salam...
alhamdulillah projek EDK ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka berjaya juga akhirnya setelah menempuhi pelbagai halangan..Objektif EDK tercapai dalam ini iaitu memberi kesedaran kepada guru pelatih akan kepentingan disiplin dan juga sebagai pendedahan kepada guru pelatih terhadap pengurusan disiplin pelajar..
walaupun lawatan ini hanya setengah hari, namun ianya amat bermakna...
peluang bermesra bersama penghuni SHG membuatkan diri merasakan bahawa indahnya kehidupan yang sedang dinikmati..melihat riak wajah mereka, jelas kelihatan mereka hendak berubah,....kerana tersilap langkah mereka akhirnya menjadi penghuni SHG...mungkin mereka alpa kerana tiada siapa yang mahu membimbing mereka, jadinya, wahai masyarakat, bersamalah kita saling nasihat menasihati sesama kita agar anak2 remaja negara kita tidak terjerumus ke lembah jenayah...
.teringat kata- kata penghuni lelaki SHG
..bila kuar dr sini sy nak masuk IPTA, sy nak score SPM tahun ni..
.. banyak yg saya belajar kat sini dan banyak yang saya sedar duduk dalam ni..
mungkin bagi kita ianya biasa, namun bila dilihat riak wajah mereka apabila mengeluarkan kata2 itu, nampak jelas mereka mengharap yang terbaik untuk diri mereka..
alangkah indahnya hidup kita sekarg, bebas melakukan apa shj, tidak seperti mereka yang terkurung di dalam lingkaran besi- besi..namun masih ada sinar untuk mereka berubah..sebagai masyarakat yng prihatin, berilah peluang kepad adik2 SHG ini untuk berubah dan mencapai kecemerlangan hidup mereka apabila mereka keluar dari SHG..Jgan biarkan mereka terjerumus lagi dalam kancah jenayah...
mereka kehilangan masa remaja yang patut dinikmati di dalam sana..jadinya wahai remaja2 sekalian jagalah diri anda, jangan biarkan kehidupan anda rosak hnya disebabkan nafsu dan amarah dalam diri..jadinya remaja yang terbaik dan cemerlang yang akan memacu kepimpinan negara masa hadapan..
teristimewa Untuk adik2 SHG, belajar la bersungguh- sungguh, kutiplah sebanyak mana ilmu yg ada di SHG , jadikan ianya satu pengajaran dan landasan untuk adik2 berubah menjadi yang lebih baik..peluang anda cerah untuk berjaya dengan cemerlang...kami mendoakan adik2 cemerlang di dunia dan di akhirat....
terima kasih kepada pihak Penjara dan Sekolah Henry Gurney khusunya kerana menerima kami dan menyambut baik lawatan kami..membawa kami melawat sekitar SHG ..jasa budi kalian tidak mampu dibalas, Hanya Allah shj mampu membalasnya...
kepada Dr Zaida dan Puan Azlin terima kasih kerana sudi mengiringi lawatan kami, JPP dan peserta2 lawatan, terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan maaf atas segala kekurangan sepanjang lawatan ini..
special dedications to my EDK'S committee, thnks guys for ur best comitment for this project..may Allah bless urlife and hope we will be the best in future...thnks a lot and love u all..=)
Friday, August 6, 2010
EDK to HENRY GURNEY SCHOOL...
Posted by Siti Atiqah Ali at 6:45 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment