
:: JOM STUDY ::
Sunday, November 4, 2012
:~ Pilihan ~:
Posted by Siti Atiqah Ali at 6:14 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment