ASSALAMUALAIKUM..HYE EVERYBODY.. TODAY I WANT TO TEACH MY LOVELY KIDS HOW TO MAKE A POST IN THE BLOG.. ..HERE ARE THE POSTS FROM THEM
ATHIRAH : ASSALAMUALAIKUM MY NAME IS NURUL ATHIRAH BINTI ANIZAM . I WANT TO BE A DOCTOR.
NUREL : ASSALAMUALAIKUM. EVERYONE. MY NAME IS NUREL DAMIA ARFA. I FROM YEAR FOUR. TODAY, I WANT TO LEARN TO CREATE A POST IN THE BLOG.
SHAZUAN :MY NAME IS MUHD SHAZUAN SHAH MY FAVOURITE FOOD IS CHICKEN RICE..
MAS : HELLO MY NAME IS MAS FAEZAHASRIAH BT MOIN.I FROM YEARS FOUR. I WANT TO BE A DOCTOR.
WAHEEDA : HELLO MY NAME IS NURUL WAHEEDA BTE ABD RIZAM. I FROM YEAR FOUR I WANT TO BE A MATHS TEACHER
ZEHAN : HELLO MY NAME IS ZEHAN. I WANT TO BE A LAWYER
SYAKINAH : MY NAME IS SYAKINAH. I AM FROM YEAR 4.. I LIKE GRAPE
AMIRUL AIMAN : HYE MY NAME IS AMIRUL.. I LIKE TO WATCH CARTOON.
AKIF : HELLO, MY NAME IS AKIF. I LIKE TO PLAY BICYCLE
AIMAN MOKHTAR : MY NAME IS AIMAN. I LIKE TO EAT BANANA
FARIZ : HELLO. MY NAME IS FARIZ. I WANT TO BE FIREFIGHTER.
DINIE : HELLO, MY NAME IS DINIE. I LIKE TO BE A PILOT
AQILAH : HI, MY NAME IS AQILAH. MY BEST FRIEND IS NUREL
NAJWA: HELLO. MY NAME IS NAJWA. I AM FROM YEAR 4
ALYA : HYE MY NAME IS ALYEA.MY BEST FRIEND IS AQILAH
Thursday, May 22, 2014
YEAR 4 2014
Posted by Siti Atiqah Ali at 9:47 AM 0 comments
Wednesday, September 4, 2013
::~ My life as a Teacher ~::
Posted by Siti Atiqah Ali at 9:28 AM 0 comments
Monday, July 15, 2013
::~ Cikgu ~::
salam...
Alhamdulillah, hari ini genap tiga minggu berada di SK Tanjong Ayer Hitam, Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor..
Enam Tahun yang lalu, saat inilah yang ditunggu, dipostingkan dan bergelar seorang Guru..akhirnya, pada saat ini, impian ini menjadi kenyataan..Impian kehidupan saya..Cita-cita saya...Terima Kasih Alllah.
apabila dipanggil 'cikgu' sekarang, saya merasakan satu perasaan yang sukar digambarkan..ianya terlalu berbeza dengan perasaan semasa dipanggil 'cikgu' juga semasa bergelar guru praktikum..sangat lain..mungkin disebabkan tanggungjawab dan amanah yang sebenar menjadi guru telah bermula...
suatu ketika RPH menjadi penting kini RPH menjadi SANGAT PENTING
suatu ketika menulis tiga empat RPH seminggu kini 10-12 RPH
suatu ketika dulu tidak menggalas sebarang jawatan, kini memegang beberapa jawatan
suatu ketika dulu,ketika melakukan kesilapan mengajar ada pensyarah yang menegur, tetapi kini, kesilapan perlu disedar dan dibetulkan sendiri.
Pokoknya, apabila bergelar cikgu sebenar, segalanya berubah dan diri perlu berubah bukan lagi perlu diubah...Ubah diri untuk sesuaikan dengan keadaa, tugasan yang pelbagai dan ubah diri untuk memastikan anak-anak murid mendapat hak yang sepatutnya..
tiga minggu di sekolah menyebabkan saya terfikir perlunya saya BERUBAH dan BERUBAH untuk memastikan saya tidak lelah di sepanjang perjalanan saya bergelar Guru...
Love this profession..love to be a teacher...Ikhlas kerana Allah...
Ya Allah, jadikanlah pekerjaanku ini sebagai satu ibadah dalam diriku
ikhlaskan diriku untuk pekerjaan ini dan Redakan diri ini dalam pekerjaan ini..Semoga melalui pekerjaan ini, aku akan lebih hampir denganMu..Mudahkan urusanku dalam pekerjaan ini Ya Allah..Aku lemah ya Allah, maka bantulah aku untuk mengatasi kelemahanku dalam pekerjaan ini ya Allah..Kau berkatilah pekerjaanku ya Allah...Terima Kasih Allah memberikanku rezeki dengan pekerjaan ini..
~:: Perjalanan baru bermula :~
Posted by Siti Atiqah Ali at 12:57 PM 0 comments
Monday, February 25, 2013
:~ kisahnya...
salam...
first post in 2013..
dah hmpir empat bulan tamat belajar... tp setakat ni belum ada tanda-tanda bila tarikh posting akan dikeluarkan..macam2 berita dah didengar sampai rasanya keputusn untuk tak amik tahu itu lebih menenangkan diri berbanding dengar yg byk2 tu...Gerun pun ada..huhu..
Namun, aku tetap beryukur, walaupun xdapat lg posting sekurang kurangnya aku ada kerja sementara..walaupun gaji xbesar tp cukuplah..cuma kepuasan bekerja kurang dirasai..namun, ak cuba sebaiknya..
interview SPP sedang berlangsung, tapi nama aku belum disenaraikan..SPP umumkan kalau dalam 2 minggu nama xde iv means nama terpilih utk penilaian khas..huhu..Penilaian khas ni benda baru utk tahun ni, bagi pelajar2 PISMP or ISMP yg cemerlang (pointer 3.5 above dan prktikum at least A- dan diiktiraf oleh IPG/IPTA) akan diberi petempatan secara terus tnpa melalui interview..Bila dengar benda ni bersyukur sgt2..InsyaAllah nama yg xkuar akan diberi penilaian khas..terbaru ptg td tgk kt fb, depa kata pointer 3.67 pulak.tp xpelah kalau ikut pointer insyaAllah lepas lg..ikut praktikum pun lepas ..Alhamdulillah..
Penilaian khas ni buat aku terfikir sesuatu...dulu kawan2 selalu ckp watpe nk pulun study, pointer 4 ke 3 ke tetap jadi cikgu..dulu aku terdiam jek kerana bg aku pointer itu satu kepuasan..walau stress tp bila dpt pointer tinggi rasa puas sgt2 (even pointer aku xpernah la capai betul2 nombor genap 4)..dan akhirnya nilah jaw terbaik...memang betul dapat pointer 4 ke pointer 3 dapat jd cikgu TETAPI penilaian BERBEZA.. Pointer 4 tak yah IV, pointer 3 kena IV..kan BEZA tu..IV ni satu perkara yg menakutkan bagi aku..kalau memang betul la penilaian khas ni diwujudkan dan aku termasuk dalam golongan ni, memang aku bersyukr sgt2..
satu lagi kriteria cemerlang dapat PK ni adalah pengiktirafan IPG/IPTA.. kalau cemerlang tp IPG x perkenan, xjadi juga..jadi aku rasa pemilihan ni mesti ada kaitan dengan pensyarah2 sebab SUP xkan kenal semua peragai students, pensyarah lain la, duk ngajar, duk selia duk jaga kita..huhu..jadinya, aku terfikir lg satu benda..xrugi jadikan Pensyarah ni kawan..Opss..kawan ni bukan la BODEK tapi kawan untuk berbicara dan bertanya apa saja tanpa rasa segan tapi masih ada rasa hormat tu... mcam BAND PBS sekarang.kena Band 6 ada beradab mithali baru cemerlang bukan Band 1 sekadar tahu jek..huhu.. aku tak rasa rugi rapat dengan lects walaupun pernah digelar aku ni pembodek pensyarah...takpelah biar Allah sahaja yang tahu bagaimana yg sebenarnya..cuma aku masih tetap nk cakap TAK RUGI RAPAT NGAN PENSYARAH....moga pensyarah2 aku sts dirahmati Allah selalu..Terima kasih Puan2, Tuan2 en2..
bila dah kerja bukan cikgu, carilah pulak peluang nk jd cikgu jugak..macam ustaz PPD tu cakap, kalau jalan terus tak boleh kena pandai pilih jalan kanan atau kiri tok sampai destinasi jugak..apa lg GSTT la pilihan..tapi bukan senang nk jd cikgu sekarang...ulang alik PPD pun xjamin dapat...namun, dah cuba yg terbaik..Rezeki itu ditangan Allah...
Konvokesyen...citer konvo ni buat rasa geram jugak..8 bulan hbs belajar baru konvo..tp date betul belum tahu sgt..dgr rumors2 jek skrg ni.katanya hujung bulan 5 or awal bulan 6..hahah..apa jd dah..tahun batch aku semua lmbt, KISSM jek awai..awai2 pun bergaduh ngan final exam..takpelah janji konvo..lmbt pun lmbt la..jnji ada gmbr aku amik scroll atas pentas nanti...sbenarnya lmbt convo pun masalah jugak..ak ada dpt offer keje bagus, gaji pun masyuk la tp sebab ijazah betul xdapat lag, macam skar nk dapat keje tu..walaupun ada surat akuan IPG tapi macam susah nk diterima..kelayakan lain dah okey, bab ni jek tak settle..Redha jek la, memang rezeki masih di kedai buku...ada hikmah Allah tetapkan..kalau Allah memang nk bg rezeki tu, Allah tetap akan bgi walau ada masalah...huhu..yg penting sabar...Then, sebab xconvo xtau nk apply master macam mana..kalaulah IPG ada tawar master terus kan best tak yah pening kepala nk smbung ktne..bila dah convo macam nk mintak scholarship..tp still xdapat so belum boleh apply lagi..InsyaAllah..ada peluang lain la nanti kan..
Bila org kata IPG atau dulu org kenal Maktab mesti pelik kenapa xposting lagi..dan sebab ni jugak org susah nk bg kerja sebab takut kerja dh bgus2 tiba2 dpat posting, tak ke haru syarikt nanti nk kena cr org on the spot...
apa pun janji aku bahagia dah la..bahagia kan perlu dicari bukan ditunggu...huhu..apa2 pun moga posting dicepatkan ...Ameen ..:)
Posted by Siti Atiqah Ali at 10:25 PM 0 comments
Friday, November 9, 2012
::~ 2007-2012~::
Bismillahirahmanirahim..Salam
Alhamdulillah..terima kasih Allah atas nikmat yang diberikan sepanjang 5 tahun setengah bergelar guru pelatih... 5 tahun setengah yang penuh dengan cerita suka dan duka yang pastinya menjadi ingatan sepanjang hayat..
Hari ini, hari terakhir bertemu rakan-rakan...bermula petang semalam sehingga sebentar tadi menghantar shbt2 pulang ke halaman masing-masing.. sedih mengiringi perpisahan namun ianya bukanlah penamat sebuah ukhuwah persahabatan.. usah diucap selamat tinggal tetapi ucaplah semoga bertemu kembali..
adat sebuah pertemuan, pasti perpisahan menjadi pengakhiran....kita bertemu di bumi penuh barakah ini lima tahun setengah yang lalu 16 Julai 2007 dan hari ini kita berpisah tanggal 09 November 2012... namun moga ini bukan perpisahan kekal..ini adalah perpisahan untuk kita semua mengejar sesuatu yg lebih baik dalam kehidupan..
Kenangan bersama, tidak akan mungkin dapat dilupakan...
pahit, manis, sedih, gembira, air mata menjadi peneman sepanjang lima tahun setengah ini..
namun, itulah yang sebenarnya mengajar kita erti kehidupan yang mematangkan diri..
IPG Kampus Pendidikan Islam..
nama bumi ilmu yang tidak mungkin dilupakan..
tempat dimana diri ini menemui indahnya menjadi seorang Islam
mendidik diri menjadi muslimah yang terbaik utk diri sdr
membentuk insan menjadi guru berkualiti
terima kasih IPG KPI..mungkin, jika ku tidak membesar di sini, aku tidak mampu menjadi seperti hari ini
PISMP 03
kelas tercinta
bergelak tertawa bersama
terhiris perasaan tercuit hati, terkasar bahasa
namun di kelas inilah semuanya membesar
mengajar menjadi seorang yang matang
mengenal erti persahabatan
menghargai erti Profesioan Keguruan...
moga kita yang membesar di kelas ini cemerlang di dunia dan akhirat
moga kita mampu bersaing di dunia keguruan yang semakin mencabar keupayaan masing-masing
Jabatan Sains Sosial
Jabatan yang mengiringi setiap langkahku dan kawan2
memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu
walau kami nakal, walau kami degil
namun, kalian di jabatan ini tidak pernah mengalah
akhirnya, kalian berjaya membentuk kami seperti hari ini
moga kalian dirahmati Allah selalu
Seksyen 4 tambahan
mengajar erti hidup berdikari
mendidik jiwa menjadi penyabar
menilai erti sebuah perkenalan
B-04-19
terjalin sebuah ikatan persahabatan
mengajar erti memberi dan menerima
insyaAllah kita mampu terus cemerlang
PPISMP 05
bermula bersama tetapi berakhir dengan berpisah
namun, ianya usah diungkit
kita telah cemerlang di tempat masing-masing
SK Seri Bugis, SK Benut, SK Pasir Gudang 1, SK Rengit, SK Bukit Tampoi (A), SK Kajang, SK Jugra
memberi pengalaman bermakna dengan gelaran Cikgu Atiqah
.........
Cerita 5 tahun setengah bergelar GURU PELATIH IPG KPI bukan berakhir di sini kerana ianya adalah permulaan untuk sesuatu kehidupan yang sebenar..
moga kita semua cemerlang..Yakinlah bahawa rezeki itu di tangan Allah S.W.T. berdoa supaya urusan kita di masa hadapan dipermudahkan..InsyaAllah...
TERIMA KASIH ...
:: SEMOGA BERTEMU KEMBALI::
Posted by Siti Atiqah Ali at 12:29 PM 0 comments
:~ Finally:~
salam...
Alhamdulillah..finally inilah dia hasil usaha 5 tahun setengah di IPG KPI...
Posted by Siti Atiqah Ali at 8:36 AM 0 comments
Sunday, November 4, 2012
:~ Pilihan ~:
salam..
esok peperiksaan terakhir untuk semester 8..tak sangka akhirnya saat itu muncul jugak..11 sem di IPG KPI, 11 kali exam..huhu..tapi itu pilihan yang telah sy buat 5 tahun setengah yang lalu..
5 tahun setengah yg lalu, saya nekad untuk memilih bidang keguruan sebagai masa hadapan saya tanpa merasakan ianya akan merugikan.. Alhamdulillah, saya tidak menyesal..
Walaupun tempoh 5 tahun setengah merupakan tempoh yang agak lama dan boleh dikatakan proses pengeraman di mktb, namun saya tidak pernah sedikit pun menyesal memilih title Cikgu sebagai kerjaya saya...walaupun berbagai dugaan untuk mendapat title cikgu tetapi saya tetap tidak menyesal memilih bidang ini..Alhamdulillah..terima kasih Allah meletakkan saya di bidang ini..moga perjalanan menjadi guru yang sebenar akan dipermudahkan..
Saya terkedu apabila seorang shbt baik sy (seorng jurutera) menyatakan pada saya 'ak menyesal tak jd cikgu skrg', 'aku baru sedar skrg knp mak aku suruh sgt aku jd cikgu'...dengan alasan 'duit dan masa, masa itu lagi penting, walaupun most of the time, duit itu sgt penting tapi apa2 pun masa tu lg penting.' bila shbt sy katakan ayat2 ini, saya rasa, sgt betullah dengan pilihan yg sy buat 5 tahun setengah yang lalu...
Tapi saya nyatakan kepadanya, jgn pernah menyesal dgn apa yg kita buat..go on..sebab bila fikir kalau semua org nk jadi cikgu sapa nk jd engineer dll...Apa2 pun sy tahu sahabat saya seorng yg cemerlang dan dia mampu untuk menjadi lebih baik daripada seorg guru untuk menyumbang sesuatu pd negara...dan walaupun dia bukanlah seorang guru formal skrg tetapi sekurang-kurangnya dia akan menjadi guru pada anak-anaknya nanti dan rakan-rankanya nanti..Ameen..Gudluck friend...Allah nk bg yang lebih baik tu..:)
...Pilihan itu hak kita.....
Pilihan di tangan kita, kita yang menentukan apa yang kita nak jadi.. Pilihlah yang terbaik, supaya kita takkan menyesal dengan apa yang kita pilih..
Belajarlah dengan pilihan yang kita suka, bukan apa yang disuruh oleh orang lain..Tetapi bila ada keadaan yang mendesak untuk kita memilih sesuatu, maka fikirkanlah juga, mohon pada Allah supaya Allah memberikan kita petunjuk yang terbaik untuk membuat pilihan..
Kadang-kala pilihan yang kita buat bukanlah yang terbaik, tetapi kita perlu ingat, apabila kita dh buat keputusan, teruskan dan bina diri anda untuk pilihan yang telah dibuat.. xperlulah pusing ke belakang dan membuat keputusan yang lain...tak salah melihat ke belakang tetapi pastikan ianya tidak merugikan diri anda sendiri..
Andai pilihan yang dibuat menyebabkan org lain tidak dapat menerima keputusan itu, maka, anda perlu melakukan sesuatu...bukan mengikut kehendak sndiri semata-mata tanpa mengira pendapat org lain atau menerima kehendak org lain tnpa memikirkan pilihan sendiri tetapi sesuaikan keadaan pilihan dengan situasi yang wujud.. Jika memang kita perlu memilih dengan pilihan yang telah dibuat, teruskan dan kuatkan hati, bulatkan tekad..biarkan apa org fikir kerana dalam situasi tertentu hanya kita yang tahu kenapa kita perlu dan boleh membuat sesuatu keputusan itu..Tetapi pastikan kita berusaha untuk mengharmonikan keadaan...
Masa sering berjalan dan tidak akan menunggu kita walaupun kita menjerit sekuat mana pun...sebab tu masa dan pilihan pasti berkait rapat...membuat pilihan bukan sesuatu yg sekejap. Tetapi, kita perlu pastikan masa untuk memilih tak mengambil masa yang lama supaya tak menganggu kerja2 yg lain...
~berbahagia dengan pilihan yg dibuat, mohon pada Allah~ :
:: JOM STUDY ::
Posted by Siti Atiqah Ali at 6:14 PM 0 comments
Friday, November 2, 2012
:~ Busy dan Busy ":~
salam...
bila kata busy, mesti org faham kan..x perlu nk explain busy tu apa..huhu..menjadi pelajar akhir semester memang busy.....dengan kuliah, assignments, ar, kolokium, kissm, final exam dsb...tapi sebenarnya bila difikirkan kembali, bila busy ni sangat seronok sebab xperlu nk isi masa kosong ngan duk ngumpat org, duk ngata kt korang, duk main fb ja, mesej2 dan yg penting bila busy xsempat fikir pasal makan (kalau always busy, confirm kurus..huhu..)
minggu depan ada one more paper to go..i'm not ready yet becoze still busy settle my AR..IPG lain dh siap jilid pun, kami ni duk masih print2 susun lagi....ingt kn bila dh siap nk print rilex ja..rupanya nk print pun amik masa sehari..yek la, bila print baru perasaan margin xbetul la, tulis muka surat silap la, printer problem, ink habis, salah ejaan dsb...apa2 pun bila dh siap print rasa lega yang amat..rasa satu beban dh terlepas kt kepala otak ni..
tok adik2 yg bakal buat AR, planning la masa tu elok2..buat cepat, print cepat xkalut la...huhu
Posted by Siti Atiqah Ali at 11:13 PM 0 comments
Tuesday, October 30, 2012
:~ Last Exam ~:
salam...
30 Oktober 2012 : EDU 3108 (Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesionalisme Guru)
31 Oktober 2012 : EDU 3109 (Guru dan Cabaran Semasa)
5 Nobvember 2012 : PSS 3114 (Wacana dan Masyarakat)
Moga semuanya dipermudahkan... Ameen
Ya Allah, berikanlah kemudahan kepada kami untuk menjawab exam-exam ini dan berikanlah ilham-ilham kepada kami ketika kami mengalami kesukaran menjawab soalan... Kami bertawakkal hanya padaMu Ya Allah..
all the best to all...:)
Last Exam as a trainee teacher...
Posted by Siti Atiqah Ali at 12:49 AM 0 comments
:~ andai itu :~
Salam.
::Jika
Jodoh adalah TAKDIR, maka aku tak perlu risau meneka dia atau dia
jodohku dengan jalan mencuba menjalin hubungan tanpa kehalalan sebagai
alasan sebuah usaha pencarian.
::Jika jodoh adalah TAKDIR, maka aku
harus beriman padanya, pada takdir-Nya bahwa jika sebuah nama telah
ditetapkan menjadi belahan jiwa kita, kita pasti dipertemukan dengannya
dalam ikatan yang diridhai-Nya. Maka cukuplah masa lapangku, ku isi
dengan perbaiki diri dan menuntut ilmu, cukuplah itu memberiku
ketenangan ketimbang melanglang buana menjadi petualang
cinta.
::Namun, Jika Jodoh adalah pilihan. Maka aku wajib berbenah diri, kerana
Rasullullah pernah bersabda, ''pilihlah yang baik agamanya agar kamu
beruntung…''
TAKDIR ataupun PILIHAN tugas kita tetap sama, iaitu menuntut ilmu, berbenah diri dan membangun cinta kita pada Allah SWT.
Posted by Siti Atiqah Ali at 12:46 AM 0 comments
Tuesday, October 23, 2012
:~ Wanita ~:
salam...
Wanita ~
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
: ~ lagu yang memberi motivasi pd diri ini kala ini...simple but very meaningful to myself ~:
Posted by Siti Atiqah Ali at 9:07 PM 0 comments
Thursday, October 11, 2012
:~ Andai Jodoh Tak Kemana ~:
salam...menyelak2 halaman Fb terjumpa satu post ni..nice...:)
...kalau jodoh takkan kemana...
tak perlu dikejar hingga ke ujung dunia
tak perlu berlari hingga berapa meter panjang nya
*kalau jodoh takkan kemana*
percuma laut kau selami jika engkau kembali tanpa mutiara yg kau cari
percuma Gunung kau daki jika diatas sana tak kan kau temui intan yg kau ingini
*kalau jodoh takkan kemana*
yang sudah terikat resmi pun bisa terpisah dapat kembali bukan dengan yg kita pinta
sudahlah ...*kalau jodoh takkan kemana*
ya takkan kemana duduk diam waktunya datang ya datang aja
*kalau jodoh takkan kemana* hatimu berkelana kemana mana, Pilih pilih semaunya, yang dapat sebalik nya ingat hadits nie baca ya ^_^,
” Boleh jadi kamu membenci
sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagimu; Allah mengetahui,
sedang kamu tidak
mengetahui.” (QS. Al-Baqarah:216)
Alahayyyyy ^_^, sudahlah ~~*kalau jodoh takkan kemana*~~
bila sudah masanya pasti datang jua ^__^,
Posted by Siti Atiqah Ali at 5:47 PM 0 comments
Tuesday, October 9, 2012
:~ Kajian Tindakan Saya ~:
Posted by Siti Atiqah Ali at 8:32 PM 0 comments
Sunday, September 30, 2012
:~ Andai Dia Imam Hidupku :~
Bismillahirahmanirahim..Salam
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Fo my future Imam :) :
:~ untuk awak dan saya : perpisahan bukan jalan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah kan..:)
:~ InsyaAllah, ameen ..:~
:~ For 'My Imam', pray for the best for our future,...insyaAllah ..andai memang ditakdirkan kita mempunyai Jodoh yang Allah dah tetapkan, kita akan bersama walau ap yg terjadi, tapi andai kita tiada jodoh, ingat Allah hendak memberikan kita yang lebih baik...:~
Posted by Siti Atiqah Ali at 5:14 PM 0 comments
Saturday, September 8, 2012
:` Sembang-sembang Bersama Cikgu Hafiz/ Life Through My Eyes :~
Bismillahirahmanirahim..salam
alhmdulillah, batch ambilan jan 2009 berpeluang untuk bersama Cikgu Hafiz or well known as ''cikgu Apis Tak kisah''...siapakah Cikgu Apis ni?? for me, he is an ordinary teacher with extraordinary vision.
Cikgu Apis baru mengajar dua tahun tetapi telah menjadi ikon guru KPM..mengajar di Sekolah Orang Asli suku kaum Temiar di Sungai Siput, Perak.Melalui blognya ;Life Through My Eyes , beliau menceritakan pengalaman-pengalaman beliau mengajar. Next week he will fly to UK to further his master for a year, sponsored by UCSI...Bukan calang-calang orang Cikgu Apis ni..
Daripada blog beliau, bagi saya, pengajarannya is very simple but very meanigful.. just using a sticker paper, he can solve the problem to give his pupils exercises. Memang sukar mengajar anak-anak orang Asli, pengalaman sy praktikum sebulan di SK Bukit Tampoi (Asli) memberikan pengalaman yg sama seperti yg dihadapi oleh Cikgu Apis, but the different between me and Cikgu Apis is, off coze Cikgu Apis is more creative, reflective and innovative than me..hope will be like him one fine day.. Cikgu Apis ni dh pergi ke bebrapa seminar dan meeting antarabangsa walaupun masih baru dalam dunia perguruan.. So, xleh sngkal la bahawa Cikgu Apis ni memang terbaik..dia pun dah pernah dapat beberapa anugerah eg; Apicta Award 2011 dan beberpa lagi, xsempat nk salin td, sebab rasa teruja tgk anugerah2 yg dia pernah dapat.
Using ARM technique, he can manage her students learning...
Pesanan Cikgu Apis :
1) Open ur heart, open ur eyes and open ur mind...
2) Kita yang akan ubah situasi bukan kita mengikut situasi yg ada
3) Buat dulu, dont judge urself before u do it
3) Ready dan sedia untuk apa jua situasi
~ His blog is also available as a Book :`
:~ My reflection about him :
~ he is very simple person with a smart thinking, he can manage and adapt with the situation..
~ simple techinque can make a big changes
~ very reflective person, up and down in the education world make him more creative and innovative
~ Every teachers can be like him, work hard and smart..think out of the box
~ saya sgt suka aktiviti Burung, cara ingat nama, and memberi latihan pada murid-muridnya..
Perkongsian ilmu bersama cikgu Apis tadi, sgt bermakna, menyuntik semangat untk menjadi guru yang baik kepada anak-anak murid, mendidik dan membekalkan ilmu yang bermanfaat anak-anak murid.. InsyaAllah ilmu yg diperolehi bukan terhenti di sini, tetapi permulaan untuk sesuatu yang baru.. Like he said ; buat dulu, baru judge, dont ever judge urself before u do something', so Cikgu Atiqah dan bakal-bakal cikgu sekalian, beranikan diri untuk mencuba sesuatu yg baru dan kekalkan apa yg telah sedia ada di dalam diri..ilmu praktikum tu aplikasilah ye...
ni url blog Cikgu Apis : http://apistakkisah.blogspot.com
Thanks Cikgu Mohd Hafiz bin Ismail for the sharing..hope we can be and better than you...
mood :~ Asignment kaji blog dia kena mula sekarang :)
Posted by Siti Atiqah Ali at 9:58 PM 0 comments
Wednesday, August 15, 2012
Ramadhan, Lailatur qadar
salam..
semoga segala amal Ramadhan diberkati Allah..tuntutlah ilmu sehingga akhirnya..jangan jd macam kartun di atas....:)
Posted by Siti Atiqah Ali at 8:52 AM 0 comments
Saturday, July 21, 2012
Cerita Internship :~
Bismillahirahmanirahim... Salam
Internship di SK
Jugra membawa saya ke sebuah kehidupan yang sangat bermakna..penuh
pengertian dan penuh dengan cerita yang membawa saya ke kehidupan
kedewasaan dan membawa saya mengenal erti pekerjaan GURU..
walaupun
pada saat ini, saya masih belum digelar guru sebenar, namun pengalaman
berintenrship menyebabkan saya merasakan bahawa saya telah menjadi
seorang guru yang sebenar...
Menjadi guru
menjanjikan kepuasan pada siapa yang benar- benar menghargai erti
menjadi guru... saya berasa sangat puas tatkala dipanggil 'cikgu atiqah'
oleh murid- murid saya..Alhamdulillah sehingga kini, saya tidak
menyesal memilih profesion keguruan sebagai kerjaya saya..Saya bangga
menjadi seorang CIKGU...
Projek- projek internship
sememangnya melatih saya menjadi seorang yang tabah, sabar dan mampu
untuk memipin dan mengurus sesuatu program...Ketahanan mental dan
fizikal sememangnya diperlukan.. minggu ketiga dan separuh minggu
keempat intership, saya jatuh sakit..namun dengan kasih sayang Allah,
sokongan dan dorongan sahabat2 internship, saya mampu mengagahkan diri
untuk meneruskan kerja2 untuk projek kami.. Alhamdulillah.. masa inilah
yang benar menghargai nikmat Sihat yang dikurniakan. Bukan hanya saya
yang jatuh sakit, tetapi pembantu utama saya turut sakit..Laptop
kesayangan mengalami sedikit masalah sehingga perlu dihantar selama 5
hari kepada yang lebih pakar...5 hari tanpa pembantu, amat membuatkan
hidup tidak keruan kerana semua kerja perlu dilakuka olehnya..Kita hanya
merancang, tetapi Allah yang menentukan..
Terima Kasih
SK Jugra, terima kasih mentor2 kak ana, kak adani dan kak ita kerana
membantu kami menyelesaikan projek2 kami dengan jayanya..
terima kasih cikgu2 SK Jugra yang percaya kepada kami untuk memberi bantuan kepada program- program kalian..
Semoga hidup kalian dirahmati Allah. semoga SK Jugra terus melangkah ke hadapan...
Posted by Siti Atiqah Ali at 4:47 PM 0 comments
Tuesday, July 3, 2012
~ Perfectionisme
salam...
sy seorang yg perfectionisme, makanya memang saya akan sts mementingkan kesempurnaan dalam setiap tugasan yang saya dapat..and to be perfect, i will do something new,.. and i will fell down if someone do what i had done..
manusia diberikan akal fikiran..so can you think another idea than copy cat my idea..please la.. this is the intellectual era, so do something yg org lain still xbuat,dh tahu saya buat tajuk tu for my ar, so dont do it anymore. find another topic..please..
~ kamu faham tak, disebabkan kaedah dan tajuk kamu tu dh SAMA dengan saya, saya tension dan stress.. Bukan saya kedekut ilmu tapi fikir sendiri la.. tak ke susah time kena prsent nnti nk bezakan ... isy2....saya tak takut kalah tapi saya takut dengan rasa kesempurnaan saya akan sebabkan saya akan bermasalah dengan awak...
entahlah, saya xcri gaduh, tp kalau hang terbaca post ni, bagus jugak.. aku dh terus terang hari tu, but rupanya ko tak faham..xpe la..aku tahu ko memang terkenal, so apa yg ko buat, org akan sokong, lg2 budak kelas kan..so, aku tahu kalau aku lawan ngan ko, ko pasti dpt back up banyak..
but its okey, the war was start and we will see the winner..
~post ni beremosi, just for remind myself and others, dont be a copy cat person, Allah dah bagi akal pada kita, gunakan sebaiknya ~
Sekian.Terima Kasih :
Posted by Siti Atiqah Ali at 1:55 PM 0 comments
Friday, June 22, 2012
~ Hehehe :
salam..
~ saya tidak mahu menimbulkan masalah dan saya juga tak sangka akhirnya saya menjadi punca masalah ~
< mula- mula rasa tension, takut,gelisah, keliru dgn apa yg terjadi tapi akhirnya rasa macam kelakar la pulak..itulah yg dikatakan :
'bermain dgn masalah amat menyeronokkan'. >
` saya di tengah dan saya tidak tahu apa yg berlaku, apa yg sy tahu saya perlu pecut bukan lagi melangkah'
= kalau saya bermasalah, saya mintak maaf =
/ :: a problem is something fun, think positive and u will be happy and enjoy with what urlife are :: /
/ Allah tidak akan membebani hambanya melainkan kemampuanNya ::
Posted by Siti Atiqah Ali at 9:11 PM 0 comments
Wednesday, June 20, 2012
its about my keluarga ~
Bismillahirahmanirahim..Salam
Kayakah saya, atau miskin kah saya?
semuanya adalah berdasarkan tafsiran sy sendiri...
saya tidak kaya, saya juga tidak miskin, saya sederhana
keluarga saya juga tidak kaya, tidak mempunyai kebun berekar, apatah lagi rumah berunit- unit, jauh sekali kenderaan mewah..Tetapi keluarga saya sangat kaya dengan kasih sayang...itulah kaya keluarga saya...
Dulu, saya terfikir, kenapa keluarga saya xkaya?? namun semakin meningkat tua saya tahu, kaya material itu bukanlah kaya yang sebenar.
Seorang bapa saudara saya mengatakan kepada abah saya di depan saya ' Wak Sibek xpe, xde kebun, tapi anak2 semuanya berjaya dan berguna'.. terdetik di hati saya pada ketika itu, Alhamdulillah, betapa kaya keluarga saya selama ni.. Kami xperlu kebun berekar, rumah berunit - unit, kenderaan mewah, apa yng kami perlu untuk kaya adalah kasih sayang dan ilmu....Syukur..Terima kasih Allah..
Abah pernah mengatakan pada kakak2 saya yg disampaikan pada saya
'abah tangkap ikan senang kt laut, luas, xperlu nk gaduh2 dengan orang (setelah ditranslate dr bhs bugis)..
betul apa yg abah saya katakan, abah merancang yg terbaik utk kelangsungan hidup kami semua...
Anak- anak mak dan abah ramai..tapi Alhamdulillah walaupun kami tak kaya dari segi material,abah dan mak berjaya didik kami mempunyai kerjaya sendiri yang baik dan bermanfaat utk masyarakat.
jujurnya, saya tak mengalami kesusahan hidup walaupun hidup dalam adik beradik yang ramai..sy xpernah rasa tidur atas lantai tanpa bilik..dari kecik saya tidur dalam bilik..sy tak pernah rasa makan nasi dengan garam dan kicap sahaj jauh sekali hanya makan ubi kayu..Alhamdulillah..Allah berikan kami rezeki yang cukup sehingga hari ini.
Kakak2 dan abg merasainya..kakak saya bercerita, dulu mereka naik basikal sehingga basikal itu betul2 rosak atau istilah patah semuanya baru dikatakan rosak..mereka pernah bercerita ada jiran sekampung menegur kakak2 sy apabila bapa saya menyambungkan pedal basikal dengan kayu sahaja semasa pedal basikal mereka patah..bapa saya tidak mampu ketika itu...itu sahajalah yang mampu..Alhamdulillah, kini, setiap adik beradik saya mempunyai kenderaan masing- masing yang boleh bergerak di mana sahaja..
Hari ini, saya rasakan saya perlu untuk menjadikan keluarga saya lebih kaya..kaya dr semua aspek kehidupan...kaya kami kaya kasih sayang..kaya dengan ilmu, kaya dengan perasaan hormat- menghormati dan kaya adab...
mak & abah, terima kasih kerana menjadi ibu bapa yang terbaik utk kami ber10 ni..walaupun mak abah sekolah setakat darjah 3 dan kelas dewasa, tetapi ilmu didikan kepada kami sangat tinggi...
akhirnya : Family is first priority,saya sayang keluarga saya... :~
Posted by Siti Atiqah Ali at 10:06 PM 0 comments













