Friday, August 6, 2010

EDK to HENRY GURNEY SCHOOL...

salam...

alhamdulillah projek EDK ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka berjaya juga akhirnya setelah menempuhi pelbagai halangan..Objektif EDK tercapai dalam ini iaitu memberi kesedaran kepada guru pelatih akan kepentingan disiplin dan juga sebagai pendedahan kepada guru pelatih terhadap pengurusan disiplin pelajar..

walaupun lawatan ini hanya setengah hari, namun ianya amat bermakna...
peluang bermesra bersama penghuni SHG membuatkan diri merasakan bahawa indahnya kehidupan yang sedang dinikmati..melihat riak wajah mereka, jelas kelihatan mereka hendak berubah,....kerana tersilap langkah mereka akhirnya menjadi penghuni SHG...mungkin mereka alpa kerana tiada siapa yang mahu membimbing mereka, jadinya, wahai masyarakat, bersamalah kita saling nasihat menasihati sesama kita agar anak2 remaja negara kita tidak terjerumus ke lembah jenayah...

.teringat kata- kata penghuni lelaki SHG
..bila kuar dr sini sy nak masuk IPTA, sy nak score SPM tahun ni..
.. banyak yg saya belajar kat sini dan banyak yang saya sedar duduk dalam ni..

mungkin bagi kita ianya biasa, namun bila dilihat riak wajah mereka apabila mengeluarkan kata2 itu, nampak jelas mereka mengharap yang terbaik untuk diri mereka..

alangkah indahnya hidup kita sekarg, bebas melakukan apa shj, tidak seperti mereka yang terkurung di dalam lingkaran besi- besi..namun masih ada sinar untuk mereka berubah..sebagai masyarakat yng prihatin, berilah peluang kepad adik2 SHG ini untuk berubah dan mencapai kecemerlangan hidup mereka apabila mereka keluar dari SHG..Jgan biarkan mereka terjerumus lagi dalam kancah jenayah...

mereka kehilangan masa remaja yang patut dinikmati di dalam sana..jadinya wahai remaja2 sekalian jagalah diri anda, jangan biarkan kehidupan anda rosak hnya disebabkan nafsu dan amarah dalam diri..jadinya remaja yang terbaik dan cemerlang yang akan memacu kepimpinan negara masa hadapan..

teristimewa Untuk adik2 SHG, belajar la bersungguh- sungguh, kutiplah sebanyak mana ilmu yg ada di SHG , jadikan ianya satu pengajaran dan landasan untuk adik2 berubah menjadi yang lebih baik..peluang anda cerah untuk berjaya dengan cemerlang...kami mendoakan adik2 cemerlang di dunia dan di akhirat....

terima kasih kepada pihak Penjara dan Sekolah Henry Gurney khusunya kerana menerima kami dan menyambut baik lawatan kami..membawa kami melawat sekitar SHG ..jasa budi kalian tidak mampu dibalas, Hanya Allah shj mampu membalasnya...

kepada Dr Zaida dan Puan Azlin terima kasih kerana sudi mengiringi lawatan kami, JPP dan peserta2 lawatan, terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan maaf atas segala kekurangan sepanjang lawatan ini..

special dedications to my EDK'S committee, thnks guys for ur best comitment for this project..may Allah bless urlife and hope we will be the best in future...thnks a lot and love u all..=)


















Tuesday, August 3, 2010

IPTAA TO IPIS

Salam Muhibbah

31 julai- 02 Ogos, IPG KTAA telah mengadakan lawatan balas ke IPG KPI.selama 2 hari 3 malam bersama banyak aktiviti yg telah dijalankan..Bermula dengan slot ice breaking pd malam 31 Julai sehingga makan malam bersama di Sate Kajang, kami bersama...perbincangan yang dilakukan sepanjang program ini semoga digunakan untuk kedua belah pihak dalam meningkatkan daya kepimpinan semua peserta...









ukhuwah yg terbina semoga berkekalan selamanya..=)

MQA...

Salam

minggu ni, IPG KPI telah dilawati oleh pegawai2 MQA untuk mengakreditasi program PISMP bagi Pengkhususan Pengajian Islam dan Bahasa Arab..

JPP tidak ketinggalan di MQA, dan saya merupakan salah sorg yg terpilih untuk di MQA, sungguh mendebarkan namun alhamdulillah, berkat kerjasama dan sokongan semua, kami team JPP berjaya untuk mengharungi MQA ni..

Pengalaman disoal siasat oleh MQA memberi pengalaman yang cukup bermanfaat..bagi sy MQA adalah satu proses ke arah perubahan mentaliti mahasiswa IPG...InsyaAllah pengalaman ditemu duga MQA akan dijadikan pengalaman yg terbaik untuk meningkatkan kecemerlangan diri....

sedikit perkongsian berkaitan MQA..


Majlis Agensi Kelayakan Malaysia



Majlis Agensi Kelayakan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679) mempunyai fungsi berikut:

1. meluluskan rancangan dan dasar bagi pengurusan Agensi;
2. meluluskan apa-apa pindaan atau pengemaskinian Kerangka Kelayakan Malaysia;
3. meluluskan dasar dan garis panduan yang berhubungan dengan akreditasi program, kelayakan atau pemberi pendidikan tinggi atau audit institusi;
4. meluluskan sebarang perkara yang berhubungan dengan fungsi, kuasa, kewajipan, saraan, elaun, honorarium, faedah dan tatakelakuan pegawai, pekerja, ejen dan pakar perunding Agensi;
5. menerima dan mengawasi laporan, penyata, pernyataan dan sebarang maklumat lain yang berhubungan dengan akreditasi, audit institusi dan penilaian;dan
6. melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan fungsinya di bawah Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007.

Keahlian Majlis MQA adalah seperti berikut:

1. Pengerusi;
2. Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia;
3. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi atau wakilnya;
4. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran atau wakilnya;
5. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia atau wakilnya;
6. Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam atau wakilnya;
7. Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Pendidikan Tinggi atau wakilnya;
8. seorang wakil pemberi pendidikan tinggi awam
9. seorang wakil pemberi pendidikan tinggi swasta; dan
10. lapan orang anggota lain yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengetahuan khas, pengalaman dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan tinggi atau pekerjaan, sekurang- kurangnya dua orang daripadanya hendaklah daripada badan profesional

Ahli-ahli Majlis adalah dilantik oleh Y. B. Menteri kecuali ahli di bawah perenggan (i) hingga (x).

SENARAI AHLI MAJLIS

Pengerusi
Tan Sri Dato’ Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yassin
Pengerusi
Agensi Kelayakan Malaysia

Timbalan Pengerusi
Professor Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Zawawi Ismail


Ahli-Ahli

1. Dato’ Dr. Syed Ahmad Hussein

Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia
2. Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan

Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi
3. Tan Sri Dr. Zulkurnain Hj. Awang

Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran
4. Dato’ Segarajah Ratnalingam

Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia
5. Tan Sri Ismail Adam

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam
6. Prof. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi

Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
7. Professor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abd Razak

Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia
8. Dr. Parmjit Singh

Presiden, Malaysian Association of Private Colleges & Universities
9. Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Judin Bin Abdul Karim

Ketua Pengarah Kerja Raya, Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya
10. Y. Bhg. Ir. Prof. Dato’ Dr. Chuah Hean Teik

Presiden, Universiti Tunku Abdul Rahman
11. Tan Sri Datuk Dr. Hj. Mohd. Ismail Merican

Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
12. Prof. Datuk Dr. Khaw Lake Tee

Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Malaya
13. Dato’ Dr. Mahani Zainal Abidin

Director-General, Institute of Strategic and International Studies (ISIS)
14. Tan Sri Dato’ Prof. Emeritus Dr. Gajaraj Dhanarajan

Naib Canselor & Ketua Pegawai Eksekutif, Wawasan Open University
15. Dato’ Dr. Adnan Alias

Managing Director/ Chief Executive Officer, Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn. Bhd.
16. Professor Robin Pollard

Pro Vice-Chancellor and President, Monash University
17. Prof. Zita Hj. Mohd Fahmi

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti), Agensi Kelayakan Malaysia

(Setiausaha)

Friday, July 30, 2010

Wanita




Thursday, July 22, 2010

Something...........=)



salam...

sesuatu yg kita tak sangka akan kita perolehi kdg2 membuatkan kita rasa gembira , sedih ataupun kecewa..andai sesuatu itu adalah pkr yg menggembirakan, maka bergembiralah kita dengan perkara tersebut dan andai sebaliknya yang berlaku, maka sebaliknya yang berlaku..

sebagai manusia yang punyai hati dan perasaan andai sesuatu yang sedih berlaku tnpa kita jangkakan, pastinya kita akan sedih, kecewa dan mungkin akan rasa seperti kehilangan hati dan perasaan..

namun, segala yang terjadi sama ada baik atau buruk, sedih atau gembira, ianya semuaNya tertakluk padaNya..andai ianya sst yg sedih, terimalah dgn hati yang reda agar kita menjadi org2 yang bersyukur..jadikan ap yg berlaku itu sebagai satu pemangkin untuk diri kita lebih baik dan lebih bahagia...ingatlah, bahawa Allah tidak akan menurunkan ujian melainkan kepada HambaNya yang mampu..reda, ikhlas dan tenang menjadi kunci kepada kita untuk menerima keadaan tersebut..


andai ap yg kita dpt itu sst yg menggembirakan, jagn leka dan alpa dng kegembiraan tersebut kerana kita masih tak pasti berapa lama kegembiraan itu akan bertahan..berpada pada dalam kebahagiaan itu agar kita tak kecewa di kemudian hari..
kebahagiaan itu juga satu ujian yg diberikan olehNya untuk kita menjadi org2 yang bersyukur dengan nikmatNya..


Jadikanlah apa yg berlaku dlm diri kita sebagai satu yang pemangkin untuk kita menajdi yang lebih baik..walau sepahit mana perkara yg diterima, ikhlaskan diri menerima perkara tersebut kerana itulah yang terbaik..usah terlalu memeikirkan kesedihan sehingga kita tak nampak lg cahaya kebahagiaan.. dan walau sebahagia mana kita, beringatlah pada Allah kerana andai kita terleka dgn kebahagiaan itu, mungkin kita akan menikmati kebahagiaan itu hanya seketika..

berbahagialah kita dengan apa yg kita perolehi dan ucaplah syukur kepadanya...

Tuesday, July 20, 2010

C.I.N.T.A





-berbahagialah dengan CINTANYA-...hidup lebih bererti dan bermakna dengan CINTANYA..

Lawatan EDK Ke IPG KTAA

Bismillahirahmanirahim..salam..

Alhamdulillah setelah menempuhi pelbagai masalah dan cabaran, lawatan EDK ke IPG KTAA selamat dijalankan...sepanjang 2 hari 1 malam di IPG KTAA memberi banyak ilmu dan idea kpd diri ini amnya, EDK dan JPP khususnya..banyak dikongsi bersama..semoga ini lawatan ini menjadi satu anjakan pradigma dalam diri AJK EDK dan JPP dalam menerajui kepimpinan Pelajar IPG KPI..

Segala yang berlaku dan dirasai amat manis untuk dikenang selamanya..

Alhamdulillah, bersyukur sangat2....Terima kasih diucapkan pada semua yg telah menjayakan program LAWATAN MUHIBBAH EXCO DISIPLIN DAN KESELAMATAN DAN JPP IPG KPI KE IPG KTAA...
terima Kasih IPG KTAA yg sudi menerima rombngan kami dan menyambut dan memberi layanan yg baik kpd kami sebelum dan semasa program di jalankan..

to Puan Kamsiah, Us. Ismail, En. Mohd Zin yg sudi mengiringi kami dan membimbing kami sepanjang program ini dijalankan.

YDP,Exco Disiplin dan Aduan 2 JPP IPG KTAA, JPP IPG KTAA, JPP IPG KPI,

teristimewa kepada AJK Exco Disiplin dan Keselamatan yang amat komited dan berusaha sebaik mungkin untuk menjayakan program lawatan ini..

dan semua yg terlibat..semoga kalian bahagia selalu dan semoga Allah merahmati kehidupan kalian dan semoga ilmu dan pengalaman yg diperolehi bermanfaat utk diri kita semua....









TERIMA KASIH, SYUKRAN...=)